Sabtu, 16 Julai 2011

The Shining Love



"She give her shining love to me..and I'll keep until the day I will die.."
  • Aisya Dirly/Maira Prez
  • Naufal Hirden 
  • Fazlyana Dirly
  • Nabil Hirden
  • Faiz Dirly
  • Sara Kim
Special : Rania Frez


"Macamana firstime kerja??" soal Faiz. Aisya mengangguk. "Oklah..Cuma bos sebenar tak balik lagi.." kata Aisya. "Maksud Sya?" soal Faiz. "Kata dia..Sya kerja sementara dengan dia..yang sebenarnya still lagi dekat overseas.." kata Aisya. "Oh..macam tu pula.." kata Faiz. Aisya menjungkil bahu. "So..bos sekarang ok?" soal Faiz. "Ok..Harap-harap bos yang sebenar tu baik macam dia juga.." kata Aisya. "Tak apa..Aisyakan hebat..kalau bos Aisya kaki buli..Karate je.." kata Faiz. Aisya tersenyum. "Aisya nak rehat dulu.." kata Aisya. "Ok.." kata Faiz. Nabil meletakkan kunci keretanya di atas rak. "Nabil..flight Naufal esok..jangan lupa.." pesan Puan Raihana. Nabil mengangguk. "Ma..Pekerja khas Naufal dah mula kerja hari ni.." kata Nabil. "Macamana orangnya?" soal Puan Raihana. "Baik..rajin.." kata Nabil duduk di sebelah ibunya. "Oklah tu..cantik tak??" soal Puan Raihana. "Cantik.." kata Nabil. "Tuan muda..ada panggilan daripada cik Fazlyana." kata pembantu rumah itu. Nabil mengeluarkan telefon bimbitnya. "Tutup..?" kata Puan Raihana. Nabil menjawab panggilan tunangnya. "Sorry..telefon I mati.." kata Nabil. "I dah agak.." kata Fazlyana. "Kenapa you call?" "Mama you bagi tahu adik you balik esokkan?" soal Fazlyana. "emm.." "I nak ikut jemput dia boleh?" soal Fazlyana. "Tak payahlah..Nanti Fal tak selesa.." kata Nabil. "La..I bakal kakak ipar dia..takkanlah dia tak selesa dengan I.." kata Fazlyana. "Faz..Lainkali je ya..I tak nak dia rasa tak selesa dengan kita.." kata Nabil. "Tak apalah.." "I'm sorry..ok.." "Its ok.." kata Fazlyana. 


Jessy memberikan dua biji panadol kepada Aisya. "Makanlah..nanti kau selesa sikit.." kata Jessy. "Thanks.." kata Aisya. Nabil keluar dari pejabatnya. Aisya menelan dua biji panadol itu. "Aisya..ikut saya.." Aisya hairan. "Ikut?Pergi mana?" "Hari ni bos betul you balik..so..I nak kenalkan Aisya dengan dia.." kata Nabil. Aisya mengangguk. Mahu tak mahu, dia terpaksa mengikut Naib Presiden Syarikat T-Hirden. "Dia jenis tak banyak cakap..you kena biasakan diri dengan dia ya.." kata Nabil. Aisya hanya mengangguk menahan sakit kepalanya. "Dia cerewet sikit tentang minuman..dan ikut pemerhatian I..Aisya pelatih yang paling sesuai nak uruskan adik I.." kata Nabil lagi. "Adik tuan muda..Pengarah urusan pemodelan ke??" soal Aisya. Nabil mengangguk. "Dia memang suka bab-bab model ni. Lagi perempuan tinggi..cantik..Playboy sikit..tapi kalau dah dapat cintakan seseorang..susah nak lepaskan.." kata Nabil. Aisya menyepi. "Bukan senang nak jumpa orang macam tu.." kata Aisya. Nabil hanya tersenyum mendengar kata Aisya. "So..Aisya kena jaga dia.." kata Nabil. Aisya hanya tersenyum mendengar gurauan Nabil. "Adik saya..dia dah banyak berkorban..jadi..tugas awak kena jaga dia..jangan bagi dia berkorban lagi.." Aisya memandang wajah lelaki itu. Dia tidak mengerti maksud yang terselit daripada kata-kata itu. "Aisya tak sihat ke?" soal Nabil melihat wajah Aisya sedikit pucat. Aisya mengeleng. "Tak..saya ok.." kata Aisya. Naufal berjalan keluar dari pintu ketibaan. Nabil tersenyum melihat adiknya. "Fal..!!" Naufal menoleh. Aisya terus bangun walaupun kepalanya sudah berpusing. Naufal dan Nabil berpelukan. "Welcome back..Fal..kenalkan Aisya.." kata Nabil. Aisya menunduk. Naufal memandang abangnya. "Fal punya pembantu khas.." kata Nabil. Naufal menoleh ke arah Aisya. 'Dush..'

Melilau mata Aisya melihat siling bilik itu. Dia terus bangun. "Awak dekat hospital..Jangan bangun.." kata seorang lelaki. Aisya memicit kepalanya sambil matanya ke arah lelaki itu. 'Tuan muda Naufal..' "Awak rehatlah..nanti saya call keluarga awak.." kata Naufal ingin melangkah keluar. "Tak..tak perlu..saya kena balik.." kata Aisya terus turun. "Doktor kata awak kena rehat.." "Saya boleh rehat dekat rumah..bil hospital mahal.." kata Aisya. Naufal melihat perbuatan pekerja yang baru sahaja dia kenali. Nabil memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo tunangnya. Fazlyana masuk ke dalam kereta tunangnya. "You buat apa dekat hospital?" soal Fazlyana. "Pekerja I sakit..so I pergi jenguk sekejap.." "You ni..tak payahlah caring sangat..nanti dia pijak kepala you.." kata Fazlyana. "Dia bukan macam tu.." "hah..Fal dah balikkan..?" kata Fazlyana. Nabil mengangguk. "I nak jumpa dia..dah lama tak jumpa kawan I tu.." kata Fazlyana. "emm..dia dekat hospital.." kata Nabil. "Hospital?" "Yang sakit tu..pekerja rapat dia.." kata Nabil. Aisya berjalan keluar dari wadnya. "Rumah awak dekat mana?" Aisya terkejut. "Tuan muda terkejutkan saya. Naufal menggaru kepalanya tak gatal. "Maaf.." "Tak apa..saya balik sendiri.." kata Aisya. "Abang saya suruh saya tolong awak..lagipun..awak pekerja saya.." kata Naufal. "Tak apa..rumah saya dekat-dekat sini je..jangan risau..abang awak takkan marah..saya pergi dulu.." kata Aisya dengan segera dia meninggalkan lelaki itu. 'Rumah dekat sini?Dia tahu ke dia dekat mana?' soal Naufal sendirian. 

Faiz mengerling ke arah jam tangannya. "Tunggu siapa?" soal Puan Farhana. "Mama.." "Tunggu budak tu?" soal Puan Farhana. "Ma..dia kerja.." "Kalau mama dah lepaskan dia kerja..tak sedar diri pula..balik lambat.." kata Puan Farhana. Pintu rumah dikuak dari luar. "Hai..matahari dah terbenam baru nak balik??Kerja apa?" sindir Puan Farhana. "Mama.." "Aisya baru balik..pergilah rehat..mesti penat.." sampuk Encik Dirly. Aisya terus beredar ke biliknya. "Hana..biarlah Aisya nak buat apa pun..dia dah besar..awak jangan control hidup dia..Dia dah 23 tahun pun..Lyana awak tak control pun.." kata Encik Dirly. "Ish..abang ni..nak back up dia buat apa?" Faiz terus naik ke biliknya. Malas mendengar ibu bapanya bertekak. Ibunya sentiasa mahu menang. Langsung tak mahu beralah jika mengenai Aisya. Dia sendiri tak tahu apa salah adiknya. Encik Dirly terus masuk ke dalam biliknya. "You better remember..She is the owner of Dirly..I jaga amanah keluarga dia.." kata Encik Dirly sebaik isterinya masuk. "Dia takkan tahu if you not tell her." kata Puan Farhana. "I jadi tamak..Keluarga abang I dah banyak tolong kita..Sampai masanya..Aisya should know who is she.." kata Encik Dirly. "Malas I nak cakap dengan you..You sanggup bergaduh dengan I untuk pertahankan budak tu..Makin hari..makin meluat I tengok anak saudara you..mama??Jangan bagi dia panggil I mama dia.." kata Puan Farhana terus keluar dari bilik itu. Aisya bersandar di pintu biliknya. Entah bila ibunya mahu berlembut dengannya. Dia sedaya upaya melakukan yang terbaik. Alangkah bahagianya jika ibunya memandangnya dengan kasih sayang.

Naufal tersenyum pada bakal kakak iparnya. "I pergi sana tak menggatallah.." kata Naufal. "Eh..tak mungkin lelaki kacak macam you tak ada lagi.."Dia dah ada..tapi dia tak nak kecoh-kecoh..kan..?" kata Puan Raihana. "Baguslah..nanti boleh you kenalkan dekat I.." kata Fazlyana. "I will..I naik dulu..nak rehat." kata Naufal. Fazlyana sedikit kecewa. "Dia dah ada kekasih?" soal Fazlyana. Nabil menjungkil bahu. Naufal merebahkan tubuhnya. Geram hatinya bila gadis itu menyoal mengenai kekasih. Aisya mengemas meja bosnya. Hari ini tuan muda bongsu Hirden akan mula kerja. Teringat mengenai cerewet, makin berdebar hatinya. "Selamat datang tuan muda.." Aisya menarik nafas mendengar ucapan pekerja-pekerja diluar. Naufal memasuki pejabatnya. Aisya menunduk. "Selamat datang tuan muda.." kata Aisya. "Make me some juice.." kata Naufal. Aisya terpinga-pinga. Nabil tersenyum. "Buatkan dia jus epal.." kata Nabil. Aisya menunduk. "Baik.." Nabil duduk. "Layan Aisya tu baik-baik..jangan buli dia.." kata Nabil. "Important ke dia?" soal Naufal. Nabil mengeleng. "Will be someone important for you.." kata Nabil. "Ish.." "Dia buat kerja elok..bukan senang nak dapat pekerja macam tu.." kata Nabil. Naufal hanya mendiamkan dirinya. Aisya masuk membawa air yang dipesan. "Saya harap tuan muda suka..Saya keluar dulu.." kata Aisya. Naufal melihat abangnya. Nabil mengangguk lalu menunjukkan isyarat 'good'. Naufal minum. 'Boleh tahan..' Nabil tersenyum. Naufal berbuat tidak tahu. Nabil mengeleng melihat keegoan adiknya.

Aisya membawa helaian kertas untuk dihapuskan. Langkahnya terhenti melihat seorang makcik separa umur terbongkok-bongkok mencuci tandas. Aisya mengeluh lalu dia pergi ke arah mesin penghapus kertas. Tak lama selepas itu dia pergi ke lokernya untuk menyalin pakaian. "Mak cik..biar saya buatkan untuk mak cik..mak cik pergi berehat sekejap.." kata Aisya. "Tak apa..dah nak habis dah.." Naufal keluar dari pejabatnya. "Aisya mana?" "Dia pergi hapuskan dokumen lama." Naufal terus pergi.  "Tandas ni je yang selesai..yang lain tak selesai lagi..Biar saya cuci..mak cik duduk dulu.." kata Aisya memapah mak cik itu ke tempat duduk. Langkah Naufal terhenti. Aisya kembali ke dalam tandas. Naufal menghampiri mak cik separa umur itu. "Mak cik ok?" soal Naufal. "Mak cik baik..anak nak masuk tandas ke?" soal mak cik itu tidak mengenali tuan muda itu. "Tak..tadi siapa yang tolong mak cik?" soal Naufal. "Pekerja khas tuan muda Hirden..Dia tolong mak cik cucikan tandas.." kata Mak cik. Naufal duduk di sebelah mak cik itu. "Mak cik dah lama kerja sini?" soal Naufal. Mak cik itu mengangguk. "Mak cik kerja dekat sini selepas Pengerusi Dirly dan keluarganya mati dalam nahas kemalangan jalanraya." kata Mak cik itu. "Mak cik rehatlah..jangan buat kerja berat-berat sangat." kata Naufal. "Baik.." Naufal beredar. Nabil masuk ke pejabat adiknya. 'Mana dia ni?' soalnya sendirian. Naufal masuk. "Hah..pergi mana?" "Keluar kejap tadi..kenapa?" soal Naufal. "Jom.lunch.." Naufal mengerling jam tangannya. "Jomlah.." kata Naufal sambil mengambil telefon bimbitnya. "Aisya mana?" soal Nabil. "Buat apa?" "Ajak lunch sekalilah." kata Nabil.

Aisya berlari turun ke lobi. "Nak pergi mana?" soal Naufal. Aisya berhenti lalu dia menoleh. Naufal menghampiri Aisya. "Tuan muda.." "Abang saya ajak awak pergi makan sekali.." kata Naufal sekali lalu tanpa berhenti. Aisya hairan. Naufal berhenti. "Cepatlah.." Aisya menurut tanpa sebarang bantahan. 'Apa kena dengan dua orang ni?' soalnya sendirian. Telefon bimbit Nabil berdering. "Lyana.." Aisya terkejut. 'alamak..kakak..' "emm..nak pergi lunch.." kata Nabil. 'ala..tak boleh macam ni..' Aisya semakin gelisah. "I ambil you lah..dekat mana tu?" kata Nabil. 'Alamak!!Teruklah kalau kakak tahu..' detis Aisya. "Lyana nak ikut sekali ke?" soal Naufal. "em.." "Tuan muda.." Nabil melihat Aisya menerusi cermin. "Saya..saya ada hal..boleh turunkan saya dekat mana-mana tak?" soal Aisya. "Hal?Hal penting ke?" soal Nabil. Aisya gelisah. Naufal hanya membiarkan mereka. "em..saya kena pergi.." kata Aisya. Naufal menoleh melihat Aisya. "Terima kasih.atas jemputan tuan muda..dan saya minta maaf.." kata Aisya lalu menunduk lega. "emm..hati-hati..lainkali lah kita makan sama-sama.." kata Nabil. Aisya mengangguk. "Hati-hati.." Hyundai Tucson silver milik Nabil beransur meninggalkan perhentian bas itu. "Pekerja abang tu..memang macam tu ke?" soal Naufal. "Maksud Fal?" soal Nabil. "Tadi dia tolong mak cik cuci tandas..Bukan kerja dia pun.." kata Naufal. "Tula abang kata..jangan sesekali Fal buang dia..dia pekerja yang bagus.." kata Nabil. Naufal mendiamkan dirinya. Aisya kembali ke tempat kerjanya. "Roti yang dibelinya ketika di jalan dimakan. "Awak tak sempat lunch ke?" soal Naufal. Sekali lagi Aisya terkejut. "Tuan muda...tak..saya rasa lapar je.." kata Aisya. "Buatkan jus.." kata Naufal.

Fazlyana membelek-belek majalah pengantin. Aisya turun. "Mama..saya pergi kerja dulu.." kata Aisya. "Tak ada siapa pedulilah..pergi je." kata Puan Farhana. Fazlyana tersenyum sinis. Aisya terus beredar. "Sibuk je dalam rumah ni..pastikan wedding Lyana nanti dia tak ada.." kata Fazlyana. Aisya membiarkan kata kakaknya. "Hati-hati dengan perkataan Lyana.." tegur Faiz yang baru turun dari tingkat atas. "Kenapa nak bela?Suka ke?!" sindir Puan Farhana. "Mama..orang yang tak ada buat salah..mama dengan Lyana nak buat dia macam tu kenapa?" soal Faiz. "Jangan nak hilangkan mood Lyana.." kata Fazlyana. Faiz geram dengan sikap adik dan ibunya. Dia sendiri tak tahu kenapa mereka berdua tidak suka pada darah daging mereka sendiri. "Aisya..abang nak pergi kerja ni..sekali jalan nak?" soal Faiz. Aisya mengeleng. "Tak apalah..terima kasih.." kata Aisya. Naufal menekan kekunci Hyundai Elantra hitam miliknya. "Hari ni abang ada meeting kat luar..Fal bawa Aisya practice.." kata Nabil sebelum memasuki Mercedes Benz SLK55 miliknya. "Practice?" Naufal hairan. "Modeling..she will become you partner soon.." kata Nabil terus memasuki keretanya. Naufal masih tidak mengerti. "Fazlyana nak buat double date nanti..so..perkenalkan Aisya as your partner..I'm sure she ok.." kata Puan Raihana. "Ma.." "I think she's ok to be your partner." kata Puan Raihana. Naufal mengeluh. Aisya meletakkan segelas jus epal di atas meja lelaki itu. Naufal memerhati gadis itu. "Tuan muda perlukan apa-apa?" soal Aisya terasa kurang selesa. Naufal mengeleng. "Saya keluar dulu.." "Sekejap.." Aisya menoleh. "Ikut saya pergi satu tempat lunch nanti.." kata Naufal. "Saya..boleh lunch sendiri.." "Saya bukan nak bawa awak lunch.." kata Naufal. Aisya menunduk.

"Tuan muda..?" Aisya memandang lelaki itu. Hairan apabila dia dibawa bilik latihan para peragawati. Naufal tidak mengendahkan Aisya. "Naufal.." seorang perempuan menghampiri lelaki itu. "Ni Aisya..yang abang saya cakapkan.." kata Naufal. Perempuan itu menoleh ke arah Aisya lalu dia tersenyum. "Sara.." Aisya menunduk lalu menyambut huluran tangan perempuan cantik itu. "Uruskanlah dia..saya tunggu dekat bawah.." kata Naufal. "Jangan risau.." kata Sara. Aisya masih tidak memahami. Beberapa peragawati menghampiri Aisya. Aisya berundur. "Nothing to scare honey.." kata peragawati itu. Naufal membelek-belek surat khabar di lobi. Fazlyana menghampiri Naufal. "Fal.." Naufal menoleh. "You buat apa dekat sini?Mesti tak lunch lagi.." kata Fazlyana. "I tunggu orang.." kata Naufal. Fazlyana menoleh sekelilingnya. "Siapa?" Aisya kekok memakai baju feminin dan kasut tumit tinggi. Apatahlagi wajahnya disolek. Naufal menoleh ke arah lif lalu dia tersenyum melihat Aisya yang kurang selesa dengan penampilannya. "Maira.." panggil Naufal menghampiri Aisya. Fazlyana menoleh. Dia tidak dapat melihat siapa gadis yang yang dipanggil Maira itu. Naufal memakaikan kaca mata hitam kepada Aisya. "Tuan muda..saya..tak selesa..." Naufal memegang tangan Aisya. Sekali lagi Aisya terkejut. Fazlyana melihat pasangan itu. Lyana..kenalkan..Maira..teman wanita I.." kata Naufal. Aisya terkejut. "Maira?" Aisya hanya menunduk. "Maira Prez..model utama syarikat.." kata Naufal. "I rasa I tak pernah tengok pun.." "Dia jarang ada dekat sini..dia selalu pergi luar negara.." kata Naufal. Fazlyana memandang Aisya. 

Fazlyana memerhati pasangan itu. "Bil..you kenal ke dengan Maira?" soal Fazlyana. "Kenapa?Dia model syarikat..I kenallah.." kata Nabil. "Tapi..I rasa..I kenallah dia siapa..macam pernah tengok.." kata Fazlyana. "Maybe la kot..you pernah terserempak dengan dia..waktu you datang office I.." kata Nabil. "Tuan muda..saya betul-betul tak selesa pakai baju ni..saya tak pernah pakai gaun skirt.." kata Aisya. "Sekejap.." Naufal meninggalkan Aisya. Aisya melihat lelaki itu pergi. Fazlyana menghampiri Aisya. "Hai Maira.." Aisya menoleh. "Cik Lyana.." "Saya rasa macam pernah tengok awak.." kata Fazlyana. "Oh..ye??Mungkin saya tak perasan cik Lyana.." kata Maira. "Anyway..you dah kenal lama ke dengan Fal?" soal Fazlyana. "emm..saya tak kenal dia dalam jangka yang lama.." kata Aisya. Fazlyana tersenyum. "Jadi..mesti awak tak tahu peristiwa silam diakan..?" kata Fazlyana. Aisya mendiamkan dirinya. "Nampaknya dia tak begitu percayakan awak.." kata Fazlyana. "I'm sorry..?Saya tak pernah nak tahu hal silam dia..kalau boleh..saya tak perlu tahu pun..dan..boleh saya cakap satu perkara?" soal Aisya. Fazlyana membisu. "Setahu saya..Tuan muda Nabil is your fiancee..just take care of your fiancee..Jangan terlalu mengambil berat tentang orang lain..can you?" kata Aisya. Fazlyana sedikit geram. "Maira.." Aisya menoleh. "Jom..esok awak ada show..Saya hantar awak balik.." kata Naufal. Nabil menghampiri tunangnya. "I laparlah..kita pergi makan jom.." kata Nabil. Fazlyana mengangguk.

Aisya meletakkan baju yang dipakainya di atas meja lalu beredar keluar dari bilik persalinan itu. "Thanks..for being my partner.." kata Naufal. Aisya menoleh. "Tuan muda tak balik lagi?" soal Aisya. "Saya nak ucapkan terima kasih sebelum balik.." kata Naufal. Aisya menunduk. "Saya balik dulu.." kata Aisya. Naufal mengangguk. "Aisya dah makan?" soal Faiz. Aisya menoleh ke arah tangga. "Dah..Aisya makan dekat kafe tadi." kata Aisya. "Pergilah rehat.." kata Faiz. Aisya mengangguk. Naufal masuk ke dalam rumah. "Awalnya balik?" soal Puan Raihana. "Abang tak balik lagi?" soal Naufal. "Tak balik lagi..kenapa Fal balik awal..?Tak suka ke dengan partner Fal?Nak mama carikan yang lain?" soal Puan Raihana. "Tak adalah..dia nak balik..Fal naik rehat dulu.." kata Naufal. Puan Raihana mengangguk. "Fal dah ada pasangan ke?" soal Pengerusi Nazir sebaik Naufal naik ke biliknya. Puan Raihana mengangguk. "Nabil yang carikan untuk dia..tapi..Rai tengok macam dia tak suka.." kata Puan Raihana. "Mungkin baru lagi." kata Pengerusi Nazir. "Betul juga.." kata Puan Raihana. Naufal duduk di birai katil. ["Setahu saya..Tuan muda Nabil is your fiancee..just take care of your fiancee..Jangan terlalu mengambil berat tentang orang lain..can you?" kata Aisya.] Naufal tersenyum lalu direbahkan tubuhnya di atas katil. Fazlyana masuk ke dalam kereta milik tunangnya. "I rasa Maira tu tak sesuailah dengan Fal.." kata Fazlyana. "Kenapa pula..?" soal Nabil. "Yela.dia tak memahami Fal.." "Habis tu siapa yang sesuai dengan Naufal..?you?" kata Nabil. "Ish..apa pula I..I tunang you.." kata Fazlyana. "Baru tunangkan?Belum kawin.." sindir Nabil. 

Naufal melangkah ke tingkat pejabatnya. "Selamat pagi tuan muda.." ucap Jessy. Naufal mengangguk lalu dia menoleh melihat meja Aisya. 'Mana dia?' Naufal terus masuk ke biliknya. Kelihatan segelas jus di atas meja. Naufal tersenyum. Aisya muncul di muka pintu bilik air. "oh..tuan muda dah sampai..Selamat pagi.." kata Aisya sambil tangannya memegang baldi. "Awak buat apa?" soal Naufal seperti satu soalan bodoh. Aisya melihat majikannya. 'Takkanlah tak boleh tengok..' detisnya. "Cari harta karun.." "harta karun?" "Saya cuci tandas.." kata Aisya. Naufal terasa disindir. 'Asal aku tanya soalan bodoh macam tu??' Aisya menunduk. "Saya keluar dulu.." kata Aisya. Naufal terus pergi ke mejanya. 'Pagi-pagi lagi dah tak betul..' Aisya mengeleng seorang diri. Fazlyana turun. "Lyana nak pergi mana?Dah siap-siap ni?" soal Puan Farhana. "Nak keluar lunch..mama makan dekat rumah ke?" soal Fazlyana. Puan Farhana mengangguk. "Lyana keluar dulu.." kata Fazlyana. Naufal menyemak dokumen-dokumen yang terisi maklumat prestasi model-model di bawah sahabatnya. "Tok..tok.." "Masuk.." Sara mucul di muka pintu. "You nak jumpa I waktu lunch?" soal Sara. Naufal mengerling memandang jam tangannya. "Oh..I tak perasan..you pergilah lunch dulu..nanti kita discuss.." "Tak apalah..I lunch lambat sikit..kenapa?" soal Sara. "You dah pilih model yang akan show kat Paris nanti?" soal Naufal. "I ingatkan you yang akan listkan.." kata Sara. "You tentukanlah..you lebih tahu.." kata Naufal. "Ok.." Naufal menutup fail. "emm..about Aisya..I tengok dia macam ok.." kata Sara. Naufal melihat sahabatnya. Sara hanya tersenyum.

"Cik Sara panggil saya?" soal Aisya. Sara mengangguk. "Duduklah.." Aisya hanya menurut. "Saya nak tanya awak sesuatu..if awak tak kisah.." kata Sara sambil senyuman manisnya sentiasa di bibirnya. Aisya mengangguk. "Saya akan latih awak..untuk model utama kami.." kata Sara. Aisya terkejut. "Mo..del u.tama?" soal Aisya. Sara mengangguk. "Tapi..untuk apa?Syarikatkan banyak model hebat-hebat.." kata Aisya. "emm..saya nak awak.." kata Sara. Aisya membisu seribu bahasa. Tak dapat dia menafsirkan senyuman model antarabangsa itu. Aisya keluar dari bilik cik Kim itu. 'model??' Aisya melihat tubuhnya dari bawah ke atas lalu dia mengeleng. Langkahnya terhenti apabila kelibat seseorang yang amat dia kenali keluar dari lif. 'Kenapa dia datang sini pula..?' detis Aisya. Fazlyana masuk ke bilik Naufal. Aisya terus berpatah balik ke pantri. Naufal terkejut dengan kehadiran Fazlyana. "Apa you  buat dekat sini?" soal Naufal. "Saja..ingat nak singgah tengok model-model you.." kata Fazlyana. 'Aisya..alamak..' detis Naufal. "Maira ada?" soal Fazlyana. "Maira..hari ni dia tak ada..dia tak sihat.." kata Naufal. "Kesiannya.." "You nak jumpa dengan model..you pergilah.." kata Naufal. "em..tak apalah..Maira tak ada.." kata Fazlyana. Naufal mengangguk. "Nak buat apa dekat sini?" soal Mak cik separa umur itu. Aisya tersentak. "Mak cik..ha..saya nak bancuh air.." kata Aisya. "Oo..mak cik ingatkan Nak tak sihat.." kata mak cik itu. Aisya hanya tersenyum. Kelihatan Fazlyana keluar dari bilik Naufal. Aisya menghela nafas lega lalu dia mengambil cawan. Naufal keluar dari biliknya lalu terpandang ke arah pantri. Aisya sibuk membancuh air. Naufal lega.

"Takkan Fal nak menyamar seumur hidup dengan dia..?Tak rasa mempermainkan dia ke?" kata Naufal. Nabil bangun dari tempatnya. "Abang tak ada niat nak mempermainkan perasaan Aisya..tapi abang tak nak dia rasa terlalu tunduk dengan keluarga dia.." kata Nabil berterus terang. Naufal hairan. "Maksud abang?" soal Naufal. "Aisya adik Fazlyana..tapi diorang langsung tak pernah layan Aisya sebagai keluarga.." kata Nabil. "Macamana abang tahu semua ni??" soal Naufal. "Abang pernah nampak dia..waktu abang datang rumah diorang..tapi bukan sebagai keluarga..sebagai pembantu rumah..abang dapat tahu daripada pembantu rumah diorang.." kata Nabil. "Tapi..abang tak nak..Fal tolong dia..disebabkan rasa simpati..tapi sebagai seorang kawan.." sambung Nabil. ["Sebabkan tu..abang suruh Fal selindungkan sikit wajah dia.." kata Nabil.] Naufal menyandar. 'Tok..tok..' "Masuk.." Aisya masuk bersama segelas air seperti biasa. "Terima kasih.." Aisya hairan. Selama hari ini tak pernah lagi lelaki itu mengucapkan terima kasih untuk segelas air. Aisya menunduk lalu ingin melangkah keluar. "Aisya.." Aisya berhenti lalu dia menoleh. "Boleh awak jadi Maira Prez untuk saya?" soal Naufal. Aisya tidak mengerti. "Saya nak awak jadi model utama..dan jadi..Maira Prez untuk saya..." kata Naufal sambil wajah manis Aisya ditatapnya. Aisya memandang wajah lelaki itu. 'Lelaki ni..mabuk ke??' detis Aisya. Dia hairan melihat perubahan sikap lelaki itu. Lemah kedua-dua kaki Faiz mendengar perbualan bapanya dan peguam keluarga Dirly. 'Aisya..anak..uncle Adli..?' 

Sara tersenyum lalu menghulurkan tangan. "Saya gembira awak terima.." kata Sara. Aisya hanya tersenyum. Naufal terus keluar dari studio itu. 'I will be her friend..' detis Naufal. Sara menarik lembut tangan Aisya ke arah pentas dunia peragawati. "From now..This is your world.." kata Sara. Semua peragawati menepuk tangan. Aisya menunduk. Nabil tersenyum. "I know you will do that.." kata Nabil. "Fal pun tak boleh juga bayangkan keluarga sendiri menindas macam tu.." kata Naufal. Nabil mengangguk. "Nanti Fal kena mulalah rapat dengan dia..berkawan secara baik dengan dia.." kata Nabil. "Yeah..if she wants..tapi..dia agak 'lurus' and..suka menyindirkan?" kata Naufal. "emm..Tu personaliti dia..but I like that.. She's nice.." kata Nabil. Naufal tersenyum. Aisya mengurut bahunya. Penat menyalin perkara penting dalam dunia barunya. Naufal masuk ke dalam bilik khas itu. Langkahnya terhenti melihat ketekunan Aisya. 'Bukan impian dia untuk jadi model..tapi..' Naufal tersenyum. Aisya melihat video yang diberikan Sara kepadanya. Naufal duduk di sebelah. Aisya menoleh. Sekali lagi dia terperanjat. "Tuan muda buat apa dekat sini?" soal Aisya. Naufal menunjukkan dua tin minuman. Aisya menghela nafas. Aisya duduk di kerusi batu. Naufal menurut perlakuan Aisya. "Kenapa tuan muda..tiba-tiba minta saya terima?" soal Aisya tiba-tiba. Naufal menghirup air. "Saya tak ada sebab yang munasabah.." kata Naufal. Aisya ketawa sinis. "Kenapa?" "Tak sangka..tuan muda..dingin macam awak..boleh berbaik dengan pekerja khas macam saya.." kata Aisya. Naufal tersenyum. "Saya tak sedingin yang awak sangkakan.." kata Naufal. Aisya tersenyum lalu dia menghirup air.

Faiz membaca artikel kemalangan yang berlaku 23 tahun yang lalu. ["Mama..ni adik Faiz ke?Comelnya.." Puan Farhana terus masuk ke dalam bilik. "Faiz bagi mama rehat dulu ya..Makcik..tolong bawakan bayi ni.." kata Encik Dirly.] 'Pengerusi Dirly dan isteri mati dalam kemalangan jalanraya tersebut.' Faiz menyandar. "Aisya..anak uncle.." Encik Dirly melihat anak lelakinya. "Ada apa?" "Papa..terus terang pada Faiz..siapa Aisya sebenarnya?" soal Faiz. "Apa maksud kamu ni?Aisya adik kamulah..anak papa.." kata Encik Dirly. "Faiz terdengar perbualan papa dengan peguam keluarga..Apa maksud pewaris Dirly..Aisya?" soal Faiz. Encik Dirly membisu. Aisya mengemas begnya. Naufal keluar dari bilik pejabatnya. "Tuan muda..hati-hati di jalan.." kata Aisya. "Awak nak balik ke?" soal Naufal. Aisya mengangguk. "Jomlah balik sama-sama..lagipun abang saya ada dekat bawah.." kata Naufal. "Tak..tak apa..saya ada hal lain..sebelum balik ke rumah..Tuan muda baliklah..hati-hati.." Aisya menunduk. Faiz menutup pintu bilik pejabatnya. Dia terjatuh. Baru dia sedari mengapa setiap kali dia melihat Aisya, hatinya terasa lain. Dia sudah mempunyai jawapan untuk hatinya. ["Adik kamu keguguran..dan pada hari yang sama..papa Aisya kemalangan..Selepas pengebumian tu..Papa diamanahkan untuk menjaga harta pusaka hasil titik peluh papa Aisya..untuk Aisya..Papa..bawa Aisya balik..selepas mama dibenarkan keluar dari hospital..] Faiz menyandar di pintu. Patutlah selama ini, ibunya langsung tidak mempunyai perasaan kasih kepada Aisya.

Faiz turun dari tingkat atas. Aisya memandang wajah abangnya. "Abang tak sihat ke?" soal Aisya. Faiz tersentak. "Tak..abang ok.." kata Faiz terus ke pintu. "Tak nak sarapan dulu?" "Abang dah kenyang..pergi dulu.." kata Faiz. "Aisya makanlah.." kata Encik Dirly. "Kenapa dengan abang tu?" soal Fazlyana. Encik Dirly tidak menjawab. Naufal keluar dari keretanya. Kelibat yang amat dia kenali berjalan memasuki pintu utama. Nabil memanggil Aisya. Langkah gadis itu terhenti lalu dia menoleh mencari tuan punya suara. Nabil melambai. Aisya menunduk. "Dah sarapan?" soal Nabil. Naufal banyak mendiamkan diri apabila abangnya ada bersama. "Saya dah sarapan dekat rumah.." kata Aisya. "Sayangnya..kalau tak boleh sarapan sama-sama.." kata Nabil. "Maaf.." "Macamana dengan tempat kerja baru?Ok?" soal Nabil. Aisya mengangguk. "Kekok sikit.." kata Aisya. "Lama-lama nanti oklah..Ada pengarah ni..(tepuk bahu Naufal) dekat sisi Aisya.." Naufal tersedak. "Apa abang ni?" soal Naufal sedikit malu. "Abang salah cakap ke??Sorry.." kata Nabil. Aisya melihat majikannya. "Awak masuklah..Sara tengah tunggu.." kata Naufal. Aisya mengangguk. "Saya pergi dulu.." Naufal memandang abangnya. "Okk..I'm sorry.." kata Nabil. Naufal terus melangkah masuk. Nabil tersenyum. "Aisya dah tengok semua video?" soal Sara. Aisya mengangguk. "Ok..sekarang kita practice.." kata Sara. Aisya menurut. Kasut tumit tinggi setinggi tiga inci setengah dipakai Aisya. Hampir terjatuh Aisya berjalan di atas pentas dengan memakai tumit tinggi itu. Naufal menyandar pada dinding melihat Aisya berlatih berjalan. 

Naufal menghampiri Aisya. Aisya mengurut kakinya. Selama empat jam dia memakai kasut tumit tinggi. "Nah.." Aisya menoleh memandang atas. "Oh..tuan muda.." Aisya ingin bangun. "Tak apa.." Naufal duduk di sebelah gadis itu. "Terima kasih.." Aisya mengambil makanan bungkus yang dibeli Naufal untuknya. "Awak ok..ke tukar bahagian ni?" soal Naufal. Aisya mengangguk. "Tapi susah sikit..sebab..saya bukan bidang ni.." kata Aisya. Naufal tersenyum. "Terima kasih.." kata Naufal. "Untuk apa?" soal Aisya. "Sebab awak sudi bertukar.." kata Naufal. Aisya hanya tersenyum. "Kalau awak tak kisah...bolehkan saya dengan abang saya kenal awak sebagai kawan..?" soal Naufal. Aisya menoleh memandang wajah majikannya. "Saya pekerja biasa..awak dan abang awak..tuan muda.." kata Aisya. "Heish..apa bezanya tuan muda dengan pekerja biasa..?" "Saya tak nak menjatuhkan reputasi tuan muda Hirden.." kata Aisya. Naufal ketawa. "Ini kali pertama saya tengok awak gelak macam ni.." kata Aisya. Naufal terus terdiam. Giliran Aisya ketawa. "Saya dah agak..reaksi awak akan macam ni.." kata Aisya. Naufal tersenyum. "Makna nya jawapan awak positif..kan?" kata Naufal. Sara menghampiri mereka. "Khem.." Naufal dan Aisya menoleh. "Nabil call..dia suruh I siapkan Maira Prez.." kata Sara. "Untuk?" "Dinner you all lah.." kata Sara. Aisya menoleh ke arah Naufal. Dia sendiri tak tahu mengenai hal itu. "Jom..Maira.." kata Sara. Aisya mengangguk. Naufal mendail nombor abangnya. "I know you will call me.." kata Nabil. "Bila kita ada dinner?" kata Naufal. "Em..you mother..wants to meet Aisya..as Maira Prez..I tell her everything..and Lyana also..come to our dinner.." kata Nabil.

Sara mengambil beg tangannya. "Kita kena pergi beli sikit barang-barang Aisya.." kata Sara. "Tapi.." "No..excuse Aisya..Nabil nak awak siap dekat luar.." kata Sara lalu menarik tangan Aisya. "Papa ada meeting luar..seminggu..dan papa perlukan pertolongan kamu.." kata Encik Dirly. Faiz mengangguk. "Nanti Faiz siapkan kertas kerja.." kata Faiz. Sara memilih baju-baju untuk makan malam itu. "I think this better than that.." kata Sara sambil menunjukkan skirt blouse putih paras lutut kepada Aisya. Aisya mengeluh. Dia kekok untuk memakai pakaian seperti itu. "Go and try..I will match that with boot.." kata Sara. Aisya menurut. Sara memilih kasut boot wanita berwarna hitam untuk memadankan bersama blouse putih itu. Dia tersenyum puas. Perfect...desisnya. Aisya tersipu-sipu keluar memakai baju blouse putih itu. Sara tersenyum lebar. Berpuas hati melihat si gadis manis itu. "Honey..you look very beautiful.." kata Sara. Aisya mengeluh. "Miss..tolong siapkan dia.." arah Sara kepada pekerja kedai itu. "Mari cik.." Aisya hanya menurut tanpa membantah apa pun. Naufal mengerling jam tangannya. Dilihat jam 5.30. Panggilan masuk membuatkan dia sedikit terperanjat. 'Sara Kim' "Hello.." "Your Maira akan bersiap dalam masa sejam lagi..so..kalau you nak datang sini..I dah selesai kerja." kata Sara. "em..I datang sana.." kata Naufal tanpa teragak-agak. Sara tersenyum. "Ok..You can change her..If you don't like.." kata Sara. "I trust you.." kata Naufal. "I'm glad to hear that.." kata Sara. Aisya memakai kasut boot pendek pilihan Sara. "Here your purse..and your things.." kata pekerja kedai itu sambil memberikan purse pilihan Sara yang memadankan dengan kasut dan tali pinggang blouse paras lutut itu. 

Naufal tersenyum melihat perubahan Aisya. "Memang I tak menyesal percayakan Sara.." kata Naufal. Aisya hanya berdiri terpacak di hadapan lelaki itu. "So..dah ready?" soal Naufal. Aisya memandang lelaki itu. Naufal menghulurkan tangannya. Aisya teragak-agak untuk menyambut tangan lelaki itu. Nabil melihat Fazlyana seperti panas punggung. Dia sepertinya tidak sabar menantikan ketibaan Naufal dan pasangannya. Puan Raihana dan Pengerusi Hirden masuk ke dalam bilik makan itu. "Pa..Mama.." Nabil dan Fazlyana bangun menghormati mereka. "Fal mana?Tak sampai lagi..?" soal Pengerusi Hirden. "emm..Fal ada dekat tingkat bawah dah..mungkin tengah naik.." kata Nabil. "Dia bawa tak calon dia?" soal Puan Raihana. "Fal kata dia bawa.." kata Fazlyana. "Siapalah yang dapat menarik hati Fal.." kata Puan Raihana. Nabil tersenyum. Pekerja hotel itu membuka pintu untuk Naufal dan pasangannya. Wajah Naufal kelihatan gembira memimpin tangan seorang gadis yang dikenali mereka sebagai Maira Prez. Fazlyana terkejut. Wajah pasangan Naufal seakan-akan adiknya. Tetapi mana mungkin, Aisya bukan jenis feminin seperti Maira. Apatahlagi model..oh pasti pelanduk dua serupa. Puan Raihana memeluk Aisya. Aisya terasa bersalah. Yang pastinya ini semua lakonan. Pengerusi Hirden tersenyum melihat Aisya. Wajah Aisya seperti sahabatnya Adli yang nahas kemalangan jalanraya 23 tahun yang lalu. Dia senang melihat wajah itu. Tetapi pasti pasangan anaknya bukan keluarga Dirly, kerana keluarga gadis itu Prez..Maira Prez..desis hatinya.

"Naufal nak hantar Aisya balik dulu.." kata Naufal. Mereka mengangguk. Aisya beredar. "Terima kasih..tuan muda." kata Aisya sebaik mereka keluar dari pintu utama. Naufal menoleh melihat Aisya. "Saya..balik sendiri..Tuan muda baliklah..berehat.." kata Aisya lalu menunduk. "Saya kena hantar awak..balik rumah.." "Tak..saya kena balik syarikat dulu..pakaian ni..bukan saya punya.." kata Aisya. Naufal ketawa tiba-tiba. "Kenapa?" "Sara memang beli untuk awak.." kata Naufal. Aisya sedikit tegang. "Jomlah..saya hantarkan awak.." kata Naufal. Aisya terpaksa menurut. Sekali lagi Naufal melihat Aisya mengurut kakinya. Naufal menghampiri Aisya. "Kaki awak ok ke?" Aisya terkejut. "Tuan muda..buat apa dekat sini?" soal Aisya. "Em..saya tunggu awaklah..nak..hantar balik.." kata Naufal. Aisya mengeluh perlahan. Naufal melihat kaki Aisya. "Kaki awak bengkak.." kata Naufal. "Tak ada apa-apa..biasalah..saya tak biasa pakai tumit..Esok baiklah.." kata Aisya. "Macam ni..awak nak balik jalan kaki?" soal Naufal sedikit dingin. Aisya menoleh melihat lelaki itu. "Saya hantarkan awak balik.." kata Naufal. Sunyi perjalanan mereka. Sepatah pun mereka tidak berkata. "Terima kasih.." Aisya menunduk lalu beredar dengan kakinya terjengket-jengket. Naufal menghela nafas lalu dia mematikan enjin. Langkah Aisya terhenti. "Naiklah.." Naufal sudah mencangkung di hadapan Aisya. "Tuan muda..buat apa ni?" soal Aisya. Naufal menepuk bahunya. "Naik..saya tak nak model saya cedera.." kata Naufal. Aisya masih berdiri tegak di belakang lelaki itu. Naufal menoleh. Aisya menghampiri lelaki itu. "Terima kasih.." kata Aisya sebaik Naufal bangun menggendongnya. "Kitakan kawan.." kata Naufal. Aisya ketawa kecil. Naufal turut tersenyum.

Fazlyana mengekori Aisya perlahan dari arah belakang. Telefon bimbit Aisya berdering. 'Naib Presiden'. "Hello.." "Aisya..pergi Butik Elizebert..Sara tengah tunggu dekat sana.." kata Nabil. "Bu..tik..?" "Ya.." "Baik.." Aisya terus berjalan ke arah butik itu. Naufal memandang abangnya. "Mungkin Lyana dah syak kot..cuma dia nakkan kepastian.." kata Naufal. Nabil mengangguk. Aisya masuk ke butik itu. Sara memanggil Aisya. Fazlyana memberhentikan keretanya. 'Butik Elizebert..' Sara membawa Aisya keluar dari pintu belakang. Aisya hanya mengikut langkah Sara walaupun dia masih hairan. "Ada orang follow kamu.." kata Sara sebaik kereta Sport milik Sara meluncur keluar dari tempat parkir belakang. "Ikut saya?Cik Sara ni bergurau ke?" soal Aisya. "Saya tak bergurau.." kata Sara. Aisya terus mendiamkan diri. "Kaki awak dah ok??" sapa Naufal dari arah belakang. Aisya terkejut. "Tuan muda.." Naufal ketawa. "Tak sangka ada orang macam awak lagi..sekarang ni..cepatnya awak terkejut.." kata Naufal. Aisya terasa geram. "Kaki awak macamana?Ok?" Aisya mengangguk. "I'm sorry.." kata Naufal. Nabil muncul di pintu lif. "Jom..nak tengok model.." kata Nabil. Semakin lama, dia semakin hairan dengan dua orang tuan muda ini. "Aisya...." panggil Nabil. Aisya berlari anak menghampiri tuan muda itu. "Macamana Aisya?Dah tanya?" soal Sara. Nabil dan Naufal menoleh memandang Aisya. "emm..Tak.." kata Aisya. "Kenapa?Aisya nak tanya apa?" soal Nabil. Aisya mengeleng. "Tak..tak ada apa-apa.." kata Aisya. Naufal memandang Sara. Sara menjungkil bahunya. "Korang ni..dah pandai rahsia-rahsia ni..?Ada apa-apa ke?" soal Nabil. "Cik Sara..saya nak masuk dululah.." kata Aisya. Sara mengangguk. "Jom.." kata Sara. Naufal dan Nabil memandang satu sama lain. Sara menoleh ke belakang. Dia membuat isyarat kejadian tadi. "Aisya nak tahu.." mimik mulutnya.

Aisya berjalan keluar dari lif. Fazlyana berjalan bertentangan Aisya yang merewang memikirkan entah ap-apa. Naufal menarik tangan Aisya. Aisya tersentak. Jantungnya berdebar laju. Naufal melihat kelibat Fazlyana masuk ke dalam lif. Dia menghela nafas lalu melepaskan Aisya daripada dakapannya. Aisya masih lagi tergamam sendiri. "Sekarang awak kena berhati-hati.." kata Naufal memandang Aisya. Aisya tidak memberikan respon. "Aisya.." Naufal menepuk bahu Aisya perlahan. Aisya tersedar. "Awak dengar tak cakap saya?" soal Naufal. Aisya menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Maaf.." Naufal hairan. Apa yang perempuan itu termenungkan sehingga dia tidak mendengarnya. Sara ketawa terbahak-bahak. Naufal memandang sahabatnya. "Fal..kau gila ke..kau tarik dia..then kau peluk dia..dia jadi macam tu sebab dia terkejut.." kata Sara. Naufal masih blur. "Fal..Fal..memang sah-sah tak faham perasaan perempuan.." kata Sara. Faiz mengetuk pintu bilik Aisya. Pintu bilik itu dikuak dari dalam. "Abang.." "emm..Abang dengan papa..nak bertolak dah ni.." kata Faiz. "Aisya mengerling jam besar di tepi dinding. "Aisya minta maaf..tak perasan.." Faiz tersenyum. "Tak apa..jomlah..papa dah tunggu.." kata Faiz. Aisya mengangguk. Encik Dirly memeluk anak saudaranya. "Jaga diri ya..jangan kerja kuat sangat..nanti sakit susah.." kata Encik Dirly. Aisya mengangguk sambil tersenyum manis. "Papa jangan risau..papa kena jaga kesihatan.." kata Aisya. Puan Farhana terasa meluat. Fazlyana juga. "Abang..flight awak nanti terlepas pula..bukannya tak jumpa lagi budak ni.." kata Puan Farhana. Hati kecil Aisya terguris dibiarkan. 

Naufal masuk ke studio latihan peragawati. Aisya sedang sibuk berlatih. ["Fal..Fal..memang sah-sah tak faham perasaan perempuan.." kata Sara]. Wajah Aisya yang menumpu perhatian pada tunjuk ajar Sara direnungnya dalam. Aisya seorang gadis yang tulen. Dia langsung tidak menyembunyikan sikapnya dan rahsia keluarganya sedikit pun dia tidak menunjukkan. Sedih?Hampa?Kecewa?Semua ditunjukkan dengan keceriaannya. Naufal sukakan sikap 'kekasih' nya. Dia tersenyum sendirian. "Fal..." panggil Sara. Naufal menoleh. "Senyum..senyum apa tu?" usik Sara. Naufal memandang kedua-duanya yang menumpukan pandangan ke arahnya. "Senyum?Mana ada.." kata Naufal. Sara mengeleng. "Aisya..kita break sekejap..you should rest.." kata Sara. "Terima kasih.." kata Aisya lalu turun dari pentas peragaan itu. Naufal menghampirinya. "Jom..minum.." kata Naufal. Aisya mengangguk. "Enjoy your coffee.." kata pelayan kafe itu. "Thanks.." Aisya menghirup sedikit air di cawannya. Dia tersenyum. "Sedap.." Naufal mengangguk. "Ni coffee yang paling sedap..tulah saya bawa awak dekat sini.." kata Naufal. "Terima kasih.." kata Aisya. "Dekat kafe ni..kenangan terakhir saya..sebelum saya pergi ke Paris.." kata Naufal. Aisya memandang wajah lelaki itu. Naufal tersenyum pahit. ["Thanks.." Naufal mengangguk. "Lyana dengan abang you dah bertunang?" soal Maria. "emm..sebaik you tolong I.." kata Naufal. "I lah penyelamat you..?You should thank me.." gurau Maria. "Yeah..I hope you will be my friend and as my partner soon.." kata Naufal. Maria membisu. "I'm sorry..dear.." Naufal  memandang wajah sahabatnya. "I will get marry soon..for my father's company..I rasa bersalah nak bagi tahu you pasal hal tu..I'm sorry.." kata Maria kesal. Naufal tersenyum. "I just kidding..I ingat you akan balas kata I..so siapa partner you?" soal Naufal.] Aisya melihat wajah lelaki itu sedikit kecewa yang ditutupi senyumannya.

Fazlyana duduk bermain kuku jari jemarinya. Puan Farhana bercekak pinggang menantikan anak saudaranya pulang. Aisya masuk. Langkahnya terhenti melihat bagasi besarnya dan beg-beg yang lain sudah di hadapan. Aisya memandang ibunya. "Tak faham lagi??" soal Puan Farhana. "Bawa semua barang kau..and boleh berambus." kata Fazlyana. "Apa salah Aisya?" "Salah kau..kau dilahirkan di muka bumi ni..bukan sebagai anak aku..dan pembawa malang dalam keluarga ni..kau faham??!!" kata Puan Farhana. Fazlyana tersenyum sinis. "Pergi jelah..tak payah nak buat sedih-sedih dekat sini..lagipun papa aku pun kata kau dah besar..suka hati kau nak buat apa-apa..maknanya..kau pun bolehlah keluar dari sini.." kata Fazlyana. "Mama..kak.." "Eh..kan aku cakap..kau bukan anak aku..yang susah sangat nak faham tu kenapa???" kata Puan Fazlyana. Pembantu rumah itu simpati dengan Aisya. "Cik muda..nak pergi mana ni..malam-malam macam ni?" soal pengawal rumah itu. Aisya hanya tersenyum. "John!!!Jangan nak sibuk hal orang.." jerit Puan Farhana. Aisya terus keluar dari rumah itu. Hala tujunya entah ke mana. Pondok bas di sisi jalan disinggah. Nabil dan Naufal memasuki kereta. "Lainkali kita ajak Aisya pergi.." kata Nabil. Naufal hanya mengangguk. Nabil menghidupkan enjin kereta. Aisya mengeluarkan dompetnya. Gambar keluarganya ditatap lama. ["Salah kau..kau dilahirkan di muka bumi ni..bukan sebagai anak aku..dan pembawa malang dalam keluarga ni..kau faham??!!"] Dia menangis sendirian. Hatinya benar-benar sebak. Entah siapa ibu bapanya. Aisya mengesat air matanya. "Awak buat apa malam-malam dekat sini?" tegur seeorang dari arah sisi kanannya. Aisya menoleh. "Tuan muda.." Naufal melihat beg-beg di sekeliling Aisya.

"Kenapa tak masuk??" soal Naufal. "Saya tak nak susahkan tuan muda.." kata Aisya. "Aisya..ni bukan menyusahkan..patutnya kita dah berkawan..tak salahkan..kalau awak cakap dengan kami..Ni..kalau kami tak jumpa awak tadi..susahkan jadinya..awak still a women.." kata Nabil. Aisya menunduk. "Maaf.." "Masuklah..ni kunci apartment awak.." kata Naufal menghulurkan kunci itu. Perlahan-lahan Aisya mengambil kunci itu. "Terima kasih.." Aisya menunduk. "Jangan berterima kasihlah..kitakan kawan.." kata Nabil. "Maaf.." "Masuklah..berehat..awak mesti penat.." kata Naufal. Nabil tersenyum melihat sikap spontan adiknya. "Teruknya keluarga dia sampai sanggup halau dia malam-malam macam ni.." Naufal sedikit marah dengan sikap keluarga Aisya. "Abang tak sangka Lyana biarkan dia macam tu.." kata Nabil kesal dengan sikap tunangnya. "Fal nak cakap dengan Lyana esok..dia memang dah tak sama macam dulu..sekarang dia dah semakin melampau.." kata Naufal. "Kita tak boleh dedahkan identiti Maira..belum masanya.." kata Nabil. "Sampai bila nak biarkan dia menderita dengan sikap keluarga dia?" kata Naufal. "Bila dia dah jadi supermodel..walaupun bukan mencecah nama sehingga mengalahkan model antarabangsa Nadia.." kata Nabil. Naufal menyandar. "Abang betul-betul nak dia jadi model utama?" soal Naufal. "Untuk dia..dan dia takkan diperendahkan oleh keluarga dia.." kata Nabil. Naufal menghela keluhan lalu dia memejamkan matanya. Nabil memecut laju keretanya.

Aisya masuk ke bilik tidur apartment milik tuan muda itu. Bingkai gambar dua orang tuan muda itu terpapar besar di dinding. Memang benar-benar kacak. Koleksi gambar di meja perhiasan itu dilihatnya. Dia tersenyum. Fazlyana mengetuk pintu bilik pejabat tunangnya. "Masuk.." Fazlyana masuk. "Oh..Lyana..datang mengejut..tak call..ada apa?" soal Nabil. Naufal menoleh. "Saja datang.." "Abang..Fal pergi tengok model buat latihan.." kata Naufal. "Boleh Lyana tengok sekali?" Naufal menoleh ke arah abangnya. Aisya meneguk air botolnya. Sara menghampiri Aisya. "You'll be Maira.." kata Sara. Aisya menoleh. Sara menarik getah rambut Aisya. Aisya menarik nafas. "Lets practice.." kata Sara. Aisya mengangguk. Fazlyana masuk ke studio latihan peragawati. "Mana Maira?" soalan pertama Fazlyana. Naufal menoleh melihat pentas peragaan itu. Aisya bercakap-cakap dengan Sara. "Dia tengah bincang dengan Sara." kata Naufal. "Sara.." sapa Fazlyana sebaik dia nampak kelibat Sara. Mereka menoleh. Fazlyana menghampiri mereka. "Maira..how your practice?" soal Fazlyana. Aisya menarik rambut yang terjatuh di dahinya ke belakang. "Ok.." kata Aisya. "Buat apa datang sini?" soal Sara. Fazlyana tersenyum. "Saja.." Naufal menghampiri mereka bertiga. "Sara..I borrow Maira..she needs rest." kata Naufal. "Yes.." kata Sara. Naufal terus mencapai tangan Aisya. "Lyana..I dengan Maira  pergi dulu.." kata Naufal. Fazlyana hanya mengangguk. Aisya hanya menurut tuan mudanya. "emm..tuan..muda.." "Kenapa?" "Rasanya..kita dah masuk lif..boleh....tangan saya..." Naufal terus melepaskan tangan Aisya. "Terima kasih.." kata Aisya. Naufal berdekhem..menahan malu.

Fazlyana membelek-belek majalah di bilik pejabat Nabil. Sesekali Nabil melihat tunangnya. 'Selalunya tak tunggu macam ni..' detisnya. Fazlyana mengerling jam tangannya. "Dah waktu lunch ni..jom makan..I lapar.." kata Fazlyana. Nabil melihat jam tangannya. Aisya mengemas bila persalinannya. "Cik Maira..biar saya yang uruskan.." kata pekerja studio itu. "Tak apa..awak dah banyak buat kerja dari tadi..pergilah makan tengahari.." kata Aisya. "Tapi nanti.." "Tak apa.." Pekerja itu akur. "Pergilah makan tengahari dulu.." kata Aisya. Naufal mengerling jam tangannya. Sudah hampir jam dua. Kelibat Aisya langsung tidak kelihatan keluar dari studio. Naufal terus ke studio latihan para peragawati. Sama juga Aisya tidak kelihatan. Nombor Aisya didail. Tidak dijawab tetapi....Naufal menoleh ke bilik persalinan. Bunyi deringan telefon bimbit dari arah sana. Tombol pintu dipulasnya. Naufal terpacak di muka pintu. Wajah Aisya tenang dibuai mimpi. Sedikit berkerut keningnya. Pasti letih..desis Naufal lalu dia tersenyum. Wajah manis gadis polos itu direnung lama. Semakin lama dia kenal dengan gadis itu, dia semakin selesa dan...Naufal menepis perasaan yang datang itu. Dia menutup pintu bilik persalinan itu. "Fal dengan Maira tak makan lunch ke?" soal Fazlyana. Nabil menjungkil bahu. "Entah..diorang pergi makan tempat lain kot..maybe sebab tak nak kacau you.." kata Nabil. Aisya tersedar. Dia mengerling jam tangannya. '3.00p.m' Matanya tertumpu pada makanan bungkus dan air botol di hadapannya. 'Saya tengok awak lena sangat..tak sampai hati nak kejut makan..saya belikan makanan untuk awak..jangan tak makan..nanti awak akan jatuh sakit..-Naufal' Aisya tersenyum melihat notis itu.

"Saya tengok..Maira iras dengan mendiang Adli.." kata Pengerusi Hirden. Puan Raihana menoleh memandang suaminya baring di atas katil. "Kalau dia anak mendiang Adli..mestilah Lyana kenal..diorang sepupu." kata Puan Raihana. "Em..nama diorang pun lain..Maira Prez..Aisya Dirly..berbeza.." "Nama anak dia..Aisya?" soal Puan Raihana. Pengerusi Hirden mengangguk. "Saya pun tak tahu dia dekat mana..yang tahu..dia duduk dengan salah seorang daripada adik beradik Adli.." kata Pengerusi Hirden. Aisya berjalan keluar dari lobi syarikat itu. Naufal keluar dari keretanya sebaik kelibat Aisya kelihatan. Aisya menoleh. "Terima kasih..sebab belanja makan tengahari tadi.." kata Aisya sebaik mereka tiba di perkarangan bangunan apartment. Naufal hanya mengangguk. "Masuklah.." "Hati-hati memandu.." kata Aisya. Naufal mengangguk lagi lalu dia masuk ke dalam kereta. Aisya terus ke lobi apartment itu. Pengawal keselamatan apartment mewah itu menunduk ke arah Aisya. Naufal terus memandu keluar dari perkarangan bangunan itu. Telefon bimbit Aisya berbunyi. 'Abang'. Aisya menghela nafas keluh melihat nama yang tertera. Dia yakin bapa dan abangnya itu akan bimbang jika mereka mengetahui dia tidak lagi tinggal bersama ibunya. Aisya membiarkan telefon bimbitnya. Faiz mematikan panggilan. "Aisya tak angkat fon.." kata Faiz kepada Encik Dirly. "Mungkin dia dah tidur.." sambung Faiz. 'Maafkan Aisya..Aisya tak nak buat abang dan papa risau.' ucap Aisya sendirian.

Sara memberikan senarai nama peragawati yang akan berlepas ke Paris. "Naufal..Aisya punya prestasi semakin baik..And..Kata Nabil..dia nak hantarkan Aisya wakil kita untuk pertandingan Top Model tu.." kata Sara. Naufal menandatangani dokumen itu. "Nanti I cakap pada Aisya.." kata Naufal. Sara mengangguk. "I keluar dulu.." kata Sara. "Aisya tengah practice ke??" soal Naufal. Sara mengangguk. "Nanti dah break..suruh jumpa I.." kata Naufal. "Ok bos.." kata Sara. Nabil melihat gambar majlis tunangan mereka dua tahun lepas. 'Apa yang ada dalam kepala Lyana..' detisnya. Dia mengeluh. 'Tok..Tok..' "Coming.." "Tuan muda..Cik Frez dalam perjalanan. Dalam 10 minit dia akan sampai.." kata PA Nabil. "Ok.." kata Nabil. Naufal menekan butang lif. Aisya keluar dari studio latihan, langkahnya terhenti melihat tuan muda yang banyak membantunya. Dia tersenyum sendirian lalu dia beredar. Naufal menoleh. Pintu lif terbuka. "Masuk.." arah Sara. Aisya masuk ke dalam bilik pejabat pengurus peragawati. "Duduklah.." kata Sara. Aisya menurut. "Nanti habis latihan..Naufal nak jumpa awak.." kata Sara. "Mengenai Paris..saya cukup bagus ke untuk jadi model utama..?Banyak lagi model-model yang lagi baik.." kata Aisya. Sara tersenyum. "Aisya jangan terasa rendah diri sangat..kami pilih awak..sebab awak berkemampuan..dan yang paling penting..Naufal percayakan awak.." kata Sara. Aisya memandang wajah manis bekas model antarabangsa itu. Naufal keluar dari lif. 'Dush..' "Maafkan saya.." kata perempuan itu. Naufal membantunya mengutip fail yang terjatuh. "Nah.." kata Naufal menghulurkan fail yang dikutipnya. "Terima kasih.." Naufal melihat perempuan itu. Wajahnya seakan-akan Aisya cuma..potongan rambut mereka berbeza.

"Abang nak awak..wakil Top Model tahun ni." kata Naufal. Aisya tersedak. "Awak ok?" "Apa tuan muda cakap tadi?Wakil Top Model??" soal Aisya semula. Naufal mengangguk. "Kenapa mesti saya?" soal Aisya. "Sebab awak model utama show dekat Paris nanti." kata Naufal. Aisya menggaru kepala yang tidak gatal. "Saya tak cukup baik untuk benda tu.." kata Aisya. "Nabil dah dapatkan awak personal trainer untuk awak..dan..Sara will help you.." kata Naufal. Aisya melihat wajah lelaki itu. "Berikan saya masa untuk fikirkan hal tu.." kata Aisya. Naufal mengangguk. "Take your time.." kata Naufal. "Saya angkat fon sekejap.." Aisya mengangguk. "Raina?Fal dengan Aisya.." kata Naufal. Aisya menghirup air. "emm..ok.." kata Naufal. "Abang ajak kita jumpa trainer..dekat office dia.." kata Naufal. "Trainer?" Naufal mengangguk."Trainer?" Naufal mengangguk. "Masuk.." arah Nabil. Naufal melangkah masuk. Dia terhenti. Aisya melihat pelatih peribadi yang diupah oleh Nabil untuknya. "Rania..ni adik I..Pengarah Pengurusan Permodelan, Naufal..dan sebelah dia..Maira Prez..and Fal..Mai..Rania Frez..Pelatih peribadi.." kata Nabil. Sara mengetuk pintu. "Masuk.." Sara juga tergamam melihat Rania Frez. "Rania..ni Kim Sa Ra..Pengurus Model syarikat.." kata Nabil. Sara menghulurkan tangan. "Nice to meet you..your face..likes..her.." kata Sara sambil menunjukkan ke arah Aisya. Naufal memandang abangnya. Aisya menunduk. "Jessy..Aisya..mana?" soal Naufal. "Dia..dah balik.." kata Jessy. "Balik?" Jessy mengangguk. "Lepas dia punya latihan..dia kata dia tak berapa sihat..dan dia balik.." kata Jessy. "Ok..thanks.." Naufal menyentuh kekunci 1 di skrin telefon bimbitnya. Rania keluar dari studio. Naufal menekan butang lif. "Tuan muda.." Naufal menoleh lalu dia hanya menunduk. 

Aisya duduk di pondok bas. Rania Frez..seorang pelatih model antarabangsa. Tak sangka pelanduk dua serupanya keluar di hadapan matanya. Tapi dia cukup menawan. Aisya memegang dadanya. Terasa sesak apabila teringat renungan lelaki itu memandang Rania Frez. 'Aisya..tuan muda..bos kau..jangan menaruh harapan..' katanya sendirian. Kali pertama dia terasa sesak nafas begini. "Aisya..kenapa?" tegur seseorang dari arah kanannya. Aisya menoleh. "Tuan muda.." Nabil menghampiri Aisya. "Awak tak sihat ke?Nak pergi klinik?" soal Nabil. Aisya mengeleng. "Tak..saya ok..cuma penat sikit.." kata Aisya. Nabil tersenyum. "Aisya kerja kuat sangat..jomlah..saya hantarkan Aisya balik.." kata Nabil. "Tak apa..saya nak pergi makan angin dulu..sebelum saya balik.." kata Aisya. "Aisya ada masalah ke?" soal Nabil. Aisya mengeleng. "Tak ada apa-apa..jangan risau..terima kasih.." kata Aisya. Naufal mematikan panggilan. Dia memasuki Alfa Romeo 8C silver miliknya. Rania melihat kereta mewah itu meluncur laju dari tempat parkir VIP. "Abang.." "emm.." "Nampak Aisya?" soal Naufal. "em..tadi abang ada nampak dia dekat pondok bas..but she said want to walk before go home.." kata Nabil. "Oo..ok..thanks.." kata Naufal. Fazlyana memberhentikan keretanya. 'Buat apa budak ni kat sini?' soalnya sendirian. Aisya duduk di taman berdekatan dengan kawasan apartment tuan muda Dirly. "Kau buat dekat sini?" tegur Fazlyana. Aisya menoleh. "Kakak.." "Aku bukan akak kau lah..Aku tanya kau.." kata Fazlyana. "Saya..ambil angin dekat sini?" kata Aisya. Fazlyana menoleh sekeliling. "Dekat tempat orang kaya macam ni..?Kau jual tubuh ke?" sindir Fazlyana. "Tak.." kata Aisya. Naufal memberhentikan keretanya. "Lyana..awak buat apa dekat sini?" tegur Naufal sebaik melangkah keluar. Fazlyana menoleh. "Naufal.." Naufal menoleh melihat Aisya. "Awak dengan siapa?" soal Naufal. "Saya..ambil angin..baru kenal.." kata Fazlyana. Aisya menoleh membiarkan mereka.

Naufal melihat Aisya sibuk berlatih. Ada masa dua minggu untuk mereka membuat persediaan akhir sebelum berangkat ke Paris. "Maira is a good model.." tegur Rania. Naufal menoleh. Rania tersenyum. Naufal menoleh kembali ke arah Aisya. "She's very confident when she going to this world..Modeling..very proud of her.." kata Rania. Naufal hanya mendiamkan diri. "Surely..you're very care about her..I saw the eyes very love her.." kata Rania lalu beredar meninggalkan ruangan itu. Naufal menoleh memandang kelibat Rania. ["Surely..you're very care about her..I saw the eyes very love her.."] Naufal melihat kembali wajah Aisya. "Abang..Aisya tu macamana orangnya?" soal Naufal. Nabil memandang adiknya. Hairan dengan persoalan itu. Naufal memandang abangnya setelah jawapan yang ditunggu lambat dibalas. "Fal tak ada maksud apa-apalah.." kata Naufal. "She's nice..macam yang adik kenal..baik..tak pernah pecahkan rahsia keluarga dia yang sebenarnya..walaupun dia selalu kena teruk.." kata Nabil. Naufal membisu sebentar. "Kenapa Lyana tak pernah cakap dia ada adik?" soal Naufal. Nabil menjungkil bahu. "Mungkin..memang dari kecil..dia tak sukakan Aisya.." kata Nabil. "Yang peliknya..Faiz pun tak pernah cakap dia ada adik perempuan selain Lyana.." kata Naufal. "Kesian dia kan..mungkin..diorang dari kecil tak sukakan Aisya.." kata Nabil. Aisya membatalkan niatnya untuk mengetuk pintu bilik tuan mudanya. Di sudut hatinya sudah mendapat jawapan yang selama ini dia cari. Rupanya tuan mudanya sudah mengetahui identitinya..sebagai adik Fazlyana..yang selama ini disembunyikan daripada orang ramai. Sedih hatinya. Sebenarnya, dia tidak mahu orang berkawan dan membantunya disebabkan hal ini. 

Sara mengerling jam tangannya. Aisya tidak pernah lewat. Naufal masuk ke studio. Sara menoleh. "Kenapa?" soal Naufal. "Tunggu Aisya.." Naufal mengerling melihat jam tangannya. "Dia tak pernah masuk lambat macam ni." kata Sara. Audi R8 silver milik tuan muda bongsu itu meluncur laju keluar dari perkarangan syarikat itu. Naufal menekan butang lif setiba dia di lobi apartment itu. Beberapa kali butang loceng apartment Aisya duduki ditekan. Masih tidak kelihatan Aisya membuka pintu rumah itu. Naufal mengeluarkan kunci pendua apartment itu setelah beberapa kali telefon bimbit Aisya dihubungi tidak berangkat. Bergelumang kebimbangan hatinya. Kasut Aisya masih rapi di rak. Pasti Aisya masih di rumah..desisnya. "Aisya.." panggil Naufal. Masih tidak bersahut. Naufal mengetuk pintu bilik utama. "Aisya..." terkejut melihat Aisya tersandar di pintu almari bersama barang-barangnya dan sekeping gambar dipegang. Naufal mendapatkan Aisya. Badannya panas. Dahi berpeluh-peluh. Naufal terus mengangkat Aisya keluar. Laju keretanya meluncur ke hospital. Bimbang mengenai perempuan itu. Kasihan?Bukan perasaan itu yang menyebabkan dia terlalu bimbang dengan Aisya..tetapi..["Surely..you're very care about her..I saw the eyes very love her..]Tapi..benarkah itu yang ada dalam hatinya untuk perempuan ini...soal hatinya sendirian. "Don't worry..she's fine..bagi dia dia rehat..makan dan boleh bagi dia makan ubat ikut time.." kata doktor itu. "Terima kasih.." Aisya lena dibuai mimpi. Jururawat masuk ke dalam wadnya. "Biar..saya buat.." kata Naufal. Jururawat itu meninggalkan troli yang membawa ubatan dan tuala basah serta semangkuk air.

Tuala basah yang abru diperahnya diletakkan di atas dahi Aisya. Aisya tersedar. Dilihat kelilingnya. "Awak dekat hospital. Aisya menoleh. Terus dia bangun dan mencabut tali air yang disambung ke salur darahnya. "Awak buat apa ni??Rehatlah dulu..awak tak sihat.." kata Naufal. "Jangan buat baik dengan saya lagi..tolong.." kata Aisya menepis tangan yang menahannya. "Aisya awak kenapa ni?" soal Naufal. "Saya tahu..kenapa awak terlalu baik dengan saya..saya tak suka..saya tak suka orang bersimpati dengan saya..mengenai keluarga saya..saya tak nak awak dengan abang awak buat baik dengan saya lagi..tolong..jangan buat baik..dengan saya.." kata Aisya. Naufal memeluk Aisya. "Sya..dah..banyak penderitaan awak sebelum ni..jangan samakan dengan sekarang.." kata Naufal mengusap lembut belakang Aisya. "Jangan simpati dengan saya..saya..dah terbiasa dengan..kehidupan macam ni..saya tak nak orang bersimpati dengan saya.." kata Aisya sebak. "Jangan fikirkan lagi.." Naufal meletakkan gelas. Aisya menyandar. "Awak rehatlah..saya tak nak awak fikirkan benda yang tak penting.." kata Naufal. Aisya hanya membisu tanpa memandang sekilas pun wajah lelaki itu. "Bukan simpati yang menyebabkan saya begitu rapat dengan awak..awak jangan anggap saya berkawan dengan awak disebabkan simpati.." Naufal berterus-terang. Aisya memandang wajah lelaki itu. "Mungkin disebabkan awak terlalu baik..yang buat saya selesa dengan awak.." sambung Naufal. Aisya sebak. "Saya risau..bila awak macam melarikan diri daripada saya..saya tak nak..awak terus menerus..larikan diri daripada saya..macam Maria buat pada saya.." kata Naufal. "Maafkan saya.." kata Aisya.

Rania duduk di kerusi ruangan menunggu. Hatinya sedih. Semakin hari keadaan jantungnya semakin membimbangkan. Rania mengenggam sampul yang terisi maklumat kesihatannya. Aisya menghampiri Rania. "Cik..Frez.." Rania menoleh. "Maira?" Aisya mengangguk. "I dengar awak..demam..dah baik ke?" soal Rania. Aisya mengangguk. "Saya boleh balik dah." kata Aisya. "Baguslah.." "Cik Frez..buat apa dekat sini?Sakit ke?" soal Aisya. Rania tersenyum lalu dia mengeleng. "Cuma buat medical check-up..for every two month.." kata Rania. Aisya mengangguk faham. Pastilah pelatih peribadi peragawati perlu menjaga kesihatan apatahlagi kecantikan luar dan dalam. Telefon bimbit Aisya berdering. "Maafkan saya.." Rania mengangguk. "Hello....emm..dah..saya datang.." kata Aisya. "Saya pergi dulu.." kata Aisya. Rania mengangguk. "See you tomorrow.." kata Rania. Segaris senyuman manis diberikan kepada pelatih itu. "Esok awak rehatlah dulu..tak payah datang lagi.." kata Naufal. "Saya dah ok..tak apa..tuan muda jangan risau.." kata Aisya. Jari jemari Aisya dicapai Naufal. Aisya menoleh. "Awak jangan fikir bukan-bukan lagi..saya tak nak awak jatuh sakit..saya tak nak..awak pendam perasaan..atau masalah awak seorang diri..biar saya jadi peneman awak.." kata Naufal. Aisya hanya membisu. Dahi Aisya dikucup lembut. "Esok saya datang jemput awak.." kata Naufal. Aisya mengangguk. "Terima kasih.." Naufal menglemparkan senyumannya. Hah..kacak sungguh tuan muda bongsu Hirden..desis hati Aisya. "Take care..jangan lupa makan ubat..tidur awal malam ni.." kata Naufal. Aisya mengangguk. "Hati-hati.." Naufal masuk ke dalam keretanya.

Encik Dirly terkejut mendengar kata isterinya. "Faiz tak percaya Aisya lari dari rumah..kenapa mama dengan Lyana tak bagitahu hal ni awal-awal?" kata Faiz. "Mama tak nak papa dengan Faiz risau..jadi kami buat keputusan untuk menyembunyikan hal ni daripada pengetahuan papa dengan Faiz." kata Puan Farhana. "Tak mungkin Aisya lari dari rumah tanpa sebab..kamu berdua buat apa pada dia?" soal Encik Dirly. "Kenapa papa ni terlalu ambil berat pasal dia??Dia bukan anak papa pun.." kata Fazlyana. Puan Farhana mencubit lengan anak perempuannya. Encik Dirly memandang isterinya. "Kenapa dengan mama ni..?" soal Fazlyana. "Memang Aisya bukan anak papa..tapi..dia pemilik harta yang kita duduk ni..tak baik kita buat ana yatim piatu macam ni..Papa tak suka dengan sikap kamu berdua..cari Aisya sampai dapat..!!" arah Encik Dirly lalu bergerak keluar dari rumah banglo mewah itu. Faiz menghela keluhan. Kecewa dengan sikap ibu dan adik perempuannya. "Abang kenapa nak marah-marah juga?Suka dekat Aisya??Entah-entah abang ni dah ada feeling kot.." sinis kata Fazlyana. "Lyana jangan nak pandai-pandai..Aisya adik abang macam Lyana adik abang.." "Tapi..realitinya..budak perempuan tu bukan adik abang..bukan adik kandung kita.." kata Fazlyana. Aisya menoleh ke arah skrin telefon bimbitnya. 'Abang'. Kalau ikutkan tarikh yang dimaklumkan seminggu yang lalu..abang dan papanya akan balik pada hari ini. Diorang cari aku ke??..Desis Aisya. Sekali lagi dia membiarkan telefon itu berdering tidak berjawab. Dia ingin menjawab panggilan itu..tapi mana mungkin dia menceritakan kepada papanya. Dapatkah dia menerima kenyataan yang dia bukan anak kandung mereka..pasti hatinya sangat kecewa.

Naufal tersenyum melihat Aisya turun setelah panggilannya dimatikan tadi. "Saya ingat awak masih berdegil.." kata Naufal. Aisya hanya tersenyum. "Terima kasih.." katanya. Naufal membuka pintu kereta. Aisya menunduk lalu dia masuk ke dalam perut kereta sport mewah hitam itu. "Abang dan papa saya dah balik.." kata Aisya tiba-tiba. Naufal menumpukan perhatian pada pemanduannya. "Mereka cari awak?" Aisya membisu. "Saya tak tahu mereka akan cari saya atau tidak..tapi..abang saya ada call.." kata Aisya. "Awak tak jawab?" "emm.." "Kenapa awak tak ceritakan hal sebenar pada mereka?Atau mereka pun sama macam...." "Tak.." pintas Aisya. Naufal memandang Aisya sekejap. "Mereka layan saya baik..saya..tak jawab panggilan mereka..sebab..saya takut nak hadapi kebenaran.." jujur Aisya. "Kebenaran?" soal Naufal sedikit hairan. "Sebelum mama dengan kakak halau saya..mereka ada cakap..kenapa mereka tak sukakan saya.." Naufal memberhentikan keretanya di sisi jalan. "Saya bukan keluarga mereka.." kata Aisya. "Saya bukan keluarga Dirly.." sambung Aisya. "Awak bukan anak uncle?" soal Naufal. "Tak mungkinlah..kalau awak bukan anak mereka..uncle takkan layan awak baik.." sambung Naufal mententeramkan hati Aisya. "Saya memang nak tahu kebenarannya..tapi mungkin saya belum cukup kuat untuk mengetahui hal tu..sekarang.." kata Aisya sebak. Naufal memandang wajah Aisya yang menunduk menahan tangisan. Dia menarik tubuh kecil itu dalam pelukannya.

"Pengerusi.." "Carikan Aisya.." arah Encik Dirly. "Baik.." Faiz masuk ke dalam bilik pejabat bapanya. "Dapat call Aisya?" soal Encik Dirly. "Dia tak angkat..dan dia dah matikan telefon bimbitnya.." kata Faiz. Encik Dirly menghela nafas. 'Aisya..' 'Tok..tok..' "Masuk.." arah Naufal. Sara melangkah masuk. "Menganggu ke?" soal Sara. "Tak..masuklah.." Naufal menutup fail. Sara duduk. "Aisya ada masalah ke?" soal Sara. Naufal memandang wajah sahabatnya. "Dia nampak sedih hari ni..dan..dia macam..tak tumpukan perhatian..Dia tak sihat ke?" kata Sara. Aisya menanggalkan kasut tumit tinggi yang dipakai semasa latihan tadi. Rania menghampiri Aisya. "Maira.." Aisya menoleh. "Cik Rania.." "Awak ada masalah?" soal Rania. Aisya mengeleng. "Kalau tak ada kenapa awak tak tumpu perhatian waktu latihan tadi..awak..banyak termenung.." kata Rania. "Saya minta maaf..Saya akan buat betul-betul lepas ini.." kata Aisya. "Pastikan hal ni tak berulang lagi..show awak nak dekat dah.." kata Rania. Aisya menunduk. Rania beredar. Aisya menghela nafas keluh. Naufal menyandar sebaik Sara keluar. 'Dia mesti fikirkan lagi hal tu..' Naufal memulas tombol pintu bilik rehat Aisya. Aisya tertidur menyandar. Naufal menghampirinya. Tangannya diletakkan di dahi gadis itu. Dah surut...desisnya. Naufal melihat wajah gadis itu. Ada air mata yang laju turun di pipinya. Perlahan-lahan Naufal mengesat air mata itu. Aisya tersedar. "Tuan muda.." Aisya segera menunduk mengesat air matanya yang turun. Naufal menahan tangannya. Serta merta Aisya menoleh memandang lelaki itu. "Jangan biarkan awak menanggung luka awak sendirian..saya..tak sanggup nak tengoknya lagi..Jangan biarkan luka awak..mengawal awal sehingga awak jadi lemah.." kata Naufal. Nabil menutup pintu lalu ada senyuman terukir di bibirnya.

"Pasport awak.." kata Naufal. Aisya kelihatan gementar. Naufal mengenggam jari jemari Aisya. Aisya mendonggak melihat lelaki itu. "Jangan risau..semuanya akan baik..awak tumpukan perhatian pada latihan dan pertunjukan nanti.." kata Naufal. Aisya mangangguk tersenyum hambar. "Terima kasih.." kata Aisya. "Esok saya akan datang sana.." kata Naufal. Aisya mengangguk lagi. "Maira.." panggil Sara. Aisya dan Naufal menoleh. Sara dan Raina menghampiri mereka. Naufal menoleh kembali melihat Aisya setelah bertembung mata dengan pelanduk dua serupa Aisya. "Jom..flight kita dah buka.." kata Sara. Aisya bangun. Naufal menahan Aisya. Aisya menoleh. "Jaga diri awak baik-baik.." kata Naufal. Aisya merenung anak mata lelaki itu. Segaris senyuman diberikan kepada lelaki itu. "Terima kasih.." Naufal mengangguk. "Fal..jangan risau..ramai kakitangan yang akan jaga dia.." sindir gurauan Sara. Naufal tersenyum. "Hati-hati..Sara..Raina..take care.." kata Naufal. Raina mengangguk. Fazlyana masuk ke bilik pejabat tunangnya. "Lyana..kenapa?" soal Nabil. "Saja datang..I malas nak duduk rumah.." kata Fazlyana. "Ada masalah ke?" soal Nabil. Fazlyana mengeleng. "Model-model you..dah bertolak ke??" soal Fazlyana. Nabil mengangguk. "Fal hantarkan tadi.." kata Nabil. "Maira pergi juga ke?" soal Fazlyana. "Dia model utama untuk show yang ni.." kata Nabil. "Oh..you dengan Naufal pergi bila?" soal Fazlyana. "Esok petang.." "I ikut boleh?" soal Fazlyana. "Kata you ada masalah dekat rumah..?" soal Nabil. "Ala..biarlah abang dengan papa I yang selesaikan..semua tu hal diorang.." kata Fazlyana. "Its up to you.." kata Nabil.

Raina menoleh memandang Aisya. Aisya jauh mengelamun. Model-model syarikat yang lain banyak membuat hal masing-masing. Ada yang mendengar lagu, membaca dan tidur. "Maira..pekerja khas Naufal.." kata Sara. Raina menoleh. "Dia pekerja yang sangat baik..and rajin.." sambung Sara. "Dia bukan model?" Sara mengeleng. "Penyamaran dia menyebabkan I pilih dia sebagai model bulan lepas.." kata Sara. Raina menoleh ke arah Aisya semula. "Kisah dia yang membuatkan dua tuan muda tu terlalu baik dengan dia..sehinggakan..Naufal..tak sedar..dia dah mula sukakan Maira.." kata Sara. Raina memandang Sara semula. "Naufal..pernah terjatuh dalam lubang yang melukai hatinya..dan..tanpa disedari..Aisya menjadi pengubatnya." kata Sara. Naufal mengemas beg pakaiannya. 'Tok..tok..' Naufal menoleh. Puan Raihana masuk. "Ada yang mama boleh tolong?" Naufal mengeleng. "Naufal dah siap pun.." kata Naufal. Puan Raihana duduk di hujung katil. "Maira macamana orangnya?" soal Puan Raihana. Naufal berhenti menutup zip beg pakaiannya. "Kenapa tiba-tiba mama tanya ni?" soal Naufal. "Mama..tengok..orangnya.baik..dan..Nabil pun kata dia orangnya baik.." kata Puan Raihana. Naufal tersenyum. "Dia memang baik.." kata Naufal. "Dia memang model syarikat tu ke?Mama rasa..mama tak pernah dengar Prez.." kata Puan Raihana. Naufal duduk di sebelah ibunya. "Dia pekerja khas Fal..yang menyamar jadi kekasih Fal.." Naufal berterus terang. Puan Raihana memandang anaknya. "Sara pilih dia jadi model..sebab dia ada potensi yang baik..dan..Naufal tak menafikannya." kata Naufal. "Untuk lakonan depan Lyana?" soal Puan Raihana. Naufal mengangguk. "Dia setuju?Macamana dengan perasaan dia?" soal Puan Raihana tiba-tiba. Naufal membisu.

Aisya memasuki rumah apartment syarikat. Negara asing yang buat kali pertamanya dia menjejak kaki. Memang terasa janggal. Sara menutup pintu rumah itu. "Maira..pilihlah mana-mana tiga bilik yang Maira selesa.." kata Sara. Aisya mengangguk. "Terima kasih.." "You too Raina.." sambung Sara. Raina mengangguk. Aisya memilih bilik yang berhadapan dengan tapak rekreasi kawasan apartment mewah itu. 'Tok..tok..' "Masuk.." Sara masuk ke bilik itu. "Kalau Aisya perlukan bantuan..bagi tahu saya.." kata Sara. Aisya mengangguk. "Terima kasih..cik Sara dah banyak tolong saya.." kata Aisya. Sara tersenyum. "Kalau saya tak tolong awak..siapa lagi nak tolong awak..nak harapkan dua orang tuan muda Hirden?Lupakanlah.." kata Sara. Aisya ketawa kecil. Sara turut tersenyum. "Ok..Saya tak menganggu rehat Aisya..rest first..tonight..kita ada practice khas untuk Aisya.." kata Sara. Aisya mengangguk. 'Tok..tok..' "Masuk.." arah Encik Dirly. Pembantu peribadi Encik Dirly menghampirinya. "Ini ada laporan mengenai cik muda Dirly." Encik Dirly membuka fail tersebut. "Dia berkerja di Syarikat T-Hirden sebagai pembantu khas Pengarah Pengurusan Permodelan Hirden, Tuan muda bongsu mereka. Dia sudah hampir dua bulan berkerja di situ. Dan menurut siasatan terbaru, cik muda berangkat ke Paris untuk pertunjukan fesyen antarabangsa sebagai model utama. Dia dipilih sebulan yang lalu. Menurut pengawal keselamatan kediaman pengerusi..Pada malam 22 tempoh hari, Puan Farhana dan Cik muda Fazlyana telah menghalau cik muda." kata pembantu itu. Encik Dirly mengeluh. "Carikan alamat Paris.." "Baik.."

"Cik muda..beg pakaian cik muda dah ada dalam kereta." kata pembantu rumah itu. Fazlyana mengangguk. "Mama.." Puan Farhana muncul dari bilik tidurnya. "Lyana nak bertolak dah.." kata Fazlyana. "Papa dengan abang tak balik lagi.." kata Puan Farhana. "Biarlah..diorang pun bukan pedulikan hal Lyana..tak habis-habis dengan anak angkat tu.." "Siapa anak angkat!" tegur Encik Dirly. Puan Farhana dan Fazlyana menoleh. "Mama..Lyana pergi dulu..malas nak bertekak.." kata Fazlyana. "Lyana nak pergi mana?" soal Encik Dirly. "Paris..ada pertunjukan fesyen dekat sana.." kata Fazlyana. Naufal duduk di ruang menunggu VIP. "Abang yakin..Lyana takkan buat hal dekat sana?" kata Naufal. Nabil duduk di sebelah adiknya. "Kalau dia buat sesuatu yang memalukan..pasti dia orang yang pertama akan terasa malu..bukan Aisya.." kata Nabil. Naufal menyepi. "Dah bagi tahu Sara..?" soal Nabil. "Fal dah bagi tahu dia..tapi..Fal tak bagitahu Aisya lagi.." kata Naufal. Aisya menutup pintu bilik air. Telefon bimbitnya berdering. 'Tuan muda Naufal' "Hello.." "Bz ke?" soal Naufal. "Tak..latihan tengahari nanti." kata Aisya. "Saya..nak bagitahu awak seuatu.." Aisya membisu. "Fazlyana akan ikut kami.." sambung Naufal. "emm..baiklah.." kata Aisya. "Maafkan saya..tak dapat nak halang dia datang.." kata Naufal. "Tak apa..saya tak kisah..tuan muda tak perlu minta maaf.." kata Aisya. "emm..saya dah bagitahu Sara..dia tahu nak buat apa nanti.." kata Naufal. "Ok..terima kasih.." kata Aisya. Naufal mematikan panggilan.

Sara menghampiri Aisya jauh mengelamun di balkoni apartment mewah itu. "Jauhnya termenung.." tegur Sara. Aisya sedikit tersentak. "Cik Sara.." "Oh lupa pula..tak payah bercik-ciklah..kita jadi kawan je..memandangkan saya lebih tua..Aisya boleh panggil kak Sara.ok?" kata Sara. Aisya hanya tersenyum. "Aisya..risau pasal Cik Lyana ke?" soal Sara. Aisya menyepi. "Saya ada dengar the whole story from Nabil..about you.." kata Sara. Aisya tersenyum pahit. "Saya takut nak hadapi kenyataan.." kata Aisya. "Why should you scared?" soal Sara. "Saya sayangkan mereka..Walaupun penderitaan yang saya tanggung berat..tapi..mereka satu-satunya keluarga saya.." kata Aisya. "Aisya..saya yakin..semua tu ujian awak untuk berjaya. Baik..awak jumpa dengan keluarga awak..dan awak kena hadapi semua tu..jangan sampai luka awak semakin parah.." kata Sara. Aisya mengangguk. "Saya akan..tapi..sekarang..masa belum mengizinkan saya untuk berbuat sedemikian.." kata Aisya. Sara mengangguk sambil senyuman manis terukir di bibirnya. Aisya membalas senyuman manis itu. Naufal membuka pintu rumah apartmentnya. Nabil menghantar Lyana ke rumahnya. Telefon bimbitnya di keluarkan dari kocek seluarnya. Aisya menoleh melihat ke arah telefon bimbitnya. "Saya angkat telefon sekejap.." kata Aisya memamit diri. Sara mengangguk. "Hello.." "Tuan muda.." Sara tersenyum. "Saya dah sampai..awak sibuk ke?" soal Naufal. "Tak..hari ni tak ada latihan.." kata Aisya. "Baguslah kalau macam tu..boleh..saya ajak awak keluar?" kata Naufal. Aisya menyepi sebentar. "Tuan muda baru sampai..nanti tuan muda penat." kata Aisya. Bukan dia tidak mahu tetapi memikirkan esok pertunjukan fesyen itu, Naufal tak boleh kelihatan letih. "Kalau macam tu..kita jumpa malam nanti jela..saya belanja awak makan.." kata Naufal. "Baiklah.."

Fazlyana duduk. "Call I kalau ada masalah.." kata Nabil. "I tak suka duduk sorang-sorang.." kata Fazlyana. "Nanti I panggilkan Sara..temankan you.." kata Nabil. "Emm..kalau Maira tak boleh?I nak juga berkenalan lebih dengan Maira.." kata Fazlyana. "Maira..bz dengan latihan modeling..mungkin tak boleh ganggu dia..Dia kena stay dengan personal trainer dia.." kata Nabil. "Maira ada personal trainer?Sejak bila?" soal Fazlyana. "Personal trainer untuk contest top model akan datang." kata Nabil. "Oh..tak apalah..nanti bila-bila I datanglah jenguk dia.." kata Fazlyana. Nabil hanya mengangguk. "Maira.." panggil Rania. Aisya keluar dari biliknya. "Dah siap?Jom.." Aisya mengangguk. "Maira dah tahu tuan muda dah sampai?" soal Rania sebaik melangkah keluar dari rumah mereka. "Em..tuan muda Naufal ada call saya tadi." kata Aisya. "Hubungan awak dengan tuan muda rapat ya?" soal Rania. "Tuan muda banyak tolong saya.." kata Aisya. "Papa dah booking tiket kita pergi ke Paris.." kata Encik Dirly. "Paris?" "Aisya ada dekat sana. Selama ni..Faiz tak tahu ke yang Aisya kerja dengan Nabil?" "Kerja dengan Nabil?Faiz tak tahu dia kerja dekat syarikat Hirden." kata Faiz. "Pembantu papa dah siasat. Sekarang Aisya dipilih menjadi model utama dalam pertunjukan fesyen di Paris." kata Encik Dirly. "Lyana pergi sana kan?" kata Faiz. "Papa rasa Lyana tak tahu lagi pasal Aisya. Papa yakin kalau Lyana tahu..pasti dia akan malukan Aisya. Kita kena pergi segera." kata Encik Dirly. "Mama tahu papa nak pergi Paris?" soal Faiz. "Mama belum tahu lagi..tapi papa akan cakap kita akan pergi urusan bisnes.." kata Encik Dirly lagi. Faiz mengangguk setuju.

Naufal melihat Aisya sepertinya sedikit gementar. Jari jemari Aisya digenggam Naufal. Aisya menoleh melihat lelaki di sebelahnya. "Awak tak perlu gementar..semuanya akan baik.." kata Naufal. Aisya tersenyum pahit. Entah hatinya sedikit lega melihat senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu. "Terima kasih.." "Maira Prez..vous devraient se prĆ©parer dĆØs maintenant..(Maira Prez..awak perlu bersiap sekarang..)" kata pengurus tabir. "Donnez-lui ciqn minutes.(Berikan dia lima minit..)" kata Naufal. Pengurus tabir itu mengangguk. Aisya bangun. Tangannya masih erat digenggam Naufal. "Just do what have you learnt..Sara always behind you.." kata Naufal bangun menghadap Aisya. Aisya mengangguk. "Try your best..I will waiting for you..here.." kata Naufal. "Terima kasih.." kata Aisya. Naufal mengangguk. Tangan Aisya dilepaskan. Aisya beredar meninggalkan tempat itu. Mata Naufal menghantar kelibat Aisya sehingga kelibat itu melangkah masuk ke bilik persiapan. Fazlyana menoleh melihat jam tangannya. "Mana Naufal?" soal Fazlyana. "Mungkin dia dekat belakang..Tengokkan model-model.." kata Nabil yang sibuk melihat koleksi-koleksi baju  yang akan dipamerkan sebentar lagi melalui majalah yang dibuat khas untuk para tetamu khas. Naufal menghampiri meja berlabel VVIP. "Maaf lambat.." kata Naufal. "Tak apa..Maira macamana?" soal Nabil. "Em..dia tengah bersiap..Sara dengan Rania sibuk uruskan mereka." kata Naufal sambil tangannya mencapai majalah di hadapannya. "Cantik baju utama show ni.." kata Nabil. "Bertambah cantik..if orang yang memakainya cantik.." kata Fazlyana. "Cantiklah..Maira.." kata Nabil. Fazlyana memandang tunangnya. "Dah nak mula.." kata Naufal. Nabil terus menutup majalah. Fazlyana sedikit geram. 

"Congrates Maira Prez.." ucap Nadia Nazrin, model antarabangsa terkenal yang dijemput khas dalam majlis itu. "Thank you..I'm glad can see you here.." kata Aisya. Nadia Nazrin tersenyum manis. "Maira.." tegur Sara. Aisya dan model tinggi lampai itu menoleh. "Waw..very suprising..can see you here.." kata Sara lalu memeluk mesra model terkenal itu. "How are you Sara?" "Fine..good..meet Rania..Rania Frez.." Sara memperkenalkan Rania. Rania menyambut huluran tangan Nadia. "Maira and Rania..looks like have a same face.." kata Nadia. Aisya dan Rania hanya tersenyum. "By the way..Maira congrate again..and wish you good luck for the Top Model soon..I'll be there..to see you." kata Nadia. "Thanks.." kata Aisya. "Ok Sara..I have to go first.." kata Nadia. "Ok..take care.." "Bye Maira..Rania..hope can meet you again.." kata Nadia. Naufal menghampiri mereka. "So..Maira.." sapa Naufal. Aisya menoleh. "Tahniah..nampaknya dapat pujian daripada Nadia Nazrin.." kata Naufal. Aisya tersenyum malu. "Terima kasih.." katanya. "Fal..jangan usik dia.." kata Sara. "So..bakal model terkenal..ada masa tak..?" soal Naufal. Aisya mengangguk perlahan. Rania tersenyum melihat mereka. "Rania..jom.." ajak Sara. Aisya menyusul Naufal yang berjalan mendahuluinya. "Aisya.." panggil seseorang dari arah belakangnya. Langkah mereka terhenti. Aisya menoleh. Diikuti Naufal. "A..abang.." Naufal melihat wajah Aisya. "Aisya macamana sekarang?" soal Naufal. Aisya mengangguk perlahan. "Kerja ok?" "Ok.." Naufal melihat mereka dari jauh. Dadanya sedikit berdebar melihat Aisya dan Faiz. "Papa..risaukan Aisya.." kata Faiz. "Maafkan Aisya.." "Aisya tak nak balik rumah ke?Tu rumah Aisya.." kata Faiz. "Bukan..sebab Aisya tak nak balik..Aisya memang nak balik..tapi...." "Aisya risaukan mama dengan Lyana?" soal Faiz. Aisya menyepi.


"Awak akan balik ikut abang awak?" soal Rania. Aisya mengangguk. "Saya tak nak risaukan papa saya.." kata Aisya. "Maira dah bagi tahu Naufal?" sampuk Sara. Aisya berhenti melipat pakaiannya lalu dia menggeleng. "Naufal bimbang tentang awak..beritahu dia sebelum awak balik.." kata Sara. Aisya mengangguk perlahan. Fazlyana ternampak kelibat yang amat dia kenali. "Abang..buat apa dia dekat sini?" soalnya sendirian. Aisya keluar dari lif. Fazlyana menyorok. 'Maira..dengan abang?' Faiz menghulurkan tiket kapal terbang kepada Aisya. "Aisya..kena bagitahu bos Aisya dulu pasal hal ni.." kata Aisya. Faiz mengangguk. "Kenapa papa tak datang?" soal Aisya. "Papa..terpaksa batalkan tiket dia di saat akhir sebab ada klien papa datang dari Kanada.." kata Faiz. Aisya menghela nafas. "Nanti Aisya call abang.." kata Aisya. Faiz mengangguk. Nabil duduk di sofa hadapan adiknya. "Ada masalah ke?" soal Nabil. Naufal memandang abangnya. "Tak ada..kenapa?" soal Naufal kembali. "Muka Fal macam runsing je.." kata Nabil. Naufal meraut wajahnya. "Fal penat je.." kata Naufal. "Fal tahu Faiz datang sini?" soal Nabil lagi. Naufal mengangguk. Telefon bimbit Naufal berbunyi. "Fal jawab phone sekejap." kata Naufal. Nabil mengangguk. "Boleh kita jumpa sekejap..?" soal Aisya. Naufal turun ke laman bawah. Aisya bangun dari tempat duduknya. "Kenapa?Aisya ada masalah ke?" soal Naufal. Aisya menyerahkan tiket pulang. Naufal melihat tiket itu. "Saya..balik malam ni.." kata Aisya. "Kenapa awak balik awal?" soal Naufal. "Papa harapkan saya balik..dan saya..dah bersedia untuk jumpa mereka.." kata Aisya. Jantung Naufal berdegup laju tanpa sebab. "Awak..akan berkerja macam biasa kan?" soal Naufal. Aisya memandang wajah Naufal lalu dia mengangguk. Fazlyana ke hulu hilir menahan panas hatinya. Rupanya Maira Prez..model syarikat kononnya itu, Aisya..hah..dasar penipu besar. Boleh berlakon jadi model nak dapatkan perhatian orang..desis hatinya.


Nabil melihat adiknya tidak senang duduk. Sekejap ke kerusi sekejap lagi ke beranda apartment. "Fal.." tegur Nabil. Naufal menoleh. "Kenapa ni?" soal Nabil. Naufal menggeleng. "Ceritalah..abang tak selesalah tengok Fal macam ni?Macam ada masalah.." Naufal duduk di sofa. "Kalau abang ada adik angkat..baik..cantik..abang akan jatuh hati pada dia tak?" soal Naufal. Nabil tergamam sebentar lalu dia ketawa. Naufal hairan. "Fal risau pasal apa ni?Pasal Faiz dengan Aisya?" soal Nabil. Naufal menyandar. "Lain yang ditanya..lain yang dijawab." kata Naufal. "Abang tak pernah tengok Fal macam ni.." "Fal keluar ambil angin sekejap.." kata Naufal. "Fal.." "Emm.." "Jangan takut nak berhadapan dengan perasaan Fal..terus terang je..daripada hati gelisah macam ni..." kata Nabil. Naufal menghela nafas. "Fal keluar dulu.." Nabil menggeleng kepala melihat sikap adiknya. Langkah Naufal terhenti melihat Faiz membantu Aisya mengangkat keluar beg pakaian Aisya. Fazlyana menghampiri Naufal. "Eh..Abang Faiz..kenal dengan Maira ke?" sengaja Fazlyana memanaskan hati Naufal. Naufal menoleh. "Sejak bila Abang Faiz berkawan dengan Maira?" soal Fazlyana. Naufal memandang kembali ke arah Faiz. Aisya keluar dari apartmentnya. "Maira.." panggil Fazlyana. Aisya dan Faiz menoleh. Aisya memandang wajah Naufal yang ingin memaling ke arah belakang. "Abang Faiz kenal dengan Maira?" soal Fazlyana. Faiz mengangguk. "Tak sangka dunia ni kecil sangat..kan Fal.." kata Fazlyana memaut lengan Naufal yang ingin beredar. Naufal menoleh. Faiz memandang Aisya. "Saya tunggu awak dalam kereta.." kata Faiz. Aisya mengangguk. "Boleh tinggalkan saya dengan Maira sekejap?" soal Naufal. Fazlyana mengangguk. Mahu tak mahu dia terpaksa pergi.


Aisya hanya membisu memandang belakang lelaki tinggi kacak itu. "Saya..jumpa awak dekat office..lusa.." kata Naufal lalu menoleh ke arah Aisya. Aisya mengangguk. "Maafkan saya..buat keputusan..tanpa bincang dengan awak.." kata Aisya. "Tak apa..saya cuma harapkan awak dapat kebahagian diri awak.." kata Naufal. "Terima kasih..atas segala pertolongan awak.." kata Aisya. Naufal mengangguk. "Pergilah..nanti terlepas flight pula.." kata Naufal. Aisya menghampiri Naufal. Lelaki itu memandang wajah Aisya. "Terima kasih..kerana sudi menjadi teman saya..walaupun di saat saya sukar.." kata Aisya memeluk lelaki itu. Naufal tersentak. Sekali lagi jantungnya berdegup pantas. Aisya meleraikan pelukan. "Saya pergi dulu.." Naufal mengangguk. Aisya beredar meninggalkan lelaki itu. Rania melihat Naufal yang menghantar Aisya hanya dengan pandangan suram. "Rania.." sapa Sara. Rania menoleh. "Jom..ais krim dah memanggil.." kata Sara. Rania mengangguk lalu dia beredar. Sara memandang ke arah menungan Rania. Naufal menyandar di kerusi kayu. Sara terus pergi. Aisya terasa berat untuk meninggalkan lelaki yang banyak membantunya. Seperti mereka tidak akan berjumpa lagi. Aisya menggeleng. Jangan fikirkan benda yang mengarut..desisnya. Naufal terasa lemah untuk kembali ke biliknya. "Maira dengan you serius ke tak??" soal Fazlyana dari arah belakang. Langkah Naufal terhenti. "I tengok..dia macam tak ada perasaan dengan you pun.." kata Fazlyana. "You jangan masuk campur hal I lah..uruskan abang I..Dia tunang you.." kata Naufal lalu beredar meninggalkan Fazlyana.


Sara menghampiri sahabatnya. "Can I know what is your problem?" tegur Sara. Naufal menoleh. "Problem?Tak ada problem pun.." kata Naufal. "Orang lain you bolehlah tipu..tapi dengan I..minta maaflah.." kata Sara. Naufal menghela nafas. "Let me guess..About Aisya right?" kata Sara. Naufal menyandar. "If you feel you won't let her go..just tell her about your feeling. Jangan buat hal yang sama macam dulu..you..akan kehilangan Aisya macamana Maria.." kata Sara. Naufal menunduk. "Macamana dengan Aisya?" soal Naufal. "Fal..you jangan harapkan perempuan meluahkan perasaan kepada you..you lah yang kena bertindak dulu..Agaknya pasal tu lah..Maria terima lamaran papa dia..sebab you tak confess perasaan you pada dia.." kata Sara. Naufal membisu. "Jangan nanti you menyesal..Aisya pula yang you akan kehilangan.." kata Sara. Nabil mengetuk pintu bilik Naufal. "Fal..sarapan..." kata Nabil. Tiada sahutan daripada adiknya. "Fal..kita kena breakfast awal ni..Terlepas flight nanti.." kata Nabil. Masih sama. Nabil memulas tombol bilik adiknya. Adiknya tidak kelihatan. Seingatnya malam tadi, selepas adiknya masuk bersembang dengan Sara, dia terus masuk tidur. Almari pakaian adiknya dibuka. Kosong. Beg pakaiannya juga tidak kelihatan. Nombor Sara didail. "Hello..Sara.." "emm..Kenapa?" soal Sara. "Fal ada dengan Sara ke?" soal Nabil. "Tak ada..Sara kat rumah lagi.." "Fal tak ada..baju dia.." "Bil..jangan risau..Dia dah balik..nak kejar cinta dia lah tu.." kata Sara tersenyum. "Cin..Aisya?" Naufal menyandar. ["If you feel you won't let her go..just tell her about your feeling. Jangan buat hal yang sama macam dulu..you..akan kehilangan Aisya macamana Maria.."]..["Jangan takut nak berhadapan dengan perasaan Fal...."]


Aisya duduk menghadap Encik Dirly. "Papa akan menyesal seumur hidup..kalau Aisya tak dalam keadaan macam ni.." kata Encik Dirly. "Maafkan Aisya buat papa risau.." kata Aisya. "Maafkan mama ya.." kata Encik Dirly. "Aisya tak pernah terasa hati dengan mama.." "Papa..boleh Aisya tanya sesuatu?" sambung Aisya. Encik Dirly memandang Aisya. "Apa yang mama dan kakak cakapkan tempoh hari..semuanya betul?" soal Aisya. Encik Dirly menghela nafas panjang. Berat soalan itu untuk dijawabnya. "Aisya..anak mendiang..Papa Adli.." kata Encik Dirly. "Papa Adli?" "Dia abang papa..yang meninggal dalam nahas kemalangan jalanraya..waktu Aisya bayi lagi.." kata Encik Dirly. Aisya terasa dadanya sebak. "Papa..kehilangan anak papa yang bongsu..pada hari yang sama..Aisya ditahan wad..sebab jantung Aisya ada masalah...syukur Aisya masih hidup..papa jaga Aisya sampai Aisya besar..dengan baik.." kata Encik Dirly. "Itulah sebabnya..mama tak sukakan Aisya.." kata Aisya. "Aisya jangan fikir perkara macam tu..Mama bukan tak sukakan Aisya.." kata Encik Dirly. Faiz menutup pintu bilik pejabat ayahnya. Kasihan dia melihat Aisya. "Aisya..nak pergi toilet sekejap.." kata Aisya. Encik Dirly mengangguk. Dia yakin anak saudaranya pasti sedih. Aisya keluar dari lif. Dia mencari tempat yang boleh dia bersembunyi. Tangan Aisya ditarik seseorang. "Mana..Aisya?" soal Faiz. "Aisya sedih..Mungkin dia tengah bersendirian.." kata Encik Dirly. Faiz terus keluar. Aisya memandang wajah pemilik tangan yang menariknya. "Tuan muda.." Aisya mengesat air mata yang lama ditahan di bilik papanya. "Awak kata awak dah bersedia untuk dengar semua kebenaran.." kata Naufal. "Saya..tak kuat.." kata Aisya mulai sebak mengingatkan kembali kebenaran yang diucapkan bapanya. Naufal memeluk Aisya. "Awak..jangan nangis seorang diri lagi.." kata Naufal. Faiz terus berpaling kembali meninggalkan mereka.


Naufal menghulurkan secawan chocolate panas kepada Aisya. "Terima kasih.." Naufal duduk di sebelah gadis itu. "Awak duduklah dekat apartment saya dulu..kalau awak masih tak selesa untuk balik ke rumah awak.." kata Naufal. Aisya mengangguk. "Terima kasih..tapi..saya kena balik..untuk selesaikan semua hal." kata Aisya. "Dan saya harap..awak takkan bersedih bersendirian.." kata Naufal. Aisya hanya tersenyum pahit. "Terima kasih..sebab awak sentiasa ada..bila saya memerlukan kawan.." kata Aisya. Naufal tersenyum manis kepada gadis itu. Fazlyana merenung tajam ke arah Aisya. "Aisya duduklah." kata Encik Dirly. Aisya menurut. "Apa kau buat dekat Paris?Jadi model?" sindir Fazlyana. Aisya malas ingin menjawab soalan itu. "Hai..dah pandai jadi model pula..?" "Keep quiet..can you?" soal Encik Dirly. "Papa nak sangat bela dia buat apa?Dia dah tahu kebenaran. Jadi pandai-pandailah bawa diri." kata Fazlyana. "Lyana.." tegur Faiz. "Kenapa?Abang pun nak bela dia?Entah-entah abang dah suka ni..maklumlah..line clear." kata Fazlyana. "Stop talking nonsense..Papa panggil Aisya balik rumah..bukan nak dengar sindiran dan hinaan Lyana..dengan mama..Papa panggil..sebab papa nak bincangkan hal penting yang kita semua perlu tahu." kata Encik Dirly. Fazlyana mendiamkan diri. Encik Dirly membuka sampul coklat yang dibawanya bersama tadi. "Papa nak kita semua tahu..harta yang kita tumpang ni..bukan hak milik papa.." Fazlyana terkejut. "Memandangkan Aisya bakal genap 23 tahun..jadi papa nak serahkan kembali amanah tuan harta ini." kata Encik Dirly. "Apa maksud papa ni?" soal Fazlyana. "Fazlyana patut bersyukur..sebab kita boleh hidup selesa disebabkan belas ehsan keluarga Aisya. Yang Aisya dengan mama..tak habis-habis menghina Aisya." kata Encik Dirly. Faiz hanya membisu. Aisya juga. "Mama nak masuk berehat.."  kata Puan Farhana.


'Harta kepunyaan perempuan tu?!' detis Fazlyana. Marah sungguh dia mendengarnya. Hari ulangtahun Aisya hujung bulan ini dan secara rasminya dia akan diumumkan sebagai pewaris Dirly yang tersenarai jutawan. Sakit hatinya. Dia tidak kisah jika harta itu jatuh ke tangan abangnya. Sekurang-kurangnya, 20 peratus daripada harta abangnya akan dimilikinya. Tetapi mana mungkin jika harta itu bukan milik keluarganya. Patutlah mama beriya-iya ingin menghalau perempuan tu..desisnya. "Fal dah fikir panjang ni?" soal Puan Raihana. Naufal mengangguk. Nabil tersenyum. Bahagia mendengar pengumuman adiknya. Akhirnya, adiknya sudah membuat keputusan yang benar-benar dia inginkan. "Nanti papa kena umumkan ni..Fal dah bincang dengan Maira?" soal Pengerusi Hirden. "Belum lagi..sebelum tu..mama..papa..Fal minta maaf banyak-banyak..Nama dia yang sebenar..Aisya..Aisya Dirly..bukan Maira." kata Naufal. "Aisya?Dirly?" soal Pengerusi Hirden. Naufal mengangguk. Puan Raihana memandang wajah suaminya. "Kenapa selama ni..papa tak tahu..Lyana ada adik..?" soal Pengerusi Hirden. "Dia bukan anak kandung papa Lyana.." kata Nabil. "Habis?" "Anak angkat.." kata Nabil. "Dia anak angkat..?" Nabil mengangguk. "Yang Nabil tahu..Uncle..jaga Aisya..sebab ibu bapa Aisya mati dalam nahas kemalangan jalanraya 23 tahun yang lepas..iaitu abang kepada uncle.." kata Nabil. "Adli.." "Adli?" Naufal dan Nabil hairan melihat bapanya bertanya sebegitu mendalam mengenai Aisya. "Dia anak..mendiang Pengerusi Dirly.." "Mendiang?Uncle?" bertambah pening dua beradik itu. "Adli Dirly..pengerusi Dirly yang mati kemalangan jalanraya 23 tahun yang lepas..Dia anak perempuan yang papa cari selama ni.." kata Pengerusi Hirden. Naufal memandang wajah bapanya. Begitu juga Nabil.


Aisya memegang sampul coklat yang diberikan oleh Encik Dirly. Kesemua itu fail penyerahan kuasa syarikat mendiang bapanya. "Apa yang papa rancangkan sebenarnya?" soal Puan Farhana. "Better you should be nice to her.." kata Encik Dirly. "Why?You always ask me to be nice..and nice..you should tell me why..?She nots my own child that I can care for her.." kata Puan Farhana. "Dia..lubuk emas kita....faham?" Langkah Aisya terhenti. "Lubuk emas?Maksuk you?" Encik Dirly menghela nafas. "Bertahun-tahun..I simpan rahsia ni..I sorokkan Aisya daripada seeorang yang memegang amanah abang Adli. Kalau orang tu jumpa Aisya..teruk kita..kita akan miskin.." kata Encik Dirly. Dada Aisya sesak. "Maksud awak..kalau kita berbaik dengan Aisya....kita..akan dapat harta dia.." "Ya..Aisya jenis mengenang budi..Dia tak akan terima perwarisan tu..Dia akan serahkan kepada kita semula.." kata Encik Dirly. Terjelepok Aisya mendengar ucapan lelaki yang selama terlalu baik dengannya. Semua ini lakonan semata-mata. Hatinya pedih. Naufal menekan kekunci satu di skrin telefon bimbitnya. Aisya tidak menjawab panggilan masuk. Dia ingin bersendirian. Dibiarkan getaran 'silent' telefon bimbitnya. Naufal hairan. Sara mengetuk pintu bilik pejabat sahabatnya. "May I coming?" soal Sara. "Yes.." kata Naufal. "Kenapa muka macam ada masalah?" soal Sara. "Aisya..tak angkat phone dia..Ada masalah ke..?" kata Naufal. "Aisya?" Rania keluar dari Lamborghini putih miliknya. Sedihnya boleh terubat dengan menenangkan fikirannya di tasik cantik taman ini. Langkahnya terhenti melihat kelibat seseorang yang amat dia kenali. "Maira.." sapanya. "Cik Frez.." "Kenapa awak dekat sini?Dan...awak baru lepas menangis.." kata Rania duduk di sebelah Aisya. Aisya menggeleng. "Tak adalah..Cik Rania..buat apa dekat sini?" soal Aisya. "Hemm..nak tenangkan fikiran." kata Rania. 


Naufal masuk ke bilik pejabat ayahnya. "Papa..nak jumpa dengan Aisya.." kata Pengerusi Nazir Hirden sebaik Naufal duduk di hadapannya. Naufal mengangguk. "Nanti Fal usahakan..Fal cuba hubungi dia dari tadi..tapi Aisya tak jawab.." kata Naufal. Aisya menyimpan sampul terisi amanah bapanya. Dia perlu turuti janjinya untuk pulang berkerja. "Aisya nak pergi mana?" soal Encik Dirly. Langkah Aisya terhenti. "Aisya nak pergi kerja.." "Buat apa Aisya kerja lagi..kan Aisya dah terima perwarisan tu.." kata Encik Dirly. "Aisya janji pada majikan Aisya..untuk balik ke pejabat.." kata Aisya. "Marilah..makan dulu." jemput Puan Farhana. "Tak apalah..Aisya dah lewat..Aisya pergi dulu." kata Aisya. Faiz melihat gadis itu berlalu pergi. Fazlyana memandang ibunya. "Hai mama..bila pula melayan budak tu..?" sindir Fazlyana. "Lyana..." tegur bapanya. "Faiz pergi kerja dulu.." kata Faiz. Rania menekan butang lif. Sebaik pintu lif terbuka, Naufal keluar. "Tuan muda.." sapa Rania. Naufal menoleh. "Rania..maaf..tak perasan.." "Tuan muda ada hal luar ke?" soal Rania. Naufal menggeleng. "emm..Sebelum saya terlupa..semalam..saya bertembung dengan Maira..Dia..macam ada masalah.." kata Rania. Naufal menghela nafas. "Thanks for telling me that.." kata Naufal. "Yeah..see you later." kata Rania. Naufal mengangguk lalu beredar. Aisya berjalan masuk ke lobi syarikat. "Aisya.." tegur seseorang. Aisya menoleh. Naufal menghampiri gadis itu. "Jom..kita sarapan..saya lapar ni.." kata Naufal. "Tapi...." "Saya bos awak..so..tak ada apa yang awak perlu risaukan.." kata Naufal lalu menarik tangan Aisya. Aisya terpaksa menurut. Lamborghini milik Naufal meluncur laju keluar dari perkarangan syarikat. 


Fazlyana keluar dari keretanya. "Cik Lyana.." sapa Sara. Fazlyana menoleh. Dilihat Sara menghampirinya bersama seseorang. "Maira?Tak kerja ke?" soal Fazlyana. "Eh..ni bukan Maira..ni Rania..pelatih peribadi Maira.." Fazlyana mengerut kening. "Waktu dekat Paris..dia make up..nampak lain sikit..Ni tak make up..tu yang serupa dengan Maira.." kata Sara. "Nice to meet you.." kata Rania. Fazlyana hanya tersenyum kering. "Nabil ada?" "Tak pasti.." kata Sara. "Naufal?" "Dia dah keluar dengan Maira.." kata Rania. Fazlyana mendengus geram. "I naik dulu ya.." kata Fazlyana. "Ok.." Fazlyana beredar. "Kenapa banyak pula muka macam budak tu..hish..." bebel Fazlyana. Nabil keluar dari bilik pejabatnya. "Bil..you nak pergi mana?" soal Fazlyana terserampak di hadapan pintu keluar. "Lyana..emm..nak pergi jumpa papa sekejap..kenapa datang ni..?(tengok jam)nak kata lunch..belum lagi ni.." kata Nabil. "Em..I nak cakap sesuatu dengan you.." kata Fazlyana. "Penting ke?" soal Nabil. "Emm...tak apalah..you pergilah jumpa papa dulu.lunch nantilah.." kata Fazlyana. "Ok.." kata Nabil. "Kalau you nak tunggu dalam bilik..pergilah..I nak bincang dengan papa sekejap je.." kata Nabil. "Emm..ok.." kata Fazlyana. "Joyce..make some juice for Miss Lyana." kata Nabil. "Ok..bos.." kata PA Nabil. Fazlyana masuk ke dalam bilik pejabat tunangnya. Fazlyana menghampiri meja kerja Nabil. Dua bingkai gambar ditatapnya. Satu gambar keluarga dan satu lagi..gambar Nabil, Narisa(kakak sulung) dan Naufal. Di sebelah kiri meja terdapat dua bingkai gambar yang nampaknya Fazlyana sendiri belum melihat gambar itu. Gambar bersama Naufal dan Maira. Sepertinya di Paris tempoh hari. Dan bingkai disebelahnya terdapat gambar Fazlyana. Fazlyana mengambil gambar Maira. Pandai kau berlakon..siap kau..desis Fazlyana.


"Bil..I nak mengaku satu benda dekat you.." kata Fazlyana. Nabil memandang wajah tunangnya. "Before that..promise first.." "Promise?" "Jangan marahkan I or apa-apa pun.." kata Fazlyana. Nabil mengangguk. "Pengerusi..Tuan muda Naufal dan cik muda Dirly dah sampai.." "Panggil mereka masuk.." kata Pengerusi Hirden. Naufal masuk ke dalam. Aisya teragak-agak untuk masuk ke dalam. Naufal menoleh lalu memegang lembut pergelangan tangan gadis itu. "Jangan risau.." kata Naufal. Aisya memandang wajah lelaki itu. Naufal tersenyum manis ke arahnya. "Jom.." Pengerusi Hirden tersenyum gembira ke arah Aisya. "Coming Aisya.." katanya. Aisya hanya menurut. "Saya terasa bahagia melihat awak di sini..Wajah awak memang seiras mendiang Adli." sambungnya sebaik Aisya duduk di hadapannya. "Fal keluar dulu.." kata Naufal. "Tak apa Fal..mungkin Aisya tak selesa..Fal temankan dia.." kata Pengerusi Hirden. Naufal memandang Aisya. "Terima kasih pengerusi..kerana memahami.." kata Aisya. "Aisya..jangan panggil saya pengerusi..panggil sahaja papa..if Aisya selesa..Aisya dah macam anak saya..sejak Naufal kenalkan Aisya dekat saya dulu.." kata Pengerusi Hirden. "Maafkan saya..saya membohong mengenai identiti saya." kata Aisya. Pengerusi Hirden tersenyum. "Tak apa..Naufal dengan Nabil dah ceritakan semuanya pada saya..jadi..sebagai gantinya..Aisya kena panggil saya..papa.." kata Pengerusi Hirden. Aisya hanya menunduk. "Dear..take your time.." kata Pengerusi Hirden.


Aisya banyak termenung selepas berjumpa dengan pemilik syarikat besar. Naufal menghampiri Aisya, membawa dua gelas coklat panas. "Jauh sangat awak dah melayang..apa yang awak fikirkan?" soal Naufal sambil meletakkan secawan gelas di hadapan Aisya. Aisya mengeleng. "Tak ada apa-apa.."kata Aisya sambil senyuman manis dihadiahkan kepada lelaki itu. "Awak ada masalah yang awak pendam seorang ke?" soal Naufal. Aisya hanya mendiamkan diri. Naufal dapat merasakan ada sesuatu yang menganggu fikiran gadis di hadapannya. Fazlyana masuk ke dalam kafe. Naufal memegang tangan Aisya. "Awak tak bersendirian..Awak ada saya..abang Nabil..Sara..semuanya bersama awak.." kata Naufal. Aisya hanya tersenyum pahit. "Terima kasih.." "Amboi-amboi..mentanglah dah dapat harta pusaka..kau nak enjoy pula.." kata Fazlyana. Aisya menoleh serentak dengan Naufal. "Cik Lyana." "Tak payah berlakon..kau tu penumpang rumah aku..jangan nak tunjuk baik..Naufal..jangan masuk perangkap budak perempuan ni..dia ni penipu.." kata Fazlyana. "Lyana..better you stop..jangan nak buat hal dekat sini. Malu dengan orang lain." kata Naufal. "Fal. You kenal I lama. You boleh back up budak ni?" jawab Fazlyana. "Memang I kenal you dulu. Baru I kenal Aisya tapi dia tak hipokrit macam you. Dia tak berlagak macam  you." kata Naufal lalu menarik tangan Aisya. "Kita pergi dari sini." kata Naufal. "Fal..you memang melampau. I akan bongkarkan rahsia budak perempuan ni pada papa you." kata Fazlyana. Naufal mengenggam jari jemari Aisya. Dia tahu Aisya agak gerun dengan kakaknya itu. "Remember that I always here for you." kata Naufal. Aisya memandang lelaki itu lalu dia mengangguk.


Nabil menyandar. Naufal memandang abangnya. "Fal serius dengan keputusan Fal?" soal Nabil. Naufal mengangguk. "Tapi..Fal tak tahu dengan Aisya." kata Naufal. "Fal dah bincang dengan papa hal ni?" soal Nabil. Naufal menggeleng. Aisya mengangguk. Pengerusi Nazir memandang wajah yang menigingatkannya kepada sahabat baiknya. "Papa takkan paksa Aisya..tapi..keputusan tu papa rasa tak berapa setuju." kata Pengerusi Nazir. "Diorang dah jaga Aisya dengan baik..Aisya tak boleh nak balas jasa diorang dengan budi Aisya..Aisya akan bagi apa yang diorang harapkan daripada Aisya.." kata Aisya. Pengerusi Nazir mengangguk. "Kalau itu yang Aisya nak. Papa bagi. Nanti papa uruskan perjumpaan Aisya dengan peguam papa." kata Pengerusi Nazir. Aisya tersenyum pahit. "Terima kasih pengerusi." "Pengerusi lagi?" usik Pengerusi Nazir. "Maaf..papa." kata Aisya. "Macam tulah. Aisya pergilah berehat. Hari ni kerja separuh hari je." kata Pengerusi Nazir. "Tak apalah..hari ni Aisya ada latihan. Tak bolehlah ambil kesempatan." kata Aisya. Pengerusi Nazir mengangguk. "Nanti papa suruh Naufal jemput Aisya balik ya..Jangan menolak." kata Pengerusi Nazir. Aisya akur. Naufal menyandar pada dinding di sebelah pintu bilik pejabat bapanya. Aisya keluar. Langkahnya terhenti melihat Naufal. "Tuan muda..nak masuk ke?" soal Aisya. Naufal mengangguk. "Saya pergi dulu." kata Aisya lalu beredar. Naufal melihat Aisya berlalu meninggalkan kawasan itu. Naufal masuk ke bilik bapanya. "Fal.." Naufal hanya tersenyum ke arah bapanya. "Naufal dengar semuanya?" soal Pengerusi Nazir.Naufal mengangguk. "Aisya langsung tak bercerita pada Fal perkara tu." kata Naufal. Pengerusi Nazir bangun dari tempatnya. "Mungkin dia tak nak Fal risau." kata Pengerusi Nazir lalu duduk di sofa bilik itu. "Papa.." "emm.." "Fal..nak lamar Aisya.." kata Naufal. Pengerusi Nazir memandang anak bongsunya...


Faiz menghampiri Aisya. "Aisya ada masalah ke?" soal Faiz. Aisya menggeleng. "Duduklah.." Aisya menjemput abangnya duduk. Faiz duduk di sebelah adiknya. "Jarang nampak Aisya termenung macam ni." kata Faiz. Aisya tersenyum. "Aisya cuma terfikir..Kalau suatu hari nanti..Aisya pergi dulu..agak-agak papa dengan mama sedih tak.. Aisya teringin nak mama peluk Aisya macam anak dia..Tapi..Aisya tahu perkara tu tak mungkin." kata Aisya lalu dia tersenyum sendirian. Faiz memandang Aisya. "Aisya tak perlukan sesiapa untuk tu..Abang ada sentiasa bersama Aisya." kata Faiz. Aisya menoleh ke arah abangnya. "Abang tak nak tengok Aisya menangis..mengharapkan kasih sayang papa dengan mama..Cukuplah abang sentiasa bersama Aisya." kata Faiz. "Apa maksud abang..?" Faiz memeluk Aisya. "Satu perkara Aisya kena tahu..Abang sayangkan Aisya..lebih daripada kasih sayang seorang abang kepada adik." kata Faiz. Aisya meleraikan pelukan. "Abang..Aisya tak nak perkara tu berlaku. Abang tetap akan jadi abang Aisya..Tak lebih daripada tu." kata Aisya. "Abang tahu Sya..Bukan kehendak abang nak jatuh hati pada Aisya." kata Faiz. "Hentikannya sebelum abang bertambah terluka. Aisya sayangkan abang sebagai seorang abang..tak lebih daripada tu..Maafkan Aisya." kata Aisya bangun dari sisi Faiz. "Aisya tak boleh terima abang sebab Naufalkan?" soal Faiz. Langkah Aisya terhenti. "Tekaan abang betulkan..?" kata Faiz sambil tersenyum lalu bangun. "Kenapa Aisya memendamkan perasaan Aisya?" soal Faiz. "Apa maksud abang ni?" soal Aisya. "Abang sayangkan Aisya like I love Fazlyana. Abang tahu Aisya pendamkan perasaan dekat seseorang..dan buktinya..Aisya tak jadi nak melangkah bila abang sebut nama Naufal." kata Faiz. Aisya terus melangkah ingin pergi. "Naufal akan bahagiakan Aisya.." tahan Faiz lalu dia melepaskan adiknya pergi. Dia tersenyum sendirian. Jikan dia kuat..tentu luahan perasaan itu diluahkan. Tetapi dia tidak mahu kehilangan Aisya. Biarlah sekadar adik beradik status mereka. Itupun sudah membahagiakan dirinya. Dia menoleh melihat air yang tenang mengalir.


Fazlyana duduk di sofa bilik pejabat tunangnya. "Kenapa datang pagi-pagi ni?" soal Nabil. Fazlyana menoleh ke arah Nabil. "Tunang sendiri datang pun you nak tanya? Tak suka I datang?" soal Fazlyana. "Apa you kata? Tunang?" Nabil ketawa kecil. "Kenapa you gelak?" "Apa maksud you tunang?" soal Nabil. Fazlyana menunjukkan cincin tunang mereka. "We will get marry soon." kata Fazlyana. Nabil ketawa. "Kahwin..Nanti dulu cik Fazlyana. Ada ke dekat dunia ni..tunang orang sibuk dengan hal orang lain? Langsung tak pedulikan tunangnya?" soal Nabil. Fazlyana hairan. "You ni kenapa tiba-tiba macam ni?" soal Fazlyana. "Sepatutnya you tanya diri you..Berapa lama kita bertunang? Berapa kali you berdalih nak langsungkan perkahwinan? We will get marry soon..you said? When?" kata Nabil. "Nabil..kenapa ni?" soal Fazlyana semakin hairan dengan sikap Nabil berubah sama sekali. "Jangan tanya I kenapa? You should ask yourself.. I'm very bored with our relationship.." kata Nabil lalu menanggalkan cincin tunang mereka. Fazlyana terkejut. Nabil bukan seperti ini. Nabil yang bersikap lemah lembut dan sabar hilang sama sekali. "Sayang..I ada buat salah ke?" soal Fazlyana. "Please bring out your engaged ring. I don't want to see you and that ring..Our engagement is over.." kata Nabil. Fazlyana terperanjat dengan kenyataan itu. "Nabil.." "Before I forget..our press conference tomorrow.." kata Nabil terus menumpukan perhatiannya ke arah skrin komputernya.


"Aisya.." panggil Sara. Aisya meletakkan sepatu tinggi yang dipakainya ketika latihan tadi. "Training untuk hari ni dah selesai. Jom ikut saya." kata Sara. Aisya tidak mahu banyak bertanya. "Pergilah salin pakaian dulu. Get ready..then turun bawah. Saya tunggu kat bawah." kata Sara. Aisya mengangguk. Naufal membuka kotak cincin. Hatinya sedikit gelisah. Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Sara. "Hello.." "Get ready. She will come." kata Sara. "Thanks.." kata Naufal. Aisya menghampiri Sara. "Jom.." kata Sara. Aisya hanya menurut. Fazlyana ke hulu ke hilir memikirkan pertunangannya sudah musnah. Semuanya gara-gara si Aisya. 'Memang pemusnah kebahagian orang!' marah Fazlyana. Nabil menghela nafas. "Nabil buat keputusan tu tak terburu-buru ke?" soal Pengerusi Hirden. Nabil tersenyum pahit. "Semuanya terpulang pada Fazlyana. Nabil cuma nak dia sedar kesilapan dia." kata Nabil. "Mama tak kisah kalau dia sedar. Mama risau dia apa-apakan Aisya." kata Puan Raihana. "Mama jangan risau. Hero mama Naufal ada untuk jagakan Aisya." kata Nabil tersenyum penuh makna. Aisya melihat sekeliling. "Buat apa kita dengan tasik ni?" soal Aisya. Sara tersenyum. "Ada orang tunggu tu." kata Sara lalu menunjukkan seseorang yang sedang duduk di tepi tasik. Aisya menoleh lalu memandang semula wajah Sara. Sara tersenyum penuh makna. "Pergilah. Lama dah dia tunggu." kata Sara. Aisya membuka kekunci kereta pelatihnya. "Terima kasih." kata Aisya. "Aisya.." panggil Sara sebaik pintu kereta ditutup. Aisya menoleh. "Terima kasih..sebab menyembuhkan lukanya." kata Sara. Aisya mendiamkan dirinya. Naufal menoleh. Dia tersenyum kelat. "Tadi Cik Sara hantarkan saya dekat sini." kata Aisya. Dia sendiri tidak tahu untuk berbicara apa. "Saya harap saya tak mengambil masa awak." kata Naufal. Aisya menggeleng. Naufal menunjukkan ke suatu arah. Aisya menoleh. "Tuan..muda.." dia tergamam melihat rentangan bena tertulis 'Sudi tak awak jadi teman hidup saya?' Naufal memegang tangan Aisya. "Saya buat ni untuk awak." kata Naufal lalu membawa Aisya ke tempat itu. Hiasan meja yang cantik dipersiapkan untuk si gadis bertuah ini. "Saya tak tahu nak mulakannya. Tapi..rasanya tak terlambat kalau saya melamar awakkan?" kata Naufal menarik kerusi. Aisya memandang wajah Naufal.


Aisya merenung cincin pertunangannya. Tidak sampai setahun dia mengenali lelaki yang banyak membantunya. Kini namanya sudah tercipta di pentas peragawati. Kini dia jarang bertemu dengan keluarganya. Sibuk dengan pengurusan peragawati dan pertukaran nama perwarisan. Biarlah keluarganya menganggapnya tidak mengenang budi buat sementara. Sudah tiba masanya, dia akan pulang untuk membawa dokumen pertukaran pewaris Dirly. Naufal mengetuk pintu bilik rehat Aisya. Aisya menoleh lalu dia tersenyum melihat lelaki itu. "Dah free ke? Nak lunch tak?" soal Naufal. Aisya mengangguk. "Jom. Sara pun dah keluar. Sya je duduk dekat sini." kata Naufal menghampiri Aisya. Aisya tersenyum. "Sya nak balik rumah nanti. Lepas semua dah selesai." kata Aisya. Naufal mengangguk. "Semuanya akan segera selesai dan bila semua dah selesai..Fal nak cepatkan wedding kita." kata Naufal. Aisya memandang lelaki itu. "Yalah. Sekarang ni dah ramai sangat tertarik pada Sya. Mana boleh." kata Naufal. Aisya ketawa. "Dahlah jom makan. Abang Nabil dah keluar ke?" soal Aisya. "Dah. Dia nak uruskan hal Lyana sekejap." kata Naufal. "Dah hampir sebulan Kak Lyana minta maaf pada Abang Nabil. Abang Nabil tetap tak nak maafkan kak Lyana ke?" soal Aisya. "Abang bukan tak maafkan Lyana. Cuma, dia belum bersedia nak berbaik dengan Lyana. Kalau abang bagi muka dekat dia, nanti dia buat perangai balik." kata Naufal. Aisya mendiamkan diri. "Jomlah. Kita kena serve tempat ni. Nanti Abang Nabil datang kemudian." kata Naufal. Aisya mengangguk. "You..I tahu I salah. Dan I akan ingat sampai bila-bila kesalahan I. You jangan buat I macam ni." kata Fazlyana. Nabil mengerling jam tangannya. "Dah tamat lima minit you cakap. I ada hal. Boleh I pergi sekarang?" kata Nabil. "Bil.." Nabil terus beredar. Fazlyana menahan geramnya. Dia kecewa lelaki itu berubah sepenuhnya. Jika dulu pasti lelaki itu memaafkannya. Kini bukan seperti dahulu. Dia terlalu keras.


Aisya tersenyum melihat Nabil menghampiri mereka. "Hai pasangan bahagia. Maaf lambat." kata Nabil. Naufal ketawa. "Bahagia dengar. Macamana dengan abang? Dah ok?" soal Naufal. Nabil hanya tersenyum. "Ok nak order apa?" soal Nabil. "Abang..Jangan memendamkan perasaan abang. Kak Lyana sayangkan abang. Maafkan dia ya." kata Aisya. Nabil memandang gadis itu lalu dia mengusap rambut gadis itu dan tersenyum. "Terima kasih." Fazlyana berdengus geram. "Dengan perempuan tu ada masa.." katanya sendirian. Bertambah geram melihat Nabil tersenyum senang bersama Naufal dan Aisya. Apa hebatnya perempuan tu! marah hatinya. Bertambah panas apabila Naufal menggenggam jari jemari Aisya. 'Siap kau!' Naufal membuka pintu kereta untuk tunangnya. "Sara dah tunggu Aisya. Nak photoshooting untuk poster yang akan datang." kata Naufal. Aisya mengangguk. "Nanti Fal jemput Aisya bila dah selesai." kata Naufal. "Ok..hati-hati." Aisya tersenyum manis. Naufal memeluk gadis itu lalu dahinya dikucup. Aisya masih tersenyum. "Take care. Jumpa nanti." kata Naufal. Aisya mengangguk. Sara memeluk tubuh bersandar di dinding sambil tersenyum. Bahagia melihat sahabatnya bahagia. Mungkin Aisya terbaik untuknya. Rania menepuk bahu Sara. "Rania.." Sara teruja melihat pelatih peribadi itu. "Bila sampai ni?" soal Sara. "Erm..semalam. I betul-betul ada hal. Maaf tinggalkan kerja selama sebulan pada you." kata Rania. "Hal kau dah selesai?" soal Sara. Rania mengangguk. "Before I forget. Congrates..Maira dah berjaya." kata Rania. Sara tersenyum. Aisya menghampiri mereka. Rania menoleh. "Cik Rania.." Aisya terkejut. Rania tersenyum. 


Aisya menyimpan barang-barangnya. "Thanks cik Dirly.." kata pengurus. Aisya mengangguk. "Jumpa esok." kata jurugambar. Aisya hanya tersenyum. Dia berjalan ke arah bilik persalinan. "Papa..give me some time..I want to be with her. She's my twin. You hide it before. Let me spend more time with her before my time." Langkah Aisya terhenti. "Papa..masa Nia tak lama. Bagi Nia masa untuk bersama dia. Dah tiba masanya Nia akan balik. Sekarang hanya Aisya keluarga kandung Rania." kata Rania. Aisya kaku. Patutlah wajah Rania seakan-akannya. "Dia..Dia dah bertunang dengan Aisya. but its that not my point. Nia dah tak kisah sesiapapun..Nia nak luangkan masa bersama Aisya. Please. Understand me." kata Rania. Sekali lagi Aisya terkejut. 'Ber..bertunang dengan...Dia sukakan Naufal.' detisnya. "Nia akan balik sebelum tarikh rawatan Nia." kata Rania. Aisya terus beredar. Sara melihat Aisya. Rania keluar. Sara menoleh. Rania menghampiri Sara. "Maira mana?" soal Rania. "Dia baru je pergi. Sesaat sebelum Nia keluar." kata Sara. Rania menoleh. Aisya keluar dari studio. Rania keluar. "Bagitahu Aisya yang sebenar-benarnya. Siapa Rania?" soal Aisya. Langkah Rania terhenti. "Aisya terdengar perbualan Nia." kata Aisya. Rania menoleh. "Nia perlukan rawatan apa? Time..time apa yang Nia maksudkan?" soal Aisya sebak. Rania memeluk adik kembarnya. "Maafkan Nia rahsiakan semua ni daripada Aisya." kata Rania. Aisya memandang kakak kembarnya. "Nia tahu semua ni sebelum Nia jadi pelatih Aisya. Nia terdengar perbualan papa dengan mama Nia. Nia tekad nak jumpa Aisya sebelum masa Nia tamat." kata Rania tersenyum manis kepada adiknya. "Tamat?" Rania hanya tersenyum. "Tu..Naufal dah sampai." kata Rania menunjuk ke arah kereta tunang adiknya. Aisya menoleh. "Jumpa esok ya." kata Rania lalu dia beredar. Naufal keluar dari keretanya. Aisya menoleh melihat kakaknya berjalan masuk ke dalam. Kelibat kakaknya hilang. "Aisya.." panggil Naufal. Aisya melintas jalan untuk mendapatkan tunangnya. "Aisya!!!!!!!!!!!!!" jerit Rania. Naufal kaku di hadapan tubuh tunangnya yang sudah terbaring kaku. Rania berlari mendapatkan Aisya. "Aisya..Aisya.." kejut Naufal. 


Bergetar tangan Fazlyana. 'Apa yang kau buat ni tak betul Fazlyana..' bisik hatinya. 'Dia adik kau...' bisik suara itu lagi. Pengerusi Nazir menyerahkan sampul perang kepada Encik Dirly. "Sampul apa ni?" soal Encik Dirly. Puan Farhana memandang jutawan itu. "Aisya suruh saya serahkan dekat Encik Dirly dan isteri pada tarikh hari ini. Sempena ulangtahun perkahwinan Encik Dirly dan Puan Farhana." kata Pengerusi Nazir. Encik Dirly membuka sampul itu. "Penyerahan perwarisan?" soal Encik Dirly. Pengerusi Nazir hanya memdiamkan diri. Tertera namanya dan Puan Farhana sebagai pemegang utama saham syarikat. Faiz dan Fazlyana pemilik tanah yang dimiliki oleh mendiang Pengerusi Adli. 'Papa..mama..Maafkan Aisya tak dapat menjadi anak mama dengan papa yang sebaiknya. Mungkin ini yang terbaik untuk mama dan papa maafkan Aisya. Terima kasih kerana menjadi mama dan papa Aisya. Aisya minta satu je. Tolong datang perkahwinan Aisya sebagai mama dan papa Aisya.' notis kecil yang ditinggalkan di dalam sampul itu. Encik Dirly sebak. Terasa dirinya berdosa kerana menipu anak saudaranya. 'Tok..tok..' "Masuk..!" "Pengerusi..maafkan saya menganggu. Cik Muda Dirly kemalangan." "Apa?!" Naufal tidak dapat duduk dengan tenang. Pakaiannya berlumuran dengan darah tunangnya. Rania sudah menangis sebak. Sara hanya dapat membantu menenangkan sahabatnya. "Fal..Macam dengan Aisya?" soal Nabil yang baru sahaja tiba. Naufal menggeleng. Nabil menghela nafas keluhan. Kasihan melihat adiknya lalu dipeluk memberi kekuatan. "Sabar Fal. Aisya pasti selamat." kata Nabil. Encik Dirly dan Puan Farhana masih kaku membisu. Kad jemputan perkahwinan Aisya mereka tatap lama. "I malu nak jumpa Aisya." kata Puan Farhana. Encik Dirly meraut wajahnya. "Aisya tak berdosa. Kenapa dia mesti tempuh semuanya." kata Encik Dirly.


Rania memberikan sampul putih kepada Fazlyana. Fazlyana menoleh melihat Rania. "Ni surat daripada Aisya.." kata Rania. "Saya pergi dulu." Fazlyana perlahan-lahan mengambil surat itu. "Aisya..Aisya.." Fazlyana menanggung kesedihan hatinya. Rania mengesat air matanya lalu memakai kaca mata hitamnya. "Macamana keadaan Lyana?" soal Sara. Rania hanya tersenyum pahit. Naufal membuka pintu studio. Terpapar sebesar gergasi poster tunangnya. ~Aisya Dirly~ Naufal tersenyum melihat gambar itu. Wajah manis itu ditatap dalam. 


Sebak dadanya melihat tubuh tunangnya penuh dengan tiub dan wayar yang membantunya. "Diharap tuan muda bersabar. Hentakkan pada tubuh cik muda tersangat kuat yang menyebabkan kebanyakan tulang patah. Dan tengkorak kepalanya retak. Mungkin jika cik muda selamat, dia tidak akan pulih seperti sediakala." "Doktor..tolong selamatkan dia walau macamanapun." kata Naufal. "Kami sentiasa mencuba sedaya upaya kami. Kini pergantung kepada tindakbalas badan cik muda. Banyak-banyakkan berdoa untuk memperoleh keajaiban." kata doktor pakar itu. Rania menghampiri Naufal. "Aisya takkan gembira melihat orang yang dicintainya menangis kerana dia. Kuatkan semangat awak untuk Aisya." kata Rania. Naufal menghampiri Aisya. Kelopak mata Aisya dibuka perlahan. Wajah itu masih tersenyum manis walaupun kelihatan kepayahannya untuk tersenyum. Naufal duduk di sebelahnya. "Manis senyuman Aisya." kata Naufal sebak. Tangan Aisya perlahan-lahan diangkat menyapu air mata Naufal. "Ja..ngan me..nangis.." Serak suara gadis itu disebalik alat pernafasan itu. Naufal mengangguk. "Fal..janji..pa..da Aisya..ja..ngan me..nangis ka..lau Ai..sya dah tak..ada..ya..?" Aisya mengangkat jari kelingkingnya. Naufal mengangguk. Rania sebak melihat kepayahan adiknya. "Fal..cin..takan Ai..sya?" Naufal mengangguk. "Fal sentiasa akan cintakan Aisya..Jangan cakap dah..Aisya rehat ya.." kata Naufal. Aisya menggenggam jari jemari lelaki itu. "Ka..lau..Jan..tung Ai..sya be..rada di da..lam tu..buh orang..lain..Fal..tetap ak..an cinta..kan diakan..?" Naufal mengangguk. "Fal tetap cintakan Aisya." kata Naufal. "Nia.." panggil Aisya. "Ya sayang.." "Ka..lau tak..dir me..nen..tukan Ai..sya per..gi dulu..Jan..tung..Ai..sya ak..an jadi mi..lik Nia.." kata Aisya. "Sya..apa sya merepek ni.. Aisya akan selamat ok. Aisya rehat tau." kata Rania menahan sebak. "Nia.." "Rehat..." kata Rania lalu meninggalkan Aisya. Sebak dadanya melihat air mata adiknya menitis menahan kesakitan. Naufal mengesat air mata tunangnya. Aisya rehat ya.." kata Naufal. Aisya menutup matanya.


Doktor berlari ke arah wad Aisya. Naufal hairan. "Nurse..kenapa ni?" Naufal menahan seorang jururawat yang lalu di situ. "Cik muda.." "Kenapa dengan cik muda...?" pintas Naufal. "Dok..tor.." tahan Aisya. "Cik muda..tenang." kata doktor. "Nurse..bagi suntikan." Aisya menahan doktor itu. "Pang..gilkan..tu..an mu..da..to..lo..ng.." kata Aisya. Doktor itu mengangguk. "Nurse.." doktor itu memberi isyarat tidak. Jururawat itu menyimpan kembali jarum suntikan itu. "Tuan muda.." Naufal menoleh. "Cik muda..nak jumpa dengan tuan muda.." kata doktor. Naufal berlari anak. "Tuan muda..." doktor itu menahan Naufal. "Bersedialah.." ucap doktor itu. Aisya menanggalkan alat pernafasannya sebaik Naufal masuk. Naufal tersenyum melihat tunangnya. Aisya membalasnya. Naufal duduk di sisi gadis itu. "Maaf..kan kak Faz..lyana..dia tak ber..salah..ma..ma dan pa..pa Ais..ya..jem..put me..reka wak..tu hari penge..bumi..an Ai..sya.." Aisya berhenti. Naufal mengangguk. Aisya menanggalkan cincin tunangnya. "Gi..ve my ring to..Ra..nia..She lo..ves you.." kata Aisya memberikan cincin itu kepada Naufal. "Aisya.." "So..my shi..ning lo..ve always..be with you...." Naufal menoleh. Rania di muka pintu studio. Naufal tersenyum pahit. "Papa dengan mama dah tunggu." kata Rania. Naufal mengangguk lalu dia beredar. Rania mengusap belakang Naufal. 'Sya..dia masih tak dapat lupakan Aisya..' detis hati Rania. Sedih mengenangkan adik kembarnya. Naufal menutup pintu bilik studio itu. Aisya tersenyum. 'My shining love always be with you..Naufal..'


~The End~