Isnin, 17 Januari 2011

Be My Lady

BE my LADY




Dia sentiasa memerhatikan seseorang yang amat dikasihinya..His dream girl is you..



HANA
Pelajar pengajian muzik , pemain biola negara , berdarah Raja Parsi, cucu tunggal perempuan kerabat diraja Indera Kayangan anak tunggal perempuan kepada pengerusi Syarikat Perhotelan bertaraf dunia dan pereka fesyen negara ( Tengku Johan & Tengku Dina ) -21 tahun




ADAM

Pelajar bidang perniagaan , Pewaris TIC (Travel International Company)_mempunyai cawangan di seluruh dunia_syarikat pelancongan terbesar di dunia. Hebat 'basketball' , kacukan korea , britian -24 tahun


ZACK

Pelajar bidang Perdagangan Antarabangsa , Pewaris Syarikat Lotus Sport Car. Hebat 'basketball' -24 tahun



SAM

Pelajar Pengajian Muzik , Pemain muzik ( piano ) negara. Anak tunggal lelaki pengerusi Syarikat Musikal Antarabangsa. - 24 tahun



SHAH

Pelajar perundangan untuk memegang Firma Guaman Bapanya. Anak Pengerusi Syarikat Guaman Terbesar di dunia. -24 tahun


BAB 1


Hana keluar dari bilik tidurnya. “ cik hana.. ada tetamu tunggu kat bawah.” Kata pembantu rumah Hana. Hana menoleh melihat jam besar di rumahnya. ‘awal lagi..’ detisnya sendirian. Hana menuruni tangga rumahnya. Dilihat tubuh belakang lelaki itu seperti Zafri. “ Zafri..”sapa Hana. Zafri menoleh. “ buat apa datang?” soal Hana. “tak suka ke?” soal Zafri. “tak delah..Cuma pelik.” Kata Hana. “jomlah..hari ni awak tak de kelaskan? Saya nak ajak awak keluar.” Kata Zafri. ‘keluar??dengan dia??’ detis hati gembira Hana. “emm..tunggu kejap ya. Saya nak bersiap kejap.” Kata Hana. “ok.” Kata Zafri. “tuan muda..nie jadual cik muda Hana.” Kata pembantu peribadi Adam,pewaris muda TIC (TRAVEL INTERNATIONAL COMPANY). Adam mengambil jadual tersebut. “Saya dapat khabar baru.. cik muda akan keluar dengan tuan muda Zafri.” Kata pembantu itu. Adam menoleh ke arah pembantunya. Pembantunya menunduk.

Kereta Ferrari F430 Spider milik Adam dipandu laju. Dia agak marah setelah mendengar Hana dibawa ke Taman Tema berdekatan dengan resort milik keluarganya. “ Adam..ko kat mana?” soal Zack. Adam mematikan panggilan dari Zack. Yang pasti kini dia perlu mengawasi Hana. Dia kenal benar dengan sepupunya. Zafri bukan seseorang yang Hana sangkakan. ‘Hana dah terperangkap.’ Kata-kata Sam masih terngiang-ngiang di telinga Adam. “Hana..” kaki Hana terhenti. Zafri kelihatan serius. Hana hanya menyepi. “ Zafri nak Hana jadi girlfriend Zafri. May i?” lamar Zafri. Hana tergamam. Saat-saat yang dia nantikan sudah tiba. Lelaki kacak dihadapannya sedang melamarnya. ‘ Jangan terima..’detis Adam. Wajah Hana berubah gembira. Dia mengangguk. Adam memejamkan matanya. Kesal. Zafri gembira. Adam masuk kembali ke dalam keretanya. [“ Adam..Hana bukan budak kecik lagi..Jangan uruskan Hana..”] Adam menyandarkan kepalanya. Hana dan Zafri keluar dari taman tersebut. Kereta mewah milik Adam beransur pergi. Hana menoleh. ‘tu..kereta Adam.’bisiknya sendirian.

Shah, Sam dan Zack mendiamkan diri. “Apa plan ko?” Zack memberanikan diri. Adam tidak menyuarakan sebarang pendapat. Hana turun dari blok kelasnya. Mata Adam dan Hana berhenti pada wajah masing-masing. Adam menoleh dan segera beredar. Zack berpaling ke belakangnya. ‘hemm’ “hai Hana.” Tegur Shah. Hana hanya melemparkan senyumannya. Dia menghampiri jejaka terkenal di negara mereka. Zack , pewaris tunggal Lotus Sports Car Company. Shah , pemilik Syarikat Guaman terbesar di dunia. Sam , pemain muzik negara yang sudah diiktiraf sebagai pemain antarabangsa. “ Dengar cerita Hana dah terima lamaran Zafri.” Kata Sam. Hana hanya tersenyum. “wah..seronoklah..dah lama Hana nak benda tu..” kata-kata Shah agak sinis tetapi Hana tidak menyedarinya. “Hana..hati-hati dengan dia ya.” Kata Zack. Hana hanya membisu. Zack beredar. “ Itu pesanan dari Adam.” Kata Sam. Shah mengusap rambut Hana dan dia berlalu pergi. “Bye..” kata Shah. Hana turun dari tingkat atas. Dia termenung. Memikirkan kata-kata Zack. ‘Apa yang Zack nak sampaikan.’ Detis Hana sendirian. “ cik muda..ada tetamu kat luar.” Kata pembantu kediaman mewah itu. Hana bangun keluar. Dia melihat kereta Ferrari F430 putih milik Adam. Kakinya melangkah ke taman. Adam duduk menghadap ke arah tasik buatan di taman kediaman Hana. “Adam..” sapa Hana menuju ke arah Adam. Adam menoleh. Hana duduk di sebelah Adam.

Zack menunggu kehadiran Adam. “ko rasa dia dah cakap kat Hana?” soal Shah. Sam menjuihkan bibirnya. “Adam bukan macam tu. Dia susah nak terus terang. Aku yakin dia cakap.. ‘emm..jangan terpedaya sangat dengan Zafri..’ habis-habis pun dia kata semoga bahagia..” kata Sam. Shah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. “aduh..” satu ketukan yang agak keras di atas bahu kiri Sam. Sam menoleh. “eh..Adam..” kata Sam tersipu-sipu. Adam duduk. “Hana cakap apa?” soal Zack sebaik sahaja Adam duduk di hadapannya. “tau je la dia..keras kepala.” Kata Adam. Semua menghela nafas yang agak panjang. “dia cakap Zafri tu boleh lagi dia percaya. At least.. Zafri tak kaki perempuan macam aku.” Kata Adam. Zack mengeleng kepala. “emm..susahla kalau macam ni..dia dah lupa ke.. Zafri pernah bercinta dengan perempuan pendendam no 1 kat dia.” Kata Sam. Adam menghirup air di hadapannya. Memang itu yang sebenarnya yang membuatkan Adam bimbang tentang sahabatnya. ‘takut dipermainkan’ oleh pasangan itu. Setahunya, Zafri tidak pernah lagi memutuskan hubungannya dengan Qistina , model antarabangsa yang baru sahaja dapat melonjak naik ke dunia pementasan setelah bertahun-tahun dia menjadi model peragaan biasa.

Hana tidak dapat melelapkan matanya. Dia terasa bersalah kerana memarahi Adam yang hanya inginkan dia selamat. [ “apa yang adam merepek ni?” kata Hana. “Adam tak nak Hana tertipu dengan dia. Zafri sepupu Adam. Adam tahu dia macamana.” Kata Adam. “Adam..sekali pun Adam tak suka kat Zafri. Tak payah nak rosakkan hubungan kita orang. Hana bukannya buta.. juz tau nak cari yang kacak, kaya..itu bukan Hana punya style. Adam tu yang patut ingat diri Adam. Berbanding Adam dengan Zafri, Adam kaki perempuan..Zafri tak kan..” kata Hana.]Hana mengambil telefon bimbitnya. Ditekan butang satu. Adam keluar dari bilik air. Telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Hana. ‘hemm’ “Hello..” “Adam..” “kenapa? Nak marah lagi?” soal Adam. “tak..Hana nak minta maaf.”kata Hana. “tak payah minta maaf dengan kaki perempuan ni.” Kata Adam bernada sinis. Dengar keluhan di hujung talian. “sorry ganggu Adam malam-malam ni. Selamat malam.” Kata Hana. Adam membaringkan tubuhnya. Dia agak kesal Hana tidak mendengar katanya petang tadi. Dia tahu Hana memang menyukai sepupunya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Hana sering berangan-angan di hadapan Adam. Adam melelapkan matanya.

Zafri membuka pintu kereta BMW M3 nya. Hana keluar. Adam yang baru tiba melihat mereka dari cermin keretanya. ‘hemm..’ Zack melihat dari cermin lut sinar bilik peribadi mereka. ‘Kenapa Adam tak luahkan lagi perasaan dia?’ soal Zack sendirian. Sam lena dibuai mimpi. Shah sibuk dengan permainan videonya. “ Zafri..saya nak tanya awak sesuatu boleh?” soal Hana teragak-agak. Zafri mengangguk. “Awak dengan Tina macamana boleh break up?” soal Hana. Zafri menyepi sebentar. “Dia ada lelaki lain. Takkan saya nak biarkan. Saya minta putus dari dia.” Kata Zafri. Hana mendiamkan diri. “dia tak datang jumpa awak lepas tu?” soal Hana kembali. Zafri menggeleng. Hana menyepi. “kenapa awak tanya pasal dia?” soal Zafri. Hana tersenyum. “saya teringat pasal dia.” Kata Hana. Dia melangkah ke kelas tayangan seperti biasa sebelum masing-masing ke bilik kuliah mengikut pengajian sendiri. Hana seperti biasa akan mengambil tempatnya. Zafri duduk disebelah Hana. Adam masuk selepas beberapa minit Hana tiba. Seperti biasa di ikuti dengan sahabat baik Adam. Hana hanya mampu mendiamkan diri. Adam sepertinya tidak menyedari kehadiran Hana. Zack hanya mendiamkan diri. Begitu juga Sam dan Shah. “Adam..” tegur Zafri. “emm..” sahut Adam tanpa menoleh ke arah pasangan itu. “ Aku minta maaf..” kata Zafri. Adam tidak memperdulikan kata-kata Zafri. “untuk apa ko minta maaf?” soal Adam. “sebab aku ko gaduh dengan Hana.” Kata Zafri. “ kenapa? Hana suruh ko minta maaf?” soal Adam. “tak..aku tau masalah korang.” Kata Zafri. “kalau Hana cerita..ko beritahu dia..aku tak pernah kisah pasal hal dia. Dan aku tak kan masuk campur segala hal dia.” Kata Adam lalu bangun dan pergi dari kelas itu. Hana melihat kelibat Adam berlalu. Dia kesal. Adam menghempaskan sweater yang dipakainya. Zack mengeluh ringan. “aku nak pergi main skuasy..jangan ada yang ganggu aku.” Kata Adam terus berlalu.

“Hana ok?” soal Zafri. Hana mengangguk. Zafri memberikan air kepada Hana. “thanks..” kata Hana kelihatan sedih. [“kalau Hana cerita..ko beritahu dia..aku tak pernah kisah pasal hal dia. Dan aku takkan masuk campur segala hal dia.”] ‘dia betul-betul marah..’bisik Hana. Hana terus bangun. Zafri menarik tangan Hana. “Hana nak pergi mana?” soal Zafri. “ Hana kena pergi..” kata Hana menepis tangan Zafri. Baginya dia tak boleh kehilangan sahabat yang sudah bertahun dia kenal dan sahabat yang paling baik dia pernah jumpa semata-mata untuk lelaki yang dia sendiri tidak tahu sama ada dia betul-betul cinta atau hanya sekadar suka. Zack terkejut dengan kehadiran Hana seperti dikejar seseorang. “ Hana..kenapa ni?” soal Zack. “A..Adam..mana?” soal Hana. Sam menoleh ke arah Shah. “Adam kat tempat skuasy..” kata Zack. Hana ingin melangkah pergi. “Hana..” panggil Zack. Hana memberhentikan langkahnya dan menoleh. Zack membaling kunci keretanya kepada Hana. Hana tersenyum. “thanks..” kata Hana. Zack dan yang lain tersenyum. Hana memasuki kereta BMW Z4 milik Zack. Dia memecut laju ke Pusat Kelab Skuasy Negara. Adam tidak berhenti main hampir 30 minit. Dia membaling raket skuasynya. Dia terus beredar. Dia geram dan agak kesal dengan apa yang dia ucapkan kepada Hana. Dia memasuki keretanya. Dia beredar dan berselisih dengan kereta yang di pandu Hana. Hana terus berlari ke dalam setelah keretanya diberhentikan di perkarangan kelab itu. “tuan muda bilik mana?” soal Hana. “tuan muda baru beredar..cik muda.” Kata penyambut tetamu itu. Hana menarik rambutnya ke belakang. Dia terus pergi dari situ.

Adam masuk ke rumahnya. Begnya di lontar ke sofa rumahnya. Adam ke dapur. Dia mengeluarkan jus yang sudah siap dari peti ais. Kedengaran ada sebuah kereta masuk ke perkarangan kediamannya. Di intai dari tingkap dapur itu. Kereta milik Zack. Dia ke depan. Kakinya terpaku. “Hana..” Hana kelihatan penat mengejar sesuatu. “ Hana kenapa?” soal Adam. “Hana..nak minta..maaf kat Adam..” kata Hana kelihatan letih dan sebak. Tubuh Hana jatuh ke lantai bumi. “Hana..” Doktor beredar dari kediaman Adam diiringi pembantu Adam. Wajah lesu Hana ditatap Adam lama. Zack, Sam dan Shah masuk ke bilik itu. “Hana ok?” soal Sam. “ dia demam..tapi..tak makan ubat and dia letih..” jelas Adam yang kelihatan bimbang di wajahnya. Kelopak mata Hana dibuka perlahan. "Hana.." sayu suara Adam. "Saya dahaga.." kata Hana kelihatan penat. Zack menghulurkan air. "Terima kasih.." kata Hana lalu bangun daripada pembaringannya dengan bantuan Adam. Shah menghela nafas lega. Begitu juga dengan Sam.

BAB 2

Hana keluar ke laman rumahnya. "Hana.." sapa ibunya. Hana menoleh. Ibunya memberikan sepucuk surat kepadanya. "Apa ni mama?" soal Hana. Ibunya hanya tersenyum. "Bukalah." kata ibunya. Hana membuka surat itu. 'Penyertaan Pertandingan Biola Antarabangsa..' Hana memandang ibunya. "Impian Hana dah tercapai.." kata Tengku Dina. Hana tersenyum gembira. Dia memeluk ibunya. "Terima kasih mama.." ucap Hana. Tengku Dina mengusap rambut ikal Hana. Hana masuk ke bilik rehat Adam. Adam khusyuk membaca komiknya. "Adam.." sapa Hana. Adam bangun dari pembaringannya. "Ada berita gembira ke?" soal Adam. Hana mengangguk. "Surat penyertaan pertandingan dah sampai.." kata Hana. Adam senyum gembira. "Tahniah.." kata Adam. Zack , Sam dan Shah yang baru masuk hairan. "Apa yang gembira..apa yang tahniah??" soal Shah. "Hana dah dapat tawaran masuk pertandingan biola.."kata Adam. Zack menyepi. "Maknanya Hana kena pergi Englandla.."kata Sam. Hana mengangguk. "tapi..kalau boleh Hana nak korang ikut sekali..sebab korangkan kawan terbaik Hana." kata Hana. Zack duduk di sebelah Adam. "Adam je yang selalu free. Dengan Zack. Kami berdua mungkin akan datang waktu pertandingan." kata Sam. "OK" kata Hana kelihatan gembira.

"Hana bertolak bila?" soal Zafri. "Hana pergi minggu depan." kata Hana. "Dengan diorang?" soal Zafri lagi. Hana mengangguk. "Adam.." sapa Shah. Adam menoleh. "Asal muka ko macam tu?" soal Adam. "Aku nak cakap sikit dengan ko..pasal Hana." kata Shah. Adam mengangguk. "ko tak ada hati dengan Hana ke?" soal Shah. Adam tersenyum. "Apa yang korang fikir ni?" soal Adam. Sam memandang Shah. "Aku anggap Hana macam adik aku. Dia pun anggap aku macam abang dia. Impossible la.." kata Adam kelihatan tenang. "Zack nak lamar Hana lepas pertandingan tu." kata Sam. Adam memandang Sam. "wa..satu berita yang baik. Zack tak cakap dengan aku." kata Adam. "Zack risau ko..dia tak nak bagi tau ko buat masa ni." kata Shah. "Aku ok je kalau Hana dengan dia. Comfirm Hana boleh bahagia. Lagipun memang Zack dah lama pendam suka kat Hana." kata Adam. Shah dan Sam membisu. Zack masuk. "Tahniah sebab dah buat keputusan macam tu.." kata Adam. Zack memandang sahabat-sahabatnya. "Aku dah bagi tahu dia." kata Shah. Zack menoleh ke arah Adam. "Memang benda macam ni aku dah lama tunggu dari ko. Ko pun sejak masuk sekolah menengah ko dah minat kat dia. Jangan tunggu lama-lama. Dia pun dah putus dengan Zafri sebab dah tahu plan Zafri dengan Tina." kata Adam lalu keluar dari bilik itu. 'Adam kelihatan macam sedih.' detis Zack.

Hana mengemas barangnya. Gambar di atas meja ditatap lama. Kakinya melangkah ke meja. Gambar itu dicapainya lalu dimasukkan ke dalam beg bajunya. Adam meletakkan tiket ke Tokyo di dalam poket begnya. Hari yang sama Zack melamar Hana , Adam akan bertolak ke Tokyo. "Take care.." ucap Shah. "Sehari sebelum Hana bertanding kitorang datang. Nanti boleh jalan-jalan." kata Sam. Hana hanya melemparkan senyuman manisnya. Adam hanya membisu. Zack juga. Hana lebih banyak mendengar muzik dalam perjalanannya. Adam seperti biasa dengan video basketballnya. Zack akan membawa buku bersama untuk menjadi temannya. Sesekali Adam akan merenung wajah sayu Hana yang sudah lena dibuai mimpi. Dia akan tinggalkan gadis itu. Dipandangnya wajah sahabatnya , Zack yang khusyuk membaca. 'Aku harap ko jaga Hana dengan baik. Hana senang terluka walaupun dia nampak begitu keras.' kata Adam sendirian. Sesampai mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow , mereka dijemput oleh pengawal peribadi Hana yang diupah oleh bapa Hana , Tengku Johan yang akan tiba pada esok harinya bersama Tengku Dina. Hana , Adam dan Zack menaiki kereta Mercedes-Benz CLS 55 menuju ke rumah banglo Victorian house yang dibeli oleh Tengku Johan untuk kegunaan Hana pada masa hadapan. Hana masuk ke biliknya. Dia begitu letih duduk berjam-jam di dalam kapal terbang. Begitu juga dua jejaka yang menemaninya. Masing-masing keletihan.

Bangunan Royal Albert Hall tersergam indah. Hana betul-betul menyukai hiasan di dalam dewan itu. Di situ dia akan bertanding dengan pelbagai orang dari pelusuk dunia. Beribu orang akan melihatnya dari setiap tingkat. Hana terasa berdebar. Adam tersenyum melihat Hana. "Hana berdebar ke?" soal Adam. Hana mengangguk lalu tersenyum. "Hana tak sangka akan sampai ke tahap ni." kata Hana. "Hana kena buat betul-betul." kata Adam. Hana mengangguk. Zack tersenyum melihat Hana. "Jom..kita nak jalan-jalan." kata Zack. "em.." Hana dan Adam mengikut langkah Zack. Mereka berjalan ke seluruh bandar London. Hana melihat keindahan malam di kota London. Begitu memukau. Apatah lagi melihat Eyes of London pada waktu malam. Memang benar-benar cantik. Dengan lampu yang khas di buat untuk di pasang bagi menyerlahkan lagi kawasan itu. "Cantik betulla..Hana dah lama tak tengok tempat ni.." kata Hana sambil tersenyum gembira memerhatikan sekeliling. Adam tersenyum sendirian. Puas juga dia dapat melihat Hana gembira. Zack juga tersenyum memerhati tempat itu.

"Hana nak ucapkan terima kasih banyak kat korang.." kata Hana kepada keempat-empat jejaka itu. Adam , Zack , Sam dan Shah tersenyum. Shah memeluk bahu Hana. "tahniah..." kata Shah. Sam juga. "Hana buat yang terbaik ye.. Demi kitorang." kata Sam. Adam dan Zack tersenyum. Hana mengangguk. "Ms Hana..you should be ready now. Your performance will be start in 30 minutes." kata pengurus persembahan itu. Hana mengangguk. Hana menoleh ke arah sahabat-sahabatnya. Dia tersenyum manis. "Jumpa nanti." kata Hana lalu memandang ke arah Adam. Adam melemparkan senyuman manis kepada Hana. "Good luck , dear.." kata Sam dan Shah. Hana mengangguk. Dia beredar ke belakang pentas. Adam melihat selangkah demi langkah Hana beredar. 'Hana..Adam minta maaf..' detis Adam. Zack menggenggam cincin di tangannya. Mereka beredar ke tempat duduk.

Adam memegang tiket penerbangannya. Hana sudah dilamar oleh Zack. Kini hanya menantikan jawapan daripada Hana sendiri. Bunyi ketukan bilik membuatkan dia keluar daripada menungannya. Wajah Hana di hadapan pintu. Adam menyepi sebentar. Setelah itu dia membuka pintu biliknya. "Kenapa? Hana ada masalah ke?" soal Adam. Mereka duduk di laman rumah itu. Adam menghulurkan secawan koko panas kepada Hana. Cuaca malam benar-benar menusuk ke tulang-tulang mereka. "Zack lamar Hana." kata Hana. Adam berpura-pura tidak tahu. "Lepas tu? Hana tak tahu nak buat keputusan?" Adam meneka. Hana mengangguk. Adam menyepi. "Hana anggap Zack just like my bestfriend." kata Hana. Adam tahu perkara itu. "Zack baikkan..Hana sendiri tahu dia macamana. Mungkin Zack boleh bahagiakan Hana." kata Adam. Hana menyepi. Ada betulnya juga kata Adam. "Hana terima Zack." kata Hana kepada Zack. Zack tergamam. Hana tersenyum pahit. Sam dan Shah menyorak gembira. Adam tersenyum. 'Bahagialah..' ucap Adam sendirian. Malam keesokannya. Disaat semua lena dibuai mimpi. Adam keluar daripada biliknya. Dia melalui bilik tidur Hana. " Adam pergi dulu.." kata Adam. "Adam..tak ada dalam bilik." kata Sam. Shah menyepi menyembunyikan sesuatu. " Aku dapat mesej Adam.." kata Zack. 'Zack..sebagai kawan ko dan sebagai abang untuk Hana..aku harap ko boleh jaga dia..emm.aku kena pergi satu tempat yang jauh.Jangan risau.Aku akan balik.' Hana terus terduduk. Dia teringat sesuatu.'Kalau Adam tak ada..Hana cerita je masalah Hana kat Zack..dia pasti boleh tolong Hana.'

"Anugerah ini adalah untuk mengenang jasanya yang telah mengharumkan nama negara kita. Beliau telah berjaya melayakkan diri beliau pada setiap tahun untuk menjuarai pertandingan muzik dunia.Dijemput Tengku Hana Albert untuk naik ke pentas bagi menerima trofi penghargaan.Dipersilakan. Tepukan gemuruh untuk Hana sebaik Hana bangun daripada tempatnya. Adam menekan butang merah pada alat kawalan jauh televisionnya. Dia tersenyum sendirian. "Teror Hana kan?" tegur Zafri. Adam hanya tersenyum. 'Alang-alang ko dah balik. Pergilah jumpa dia. Dua tahu ko tinggal dia.. Dia mesti rindu ko. Berapa email dia yang ko tak balas. Comfirm dia jerit gembira." kata Zafri. "Thanks.." kata Adam. Hana menuruni tangga bangunan itu. "Tahniah.." ucap seseorang. Langkah Hana terhenti. 'Zack' sedikit kekecewaan di hati Hana. "Thanks.." kata Hana. "Papa dengan mama balik dulu ya.." kata Tengku Johan. Hana mengangguk. Zack membuka pintu kereta Lotus eaglenya. Hana masuk. "Sam dengan Shah kata sorry tak dapat nak hadir. Diorang ada meeting penting..Sam ada persembahan untuk VVIP." kata Zack. Hana hanya tersenyum. "Tak apa." kata Hana.

Hana leka mendengar lagu di bilik tidurnya. "Hana.." panggil Tengku Dina. Hana keluar. "Ada tetamu kat bawah." kata Tengku Dina lagi. Hana melihat jam besar. Dia turun ke tingkat bawah. "Ma..." kata-kat Hana tergantung. Matanya terpaku. "Hai.." sapa Adam. "A..dam.." Hana tergamam. Hampir dua tahun lebih Adam meninggalkannya tanpa sebarang berita, kini Adam berada di hadapannya. Hana berlari turun dari tangga terus memeluk sahabat baiknya. "Adam.." jerit Hana. Tengku Dina tersenyum. "Hana dah rindu sangat kat Adam.." kata Tengku Dina sambil meletakkan dua gelas air di atas meja. Adam tersenyum melihat Hana. Kecantikan Hana semakin menyerlah. Dia kini sudah berumur 23 tahun pada kiraan tahun Adam. Nampak dia seperti semakin matang. Dia pasti Hana tidak memerlunya sekarang kerana mungkin sedikit demi sedikit Hana sudah menerima Zack yang mencintai Hana sepenuh hati. " Jauhnya mengelamun." tegur Hana. "Ada jumpa 'Dreamgirl' Adam ke??" soal Hana. Adam tersenyum mendengar gurauan Hana. " Hana..macamana?? Biola?" soal Adam. Hana mengangguk. "Ok..lagi dengan ada support hero tiga orang tu.." nada Hana agak perlahan. "Kenapa?" soal Adam. Hana memandang Adam. "Kenapa dua tahun Adam pergi tak pernah balas mesej Hana?" soal Hana tiba-tiba. Adam tahu daripada nada gadis itu , sayu dan sedih. "Adam minta maaf ya..Adam nak balas..tapi betul-betul bz..sorry sngat-sangat.." kata Adam menyembunyikan hal yang sebenar. Bukan sengaja dia tidak mahu membalas semua mesej Hana , tetapi dia mahu Hana tidak berapa rapat dengannya. Takut satu hari nanti dia tidak boleh melepaskan Hana. Wajah Hana ditatapnya. Hana tidak menyedarinya.

BAB 3

"Tahniah.." laung pelajar kolej persendirian itu. Hana hanya tersenyum. "Terima kasih." kata Hana. Hana mengambil jambakkan bunga Ros mekar merah yang dihulurkan oleh abang-abangnya [ Zack , Sam , Shah ]. Hana tersenyum. Adam tersenyum melihat wajah Hana yang kelihatan ceria. Adam pergi ke dewan basketball. Bola dilantunkan dan dimasukkan ke dalam jaring. Hampir setahun dia meninggalkan permainan kegemarannya. [ "Adam..kalahkan group berlagak tu..kalau tak Hana tak mengaku Adam big brother Hana.." jeritan Hana bergema di dewan itu. ] Adam sekali lagi menjaringkan bola ke dalam gol. "Hebatnya.." tegur seseorang dari arah belakangnya. Adam menoleh. "oo..patutlah.. Pemain paling handal sekolah menengah dulu.. Adam Park." kata lelaki itu. Adam cuba mengecam lelaki di hadapannya. " Dah tak ingat kat aku??" soal lelaki itu. [ "Adam..kalau kau kalah dalam game ni..Hana bukan milik ko dan kawan-kawan ko.." ucap Aqif. Hana menoleh. " Eh.. Adam takkan kalah.. Kalau takdir Adam kalah pun.. Ko takkan mimpi aku nak pergi kat ko.." keras betul suara Hana ketika itu. Itu kali pertama Hana marah..] Aqif tersenyum. "Aku rasa ko dah ingat peristiwa tu.." kata Aqif. Adam tersenyum. " Ooo..student yang suka main kotor untuk dapatkan sesuatu.." sindir Adam. Aqif ketawa. Adam menjaringkan bola sekali lagi. Aqif menyambut bola itu. "Tak nak bertaruh??" soal Aqif. Adam tidak mengeluarkan sebarang reaksi. Sebaliknya dia hanya mendiamkan diri. "Kenapa?? takut kalah sekali lagi.." sinis benar pandangan Aqif. Adam yang mulanya tidak ada minat untuk berlawan , terasa tercabar. Kalau waktu dulu dia tahu Aqif akan guna taktik kotor , pasti dia dapat mengalahkan lelaki buaya di hadapannya. Hana hanya menjadi pemerhati kedua lelaki itu. Sah-sah lelaki-lelaki itu tidak menyedari kehadirannya.

"Ada perlawanan antara tuan muda Adam dengan tuan muda Aqif.." laung student kolej itu di lobby. Zack , Sam dan Shah agak terkejut. Dicari kelibat Hana , tiada. Ketiga-tiga tuan muda itu bergerak ke dewan Basketball. Hana masih tidak berganjak dari tempatnya. Hana tahu puncanya. Adam pantang dicabar. Hana sendiri akan takut jika Adam terasa dicabar. Aqif manghampiri Adam. Matanya memandang Hana yang betul-betul di muka pintu. Lalu dibisikkan sesuatu ke telinga Adam. Zack , Sam dan Shah tiba. "Aqif.. Kau buat apa?" tegur Shah. Adam membuat isyarat berhenti. Hana dapat rasakan Adam benar-benar tercabar selepas lelaki yang paling dia menyampah membisikkan sesuatu ke telinga Adam. Telinga Adam juga kelihatan merah tiba-tiba. " Dia dah marah.." perlahan Hana berkata tetapi masih didengar oleh Zack yang berada di sebelahnya. Zack menoleh ke arah Hana. Perlawanan bermula dengan di adili dengan jurulatih basketball itu. Hana tidak lepas memandang pergerakan Aqif. Dia yakin Aqif mempunyai niat untuk memalukan pemain terkenal itu seperti yang berlaku tujuh tahun yang lepas. Perlawanan terakhir. Mereka kini seri 10-10. Dengan satu mata di antara jejaka itu pasti akan ada yang kalah. Hana yakin saat ini pasti Aqif sudah menyiapkan perangkap untuk Adam. Adam yang memulakan permainan. Hana nampak wajah sinis Aqif. Adam kelihatan tenang walaupun Hana tahu Adam masih lagi marah. Adam membawa bola itu. Perlahan-lahan Aqif menghampiri Adam dan licik dia menyelit kaki Adam. Adam tersungkur. Aqif merampas bola itu lalu melontarkan bola itu ke arah gol. Semua hanya memejamkan mata. Zack , Shah dan Sam tergamam melihat ketangkasan Hana berlari mendapatkan bola. Dia menepis bola itu. Aqif yang mulanya agak bangga , terkejut. Adam melihat Hana yang sudah tercangkung menahan badannya dari terjatuh. "Apa yang kau buat tu tak betul Aqif..Aku dah tahu taktik kau. Kau ingat aku bodoh. Kau sengaja buat Adam rasa tercabar sebab kau tahu dia macamana." kata Hana yang menghampiri Adam yang sudah dibantu oleh sahabat-sahabatnya. Aqif tersenyum. "Tak sangka pula.. cik muda biola kita pandai main basketball." kata Aqif. Semua orang menyaksikan drama yang dimainkan cik muda dan tuan muda-tuan muda itu. Adam menyandarkan tubuhnya ke sofa di biliknya. Teringat Hana menepis bola untuknya. 'Cepat Hana belajar.' detis Adam lalu dia memejamkan matanya.

Zack teringat sesuatu. [Hana seperti dikejar seseorang. "Hana..kenapa ni?" soal Zack. "A..Adam..mana?" soal Hana.] [“kalau Hana cerita..ko beritahu dia..aku tak pernah kisah pasal hal dia. Dan aku tak kan masuk campur segala hal dia.” Kata Adam lalu bangun dan pergi dari kelas itu. Hana melihat kelibat Adam berlalu. Hana kelihatan kesal. Adam menghempaskan sweater yang dipakainya.] 'Aku hampir tertipu dengan kata-kata Adam dulu..Diorang saling memendam perasaan sehingga kini.. Kenapa tak terus terang. Mungkin pasal aku diorang menyepi sehingga sekarangg..' soalnya sendirian. Hana keluar ke laman. Dia membimbit beg biolanya. Biolanya dikeluarkan sebaik dia duduk di laman besar kediamannya. Perlahan-lahan melodi 'Found You' lagu dinyanyikan oleh satu kumpulan 'JYJ' yang amat mudah baginya memainkan melodi itu. [ "Adam tak boleh kalah.." marah Adam. Hana hanya mendiamkan dirinya. "Adam.. kau jangan mudah terpedaya dengan kata dia. Dia sengaja nak kau jatuh depan dia." ucap Sam untuk meyakinkan sahabatnya. "Aku kena pertahankan Hana."] Zack dan Hana sama-sama teringatkan kisah di sekolah menengah mereka. Itu kali pertama Adam naik angin akibat terlalu marah dengan cabaran yang diberikan kepadanya.] Melodi Hana tergantung. Dia terasa degupan jantungnya berdegup laju. 'Apa maksudnya?' soal hatinya. Tangannya memegang dadanya yang terasa sesak. [ "Adam ada 'Dreamgirl'..cantik , baik , comel.."] kata-kata itu tiba-tiba membuatkan dadanya bertambah sesak. 'Kenapa ni?' soalnya sendirian.

"Hana.." panggil Adam. Hana memberhentikan langkahnya. Dia terasa jantungnya seperti malam semalam. Mukanya berubah pucat ditatap lama Adam. "Hana kenaapa? Tak sihat?" soal Adam. Hana menggeleng. "Kenapa muka pucat sangat ni?" soal Adam kelihatan bimbing. Hana hanya tersenyum. "Don't worry.." ringkas jawapan Hana. "Kenapa Adam panggil Hana?" Hana meneruskan kembali percakapannya. Adam tersenyum manis. "Terima kasih..pasal semalam.. Cepat Hana belajar.." kata Adam kelihatan gembira. Hana tersenyum. "Hana tau dia tu tak betul." kata Hana. Mereka ketawa. Zack tersenyum melihat mereka. Dia masuk ke bilik persendirian mereka. Sam sibuk dengan pianonya. Maklumlah minggu depan dia ada pertandingan. Jika di rumah , jangan harapkan piano disentuh olehnya pandang juga tidak. Itulah Putera Beradu oaling terkenal di kolejnya. Shah sibuk dengan pembacaan bukunya. Adam masuk bersama Hana. Semua menumpukan kepada mereka. Sam terus memusingkan badannya sambil tersenyum. " Hai our best best princess.." ucap Sam. Hana tersenyum mendengar panggilan itu. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu sejak keluar daripada sekolah menengah. Jika tidak di mana Hana bertembung dengan mereka pasti panggilan itu akan diucapkan oleh Sam , pemain piano terhebat dan terkacak. Shah lain pula. Dia akan memeluk bahu Hana setiap kali bertembung. Pastinya semua gadis di sekolah tinggi mereka berasa cemburu. Maklumlah jejaka pilihan ramai. Adam lain. Dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan 'kekasihnya' basketball. Disebabkan itu dia mempunyai ramai peminat secara tersembunyi. Lain dengan Zack. Sentiasa kelihatan tenang. Adam dan Zack akan bersinar apabila beraksi di bumi perlawanan basketball. Hah.. berjuta peminat yang melaungkan nama mereka. Maklumla kacak , kaya siapa yang tidak mahu.

Hana membuka pintu lokernya. Dia terpandang hadiah yang dibungkus cantik di dalam lokernya. Rambut ikal perangnya dia sepit dengan penyepit yang baru di ambil di dalam loker itu. Tangannya segera mengambil hadiah tersebut. Dia sudah tahu siapa yang memberikannya hadiah di kala dia mula menjadi dingin. Sifat kasar Hana akan terserlah jika sikap dinginnya datang. Hana menghempas pintu bilik anak kepada pemilik kolej itu. Wajah Aqif seperti biasa kelihatan berlagak tenang. Itu yang membuatkannya cukup meluat. "Ambil hadiah aku ni.." kata Hana terus melempar perlahan ke arah Aqif yang betul-betul di hadapannya. Sahabat-sahabat Aqif hanya memandang ke arah gadis yang menjadi kegilaan ramai lelaki. Aqif tersenyum. " Jangan mimpi aku akan terima hadiah kau. Satu sen pun aku tak nak." kata Hana terus memaling untuk keluar. Aqif lebih pantas menangkap pergelangan tangan Hana. Hana menoleh dan cuba melepaskan tangannya. "Let of my hand.." keras nada Hana. "Boleh..tapi janji dinner dengan aku dulu.." kata Aqif sambil tersenyum manis. Memanglah lelaki di hadapannya kacak , lagi apabila muncul senyumannya. Tapi maaf. Hana tidak dapat terima lelaki itu sejak dari sekolah menengah lagi. Tangan Aqif ditepis kuat. "Jangan mimpi." kata Hana terus berlalu meninggalkan lelaki buaya itu. "Ho..Tengku Hana Albert pemain muzik tu..memang kasar." kata Darwin. Aqif tersenyum. Dia tahu Hana dari dulu lagi.

Adam menjaringkan bola ke dalam gol. Hana masuk ke dalam dewan itu. Hana duduk bersebelahan beg Adam. "Kenapa..ada masalah??" soal Adam tanpa menoleh sebaliknya meneruskan permainannya. Adam boleh mengenali minyak wangi dan bunyi langkah kaki Hana. "hemm..biasala..setiap kali persembahan mesti ada hadiah daripada budak tu." kata Hana. Adam tersenyum. "Yang paling tak suka..dia tarik tangan Hana..siap suruh dinner dengan dia." kata Hana. Adam menghampiri Hana. Hana melontarkan air mineral kepada Adam. Adam menyambutnya. Dia duduk bersebelahan Hana. Pergelangan tangan Hana yang masih merah padam dipandang tanpa disedari Hana. "Sakit ke?" soal Adam setelah dia meneguk air. Dia pasti Aqif menarik tangan Hana dengan kuat. Jika tidak pasti pergelangan tangan Hana tidak akan merah seperti itu. "Emm..tak sakit pun.." kata Hana sambil mengusap pergelangan tangannya. "Hana jangan terlalu tunjuk perangai 'tomboy' Hana kat umum..You're the Fairy Nation." kata Adam , risau reputasi Hana jatuh gara-gara lelaki buaya itu. "Jangan risau..tapi dengan dia tu..minta maaf.."kata-kata Hana membuatkan Adam ketawa kecil. Lucu melihat riak wajah Hana. Adam mengeleng lucu.

Hana masuk ke dalam kereta Ferrari F430 milik Zack. "Hana nak join main bola hari ni??" soal Zack sebaik Zack masuk ke dalam kereta. " Hana rasa penat hari ni..Nak tengok je kot..bolehkan?" kata Hana. Zack mengangguk. "Ok..Ah..lupa pulak.. Mama ajak Zack dinner kat rumah." kata Zack. Hana mengangguk. "Ok.." "Hana..Zack nak tanya sesuatu.." kata Zack. "Tanya apa?" soal Hana. "Did you accept me because you feel pity to me?"soal Zack. Hana memandang ke arah Zack yang sedang memandu. "Zack..I don't like that question." kata Hana. "but..I have to know the answer." kata Zack. "Hana tak pernah terima orang daripada pandangan yang kasihan. Kalau macam tu Hana takkan terima Zack." kata Hana. Adam dan Zafri keluar dari kereta BMW M3 putih milik Adam. Kebetulan hari ini jadual Zafri kosong , tiada mesyuarat , dia bercadang untuk mengikuti Adam ke gelanggang hari ini. Adam sibuk dengan latihan bola keranjang. Zafri juga. Zack keluar dari keretanya. Langkahnya terhenti melihat ketangkasan Adam bermain. 'Kenapa dia pendamkan perasaan dia? Apa yang buatkan dia tak yakin untuk luahkannya. Dia ada segalanya.' detis Zack sendirian. "Zack..kenapa?" soal Hana. Zack tersedar daripada lamunannya. Zack melemparkan senyumannya lalu berjalan menghampiri Adam dan pasukan bola keranjang.

"Siapa yang Adam bawa tu?" soal Aqif. "Aku rasa macam pernah tengok." kata Aqif lagi. "Tu kan president Sukan Negara resort. Tuan muda Zarif..sepupu Adam. Takkan tak ingat?" kata Darwin. "Ha..yang dulu dengan ratu sekolah.." kata Aqif. Darwin mengangguk. "Dia pernah bercinta dengan Hana dan menyebabkan Hana dan dia bergaduh dengan Adam kan?" kata Aqif. Darwin dan Farez mengangguk. "Waw..kecilnya dunia..jumpa dengan orang yang berebutkan Fairy Nation. Pasti ada yang tahu satu rahsia.." kata Aqif. "Mesti orang tau sebab apa..si Adam tu beria-ria nak pertahankan Hana." kata Farez. "hai..Hana.." tegur Zafri selesai bermain. Hana hanya tersenyum. Adam duduk di sebelah Zack. Hana memberikan air kepada kedua-dua lelaki itu. "Our Fairy Nation here.." kata Aqif menghampiri mereka. Hana mengerutkan keningnya. "Hana..aku tahu ko hebat basketball..nak main dengan aku tak??" soal Aqif. "Tak berminat." kata Hana lalu menoleh ke arah kerusi-kerusi di dalam dewan itu. "Kalau cik muda menang..pertukarannya Adam takkan di gantung kolej sebab cerita rekaan tu." kata Aqif memulakan perangkapnya. Hana memandang Aqif. Dia agak tertarik. Adam tidak bersuara. "Kalau cik muda kalah..putus dengan tuan muda Zack." kata Aqif. Hana membuka kasut tumitnya. "Jangan guna cara kotorla.." kata Adam. "Biarkan Hana..Hana akan kalahkan dia." kata Hana lalu bangun dari tempatnya. Zack memandang Hana. Zafri agak bimbang. "Zack..Hana akan tunjukkan yang Hana tak pernah rasa kasihan dalam hubungan kita." kata Hana. Adam menoleh ke arah Hana. Zack menyepi. Adam terasa hatinya tiba-tiba begitu sedih mendengar kata Hana. 'Hana begitu serius dengan hubungan dia. Aku tak patut bimbang.' bisik hati Adam. Hana sekilas memandang wajah Adam. Dia mengharapkan Adam akan memberikannya sedikit wajah yang menggembirakannya tapi hampa. Hana terus berjalan ke arah gelanggang. "Hana.." panggil Zafri. Hana menoleh. "Buat yang terbaik.." kata Zafri. Hana memandang lama wajah Zafri. Dia tersenyum lalu mengangguk.

BAB 4

"Biar betul..cik muda bukan dengan tuan muda Zack ke?" berteka teki semua pelajar kolej itu. Hana keluar dari kereta Ferrari California yang di pandunya sendiri. Zack menanti di dalam kereta BMW M3 nya keluar mendapatkan Hana. "Hai.." sapa Zack. Hana tersenyum. Dia terasa puas di atas kemenangannya melawan Aqif dan dia juga dapat menyelamatkan nama baik tuan muda Adam Park. Zack mengiringi Hana masuk ke kolej. Adam bersendirian di dalam dewan bola keranjang. ["Zack..Hana akan tunjukkan yang Hana tak pernah rasa kasihan dalam hubungan kita." kata Hana.] 'Hana bukan budak-budak lagi.' kata Adam sendirian lalu menjaringkan bola. Adam beredar. Hana tergamam melihat gambar yang ditampalkan di papan kenyataan. Zack juga. "Apa benda yang mengarut ni?" Hana benar-benar marah. Dia berlalu pergi. "Hana.." panggil Zack. Hana tidak mengendahkan panggilan dari Zack. Lengan Hana ditarik. "Hana..Kenapa ni?" soal Adam yang baru tiba di tempat itu. Wajah Hana kelihatan merah padam. Adam menoleh ke arah papan kenyataan. 'Fairy Nation bercinta dengan Tuan Muda Aqif..' Adam melepaskan lengan Hana. Dia melangkah ke papan kenyataan. Penuh dengan gambar aksi perlawanan semalam yang melibatkan Hana dan Aqif.

Hana duduk berhadapan dengan Adam. "Hana jangan terburu-buru. Aqif dah sediakan game untuk Hana." kata Adam. Shah dan Sam mengusap belakang Hana. Mereka kenal Hana. Bukan mudah untuk menurunkan kemarahan Hana. "Apa-apa pun.. Hana bukan milik dia. Buktinya , semalam....." Adam terhenti. "Semalam.. Hana menang mempertahankan Zack. Jadi..Aqif sengaja nak bagi Hana datang bilik diorang dan Hana akan terperangkap sekali lagi." kata Adam. Hana mendiamkan dirinya. Zack juga. "Dah Hana..Jangan fikirkan benda tu..Just let it fly..Benda tu tak betul..sekarang ni Hana tumpu persembahan Hana..Lagi 4 hari je.." kata Sam. "Thanks.." kata Hana. "Zack..bawa Hana balik..She needs rest to calmdown.." kata Adam. Zack dan Hana beredar. Shah menyisir rambutnya ke belakang. Shah bersandar. Adam bangun dan terus keluar dari bilik mereka. Bunyi hentakan pintu bilik persendirian Aqif membuatkan mereka terkejut. Aqif menoleh. Adam mencampakkan helaian kertas pameran di papan tadi. "Adam.." sapa Aqif. "Apa yang kau buat ni? Kau sengaja nak bagi reputasi dia jatuh?" kata Adam agak tegas. Aqif tersenyum. "Dah sampai berita rupaya.." kata Aqif. Darwin dan Farez tersenyum sinis. "Dia bukan orang biasa yang kau boleh buat main..Kau patut jaga reputasi dia.." kata Adam. " Wait friend..its just a joke..Janaganlah terlampau marah..Aku baru nak main-main.." kata Aqif sambil tersenyum. Adam tersenyum sinis. "Joke?? Main??" kata Adam lalu menarik kolar baju Aqif. "Listen..She not your toy that can you make a joke..I warning you..Don't make this stupid joke again or your father's company will lose!!" kata Adam lalu melepaskan kolar Aqif dan berlalu Aqif tersenyum. 'Here you are..I know you very love her..Adam..' detis Aqif. Zack di luar agak terkejut dengan perubahan sikap Adam. Zack tidak menyangka Adam akan marah dengan bagitu sekali. 'She's everything to Adam..' detis Zack.

Hana termenung di laman. Tengku Johan menghampiri Hana. Rambut ikal Hana diusap lembut. "Hana ada masalah ke?" soal Tengku Johan. Hana menoleh. "Papa.." Tengku Johan duduk di sebelah Hana. Hana menggeleng. "Kalau tak ada masalah , kenapa papa tengok lama Hana termenung." kata Tengku Johan. Hana menyepi sebentar. "Papa.." "hemm.." "Kalau papa terima tak orang yang papa hanya anggap sahabat?" soal Hana. Tengku Johan tersenyum. "Hana ada masalah tentang tu ke?" soal Tengku Johan. Hana menyepi. "Hana..kita terima je orang yang menyukai kita. Pasti lebih bahagia..daripada kita ambil lelaki yang tak pasti suka kita atau tak.. betulkan cakap papa..??" kata Tengku Johan. Hana tidak menyahut. "Selama dua tahun Hana dengan Zack..Zack pernah buat Hana tak bahagia??" soal Tengku Johan. Hana menggeleng. "Tapi..Hana rasa bersalah terima orang yang Hana tak cinta. Hana takut tu akan kecilkan hati dia." kata Hana. Tengku Johan tersenyum. "Jangan risau..lama-lama hati Hana akan terbuka juga." kata Tengku Johan. Mereka menoleh ke arah kereta lotus exige cup yang memasuki perkarangan kediaman mewah itu. "Papa panggil Adam kat sini. Sebab Hana perlukan abang untuk berbincang." kata Tengku Johan tersenyum yang penuh makna di sebaliknya. Hana mambalas senyuman papanya.

"Minumlah.." kata Hana. Adam melemparkan senyumannya. "Hana fikir lagi hal kat kolej tu?" soal Adam lalu menoleh ke arah Hana. Hana mengerutkan keningnya. "Papa kata Hana ada masalah.." kata Adam. Hana tersenyum. "Hana tak fikir langsung hal tu." kata Hana. "Baguslah.." kata Adam. Hana menghirup air koko pada cawan yang dipegangnya. "Hana bahagia dengan Zack?" soal Adam. Hana hanya tersenyum. "Baguslah.." kata Adam. Mereka menyepi. "Dreamgirl Adam macamana?" soal Hana tiba-tiba. Adam menyepi sebentar. "Dia bahagia.." kata Adam. "Bila Adam nak bawa Hana jumpa dia?? Teringin nak tengok dia.." kata Hana. Adam tersenyum. "Satu hari nanti.." kata Adam. Hana tersenyum. "Kuat rahsia juga ya..Macam tak percaya je abang Hana ni kuat rahsia.." usik Hana. Adam tersenyum. Hana juga. Tengku Johan tersenyum melihat anaknya. "Bila la kita nak menantukan Adam.." kata Tengku Dina. "Kita tengok jela mana yang dapat bahagiakan Hana.." kata Tengku Johan. Tengku Dina mengangguk. Tengku Johan memeluk bahu isterinya. "Adam.." Hana kelihatan serius tiba-tiba. "Hemm..." "Adam..anggap Hana just like younger sister right?" kata Hana. Adam menyepi sebentar. "Hana..kena tahu jawapan tu." kata Hana dengan nada yang perlahan. "Hana?" soal Adam. Hana menyepi. "Hana..kita dah berkawan lebih dari 10 tahun.. Sejak Hana sekolah rendah lagi.. and.. Hana pun panggil Adam , big brother. so..Hana sendiri tahu jawapannya." kata Adam. Hana menyepi lagi. "so..jangan teragak-agak nak terima Zack dalam hidup Hana.." kata Adam. Hana menoleh ke arah Adam. 'Adam tahu apa yang aku maksudkan..' detis Hana.

Hana menjaringkan bla ke dalam gol. ["Hana..Adam just like your brother.." kata Adam. "Yes..always being my big brother..ok??" kata Hana. Adam mencuit pipi gebu Hana. "Yes my little sister.." kata Adam.] ["so..jangan teragak-agak nak terima Zack dalam hidup Hana.."] 'Betul kata Adam..Aku kena terima Zack dalam hidup aku..Adam tak pernah anggap aku lebih daripada adik dan..kawan..' detis Hana. "Hai..Fairy.." tegur seseorang daripada arah belakangnya. Hana menoleh. "Buat apa datang sini??" soal Aqif. Hana tidak menyahut. "Tunggu Adam?" soal Aqif. Hana tidak mengendahkan lelaki itu. Dia mengatur langkahnya untuk beredar. "Sabarlah dulu..Saya bukan nak kacau cik muda..just nak sembang..can i?" kata Aqif.Aqif menghulurkan air tin kepada Hana. Hana menoleh. "Jangan risau..tak ada apa-apa dalam air ni.." kata Aqif. "Apa yang kau nak?" soal Hana. Aqif tersenyum lalu duduk di sebelah Hana. Hana mengalihkan sedikit kedudukannya supaya tidak terlalu hampir dengan Aqif. 'Hem..' keluh Aqif. Sekali lagi air tin itu dihulur. "Ambillah.." kata Aqif. Hana mengambilnya setelah lama dihulurkan oleh Aqif. "Semalam Adam jumpa aku.." kata Aqif. Hana menoleh.

"Thanks.." kata Hana. Adam melemparkan senyumannya. "Hana..maruah adik kena la Adam pertahankan. Tu namanya abang.." kata Adam. Hana tersenyum. "Oklah..Hana nak masuk kelas..nanti jumpa kat rumah ya." kata Hana. Adam hanya mengangguk. "Bye..jumpa nanti." kata Hana lalu beredar. Lama Adam memandang kelibat Hana yang beransur pergi. Zack terus pergi. Adam masuk ke bilik persendirian mereka. Langkah Adam terhenti melihat Zack membelek-belek kotak cincin. Sam dan Shah mendiamkan diri. Adam berbuat tidak tahu. Dia terus duduk di sebelah Sam. "Adam..kalau aku ajak Hana kahwin macamana? ok tak?" soal Zack. Adam kelihatan tenang. " Idea bagus juga..sebab lama-lama bercinta tak elok juga. Kalau Hana kena sambar dengan orang lain susah.." kata Adam lalu mengambil buah epal yang siap dipotong. "So..kita kena buat suprise party untuk pasangan ni.." kata Shah. Adam dan Sam tersenyum. Zack hanya melihat Adam yang tidak kelihatan sedikit pun terkejut atau sedih dengan cadangan itu. Hana duduk bersendirian di laman rumahnya. Adam menghampirinya. "Adam tengok sejak daripada makan tadi..Hana asyik termenung je..Kenapa? Ada masalah.." kata Adam sebaik duduk di sebelah Hana. Hana sedikit tersentak. "Adam..Hana ingatkan Adam dah balik." kata Hana. "Emm..mula-mula memang nak balik..tapi tengok adik macam ada masalah.. kenala tengok adik dulu.." kata Adam. Hana tersenyum. "Lepas ni..Adam busy sikit..Adam kena start kerja kat syarikat..so maybe jarang datang kolej and sini.." kata Adam. Hana menoleh. "Hana kalau ada masalah..jangan tunggu Adam..bincang dengan papa atau mama..ataupun..Zack.." kata Adam. Hana mendiamkan dirinya. "Oklah..Adam nak balik dulu..Hana jangan banyak mengelamun.." kata Adam lalu menoleh ke arah Hana. Dia tersenyum. Rambut Hana diusap lembut. "Bye.." kata Adam lalu beredar. Hana terasa berat ingin membiarkan lelaki itu pergi. Baginya Adam akan menjauhkan diri daripadanya sekali lagi. 'Kenapa??' soal hatinya yang dalam.

Zack menghampiri Hana yang leka bermain bola keranjang. "Tunggu Adam ke??." tegur Zack. Hana tersentak. Bola di tangannya terlepas. "Zack.." kata Hana. Zack mengambil bola yang terlepas itu. "Adam dah stop kolej. Dia kena uruskan syarikat..Adam tak bagi tahu Hana?" soal Zack. "Tak..Dia just cakap dia jarang datang je..sebab dia akan busy." kata Hana. Zack menjaringkan bola. "Hana..Zack dah bincang dengan Adam dan yang lain." kata Zack sambil mengutip bola yang sudah dia jaringkan. "Tentang apa?" soal Hana. "Nak ajak Hana kahwin.." kata Zack lalu menjaring bola sekali lagi. Hana terkejut. "Apa maksud Zack..?" perlahan kata Hana tetapi masih kedengaran. "Zack rasa dah tiba masanya Zack terus terang. Zack nak Hana jadi teman sehidup semati Zack." kata Zack. Hana memandang wajah Zack. "Hana..Hana..belum fikir benda tu.." kata Hana. Zack tersenyum. "Hana..Zack tak minta Hana bagi jawapan sekarang." kata Zack menghampiri Hana. "Hana pakai cincin ni bila Hana dah bersedia..Zack akan tahu jawapan Hana kalau Hana pakai cincin ni.." kata Zack sambil menghulurkan kotak cincin yang siap dibuka untuk Hana. Hana memandang kotak cincin yang dihulurkan kepadanya. Adam beredar dari dewan itu. Hana menoleh perlahan ke arah pintu dewan. 'Adam..' Hana menoleh kembali ke arah Zack. Dia mengambil perlahan kotak cincin itu. "Zack..Hana ada kelas..Hana pergi dulu ya.." kata Hana terus beredar. Kelibat Adam tidak kelihatan di laluan keluar. 'Mana dia???' soal Hana sendirian. "Nampak Adam tak?" soal Hana kepada pelajar yang lalu di situ. "Tak.." "Terima kasih.." kata Hana lalu terus keluar dari laluan itu. Adam keluar di sebalik dinding. Dia melihat Hana beredar. Zack duduk di kerusi. [Adam beredar. Hana menoleh. "Zack..Hana ada kelas..Hana pergi dulu ya.." kata Hana terus beredar.] 'Kenapa Hana pendam lagi perasaan tu..' detis Zack sendirian. Sam menepuk lembut bahu rakannya. Zack menunduk. Shah dan Sam menghela nafas.

Nombor Adam didail. Adam melihat papan muka telefon bimbitnya. Nama Hana tertera. Dibiarkan. Hana hampa. -Adam..bz ke? Kalau dah free nanti call Hana ya..- mesej yang dihantar kepada Adam. Adam meletakkan telefon bimbitnya. 'Hana..jangan bergantung pada keputusan Adam lagi..ni kehidupan Hana..' bisik hati Adam. Hampir seminggu Hana tidak berjumpa dengan Adam. Terasa dirinya ditinggalkan lama seperti dulu. "Hana.." muncul wajah ayahnya di muka pintu. "Papa.." Hana bangun daripada pembaringannya. "Hana ok? Dah seminggu Hana tak pergi kolej..Asyik berkurung dalam bilik..Makan pun tak seberapa.." kata Tengku Johan. Tengku Dina hanya mendiamkan diri. "Hana ok..papa dengan mama jangan risau." kata Hana. "Papa dengan mama nak keluar..dan..papa nak bawa Hana sekali..Kalau Hana stress boleh relaks sikit." kata Tengku Dina. Hana tersenyum. "Mama..pergilah dengan papa..tak apa..Lagipun..Hana tak nak mengganggu" kata Hana. "Hana..ada-ada je.." kata Tengku Johan lalu mencubit lembut pipi gebu anaknya. "Ok..kami pergi dulu..Kalau ada apa-apa..call kami ya.." kata Tengku Dina lalu dahi Hana dikucup lembut. "Bye..hati-hati ya.." kata Hana. Tengku Johan dan Tengku Dina beredar. Adam menghirup air di dalam gelasnya. "Kau rasa Hana terima lamaran Zack?" soal Sam. Adam meletakkan gelasnya. Buah-buahan yang terhidang dimakannya. "Dia akan terima.." kata Adam spontan lalu memakan buah yang di ambilnya. "Tapi pelik..Hana dah tak datang kolej.." kata Shah. Adam menyepi. "Kenapa ek?" soal Sam. "Aku pun tak tahu..Aku tak sempat nak jenguk dia kat rumah lagi.." kata Adam.

Hana turun ke bawah. "Bibik.." panggil Hana. "Ya..cik muda.." "Mama dengan papa tak sampai lagi ke?" soal Hana. "Belum.." kata bibik. "emm..Tak apalah.." kata Hana. Kedengaran bunyi kereta masuk ke perkarangan kediaman mewah itu. Hana membiarkannya. Mungkin ibu bapanya. Bibik membuka pintu. Hana masuk ke dapur. "Cik muda.." panggil bibik. Hana keluar bersama gelas yang baru sahaja dituangkan air. Wajah Adam kelihatan suram. "Adam..kenapa datang sini?" soal Hana yang masih tidak mengerti apa-apa. Adam menghampiri Hana. Dia memeluk tubuh kecil itu. "Adam..kenapa ni?" soal Hana yang sudah berasa hairan. "Hana sabar ya..papa dengan mama kemalangan.." kata Adam. Gelas yang dipegang Hana terlepas. "A..apa..yang..Adam cakap ni?" soal Hana agak gagap. Adam meleraikan pelukan. "Jom ya..kita pergi hospital." kata Adam. Pandangan Hana kabur. Dia pengsan.

BAB 5

Hana masih belum sedar. "Cik muda mungkin terlalu sedih di atas berita tentang Tengku." kata doktor yang merawat Hana. Adam melihat wajah yang dulunya sentiasa ceria bersam mereka. Kini..hanya wajah muram yang dapat dilihat olehnya. "Buat masa ni cik muda tak boleh tahu mengenai Tengku Dina." kata doktor itu. Adam mengangguk. "Saya beredar dulu ya." kata doktor itu lalu meninggalkan Adam. Adam menghampiri Hana. 'Hana..maaf..kami terpaksa kebumikan mama..kalau Hana dalam keadaan macam ni..' detis Adam. Adam mengucup dahi Hana. Zack terus menutup pintu itu. Adam keluar. Zack bersandar pada dinding. "Zack.." tegur Adam. Zack menoleh. Dia melemparkan senyuman kepada sahabatnya. "Nak jenguk Hana..?" soal Adam. "emm.." kata Zack. "Aku tunggu kau kat luar.." kata Adam. Zack mengangguk. "Hana macamana?" soal Shah apabila Adam tiba di lobby hospital itu. "Dah 13 jam..dia masih tak sedar." kata Adam yang kelihatan sedih dan serba salah. Sam menepuk bahu rakannya. "Tuan muda.." panggil pembantu Adam. Adam menoleh. "Tuan muda Hasif dah tiba.." kata pembantu itu. Adam mengangguk. "jom.." kata Sam lalu memeluk bahu rakannya. Zack mengekori mereka. Majlis pengebumian Tengku Dina sudah selesai.

Hana tersedar. Matanya dibuka perlahan. Sayu wajahnya. "Adik.." suara yang amat Hana kenal. Wajah abangnya kini di hadapannya. "Abang..dah balik.." suara Hana benar-benar lemah. Hasif hanya mampu tersenyum bagi melegakan adik kesayangannya. "Papa..dengan mama macamana?? Hana nak jumpa mereka.." kata Hana sambil tubuh lemahnya cuba bangun dari katil itu. Adam tidak sampai hati melihat keadaan Hana jika dia mengetahui hal itu. Zack hanya mendiamkan diri. Begitu juga Sam dan Shah. Hasif memeluk adiknya. "Hana..sabar ya..Mama dah tinggalkan kita.." kata Hasif. Hana meleraikan pelukan. "Abang..cakap apa ni??" soal Hana lalu memandang ke arah Adam yang berdiri di sudut pintu wad itu. Adam hanya mampu menoleh ke arah lain. Hana meminta penjelasan. "Mama..cedera teruk di kepala..Doktor tak dapat nak selamatkan mama..sebab darah mama banyak keluar.." kata Hasif. "Darah??darah Hana..darah Hana sama dengan mama..ambil darah Hana.." kata Hana yang ingin turun dari katil sambil menanggalkan salur air dipergelangan tangannya. Hasif cuba menahan. Sam dan Shah sedih melihat keadaan Hana. Zack membantu Hasif menghalang Hana. Hana tetap berkeras. Dia sedaya upaya melepaskan dirinya. Hana menolak kedua-dua lelaki itu. Dia terus ke arah pintu."Hana.." lengan Hana di capai oleh Adam. Hana berhenti. "Hana..nak mama sedih tengok Hana macam ni??" kata Adam. Hasif sendiri tahu , hanya Adam sahaja yang mampu membuatkan adiknya tenang. "Hana nak jumpa mama..Hana bersalah..Hana tak ikut diorang..Patutnya Hana yang kena pergi..Biar Hana tak menyusahkan mama dan papa.." kata Hana yang sudah tersedu-sedu. "Apa Hana cakap ni..?Hana jangan nak merepek lagi..Better you rest your mind.." kata Adam kelihatan tegas , lalu keluar dari bilik itu.

Tengku Johan disahkan komma. Adam duduk di ruang menunggu wad Tengku Johan. ["Hana nak jumpa mama..Hana bersalah..Hana tak ikut diorang..Patutnya Hana yang kena pergi..Biar Hana tak menyusahkan mama dan papa.." kata Hana yang sudah tersedu-sedu.] Adam menghela nafasnya. "Adam.." tegur Hasif. Adam menoleh. "Sif.." kata Adam kelihatan sayu. "Sarra kata dia akan sampai esok." kata Hasif. Adam mengangguk. "Kau nak pendam perasaan kau lagi?" soal Hasif. Adam mendiamkan diri. "Hana dah bersendirian sekarang. Kau nak buat dia kecewa lagi?" soal Hasif. "Hana akan jumpa kebahagiaan dia..Zack dah lamar dia untuk jadi teman sehidup semati.." kata Adam. Hasif mendiamkan diri sebentar. "Hana pasti tak terima lagi kan?" kata Hasif. Adam mengangguk. "Dia tunggu jawapan daripada kau kan?" kata Hasif. Adam mendiamkan diri. Aqif menyandar pada dinding hospital itu. Dia mengeleng. "Sampai bila nak simpan??" kata Aqif sendirian lalu sambil berlalu pergi. Hana berdiri di hadapan tingkap yang menghadap ke arah pemandangan yang sangat menenangkan. Aqif masuk. Hana tidak menoleh. "Dah ok?" soal Aqif. Hana menyepi. Aqif menghampiri Hana. "Hana..aku harap kau banyak-banyak sabar.." kata Aqif. Hana perlahan menoleh ke arah Aqif. Dia hanya mampu melemparkan senyuman pahitnya. "Thanks.." "Duduklah..kau tak berapa sihat.." kata Aqif.

Aqif menghulurkan air koko panas kepada Hana. "Terima kasih.." Aqif hanya tersenyum. "Zack..dah lamar kau ya?" soal Aqif. Hana mendiamkan diri. "Kau dah bagi keputusan?" soal Aqif. Hana mengeleng. "Kenapa?" soal Aqif. "Hana..belum bersedia.." ringkas jawapan Hana yang mengandungi pelbagai maksud. Aqif menghela nafas. "Hana..suka pada Zack?" soal Aqif. Hana tidak menjawab. "Kenapa Hana tak terus terang..kalau Hana tak dapat nak suka pada Zack.." kata Aqif. "Hana lebih suka tengok orang lain gembira." kata Hana. "Dan biarkan diri Hana menderita seorang diri?" soal Aqif. Kini Hana tidak dapat menjawab persoalan yang dia sendiri tidak ada jawapan. "Hana nak melawat papa.. Hana pergi dulu.." kata Hana. Aqif hanya membiarkan Hana pergi. Adam tertidur di sofa menunggu. Langkah Hana terhenti. Wajah Adam benar-benar kelihatan letih. 'hemmm..' Hana melalui lelaki itu lalu masuk ke wad ayahnya. Adam tersedar setelah mendengar pintu di tutup orang. "Papa..tak boleh tinggalkan Hana..macam mama..tinggalkan Hana.." kata Hana sambil tangan papanya diusap lembut. Adam menghela nafasnya. Hana tertunduk menangis. 'hemm..' Adam menutup pintu bilik itu. Rambut Hana diusap lembut. "Papa..akan sembuh.." kata Adam. Hana memandang Adam. Adam melemparkan senyumannya. Hana tersenyum pahit.

Hasif memulas tombol pintu wad Tengku Johan. Hana yang bersandar di sofa tersenyum lesu melihat abangnya. "Hana makan dulu ya..Biar abang jaga papa.." kata Hasif. "Tak pela..Hana tak rasa lapar lagi.." kata Hana. 'hemm..' Hasif duduk di sebelah adiknya. "Hana..dengar cakap abang..Hana kena makan untuk tenaga badan Hana..Kalau Hana sakit..lesu..macamana nak bagi semangat dekat papa.." kata Hasif. Hana menyepi. "Makan sikit ya.." kata Hasif. Adam masuk. Hana dan Hasif menoleh. Zack , Sam dan Shah mengekori Hana dari belakang. Mereka benar-benar simpati apa yang telah berlaku kepada Hana. Shah menghampiri Hana. Bahu Hana dipeluk. "Hana kena kuat ya..kitorang sentiasa dengan Hana." kata Shah. Hana memandang lesu wajah kacak Shah. "Terima kasih.." kata Hana. Zack melihat Hana yang hilang selera makan walaupun di hadapan Hana makanan kegemarannya. "Hana.." lembut suara Zack memujuk Hana. Hana mengambil sudu di sebelah pinggannya. Sam melihat pergerakan Hana. "Hana.." kata Sam. Hana memandang Sam yang berada di hadapannya. "Hana nak Sam suapkan ke?" soal Sam. Hana tersenyum pahit. "Emm..kalau macam tu..biar Sam main piano untuk Hana.." kata Sam lalu bangun daripada kerusinya. Shah menepuk tangan. Zack tersenyum lalu menepuk tangan. Hana tersenyum. Sam naik ke atas pentas mini yang tersedia di restoran mewah itu. "Wah..tu Sam.." kata pelanggan di situ. "Perhatian kepada semua..melodi ini special untuk my little princess.." kata Sam lalu memainkan melodi 'let me be the one'. Hana tersenyum. Itu lagu yang mereka reka bersama sewaktu Hana di tingkatan 2 dan putera-putera kacak itu di tingkatan 5. Dari jauh Adam melihat wajah Hana yang mula tersenyum. Dia berpuas hati.

Malam semakin dingin. Hana dan Zack menemani Tengku Johan di hospital. Hana tidur di katil yang tersedia untuk keluarga. Zack baring di sofa. Hana menoleh ke arah Zack yang kelihatan lena dibuai mimpi. "Zack.." panggil Hana. Zack tidak menyahut. "Hana..tak dapat nak buka hati Hana untuk orang lain.." kata Hana lagi. "Hana..suka pada orang yang dah ada 'dreamgirl..' Macamana Hana nak terima Zack..Zack masih tunggu jawapan Hana?? Perkahwinan tak boleh....(sebak)..Hana..nak buat main..(air mata menitik)..Hana rasa macam tak adil bagi..Zack kalau Hana cintakan orang lain.." Hana terhenti. "Hana tak boleh nak terus terang tentang hal ni terus pada Zack..Hana takut nak berhadapan dengan Zack..dengan Shah..Sam..dan.....Adam.." kata Hana lalu dia menoleh ke arah luar dan membelakangi Zack. Zack membuka matanya. Dia melihat Hana.

"Adam.." tegur seseorang dari belakangnya. Adam menoleh. Sarra tersenyum melihat sahabatnya. "Ko dah balik.." kata Adam yang kelihatan gembira. Sarra memeluk sahabatnya. "I know the whole story..don't be worry.." kata Sarra. "Thanks.." kata Adam. Sarra menepuk bahu sahabatnya. Zack dan Hana terhenti langkah. Mata Adam terpaku. Pelukan Sarra dileraikan. Sarra menoleh. Dia memahami. "Hai.. i'm sorry about your family.." kata Sarra lalu memeluk Hana. "Kak Sarra..bila sam..bila sampai??" Hana masih lagi gugup selepas melihat Sarra da Adam berpelukan. "Akak baru sampai.." kata Sarra. Air yang ditempah oleh mereka diminum mereka. "Tak sangka 'Dreamgirl' Adam, Kak Sarra."kata Hana. Sarra hanya tersenyum. Adam tidak memberikan sebarang reaksi. Zack hanya menyepi. "Akak tak tahu pula Adam ada gelaran untuk orang yang dia suka.." kata Sarra menyembunyikan hal yang sebenar. Adam meneguk air di gelasnya. "Bila next persembahan Hana?" soal Sarra. Hana tersenyum. "Emm..entahlah..papa pun tak sedar lagi..Hana tak rasa boleh buat persembahan.." kata Hana. Sarra tersenyum. "Hana kena la kuat..Papa kan suka tengok Hana kuat.." kata Sarra. Hana tersenyum pahit. Adam memandang wajah Hana. Dia pasti gadis itu sangat sedih. "Masih..tak bagi tahu Hana pasal hal tu?" soal Sarra. Adam mendiamkan dirinya. Sarra mengeluh. Berat benar kelihatannya. "Hana akan bahagia dengan Zack.." kata Adam. "Dulu kau pernah cakap kat aku..yang kau akan bagi tahu dia siapa 'Dreamgirl' tu kan?" kata Sarra. "Benda tu dah tak penting..Yang penting sekarang..dia dah bahagia. Kau lupa kan..satu benda..Aku akan bahagia kalau dia bahagia.." kata Adam. Sarra memandang sahabatnya. "Ikutlah..aku akan sokong apa yang saja keputusan kau.." kata Sarra lalu masuk ke dalam kereta yang dipandu Adam. Adam mengeluh. Dia tahu sahabatnya kecewa. Dia masuk ke dalam kereta. "Keadaan Tengku dah beransur pulih..cuma sekarang kita tunggu Tengku sedar." kata doktor yang merawat Tengku Johan. Hana senyum gembira. Zack memandang wajah Hana yang kelihatn gembira. Hasif memeluk adiknya. Adam menghampiri mereka. "Papa macamana?" soal Adam. "Papa dah pulih.."kata Hasif. Hana terus masuk ke dalam wad ayahnya. Adam melihat Hana.

BAB 6

"Cik muda ada rasa pening-pening , rasa nak muntah..waktu bangun tidur?" soal doktor. Hana mengangguk. "Dah seminggu saya rasa macam ni. Nak kata demam..saya tak demam.." kata Hana. "Emm..macam ni..cik muda makan dulu ubat yang saya bagi dulu..kalau benda macam ni berlaku lagi..cik muda datang balik minggu depan dan kita buat scan dekat bahagian kepala cik muda." kata doktor. "Maksud doktor?" soal Hana. "Ini kemungkinan tanda-tanda awal bagi kanser.." kata doktor itu. "Kan..kanser??" soal Hana. "Tapi cik muda jangan bimbang..kita masih boleh merawatnya..jika di kesan lebih awal.." kata doktor itu. Hana menutup pintu biliknya. ["Ini kemungkinan tanda-tanda awal bagi kanser.."] Hana memejamkan matanya. "Hasif..Hana ada?" soal Adam. "Ada..dia ada dekat atas.." kata Hasif. "Papa..dah boleh balik petang nanti.." kata Adam. Hasif mengangguk. "Adam.." "em.." "Tadi waktu Hana balik..Dia nampak macam sedih..Looks like macam ada masalah.." kata Hasif. Adam menyepi. "tuk..tuk.." pintu bilik Hana dibuka perlahan. "Hana.." panggilan Adam sangat lembut. Hana termenung di balkoni. Lampu bilik itu di buka oleh Adam. Adam menoleh ke arah balkoni. "Jauhnya termenung..3 minggu nanti ada persembahan..tak elok termenung.." kata Adam. Hana menoleh. "Adam..bila sampai?" soal Hana sambil tersenyum lesu. "Emm..baru sampai..Hasif suruh Adam jenguk adik bongsu dia.." kata Adam lalu duduk di sebelah Hana. "Abang tu risau sangat..Hana tak ada apa la.." kata Hana. Adam tersenyum.

Hana leka bermain biola. Lagi 2 minggu dia akan dipertontonkan hampir 3 ribu orang. "Hana.." sapa Sam. Hana berhenti lalu menoleh. "Dah dekat 3 jam Hana main tak henti." kata Sam lalu menghulurkan air kepada Hana. Hana tersenyum. "Terima kasih." lalu mengambil air yang di hulur. Dia berasa gembira mempunyai 5 orang abang yang begitu mengambil berat mengenainya. "Hana dah lama tak main..takut nanti kekok.." kata Hana. "em..yela..Nama pun 'Welcome Back Fairy Nation'.." kata Sam. Hana tersenyum. "Sam..tak practice piano? Nanti nak buat persembahan dengan Sam..boleh?" kata Hana. Sam memandang Hana lalu dia tersenyum. "Bagus juga.." kata Sam. Hana mengangguk. "Ai..Sam..nak kacau line aku ke??" soal Shah yang baru muncul di muka pintu. Sam dan Hana menoleh lalu tersenyum. Skrin komputer ribanya ditenung lama. Adam menekan butang 'Buy'. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Hatinya serba salah..tetapi terpaksa dia membuat keputusan untuk meninggalkan tanah air untuk melepaskan 'Dreamgirl' nya.

Tangan Hana kebas tiba-tiba. Penggesek biola yang di pegangnya terlepas daripada tangannya. Sam terkejut. Hana meletakkan biolanya lalu memegang pergelangan tangannya. "Hana..ok?" soal Sam. Hana mengangguk lalu masih sempat melemparkan senyuman manisnya. "Lenguh sikit.." kata Hana. "Berehatlah dulu.." kata Sam masih risau keadaan Hana. Hana mengangguk. Hana turun daripada katil. "Doktor.." kata Hana. Doktor itu kelihatan serius. "Maafkan saya..cik muda perlukan rawatan selanjutnya.." kata doktor itu kelihatan serba salah. "Maksud doktor?" soal Hana. Hatinya berdebar. "Di bahagian otak cik muda terdapat Tumor benigna yang tumbuh secara perlahan-lahan tetapi ia tidak akan merebak ke bahagian-bahagian lain dalam badan dan jika tumor ini dapat dibuang dengan jayanya, ia tidak lagi menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika tumor itu terletak berdekatan dengan mana-mana struktur otak yang penting, ia boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kerana sesuatu ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi atau boleh mengancam nyawa. Jadi cik muda jangan bimbang..cik muda perlu menjalankan pemedahan untuk membuang sel tersebut." kata doktor. "Kalau tidak..risikonya?" soal Hana. "maafkan saya..saya tidak dapat menafsirkannya. "Cik muda perlu segera membuangnya." kata doktor itu.

"Jom.." kata Sam. Hana tersenyum. "Sarra naik kereta dengan Adam.." kata Shah. Sarra mengangguk. "Haris??" soal Shah. "Aku drive sendiri..nak bawa papa.." kata Haris. "Ok..lets go to the beach!!" kata Sam. Hana banyak mendiamkan diri di dalam kereta Mercedes Benz Slr Mclaren milik Zack. "Hana.." "emm.." "Hana..masih tak nak terus terang pada Adam.." kata Zack. "terus terang??" soal Hana. "Mengenai hati Hana.." kata Zack. Hana menyepi. "Apa maksud Zack?" soal Hana. "Zack tahu Hana simpan perasaan Hana pada Adam.." Zack kini mula berterus terang. Hana tidak menjawab soalan Zack. Adam melihat Sarra yang leka mendengar lagu melalui earphone. 'Maafkan aku..' detis Adam.

Hana baring di atas pasir pantai yang putih , bersih. Matanya tidak berkelip melihat langit biru gelap yang di hiasi bintang yang berkelip cantik. Wajah Shah muncul di hadapan Hana. Hana terkejut terus bangun daripada pembaringannya. Shah tersenyum. "Shah..terkejut.." kata Hana. Shah duduk di sebelah Hana. "Patutlah tak nampak Hana kat bilik makan tadi..rupanya tidur kat sini.." kata Shah. Hana tersenyum. "Dah seminggu kita kat sini..Hana jarang makan malam..rupanya ada date dengan pantai.." kata Shah. "emm..Hana lega duduk kat sini..malam-malam nyaman." kata Hana. Shah tersenyum. "Hana..tak bagi keputusan dekat Zack lagi?" soal Shah. Hana mendiamkan diri. "Kenapa?" soal Shah. "Hana tak bersedia.." kata Hana. "Hana cintakan Zack?" soal Shah. Hana sekali lagi mendiamkan diri. Shah tiba-tiba ketawa. Hana menoleh. "Apalah..tanya soalan macam tu..Sebenarnya..Shah datang sini..nak panggil Hana. Diorang ada event untuk Adam and...Sarra.." Wajah Hana benar-benar kelihatan terkilan. Dia menunduk. "Jom.." kata Shah. Hana bangun. Dia tersenyum. "Jom.." kata Hana. Shah memandang Hana lalu membalas senyuman Hana. Dia memeluk bahu Hana. "Lets party!!" kata Shah. Mereka ketawa.

Shah membuka pintu bilik itu. Hana masuk. Adam berada di hadapan Hana tetapi Adam tidak menyedari kehadiran Hana. Satu suara yang benar-benar mereka kenali. {"Masih..tak bagi tahu Hana pasal hal tu?" soal Sarra. Adam mendiamkan dirinya. Sarra mengeluh. Berat benar kelihatannya. "Hana akan bahagia dengan Zack.." kata Adam. "Dulu kau pernah cakap kat aku..yang kau akan bagi tahu dia siapa 'Dreamgirl' tu kan?" kata Sarra. "Benda tu dah tak penting..Yang penting sekarang..dia dah bahagia. Kau lupa kan..satu benda..Aku akan bahagia kalau dia bahagia.." kata Adam."Ikutlah..aku akan sokong apa yang saja keputusan kau.."} Hana memandang Adam di hadapannya. Adam terdengar esakan perlahan lalu menoleh ke belakang perlahan. {"Adam.." tegur Hasif. "Sif.." kata Adam kelihatan sayu. "Sarra kata dia akan sampai esok." kata Hasif. "Kau nak pendam perasaan kau lagi?" soal Hasif. Adam mendiamkan diri. "Hana dah bersendirian sekarang. Kau nak buat dia kecewa lagi?" soal Hasif. "Hana akan jumpa kebahagiaan dia..Zack dah lamar dia untuk jadi teman sehidup semati.." kata Adam. Hasif mendiamkan diri sebentar. "Hana pasti tak terima lagi kan?" kata Hasif. "Dia tunggu jawapan daripada kau kan?" kata Hasif.} Shah berlalu mendapatkan Zack di tempat duduk. "Maafkan aku..Adam..Hana.." kata Zack. Hana mendiamkan dirinya. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia rasai kini. Gembira..kecewa..

"Semua ni rancangan Sarra..dia tak tahu nak buat apa lagi untuk korang berterus terang. Dan aku..setuju..sebab aku tahu bukan senang 'abang' nak terus terang pada 'adik' yang dah ada kekasih." kata Zack. Mata Hana sudah berkaca jernih. "Hana ingat lagi..malam dekat hospital? Zack dah dengar semuanya. Dan Zack dah dapat jawapan bagi soalan Zack tentang Hana dengan Adam." Kata Zack. Adam mendiamkan diri. "Adam.." Adam menoleh ke arah Sarra. "Sarra minta maaf.." kata Sarra. Tiba-tiba Hana bangun dari tempat duduknya. "Maafkan Hana..Zack.. apa yang Hana cakap malam tu..semuanya tak benar.. Hana tahu Zack tak tidur kagi..dan Zack lupa?? Zack pernah cakap dekat Hana.." kata Hana lalu menunjukkan jarinya. "Hana pakainya..sebab..Hana serius dengan hubungan kita.. Adam dengan Hana just like brother and younger sister." kata Hana. "Hana..." "Maafkan Hana semuanya... Adam.. Hana terima Zack.. Terima kasih atas nasihat Adam selama ni.. Hana memang cintakan Zack.." kata Hana. Air matanya menitik. Berat benar dia ingin menyakiti hati orang kesayangannya. Hana berlalu pergi. "Hana.." panggil Zack lalu beredar. Lengan Hana dicapai Zack. "Hana..apa yang Hana cakap ni?" soal Zack. Hana mengesat air matanya. "Hana tak sunggup nak lukakan hati Adam kalau Hana tak dapat diselamatkan.." kata Hana. Zack terkejut. "Apa yang Hana cakap ni?" soal Zack. "Hana..tak sempurna..Hana tak tahu peluang Hana untuk kembali seperti asal ada atau tak ada.. Hana tak nak Adam kecewa.. mungkin ada baiknya kalau...(menangis..) Adam tahu..Hana tak cintakan dia.." kata Hana..Dia menangis. Zack benar-benar terkejut. Dia memeluk Hana. Adam terhenti langkahnya melihat Zack dan Hana berpelukan. 'Mungkin dia dah cintakan Zack..' detis Adam lalu beredar. Hana membuka matanya dan ternampak kelibat Adam beredar meninggalkan mereka. "Adam..dah balik.." kata Hasif. Hana mendiamkan dirinya. Air jus di dalam gelasnya diminum. Zack memandang wajah Hana. Sarra juga. "Hana..apa dah berlaku sebenarnya?" soal Sarra. Hana duduk di atas pasir laut itu. "Adam sesuai dengan akak.." kata Hana. Sarra menoleh ke arah Hana. "Hana..akak tak maksudkan benda tu. Kenapa Hana tiba-tiba berubah? Ini bukan Hana yang akak kenal.. Hana takkan lukakan hati orang.. Selama ni.. Akak tahu Hana cintakan Adam kan?" kata Sarra. Air mata Hana menitik tetapi tidak disedari oleh Sarra. Hana tersenyum. "Jangan senyum kalau tengah terluka." kata Zack. Hana mengesat air matanya. "Sarra..Sam nak balik dah.." kata Zack. "emm.." "Hana.." Hana bangun.

BAB 7

Hana merenung gambar dia dan Adam. Hampir dua minggu mereka tidak bercakap apatah lagi berjumpa seperti dulu sejak hari itu. Cincin pemberian Zack disimpan dalam kotak. Keluhannya benar-benar berat. "Hana.." panggilan Hasif dari luar bilik. Hana keluar. Dia perlukan kimoterapi selama dua minggu sebelum dia memulakan pemedahannya. "Tuan muda..risiko cik muda..kemungkinan dia akan komma..atau lumpuh selepas pemedahan." kata doktor. "Maksud doktor??" soal Hasif. "Sel kanser merebak pada saraf otak utama yang mengawal seluruh pergerakan badan." kata doktor itu. "Maksudnya..dia akan lumpuh seumur hidup?" soal Hasif. "Jika dia tiada usaha untuk bangkit semula. Saya tidak berani untuk beritahu pada cik muda kerana saya tahu sikap cik muda. Saya harap tuan muda dapat kuatkan semangat dia untuk bangun balik..dan jangan bagi tahu dia sehingga pemedahan berjaya." kata doktor. Hasif mengangguk. "terima kasih.."

Zack melihat Hana. "Hana tak nak bagi tahu Adam lagi..esok Hana dah nak operation?" soal Zack. Hana menggeleng. "Biarlah macam ni..lagipun kalau Hana berjaya operation tu nanti..boleh apa kalau nak jumpa dia." kata Hana. Sarra menghampiri Hana. "Hana simpan benda yang begitu besar daripada akak dan Adam.." kata Sarra tiba-tiba dari arah belakang mereka. Hana dan Zack menoleh. "Akak.." kata Hana. "Hana tahu tak Adam dah cukup derita pendam perasaan dia.. tapi..dia bahagia dapat tengok Hana tersenyum.. Hana tahu perasaan dia kalau tiba-tiba Hana dah tak ada??" kata Sarra. Hana menyepi. Sarra ingin melangkah pergi. "Akak.." kata Hana sambil melutut. Sarra menoleh. Dia tergamam. "Hana..minta tolong..jangan bagi tahu Adam..tolong..kalau akak nak dia bahagia.." kata Hana lalu tertunduk dalam tangisan. Zack sedih melihata Hana. Sarra menghampiri Hana. Tubuh Hana dipeluk. "Hana..esok..Adam nak bertolak ke rumah dia..dia takkan balik sini dah..Harapan dia nak jumpa Hana esok..sebelum dia pergi. Kalau Hana cintakan dia..Hana kena halang dia..itu kata dia. Dia takkan balik sini dah.." kata Sarra tersedu-sedu. Zack agak terkejut dengan kata-kata Sarra. Dia sendiri tidak tahu mengenai itu. "Hana takkan halang dia..Biar dia pergi..itu yang paling baik untuk kami. Hana akan cari dia bila semuanya dah selamat.." kata Hana.

Zack tergamam mendengar kenyataan daripada Hasif. Hana termenung di dalam wad nya. Lagi satu jam setengah dia akan masuk ke dalam bilik pemedahan. Dalam masa yang sama Adam akan bertolak ke New York. "Hai.." sapa Sam dan Shah. Hana menoleh. Dia tersenyum. Sarra masuk. "Hana.." Hana tersenyum melihat Sarra. Tengku Johan dan Hasif membawa masuk makanan ke dalam wad Hana. "Makan jom.." kata Hasif. Hana tersenyum melihat semua orang yang sentiasa memberikan kebahagiaannya. Jauh di sudut hatinya dia ingin Adam datang. Zack masuk ke dalam wad itu. "Hana..ada orang nak jenguk Hana.." kata Zack. Hana menoleh. Hatinya berdebar. Wajah Aqif muncul di muka pintu. Hana kecewa tapi dia masih sempat tersenyum manis. "Sarra kena pergi air port..Adam nak bertolak dah.." kata Sarra. Sarra memeluk Hana. "Call Adam buat kali terakhir.." kata Sarra. Hana melihat wajah jelita penari gimnastik negara itu. Dia hanya tersenyum.

Adam duduk merenung gambar Hana. Lagi sejam dia akan bertolak. "Pintu masuk bagi penerbangan ke New York akan dibuka dalam masa sepuluh minit lagi. 'hemmm..' Adam bersandar. Dia tahu Hana tidak akan datang tetapi dia masih mengharapkannya. Dia bangun. Kelibat Sarra tidak kelihatan. Bunyi deringan telefon bimbitnya membuatkan dia tersentak. Segera dia keluarkan telefon bimbitnya. Tertera nama Zack. "Hello.." ".....Adam.." suara yang benar-benar dia rindui. Hana!!! "Hana.." "Maafkan Hana dah lukakan hati Adam.. Hana bukan seorang adik yang baik..tapi sekurang-kurangnya Hana nak dapatkan kemaafan Adam..supaya Hana boleh lega.." kata Hana suara yang tersekat-sekat. "Emm..Adam tak pernah nak marahkan Hana..Adam selalu maafkan adik Adam." kata Adam menunduk melihat gambar Hana. ".....Hana harap..Adam dapat jumpa gadis yang baik..sebab..Adam kan 'playboy' yang paling kacak.." terdengar nada ketawa kecil Hana. Adam tersenyum. "Thanks.." kata Adam. "Hana..ada hal lagi ni..nanti Hana hantar..kad untuk Adam..ya? Adam kena datang.." kata Hana. Adam mengangguk. "emm..baik.." kata Adam. Adam mematikan panggilan selepas Hana mematikannya. "Hana call?" soal Sarra. Adam menoleh. Adam mengangguk. "Dia sibuk kot..uruskan perkahwinan dia." kata Adam. Sarra tersenyum sinis. "Hana tipu..kau.."

["Hana..sakit..dia tahu penyakit dia sebelum kita pergi bercuti.." kata Sarra] Adam berlari melintas jalanraya. [Hana tak dapat nak datang halang kau..sebab..dia nak pertaruhkan nyawa dia..mati atau kalaupun dia hidup..dia akan lumpuh..kalau orang cheer up dia tak ada."] Adam berlari. ["Hana tak nak kau tahu..sebab dia tak nak kau kecewa kalau dia tak ada..tu dia biarkan kau pergi.."] Hana masuk ke bilik pemedahan. Zack duduk di kerusi menunggu bersama Hasif dan Tengku Johan. Sam dan Shah bersandar pada dinding. Adam melangkah masuk ke dalam hospital. Langkahnya terhenti. "Pray to God for our Fairy Nation' s safety." iklan di televisyen hospital itu. "May God to save our Fairy Nation.." paparan di screen hospital. Dada Adam terasa sesak. Harapannya agar semua ini hanya mimpi. Dia berlari ke tingkat Hana dibedah. "Adam.." Sam kelihatan terkejut. Zack menoleh. Dia bangun. "Adam.." Adam kelihatan benar-benar sedih. "Hana..Hana..kat mana??" soal Adam. Zack memeluk Adam. "Adam..Hana akan selamat.." kata Zack. "Kenapa dia sembunyikan benda yang macam ni??" soal Adam yang benar kehilangan kata. Sam dan Shah menghampiri Adam dan Zack. Mereka memegang bahu Adam. "Adam..Hana perlukan kekuatan kau..dia akan sedih kalau dia tahu kau sedih disebabkan dia.." kata Sam. Sarra yang baru tiba mengesat air matanya.["Cik Hana dah pulih sepenuhnya..tapi jangan lupa kena datang hospital..treatment masih perlu.."] Hana teringat hampir dua bulan dia sudah melepasi saat genting itu. Kini dia sudah pulih sepenuhnya. 'Adam..apa khabar??' detisnya sendirian. Dia amat merindui jejaka itu. "Hana.." panggil Tengku Johan. Hana keluar dari biliknya. "Zack datang ni..dia tunggu dekat laman.." kata Tengku Johan. Hana keluar ke laman. Hana tersenyum melihat Zack. "Nah.." Zack menghulurkan tiket kepada Hana. Hana melihat tiket itu. "Persembahan Sam.." kata Hana. "Nanti kita jumpa kat sana ya.." kata Zack. Hana mengangguk. Zack tersenyum lalu dia beredar. Hana masuk ke dalam rumahnya.

"Hana pergi dulu.." kata Hana. "Hati-hati.." kata Tengku Johan. Tengku Johan tersenyum. Hasif duduk di sebelah bapanya. "Pa.." Tengku Johan memeluk bahu anak lelakinya. "Harap kali ni Hana dapat cinta dia.." kata Hasif. "Pasti.." kata Tengku Johan. Hana memandu kereta Ferrari 458 Italia white kegemarannya. "Wa....!!! Fairy Nation datang!!!" jerit semua peminat yang datang terkejut dengan kehadiran Hana. Hana hanya tersenyum. Pengawal-pengawal yang diupah melindungi Hana , bimbang Hana direbut-rebut oleh jutaan peminat. "Hana dah sampai.." kata Hana. "Sorry..Zack ada hal..dalam setengah jam Zack sampai sana..Hana masuk dulu ya..Shah dan Sam dah tunggu Hana.." kata Zack. "Ok.." kata Hana. "Hana.." panggil Shah. Hana menoleh. Shah melambai. Hana melemparkan senyuman manisnya. "Jom..Sam dah tunggu Hana.." kata Shah. Hana mengangguk. Hana duduk di kerusi VIP selepas pergi berjumpa dengan abang yang paling nakal dan romantik , Sam. Dewan digelapkan. Hanya lampu pentas yang dihalakan pada piano Tuan muda Sam. Sam masuk. Tepukan gemuruh untuk Sam. Kedengaran sorakkan daripada peminat-peminat Sam. "Terima kasih kepada semua kerana hadir..terutamanya kepada ibu bapa saya..sahabat-sahabat saya..dan my little princess iaitu our Fairy Nation..(jeritan daripada peminat Sam semakin kuat apabila nama Fairy Nation disebut)serta peminat-peminat yang sentiasa menemani saya..Lagu ini..khas semua orang-orang yang amat saya sayangi..Papa..mama..Adam..Zack..Shah..and Hana.." kata Sam. Tepukan sekali lagi untuk Sam. Hana tersenyum melihat 'abang' yang sentiasa menjaganya.

Bau minyak wangi yang amat Hana kenali selepas seseorang duduk ditempat duduk yang sepatutnya kepunyaan Zack. Hana menoleh. Dalam keadaan yang gelap , dia hanya dapat menghidu bauan yang amat dia kenali. Disangkakan Zack. Hana cuba menangkap wajah lelaki di sebelahnya. 'Adam..!!' Betul..Hana pasti dengan wajah sisi Adam. Dia tahu itu adalah Adam. "Dipersilakan our Fairy Nation..untuk bersama memainkan lagu yang seterusnya. Hana terus bangun. Tepukan gemuruh untuk Hana. Hana menghampiri Sam. Sam menghulurkan biola kepada Hana. "Sam..boleh minta lampu pentas buka.." bisik Hana. "Kenapa?" soal Sam. "Hana nak tengok penonton..Hana dapat cam satu bau minyak wangi.." kata Hana. Sam tersenyum. 'Dia dah datang rupanya..' detis Sam. "OK.." Lampu pentas dinyalakan. Hana menoleh ke arah tempat duduknya. Kelihatan Zack yang tersenyum ke arahnya. 'Minyak wangi Zack lain..' detis Hana. Sam dan Hana memainkan melodi 'Let me be the one'......"Tahniah.." kata Zack. Sam memeluk sahabatnya. Shah juga. Hana duduk termenung memikirkan sesuatu. "Hana..kenapa?" soal Zack yang menyedari perubahan Hana sebaik naik ke pentas tadi. "Tak ada apa-apa.." kata Hana lalu tersenyum. "Jom..kita pergi makan.." kata Shah. "Lets go.." kata Sam. Shah seperti biasa akan memeluk bahu Hana. Entah kenapa menjadi satu kebiasaan baginya. Sam pasti disebelah kanannya. Manakala Zack...dan..dia akan berada di belakang. Langkah Hana terhenti. "Kenapa?" soal Sam. "Hana dengar dua pasang tapak kaki kat belakang Hana..dan...(Hana menoleh)" Sam dan Shah tersenyum. "Minyak wangi Adam??" soal Zack yang sedang memeluk bahu Adam. Adam menjungkil bahu. Hana tersenyum gembira. Tubuh Adam dipeluknya. "Adam.." kata Hana. Adam tersenyum. Rambut Hana diusap lembut. Zack , Sam dan Shah tersenyum. Bahagia melihat mereka.

{ Perkahwinan Fairy Nation dan Tuan muda T.I.C pada 20.10.2010 di Kediaman Fairy Nation } Itu tajuk utama kesemua jenis surat khabar. Ada peminat yang menangis gembira di atas berita yang begitu menggembirakan Adam , Hana dan keluarga serta rakan-rakannya. Ada juga yang menangis kesedihan kerana mereka tidak dapat memperolehi Fairy Nation. "Bertuahnya tuan muda!!" kata kebanyakan lelaki yang menjadi peminat setia Fairy Nation. "Fairy Nation pun bertuah dapat tuan muda.." kata peminat rahsia Adam.

-TAMAT-