Rabu, 15 Jun 2011

Bidadari Untukku




..Dia bidadari yang sentiasa menanti kedatanganmu yang telah Allah sediakan untukmu..Percayailah dirinya sepenuh hatimu..kerana dirinya sentiasa mencintaimu kerana-Nya..


Keluarga Syed

Syed Syauki
Haslinda Azira
Syed Syazwan Aiman
Syarifah Syura Alisya
+
Daniel Bahtiar
-Ahmad Bukhari-
Syarifah Syifa Alya
Keluarga Tengku

Tengku Hasrif
Melisa
Tengku Iman Haziq
+
Linda Syuhada
Tengku Ines Hadira
+
Muhd Azwan
Tengku Isyraf Hasif
Tengku Iqram Hanif

Laura Zinnirah
Fasha Adriana
Hafie Zulkarnain


“Tuan Iqram..Tuan Iqram..” kejut Makcik Aishah. “Em…” matanya masih terpejam. “Bangun..Dah dekat jam 1..Tuan iqram kena bangun..” kata Makcik Aishah. “Kenapa??Hari nikan saya kerja malam..zohor pun belum lagi..” kata Tengku Iqram malas. “Adik!!!Bangun…Papa dengan mama nak balik dah…” jerit Tengku Ines. Serta merta kelopak matanya dibuka luas-luas. “Apa??!!” Tengku Iqram terus bangun. “Papa dengan mama nak balik dah..” kata Tengku Ines. “Ala…kenapa Makcik tak kejut Qram awal-awal..” kata Tengku Iqram menuju ke almari bajunya. “Makcik dah kejut tuan banyak kali..” kata Makcik Aishah sambil mengemas katil tuan bongsu itu. “Entah..tidur macam apa..” kata Tengku Ines. “Before going out..please lock the door..” kata Iqram. “Ok..mak cik..biar saya kemaskan..mak cik tolong uruskan meja makan.." kata Tengku Ines. "Baik.." Tengku Ines melihat fail laporan kesihatan yang terletak di meja lampu. 'Syarifah Syura Alisya bt Syed Syauki.' hemm..Tengku Ines terus menarik tegang cadar bilik adik bongsunya. "Kak..adik dah bangun ke?" soal Tengku Isyraf, anak lelaki kedua Tengku Hasrif. "Dah..kakak dah kejut dia tadi.." kata Tengku Ines. "Assalamualaikum.." Tengku Iman dan Linda melangkah masuk ke rumah banglo itu. 


"Em..hari ni Iqram kerja malam..emm sampai Ahad.." kata Iqram. "Maknanya lusa..bolehlah..Iqram jemput Laura.." kata Puan Melisa. "Ohh..itu kerja yang paling Qram tak boleh nak buat..ma..penatlah..habis kerja dalam jam 8 pagi..huhuuu..tak larat nak drive..Qram nak tidur.." Tengku Iqram memberi alasan untuk mengelak berjumpa dengan gadis bernama Laura Zinnirah. "Ala Iqram ni..dia sampai bukannya pagi..petang..alasan.." kata Puan Melisa. "Petang??Mana boleh..Qram kena masuk awal..sebab Qram tengah handle pesakit ICU..kacukan arab..ma..cantik.." kata Tengku Iqram. Puan Melisa mencebik. "Malaslah mama nak cakap dengan Iqram.." kata Ibunya. Tengku Iqram tersengih. Tengku Ines tersenyum melihat kenakalan adiknya. "Oklah ma..papa..Qram nak pergi hospital ni.." kata Tengku Iqram meminta izin lalu menyalam kedua tangan orang tuanya. "Kakak..Adik pergi dulu.." kata Tengku Iqram melambai kakaknya di beranda atas. Tengku Ines melambai. "Hati-hati.." katanya. Tengku Iqram masuk ke dalam perut Mercedes Benz CL63 silver kesayangannya. "Awak ni..Iqram dengan Laura kan dah tak ada apa-apa hubungan..janganlah desak Iqram." kata Tengku Hasrif. "Abang ni..anak abang tu yang mengada-ngada sangat..merajuk tak tentu pasal..Laura tu kan nak jadi model yang terkenal..mestilah dia kejarkan cita-cita dia.." kata Puan Melisa. "Apa yang hebat sangat dengan model terkanal??Sekalipun Iqram nak jadikan dia isteri..Laura kena berhenti juga..tak elok orang Islam jadi model..Memang patutlah Iqram putus dengan dia..sebab dia nak cari isteri macam Linda..macam kakak dia..bertudung..tutup aurat..bukan model.." sindir Tengku Hasrif. "Apa-apalah abang ni..Abang dengan anak-anak sama je.." kata Puan Melisa.


"Abang..makan.." jemput Tengku Ines. "Hemm.." Tengku Iman menghampiri meja makan. "Mana Linda?" soal Tengku Hasrif. "Linda dah tidur..penat dia tak hilang lagi.." kata Tengku Iman sambil melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. "Tak lapar ke?Kesian kak Linda.." kata Tengku Isyraf. "Emm..tak apalah..nanti abang bawa makanan untuk dia.." kata pewaris sulung Tengku Hasrif. "Emm..kita makanlah..Nes dah lapar ni.." kata Tengku Ines. Tengku Isyraf menutup grill beranda rumah itu. "Isyraf..papa nak bincang sikit.." kata Tengku Hasrif. Tengku Isyraf mengangguk lalu duduk di sofa ruang rehat banglo itu. "Ada apa pa?" soalnya. "Bila Isyraf nak dirikan rumahtangga?Kalau nak papa carikan macam Iman..papa dah ada calonnya.." kata Tengku Hasrif. Anak ketiganya ketawa. "Papa ni..patutnya mama yang tanya soalan macam ni..pelik.." kata Tengku Isyraf. "Papa..tak nak kamu hidup solo je..kamu patut cari seseorang..Iqram takkan kahwin selagi kamu tak kahwin..korang nak membujang ke?" soal Tengku Hasrif. "hemm..kalau macam tu..papa carikan jela untuk kitorang..Adik tu nak punya selain Laura..Dia pasti terima.." kata Tengku Isyraf. "Papa cakap pasal kamu..bukan Iqram." kata Tengku Hasrif. "Emm..Isyraf serahkan hal ni dekat papa dan mama jelah..ya..Dah ada calon..bagi tahu Isyraf..kalau baik orangnya..Isyraf terima.." kata Tengku Isyraf. "Serius ke ni?" soal Tengku Hasrif. Tengku Isyraf mengangguk. "Ya..sebab setakat ni..Isyraf tak jumpa lagi calon untuk bawa jumpa dekat papa dan mama..so..baik papa carikan je untuk Isyraf.." katanya dari hati. "Nanti papa bincang dengan mama..dan adik kamu.." kata Tengku Hasrif kelihatan gembira. "Isyraf masuk dulu ya.." kata Tengku Isyraf meminta izin untuk berehat. 


Syifa berdiri di hadapan cermin kaca wad ICU yang menempatkan kakaknya. Hatinya sedih mengenangkan anak saudaranya yang hampir lima bulan bapanya meninggal dan kini..ibunya pula..sudah terlantar seperti 50/50 peluang untuk bangun daripada kommanya yang sudah hampir dua minggu. Syifa mengesat air matanya. Tengku Iqram melihat wanita berpurdah itu. Dulu dia juga yang merawat abang iparnya. Dan kini..kakaknya. Kasihan dia melihat wanita di hadapannya. Berpura-pura tabah di hadapan keluarganya tetapi menangis seorang diri apabila semua tiada. Tengku Iqram dan Allah sahaja yang mengetahui hal itu. "Cik..Syifa.." sapa Tengku Iqram. Syifa menoleh. "Dah malam..awak tak balik berehat?Jangan risau..Puan Syura di bawah pemerhatian kami.." kata Tengku Iqram. "Tak apa..saya tak penat lagi.." kata Syifa. "emm..Biar saya teka..awak mesti tak makan lagi kan?" kata Tengku Iqram. Syifa membisu. "Awak tunggu sini..saya nak pergi ambil sesuatu.." kata Tengku Iqram. Belum sempat Syifa menghalang, doktor itu sudahpun berlalu meninggalkannya. Dia menghela nafas. Tidak sampai lima minit, doktor itu muncul kembali. "Nah.." nasi bungkus dihulurkan. Syifa melihat wajah doktor itu. "Jangan risau..saya tak letak apa-apa pun..sebab saya seorang doktor." kata Tengku Iqram. "Ambillah.." kata Tengku Iqram lagi setelah melihat Syifa masih teragak-agak. Perlahan Syifa mengambil nasi bungkus itu. "Terima kasih.." kata Syifa. "Sama-sama..makan..jangan buang.." kata Tengku Iqram sambil segaris senyuman dihadiahkan buat wanita berpurdah itu. Syifa segera menunduk. "Saya nak tengok keadaan Puan Syura sekejap..awak makanlah.." kata Tengku Iqram merasakan Syifa tidak selesa dengannya. Syifa menunduk. 


BMW X6 putih milik Syazwan berhenti di hadapan Hospital UKM yang menempatkan adik perempuannya. "Umi masuk dulu..Syazwan nak parking kereta." kata Syazwan. Puan Azira turun dari perut kereta mewah itu. Syazwan memarkir keretanya di hadapan sebuah Mercedes Benz CL63. "Umi.." Syifa menyalam tangan ibunya. "Syura macamana?" soal Puan Azira. "Umi..jangan risau..kakak pasti baik.." kata Syifa menyenangkan ibunya. Syazwan menghampiri mereka. "Abang datang sekali?Tak kerja ke?" soal Syifa. "Hari ni abang cuti.." kata Syazwan. "Syifa..balik dulu..dengan abang..biar umi jaga Syura ya.." kata Puan Azira. "Umi..tak apa..Syifa tak nak Umi letih.." kata Syifa. "Syifa..dah tiga hari kamu tunggu di sini..hari ni biar umi yang jaga..Syifa balik dengan abang ya.." kata Puan Azira. Syifa hanya menurut. Tengku Iqram menanda tangan laporan kesihatan. "Saya balik dulu.." kata Tengku Iqram. "Terima kasih..hati-hati doktor.." kata jururawat bertugas. Syifa dan Syazwan berjalan beriringan keluar dari lif hospital itu. Tengku Iqram menoleh untuk beredar. Langkahnya terhenti. Syifa dan Syazwan melaluinya. 'Dia dah berkahwin??' bisik hatinya. Tengku Isyraf melihat Mercedes Benz CL63 milik adiknya berhenti di garaj kereta di bahagian kanan rumah itu. Tengku Iqram keluar dengan perasaan sedikit kecewa. "Adik.." tegur Tengku Isyraf. Iqram menoleh ke arah suara itu. "Abang..tak kerja ke?" soal Tengku Iqram menghampiri abangnya. "Tak..hari ni abang ambil cuti..nak rehat kat rumah.." kata Tengku Isyraf. Tengku Iqram duduk di sebelah abangnya lalu abangnya menghulurkan cawan yang dipegangnya kepadanya. Tengku Iqram menghirup air milo itu. "Kenapa muka muram je keluar dari kereta?Ada masalah ke?" soal Tengku Isyraf. Tengku Iqram meletakkan cawan itu di atas meja hadapan mereka. "Tak adalah..penat je..emm..Qram nak masuk dululah..nak tidur..ngantuk ni.." kata Tengku Iqram lalu beredar meninggalkan laman rumah itu. Tengku Isyraf menoleh melihat adiknya longlai melangkah masuk ke dalam rumah.


Tengku Hasrif melihat calon menantunya. Dia tersenyum melihat kedua-dua calonnya. Manis bertudung. "Tengku..Tuan Syed Syauki dalam talian." kata setiausaha Tengku Hasrif. "Terima kasih...Assalamualaikum." "Waalaikumussalam..Hasrif..ni mesti hal penjodohan tu.." teka Syed Syauki. Tengku Hasrif ketawa. "Anak abang ok dengan cadangan ni?" soal Tengku Hasrif. "Syifa..Dia tak ada masalah dengan penjodohan keluarga..katanya asalkan pilihan kami, dia setuju.." kata Syed Syauki. Kedengaran tawa riang Tengku hasrif dihujung talian. "Gembira saya dapat berbesankan abang..InsyaAllah kalau tiada halangan..cepat-cepat kita langsungkan je.." kata Tengku Hasrif. "Emm..anak Hasrif ok dengan pencalonan ni?Diorang lelaki.." soal Syed Syauki. Tengku Hasrif sekali lagi ketawa. "Dia dah masuk 30 tahun..takkan nak membujang lagi..jadi dia setuju dengan cadangan saya.." kata Tengku Hasrif. "Alhamdulillah..nampaknya InsyaAllah..Tak ada halangan.." kata Syed Syauki. Pintu bilik Tengku Iqram dikuak dari dalam. "Adik..makan tengahari jom.." jemput Tengku Ines. "Mana abang Syraf?Rasanya dia cuti.." kata Tengku Iqram melihat sekeliling ruangtamu. "Oh..dia keluar tadi..jumpa dengan kawan.." kata Tengku Ines. "Abang Azwan bila balik?" soal Tengku Iqram sambil tangannya menyeduk nasi ke pinggannya. "Em..Lusa..malam baru dia sampai sini.." kata Tengku Ines. "Wah..terubatlah rindu kakak..selama lima hari kosong.." usik Tengku Iqram. Tengku Ines menjeling adiknya. "Jangan nak mengarutlah..Adik tu..cepat sikit berumahtangga..Umur dah 28 tahun..tak sedar lagi.." katanya. Tengku Iqram ketawa. "Kakak..its normal la..kalau lelaki tak laku macam Qram tak kawin lagi.." kata Tengku Iqram. "Yela banyak sangat alasannya." kata Tengku Ines.


Syazwan menghirup sedikit air kopi susu yang ditempahnya tadi. "Wan.." sapa Tengku Isyraf. "Sampai pun.." kata Syazwan lalu bersalaman dengan sahabatnya. "Nak minum apa?" soal Syazwan lalu memanggil pelayan restoran itu. "Bagi milo ais.." kata Tengku Isyraf. "Macamana kau sekarang?" soal Syazwan. "Macam ni jela..Bz sikitlah..Tu yang tak dapat nak lepak dengan kau.." kata Tengku Isyraf. "Em..aku pun sama je..Sejak Arwah Daniel pergi..Syura asyik jatuh sakit je..baru-baru ni..Dia kemalangan..komma dua minggu..Tak sedar lagi.." kata Syazwan. "Kemalangan?Aku tak tahu pasal Syura.." kata Tengku Isyraf. "em..Polis kata..kemalangan tu berlaku kemungkinan Syura tertidur..tapi Alhamdulillah..kemalangan tu tak melibatkan orang lain..cuma tulah..Kesian aku dengan Syifa..Dia balik dari Syiria..terus jaga Syura..dia tak dapat rehat yang secukupnya." kata Syazwan. "Syifa?Adik bongsu kau?Yang duduk dengan atok kau tu.." kata Tengku Isyraf menginginkan kepastian. Syazwan mengangguk. "Dia baru balik hari yang Syura kemalangan." kata Syazwan. "Habis..dia duduk sinilah sekarang?" soal Tengku Isyraf. Syazwan mengangguk lagi. "Dia jagakan Syura buat sementara ni..sebab dia tak nak umi risau..Umi kan ada heart attack.." kata Syazwan. Tengku Isyraf mengangguk setuju. "Tapi kesian juga kalau adik kau tak cukup rehat..silap-silap dia yang sakit pula." kata Tengku Isyraf. "Kami ada shift.." kata Syazwan diiringan tawa yang menutup kesedihannya.


Tengku Hasrif menghulurkan dua sampul kuning kepada Tengku Ines dan Tengku Iman. "Emm..papa nak tanya pendapat korang dulu.." kata Tengku Hasrif. "Pendapat?" soal Tengku Ines. "Ye..Dua sampul ni..masing-masing ada calon untuk Syraf dengan Iqram..jadi papa nak suruh kamu tengok dulu.." kata Tengku Hasrif. Dua beradik itu membuka sampul kuning yang diberikan.

  • Nama            Syarifah Syifa Alya bt Syed Hasrif.
  • Umur             26 tahun.
  • Pekerjaan     Pensyarah Pengajian Islam Universiti Damscus, Syiria.
Tengku Ines mengeluarkan gambar pemilik biodata ringkas itu. Cantiknya dia..desis Tengku Ines. Tengku Hasrif tersenyum. "Cantikkan.Yang ni tak bolehlah tunjuk pada Iman..Fitnah timbul pula karang.." kata Tengku Hasrif. Tengku Iman ketawa. "Papa ni..Linda dengar..hemm..panjang muncungnya." kata Tengku Iman bergurau. Tengku Ines memberikan gambar itu. "Ni..sesuai untuk Isyraf.." kata Tengku Iman. "Betulkan..abang dengan Ines sama feel lah..." kata Tengku Ines. 

  • Nama            Fasha Adriana bt Datuk Kamaruddin.
  • Umur             26 tahun.
  • Pekerjaan     Pereka hiasan Lanskap.
"Hah..yang ni oklah dengan adik..sebab..adikkan pemalas sikit.." gurau Tengku Iman. "Papa pun rasa macam tu..sekurang-kurangnya..terurus sikit kehidupan Iqram." kata Tengku Hasrif. Tengku Iman dan adik perempuannya mengangguk setuju. "So papa nak bagi tahu diorang bila?Emm..tak silap Ines..Esok last Qram kerja malam.." kata Tengku Ines. "Papa rasa nak bagi tahu hujung minggu ni..semua ada. Linda dengan Azwan..kena tahu juga.." kata Tengku Hasrif. "Ok juga tu..mama dah tahu ke?Tentang jodoh Iqram?" soal Tengku Iman. "Papa nak buat suprise.." kata Tengku Hasrif. "Mesti mama beriya-iya nakkan Laura jadi menantu dia." kata Tengku Ines.


Tengku Iqram keluar dari bilik pejabatnya. "Nurse..bawakan saya laporan kesihatan Puan Syura.." arah doktor muda itu. "Baik.." kata jururawat itu. Syifa membacakan Surah Yaasin di sisi kakaknya seperti kebiasaan dia lakukan sebelum meninggalkan ruangan ICU itu. Langkah Tengku Iqram terhenti tepat di cermin kaca bilik ICU yang menenpatkan Syura. Dia terpegun dengan suara samar-samar yang menusuk ke telinganya. "Doktor..ok ke?" soal jururawat yang menyusul Tengku Iqram. "Bagi dia habis baca dulu.." kata Tengku Iqram. "Baik.." Syifa menjunjung buku surah amalan sebelum meletakkannya di atas meja sisi kakaknya. Dia melangkah keluar. Tengku Iqram menghampirinya. "Doktor.." ucap Syifa setelah ternampak doktor muda itu menghampirinya. "Saya nak tengok perubahan Puan Syifa sekejap.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk lalu dia beralih ke tepi bagi memberikan laluan kepada doktor itu. Syifa duduk di ruang menunggu seperti biasa. Hatinya tidak henti mendoakan kakaknya sedar daripada komma yang begitu panjang. Sedih hatinya mengenangkan nasib kakaknya yang terlalu merindui arwah suaminya dan Bukhari..anak saudaranya yang masih kecil untuk ditimpa musibah ini. "Ci..Puan Syifa.." Tengku Iqram menyedari status wanita berpurdah itu. Syifa menoleh lalu dia segera bangun. "Puan jangan terlalu risau untuk Puan Syura. InsyaAllah..Puan Syifa akan sedar daripada kommanya." kata Tengku Iqram. "Terima kasih.." kata Syifa. Tengku Iqram meminta diri. Pintu bilik pejabatnya dikuak dari luar. Tengku Iqram duduk menyandar. Esok Laura akan pulang ke Malaysia. Entah kenapa dia tidak senang jika gadis itu ada di rumah keluarganya. Baginya biarlah dia berjauhan dengan gadis yang pernah melukai hatinya satu ketika dahulu. "Tok..tok.." "Masuk.." "Doktor..minuman untuk doktor.." jururawat itu menghidangkan air untuk doktor itu. "Terima kasih..em..tolong tengok-tengokkan pesakit bilik ICU tu ya.." kata Tengku Iqram. "Baik.."


Laura melangkah keluar dari BMW X1 yang menjemputnya dari lapangan terbang. "Laura.." jerit Puan Melisa yang menanti ketibaan Laura. Laura mendapatkan mak ciknya. "Auntie..lama tak jumpa..hampir dua tahun..rindunya.." kata Laura sambil memeluk wanita separuh umur itu. "emm..jom masuk..Kejap lagi suami Kak Ines kamu balik..kita boleh makan sama-sama.." kata Puan Melisa. "emm..ok.." "Bob..bawakan semua beg masuk..bilik tetamu ya.." arah Puan Melisa. "Baik puan.." Tengku Iqram menguap sambil kakinya melangkah turun ke tingkat bawah. Dia masih mengantuk walaupun selepas solat Zohor tadi dia menyambung tidurnya kembali. "Mama..ada ora...." kata-kata Tengku Iqram tergantung selepas melihat seseorang di ruangtamu memandang ke arahnya. "Laura??" "Ya..Laura dah sampai lama..Iqram je lena sangat tidur.." kata Puan Melisa sambil membelai-belai rambut ikal keperangan milik Laura. "Hai.." sapa Laura. Tengku Iqram menghela nafas keluh yang kelihatannya terasa susah hati. "Iqram nak pergi dapur dulu.." kata Tengku Iqram. "Auntie naik kejap ya..Laura pergilah sembang dengan Iqram." kata Puan Melisa ingin memberi peluang kepada Laura untuk berbicara bersama anak bongsunya. Laura mengangguk. Tengku Iqram keluar dari arah dapur sambil memegang gelas berisi jus oren di dalamnya. Laura menghampirinya. Tengku Iqram mengeluh. "You tak suka I balik?" soal Laura. Tengku Iqram menarik kerusi untuk duduk. Jus itu diteguknya. "Iqram.." Laura memaut lengan lelaki itu. Sepantas kilat tangan halus gadis itu ditepis terkejut. "Apa you ni?Ada ke selama ni I bagi you pegang I?Ingat sikit batas I dengan you..Jangan melampau.." kata Tengku Iqram. Laura sedikit hampa. "I tahu I salah..I minta maaf..please..forgive me.." kata Laura. Tengku Iqram malas untuk meneruskan berbicaraan. Dia bangun meninggalkan gadis itu. "Iqram.."



“Papa..dah ada calon untuk Isyraf dengan Iqram..” kata Tengku Hasrif memulakan bicaranya. “Calon?” soal Puan Melisa. Tengku Hasrif mengangguk. “Tapikan..Iqram..kan dah ada Laura.” kata Puan Melisa. Laura memandang wajah tengku Iqram yang kelihatan tenang. “Mama..Iqram tak nak lukakan hati sesiapa..tapi..Iqram dengan abang Isyraf dah setuju pun dengan cadangan papa..Lagipun Laura bukannya kekasih Iqram..” ujar Tengku Iqram. “Mama..yang nak kawin..Iqram dengan Isyraf..bukan mama..dengar jela apa yang papa nak cakap..” kata Tengku Iman. Tengku Hasrif mengeluarkan dua sampul surat itu. “Ni untuk Isyraf..dan ni untuk Iqram..Papa takkan paksa..kalau orangnya kamu rasa ok..so..kita on kan aje..” kata Tengku Hasrif. Tengku Iqram merenung sampul itu. Ingin sahaja dia menolak tetapi..mana mungkin di depan Laura. Dia tidak mahu menunjukkan dia gagal menerima kehadiran perempuan lain selepas Laura. Syifa berjalan ke arah lif untuk naik ke bilik wad kakaknya. “Doktor..keadaan Puan Syura agak membimbangkan..” ujar jururawat yang bertugas. Pintu lif terbuka. Syifa hairan melihat doktor dan jururawat berlari seperti ada sesuatu yang sedang berlaku. “Tolong call Doktor Iqram..beritahu mengenai pesakit..” Syifa sempat menangkap kata-kata Dr.Azri yang sama-sama mengambil kes kakaknya dengan Dr.Iqram. Hatinya mula bimbang. Syifa berlari ke arah bilik yang menempatkan kakaknya. Ya benar..bilik kakaknya. “Nurse..ada apa-apa berlaku dengan kakak saya?” soal Syifa etelah menyambar lengan seorang jururawat yang ingin masuk ke bilik itu. “Maafkan saya puan..saya tak dapat nak beritahu apa-apa lagi mengenai Puan Syura..Puan banykkan berdoa..ya..” kata jururawat itu.


“Sekejap ya..Iqram ada panggilan..” kata Iqram lalu meninggalkan ruangtamu itu. “Assalamualaikum..” “Maafkan saya doktor menganggu hari cuti doktor..Puan Syura dalam keadaan yang membimbangkan..Jadi Dr.Azri minta saya hubungi doktor..” kata jururawat yang bertugas. “Keadaan Puan Syura..?emm..minta Dr.Azri kawal keadaan dia dulu..kejap lagi saya datang..” kata Tengku Iqram lalu mematikan panggilan telefon. “Papa..Iqram kena pergi hospital..pesakit Iqram ada something bad..Iqram naik dulu ya..” kata Tengku Iqram lalu mencapai sampul yang diberikan kepadanya tadi. Syifa membacakan Yaasin di sudut menunggu. Hatinya terlalu bimbang dengan keadaan kakaknya. Syazwan berlari anak mendapatkan Syifa bersama Puan Azira dan Syed Syauki. “Syura macamana?” soal Syazwan. “Syifa tak tahu..tadi doktor pindahkan kakak dekat bilik kecemasan.” kata Syifa. Syazwan memeluk bahu adiknya. Puan Azira terus terduduk. “Zira..kita doakan untuk Syura ya..sabar..” Syed Syauki menenangkan isterinya. Tengku Iqram berlari bersama seorang jururawat masuk ke dalam bilik kecemasan itu. “Macamana dengan pendarahan kepalanya?” soal Tengku Iqram. “Pendarahannya makin besar daripada sebelumnya. Kita tak boleh nak buang pendarahan tu..sebab membahayakan nyawa pesakit..” kata Dr.Azri. “Peluang?” soal Tengku Iqram. “50/50..” kata Dr.Azri. “Kita kena hentikan pendarahan tu..kalau tidak akan menjejaskan semua saraf otak..” kata Tengku Iqram. Tengku Iqram mendapatkan dokumen pengesahan keizinan untuk membuat pembedahan ke atas Syura untuk ditanda-tangani oleh waris Syura. Syed Syauki menanda-tangani surat itu. Tengku Iqram berjalan ke arah bilik pembedahan bersama pasukannya. "Doktor.." langkah Tengku Iqram terhenti betul-betul di muka pintu. "Tolong....selamatkan..kakak saya.." ucap wanita berpurdah itu dengan penuh harapan. Tengku Iqram menoleh tepat pada sepasang matanya yang benar-benar cantik. "IsyaAllah..banyak-banyakkan berdoa untuk Puan Syura.."


Pisau yang dipegang Tengku Iqram terlepas daripada genggaman tangannya. "Qram.." Doktor Azri menepuk bahu sahabatnya. Tengku Iqram menarik perlahan penutup kepalanya. Mesin nyawa menunjukkan Syura tidak lagi memberikan respon yang baik. 'Ya Allah..' Dr.Azri keluar untuk memberitahu keluarga Syura. Puan Azira bagai ingin pitam mendengar kata-kata Dr.Azri. Dia begitu sedih. Syifa memeluk ibunya. Tengku Iqram keluar. "Umi..sabar umi..ni..ujian daripada Allah..kakak dah tenang..umi jangan seksa dia dengan tangisan umi.." kata Syifa. Tengku Iqram pilu melihat ketabahan Syifa. "Abang..bawalah umi balik berehat dulu..biar Syifa dengan Abi uruskan kakak.." kata Syifa yang sebenarnya menahan sebak di dada. Tengku Iqram dapat merasainya. Syazwan mengangguk. "Abi hantarkan Umi sekejap ya.." kata Syed Syauki. Syifa mengangguk. Sebaik mereka beredar, Tengku Iqram ingin melangkah semula masuk ke dalam bilik itu. Syifa terjelopok jatuh bersandar pada dinding. Tengku Iqram menoleh kembali. Syifa menangis bersendirian. Tahulah Tengku Iqram mengapa dia tidak menangis di hadapan keluarganya. Dia tidak mahu ibunya terasa perit menahan sakit. "Inalillahi wainalillahiraji'un..banyak-banyakkan bersabar..InsyaAllah aku akan datang.." kata Tengku Isyraf. "Siapa yang meninggal?Anak kawan papa pun ada yang meninggal." kata Tengku Hasrif. "Adik kawan Isyraf..dia komma hampir dua minggu..tak dapat diselamatkan lepas dia jalani pembedahan untuk buang pendarahan pada otak dia." kata Tengku Isyraf. "Dia anak Syed Syauki?" soal Tengku Hasrif. Tengku Isyraf mengangguk. "emm..nanti kita pergi sama-samalah..ajak Iman dengan Iqram sekali.." kata Tengku Hasrif. Tengku Isyraf mengangguk. Tengku Iqram menutup pintu biliknya. Bukannya dia tidak mahu mengikuti jemputan bapanya itu tetapi, hatinya terasa perit teringatkan wanita berpurdah itu menangis mengucapkan istighfar untuk menenangkan hatinya. Entah siapa yang meninggal pada hari yang sama dengan pesakitnya. Dia kembali ke balkoni biliknya. Dia tak dapat melupakan tangisan wanita itu. 'Ya Allah..Kau tabahkan hati keluarganya untuk menempuh dugaan-Mu..' di sudut hatinya yang kecil masih ingin mendoakan untuk mereka.     

Tengku Isyraf menyalam tangan Syed Syauki. "Takziah buat keluarga pakcik.." kata Tengku Isyraf. Syed Syauki mengangguk. "Terima kasih..sebab sudi datang.." kata Syed Syauki. Syazwan menghampiri sahabatnya. "Isyraf.." Tengku Isyraf menoleh. Dia memeluk sahabatnya. "Takziah untuk kau..Sabar..mungkin darjat keluarga kau ditingkatkan.." Tengku Isyraf menepuk perlahan belakang sahabatnya. "Terima kasih.." kata Syazwan. Syifa menghampiri bapanya. "Abi..maaf.." sapa Syifa. Tengku Isyraf melihat wanita berpurdah itu. "Dialah Syifa yang baru balik dari Syiria." kata Syazwan. "Ada tetamu Abi nak balik.." kata Syifa. Syed Syauki mengangguk. "Hasrif..sekejap ya..nak hantarkan tetamu." kata Syed Syauki. Tengku Hasrif mengangguk. Syifa menunduk kepada Tengku Hasrif. Walaupun hanya sepasang mata yang cantik itu sahaja yang dapat dua beranak itu lihat..tetapi memang benar-benar dapat menyejukkan mata yang memandang. "Apa pendapat Isyraf tentang anak bongsu kawan papa tu..? soal Tengku Hasrif. Tengku Isyraf mengerut dahi. "emm..Kalau dengar cerita Syazwan..dia baik..dan bertanggungjawab." kata Tengku Isyraf. Tengku Hasrif tersenyum. "Baguskan kalau dapat buat calon isteri Isyraf.." kata Tengku Hasrif. "Ish..papa ni.." "Isyraf dah tengok calon tu?Ok ke?" soal Tengku Hasrif hairan melihat anaknya sepertinya belum lagi melihat calon isteri pilihannya. "Belum lagi pa..insyaAllah balik nanti Isyraf tengok.." kata Tengku Isyraf. Tengku Hasrif mengangguk. Tengku Ines mengetuk pintu bilik adiknya. Tengku Iqram memulas tombol pintu biliknya. "Kakak nak cakap dengan adik boleh?" soal Tengku Ines. Tengku Iqram mengangguk. Langkah Laura terhenti melihat dua beradik itu bersembang di beranda laman bawah. Laura menghampiri arah mereka. "Pasal penjodohan papa tu..Adik setuju ke?" soal Tengku Ines. Tengku Iqram mengangguk. "Terus terang dengan akak.." kata Tengku Ines. Tengku Iqram menghela keluhan berat. "Sebenarnya..Iqram tak fikir pun pasal benda tu..Iqram rasa serba salah pada..keluarga pesakit Qram.." luah Tengku Iqram. "Serba salah..?" soal Tengku Ines. "Dia beri harapan pada Qram..walaupun dia tak cakap apa-apa..tapi..Qram boleh nampak dari mata dia..dia kecewa." sambung Tengku Iqram. "Dik..semua tu dah jadi ketentuan Allah..Kita kena terima..mungkin dia tak rasa kecewa macam adik cakap..tapi dia sedih atas pemergian keluarga dia.." kata Tengku Ines memujuk hati adiknya.


Tengku Isyraf membuka sampul berisi calon isterinya. Kertas A4 yang tertulis maklumat ringkas gadis itu dibacanya. "Fasha Adriana bt Datuk kamaruddin." Gambar calonnya ditatap lama. Kenapa tak tertulis Syarifah Syifa Alya bt Syed Syauki..desisnya. "Boleh I cakap dengan you?" soal Laura sebaik Tengku Iqram membuka pintu biliknya. "Ada apa?" soal Tengku Iqram. "I tak tahu nak mula macamana..but..I should ask you.." kata Laura. "Pasal penjodohan tu?" teka Tengku Iqram. Laura mengangguk. "I terima..kenapa?" "You betul-betul marah dekat I lagi?" soal Laura. "Yes..I do.." "Iqram..perkara tu dah lepas..dan..I..minta maaf sebab..I ambil keputusan tu tanpa berbincang dengan you..I tahu salah I.." pujuk Laura. "Sekarang dah basi..Dah terlambat Laura..I tak boleh tolak penjodohan tu..dan untuk pengetahuan you..I dah lupakan perasaan I pada you..Misal papa tak carikan pun..I dah sukakan orang yang pandai memelihara maruahnya.." kata Tengku Iqram. "Iqram..." "I rasa..kita dah selesaikan..I nak masuk dulu..sebab eok pagi I kerja.." kata Tengku Iqram lalu beredar dari laman rumah itu. "Syifa tengokkan Bukhari dulu ya.." kata Syifa. Syed Syauki dan Puan Azira mengangguk. Syazwan masuk ke dalam rumah. "Dah periksa semuanya?" soal Syed Syauki. "Sudah Abi..tadi pun Pakcik Mad tolong Syazwan periksa semua." kata Syazwan. Syed yauki mengangguk. "Abi dengan umi pergilah berehat.." sambung Syazwan. Syifa menyelimutkan anak buahnya. "Umi Syifa.." "Ya sayang.." "Umi dah tak akan jumpa Bukhari lagi kan?" kata anak tunggal arwah Syura dan arwah Daniel. "Sayang..umi dengan abi sekarang dah tenang pergi jumpa Allah..Bukhari kena tiap-tiap hari doakan untuk umi dengan abi tau..Ingatkan apa umi pesan..kalau Bukhari anak yang soleh..kena sentiasa doakan umi dengan abi.." kata Syifa. "Bukhari ingat.." Syifa mengucup dahi anak buahnya. "Tidur ya..esok umi Syifa hantarkan Bukhari pergi sekolah." kata Syifa. Bukhari memejamkan matanya.


"Macamana?Kamu berdua dah buat keputusan?" soal Tengku Hasrif. Tengku Isyraf mengangguk lalu memberikan sampul itu kepada bapanya. Tengku Hasrif membukanya. "Papa..dengan Ines dan Iman dah bincang pasal hal ni..(keluarkan gambar)..Baguslah kalau.....(terkejut).." Tengku Isyraf dan Tengku Iqram melihat bapanya. "Kenapa papa?" soal Tengku Isyraf. "Tak..ada apa-apa..baguslah kamu setuju.." sambung Tengku Hasrif. "Papa uruskan jelah untuk Iqram..Iqram on je.." kata Tengku Iqram lalu menyerahkan sampulnya kepada bapanya. Tengku Hasrif membuka sampul anak bongsunya. 'Pasangan mereka tertukar..' bisik hatinya. "Iqram dah tengok pasangan Iqram?" soal Tengku Hasrif. Tengku Iqram mengangguk tetapi dia sendiri tak pernah membukanya. Nama calonnya juga dia tidak tahu. "Baguslah..nanti papa uruskan yang lain..dan..nah ambil gambar diorang..papa ambil maklumat pasangan kamu je.." kata Tengku Hasrif lalu menyerahkan gambar pasangan mereka. Tengku Iqram melihat gambar itu lalu dia menyimpannya. Tengku Iman terkejut. "Macamana boleh tertukar?" soalnya. "Mungkin hari tu Iqram kelam kabut ada pembedahan tu..dia tersalah ambil agaknya.." kata Tengku Hasrif. "Habis tu..anak Pakcik Syed dengan adik..pakcik kamaruddin dengan Syraf.." kata Tengku Ines. Tengku Hasrif mengangguk. "Mungkin semua ni takdir..yang dah tetapkan jodoh diorang..tak apalah..asalkan diorang dah sukakan pasangan diorang.." kata Tengku Hasrif memujuk hatinya. Tengku Isyraf menghela nafas. Laura hairan melihat Tengku Isyraf kelihatan riak wajahnya kecewa selepas terdengar perbualan anak beranak itu. Tengku Isyraf beredar. Tengku Iqram duduk di tempat menunggu yang kebiasaan Syifa akan menanti kakaknya. Dia teringat akan gadis berpurdah itu terutama pada sepasang mata yang sangat cantik milik wanita itu. 'Astarghfirullah..Qram kau gila ke??Dia isteri oranglah!!' ada satu suara yang berbisik di hatinya. Tengku Iqram tersedar. Segera dia beristighfar lalu dia meninggalkan tempat itu.


Syifa masuk ke biliknya. Dia meletakkan sampul yang diberikan oleh bapanya di atas meja soleknya. Dia yakin, kedua orang tuanya pasti memilih calon yang sesuai dengannya. Jika tidak mengapa kakaknya boleh bahagia walaupun hanya sementara. Dia menyimpan sampul itu di dalam laci. Tekadnya gambar calonnya itu akan dia lihat sehari sebelum pernikahannya. Telefon bimbitnya berdering. Dia menyentuh skrin telefon bimbitnya. "Assalamualaikum.....ya saya.." Hyundai Sonata silver milik Syifa meluncur laju ke hospital selepas menerima panggilan daripada ustazah tadika Bukhari. Ustazah Fatihah menghampiri Syifa sebaik melihat kelibat wanita berpurdah itu.  "Apa dah berlaku pada Bukhari sebenarnya?" soal Syifa. "Saya tak pasti puan. Tadi Bukhari muntah-muntah dan lepas dia tidur, saya kejutkan untuk makan tengahari, dia tak sedarkan diri. Badan dia panas.." jelas ustazah tadika itu. Seorang doktor lelaki keluar dari bilik pemeriksaan kecemasan. "Macamana dengan anak saya doktor?" soal Syifa. "Dia mengalami demam panas..puan jangan risau..insyaAllah..dia akan kembali normal.." kata doktor  itu. Syifa menghela nafas lega. Tenang Syifa mendengar ucapan itu. "Saya nak jenguk dia.." kata Syifa. "Baiklah..silakan." ucap doktor itu. Jari jemari kecil itu digenggam erat oleh Syifa. Tengku Iqram masuk ke biliknya. hatinya sekali lagi hampa. ["Macamana dengan anak saya doktor?"] Dia melepaskan keluhan. 'Kenapalah takdir aku asyik jumpa dia..rawat keluarga dia..' soalnya sendirian. 


"Puan..kami nak maklumkan..kami sudah buat pemeriksaan secara terperinci kepada anak puan seperti yang diinginkan. Laporan kesihatan kami akan serahkan kepada puan seminggu lagi.." kata jururawat yang bertugas. Syifa mengangguk. "Terima kasih.." "Saya minta diri dulu..Panggil saya kalau puan perlukn apa-apa.." kata jururawat itu. Syed Syauki masuk ke dalam wad cucunya. "Bukhari maacamana?" soal Syed Syauki. "Alhamdulillah..setakat ni tak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.." kata Syifa. "Baguslah..umi terlalu risau tadi.." kata Syed Syauki. "Abi baliklah berehat..Syifa akan jaga Bukhari..jangan risau." kata Syifa. Syed Syauki mengangguk. "Nanti abi suruh Syazwan bawakan makanan untuk Syifa." kata Syed Syauki. Syifa hanya mengangguk. Tengku Iqram keluar dari bilik tidurnya. Dilihat Laura termenung di balkoni ruang rehat atas. Dia membiarkan gadis itu. "Qram..baru bangun?" soal Puan Melisa. Tengku Iqram mengangguk. "Diorang tak balik lagi?Kakak tak datang?" soal Tengku Iqram. "Ines ada pemeriksaan doktor sakit puan..emm..sekarang baru 5.30..Iqram dah solat?" soal Puan Melisa. Tengku Iqram mengangguk. "Iqram nak keluar kejap..nak ambil angin.." kata Tengku Iqram. Puan Melisa mengangguk. Tengku Isyraf memasukkan laporan bulanan pengurusan Hotel Astana ke dalam beg bimbitnya. Telefon bimbitnya berdering. Terpapar nama Syazwan. Skrin telefon bimbitnya disentuh. "Assalamualaikum.." Tengku Isyraf hairan melihat sahabtnya. "Kau bungkus makanan untuk siapa?" soal Tengku Isyraf. "Syifa..oo..lupa pula. Bukhari masuk wad..Demam panas..Syifa jaga dia dekat hospital." kata Syazwan mengambil nasi bungkus itu. "Kau nak pergi hospital?" soal Tengku Isyraf. Syazwan mengangguk.


Bukhari memakan ubat yang diberikan oleh jururawat yang bertugas. "Umi Syifa..bila Bukhari boleh balik?" soal Bukhari. "Bila Bukhari sihat..Bukhari bolehlah balik..jadi..Bukhari kena dengar cakap kakak dekat sini..tak boleh nakal..makan ubat..tau.." kata Syifa. Bukhari mengangguk. "Assalamualaikum.." ucap Syazwan. "Abi Syazwan.." Bukhari kelihatan gembira. Syazwan menghulurkan nasi bungkus kepada Syifa. "Terima kasih.." Tengku Isyraf melihat Syifa beredar dari bilik itu. "Dia akan makan di tempat yang tak ada orang.." kata Syazwan. Tengku Isyraf beralih memandang Bukhari. Selesai solat Subuh, Syifa duduk di sofa wad itu. Bukhari nyenyak dibuai mimpi. Syifa menyandar. Tidak sedar dia terlelap. Terasa letih teramat. Pintu wad diketuk, lalu Tengku Iqram dan seorang jururawat memasuki wad itu. Terpaku sepasang mata milik doktor muda itu melihat wajah sebalik purdah yang dipakai oleh wanita itu. Syifa tersedar apabila seorang jururawat mengejutkannya. Dia tersentak. Segera dia memaling dari arah lelaki itu dan dicapai purdahnya. Tengku Iqram menunduk. Dirinya terasa bersalah. Merenung wajah itu. "Saya minta maaf.." ucap Tengku Iqram. Syifa menunduk. Tengku Iqram duduk bersandar di sofa pejabatnya. Jantungnya berdegup pantas. Segera bibirnya terkumat kamit mengucap istighfar. 'Ya Allah..Aku mohon ampun segala perbuatan tu ya Allah...' ucapnya dalam hati. Sukar dia melupakan wajah itu. Seperti dia pernah lihat sebelum ini. tetapi mana mungkin wajah disebalik purdah itu pernah dilihatnya.


Fasha tersenyum melihat tanah airnya. Hampir lima tahun dia tidak pulang ke Malaysia. "Cik Fasha.." sapa pembantu Datuk Kamaruddin. Fasha menoleh. "Saya bawakan beg cik.." kata lelaki separuh umur itu. Fasha mengangguk. Datin Batrisya memeluk anak tunggalnya. "Hah..mama rindukan Fasha.." kata Datin Batrisya. "Ma..bukannya mama tak pernah jumpa mama..tiap bulan mama datang jenguk.." kata Fasha mengusap lembut belakang ibunya. Datin Batrisya tersenyum. "Ha..nampaknya anak mama dah makin matang ni..jom masuk..mama dah masak makanan kegemaran Fasha.." kata Datin Batrisya. Fasha mengangguk. Datuk Kamaruddin masuk ke dalam rumah. "Papa.." sapa Fasha. "Ouh..dah sampai?Bukan flight Fasha pukul 8?" soal Datuk Kamaruddin. Fasha tersenyum. "Last minit..Fasha habis hal awal..so Fasha ambil tiket awal.." kata Fasha. "Hah..baguslah..papa ada benda nak bagi pada Fasha.." kata Datuk Kamaruddin. Datin Batrisya tersenyum. "Apa dia?Calon menantu?" teka Fasha. "Fasha dah boleh baca fikiran papa?" gurau Datuk Kamaruddin. "Betullah tu.." kata Datin Batrisya. "Mama..jangan kata suruh Fasha balik sebabkan hal ni.." kata Fasha sedikit bimbang. Kedua orang tuanya ketawa. "Mama tak paksa..tapi terpulanglah..keputusan terletak pada tangan Fasha.." kata Datin Batrisya. "Nanti papa bagi kamu tengok orangnya. Kacak..dan papa rasa kamu pun sukakan dia.." kata Datuk Kamaruddin. Fasha hairan. 'Jangan kata lelaki itu seniornya..Tengku Iqram..' Papa dan mamanya tahu mengenai hal itu. Fasha tersenyum kelat. "Jom makan.." kata Datin Batrisya. Tengku Iqram bekas teman lelakinya waktu zaman sekolah menengahnya. Hah..siapa tak nak dengan si Tengku kacak itu. Bukan setakat dia sahaja menjadi rebutan dalam sekolah itu. Tengku Iman..Tengku Ines..Tengku Isyraf..semuanya pernah menjadi rebutan sekolah itu. Kaya..paras rupa yang sangat memikat hati..siapa tidak mahu. 


Tengku Iqram keluar ke laman rumahnya. Wajah cantik milik wanita berpurdah itu sentiasa bermain difikirannya. Segera dia istighfar jika wajah itu muncul dalam ingatannya. Langkahnya terhenti melihat kelibat Laura sedang menangis sendirian di pondok tepi kolam ikan. "Laura.." sapa Tengku Iqram. Laura segera mengesat air matanya. "Iqram.." "Kenapa you nangis?" soal Tengku Iqram. "Menangis?Tak adalah..mata I masuk habuk tadi.." kata Laura. Tengku Iqram duduk di tangga pondok itu. "Terus terang je dengan I?You ada masalah dekat sana ke?" soal Tengku Iqram. Laura tidak menjawab. "Macamana I nak tahu masalah you..kalau you tak bagi tahu.." kata Tengku Iqram. "I gagal untuk audition model utama..dan..I tak dapat nak masuk untuk bergelar model antarabangsa.." Laura menangis. Tengku Iqram menoleh melihat Laura. Dia tahu gadis itu pasti sedih, kerana itu sememang impiannya sejak di bangku sekolah lagi. Dia amat mengenali anak saudara ibunya. Sudahlah yatim piatu sejak umurnya masih kecil. "Mungkin bukan rezeki you untuk jadi model..Papa pun tak nak you terjebak dalam dunia tu.." kata Tengku Iqram. "I tahu.." "Laura..you pandai..you dah ada ijazah kedoktoran..teruskan dengan ijazah you..jangan kecewa dengan benda macam tu..dan I pun suka kalau you tak berjaya.." kata Tengku Iqram. "I tahu..you, papa..kak Ines semuanya tak sokong I dalam bidang ni.." kata Laura. "Then..janganlah..buat apa you nak bersedih dengan benda yang pastinya Allah pun tak suka.." kata Tengku Iqram. "I rasa daripada you jadi model entah apa tu..baik you jadi pengacara tv model islamic ke..Ada juga faedahnya..ini..you yang terdedah aurat..lepas tu tayang dekat semua orang.." sambung Tengku Iqram. "You ni..nak pujuk ke..nak berleter.." kata Laura. "Dua-dua.." kata Tengku Iqram. Laura tersenyum. "Perangai you tak pernah berubah..buat sakit hati betul.." kata Laura.


Bukhari bangun. "Jom..kita jumpa atuk dengan nenek.." kata Syazwan lalu mengendong Buhari di belakangnya. Syifa tersenyum. Beg pakaian anak buahnya dijinjing. Tengku Iqram yang melalui bilik itu terhenti. Mata dua jiwa itu bertembung. Syifa segera menunduk. "Dr.Iqram..terima kasih.." ucap Syazwan. Tengku Iqram mengangguk. "Nanti Bukhari kena datang balik..untuk pemeriksaan kesihatan dia yang seterusnya. Dan..keputusan kesihatan dia akan keluar minggu depan." Tengku Iqram mengingatkan 'pasangan' itu. "Baiklah..terima kasih..kami minta diri dulu.." kata Syazwan. Tengku Iqram mengangguk. "Terima kasih doktor.." ucap Bukhari sambil tangan halusnya dihulurkan. Tengku Iqram tersenyum lalu menyambut tangan kecil itu. "Ini..Umi Syifa dengan Abi Syazwan..bukan umi dan abi saya.." kata Bukhari. Syazwan tersenyum. Mereka beredar. Tengku Iqram hairan. Apa maksud Bukhari??..Desisnya. Fasha menghela nafas. 'Tengku Isyraf..abang dia..hemm..' detis Fasha. Dia menyimpan gambar calonnya itu. Ibu dengan ayahnya memang tidak pernah memaksa dia untuk menerima sesiapa..tetapi dia tahu, bapanya sudah lama inginkan peluang ini..Peluang merapatkan lagi hubungan persahabatan mereka. Pasti bapanya kecewa jika dia menolak walaupun bapanya tidak akan menampakkan reaksinya. "Fasha ikutkan jelah rancangan papa dengan mama.." kata Fasha. Datin Batrisya tergamam. "Honey..are you ok with that?" soal Datin Batrisya. Selalunya Fasha pasti akan mencari alasan untuk lari daripada dipinang orang apatah lagi apabila disebut hal penjodohan. "Ya..mama..Fasha dah nak tua..umur pun dah 26..kejap lagi nak masuk 27..28..hah..Fasha tak nak juga tak ada suami..so..Fasha terimalah calon papa ni..hansem apa..Tengku terkenal dekat sekolah menegah dulu." kata Fasha. Datuk Kamaruddin tersenyum. Gembira dihatinya. Fasha boleh merasainya.


"Iqram..ahad depan perjumpaan kamu dengan calon kamu.." kata Puan Melisa. Tengku Iqram mengangguk. "Dan minggu ni..dengan calon Isyraf..lapangkan masa kamu semua.." sambung Puan Melisa lagi. Semua anak mereka mengangguk. Laura sedikit kecewa. Puan Melisa sepertinya tidak menyebelahinya. Mungkin kerana ketua keluarga mereka. Tengku Ines keluar ke beranda. Tengku Isyraf kelihatannya sedang memikirkan sesuatu. "Isyraf..ada masalah ke?" soal Tengku Ines sambil mengurut-urut bahu adiknya. Tengku Isyraf tersenyum. "kakak ni..Asal duduk dekat sini ada masalah ke?" soal Tengku Isyraf. "Hemm..manalah tahu..adik akak yang ni ada masalah yang tak dicerita.." kata Tengku Ines. Tengku Isyraf tersenyum. "Kakak bahagia bila dengar Syraf terima penjodohan ni.." kata Tengku Ines. Tengku Isyraf memahami maksud yang tersirat kakaknya. "Kak..jangan risau..semuanya dah ditetapkan oleh Allah. Mungkin ni jodoh Isyraf..tula hati ni terbuka untuk dia.." kata Tengku Isyraf. "Kakak ingat lagi..Isyraf tolak penjodohan yang papa carikan untuk Isyraf...." "Isyraf bangkang sekeras-kerasnya.." pintas Tengku Isyraf sebelum kakaknya menghabiskan katanya. Tengku Ines ketawa. "Dah boleh baca kata kakak.." kata Tengku Isyraf. "Emm..semua tu dah lima tahun berlalu. Sekarang pun Isyraf dah 32 tahun..dah matang.." kata Tengku Ines. Tengku Isyraf mengangguk. "Rasanya adik lagi matang dalam hal ni..dia tak menolak pun bila papa bagi tahu hal penjodohan tu.." kata Tengku Isyraf. Tengku Ines ketawa. "Dia memang matang. Tu sebabnya dia tak pilih Laura sebagai calon dia.." kata Tengku Ines. Tengku Isyraf hanya tersenyum.


Syifa membantu pembantu rumahnya mengemas meja makan. "Umi Syifa.." panggil si kecil kacukan arab-belanda itu. Syifa menoleh. Bukhari membawa bersamanya buku abc. "Umi Syifa..boleh ajarkan Bukhari mengeja?" soal Bukhari. Syifa tersenyum. "Makcik..saya naik dulu ya.." kata Syifa meminta diri daripada pembantu separuh umur itu.  Bukhari didukung Syifa. "Jom..umi ajar.." kata Syifa lalu membawa si kecil itu ke ruangtamu. Puan Azira tersenyum melihat anak perempuannya. "Syifa dah berhenti mengajar dekat sana?" soal Puan Azira. Syifa mengeleng. "Syifa ambil cuti sebulan umi..mungkin hujung bulan ni..Syifa kena balik sana..nak uruskan semuanya. Syifa ingat nak bawa atuk datang sini.." kata Syifa. Puan Azira tersenyum. "Syifa jangan risau..abi dah uruskan hal tu..atuk akan duduk sini sampai selesai perkahwinan Syifa." kata Puan Azira. Syifa tersenyum gembira. "Oh..sebelum umi lupa..ahad depan..perjumpaan keluarga kita dengan keluarga calon kamu..kalau kamu perlukan apa-apa bagitahu umi.." kata Puan Azira. Syifa mengangguk. "Nanti pergilah cari barang-barang sikit untuk perjumpaan tu." sambung Puan Azira. "Baik umi.." Fasha menghirup air jus tomato. "Fasha..hujung minggu ni..perjumpaan dengan keluarga diorang..nak buat rawatan apa-apa tak?" soal Datin Batrisya. Fasha menghampiri ibunya. "Kenapa muka Fasha nampak teruk ke?" soal Fasha bernada gurau. Datin Batrisya mengangguk. "Mama rasa Fasha kena cari design barulah untuk tudung Fasha untuk jubah moden yang mama tempah tu.." kata Datin Batrisya. "emm..Tak apa..nanti Fasha nak test baju tu..Fasha pergi cari sekali tudung.." kata Fasha. "Ok.."


Tengku Iqram menekan kekunci pembuka lalu dia memasukkan beg bimbitnya. Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Laura Zinnirah. Dia menghela nafas keluh. "Assalamualaikum..." "Iqram..I need your help..please.." kata Laura. Syifa memberikan beberapa helai seledang dan tudung ariani yang dipilihnya dari butik itu. Fasha memasuki butik itu. "Cik Fasha..baju tempahan dah sedia dekat bilik salinan.." kata pekerja butik itu. "Saya nak tengok sekali beberapa helai selendang yang boleh saya padankan dengan baju tu.." kata Fasha. "Baik.." Syifa membelek-belek jubah moden berwarna hijau yang menjadi pameran di butik itu. "Cik nak cuba?" soal pekerja butik. Syifa mengangguk. "Cantik baju awak.." tegur Fasha sambil tersenyum. Syifa menoleh. "Terima kasih..baju awak pun cantik.." kata Syifa. "emm..boleh awak tolong tengokkan selendang mana yang sesuai tak..saya dah rambang mata." kata Fasha. Syifa melihat beberapa helai selendang yang dipilih untuk memadankan dengan jubah moden berwarna biru laut itu. "Saya rasa putih tu sesuai..sebab corak bunga jubah awak warna putih.." kata Syifa. "Wah..cita rasa awak sama dengan saya..saya pun rasa macam tu..thanks..emm..by the way..saya Fasha..Fasha Adriana.." kata Fasha sambil menghulurkan tangan. Syifa menyambut huluran tangan Fasha. "Saya Syifa Alya.." katanya. "Awak ada sepasang mata yang cantik.." kata Fasha. "Terima kasih.." Sesekali Laura mengerling melihat jam tangannya. Tengku Iqram menghampiri Laura. "Hemm..nak minta tolong apa?" soal Tengku Iqram. Laura tersenyum gembira. "Thanks..I shopping banyak..I lupa yang I datang tadi dengan driver mama..so..mama ada perjumpaan..I minta tolong you..sorry ganggu you.." kata Laura. Tengku Iqram mengeluh perlahan lalu mengangkat beg-beg shopping gadis itu. "Jom balik..I dah penat ni.." kata Tengku Iqram. Laura mengangguk sambil tersenyum. Fasha dan Syifa berjalan berlawanan arah. Langkah Tengku Iqram terhenti. "Kenapa?" soal Laura agak hairan. Fasha terpandang ke arah Tengku Iqram. "Iqram.." Syifa menoleh memandang Fasha lalu memandang arah Tengku Iqram. 'Syifa..' detis hati lelaki itu.


Tengku Iqram merebahkan tubuhnya di atas katil. Fasha..ya..kekasih pertamanya dibangku sekolah menengah. gadis yang baik dan bijak. Akhir mereka berjumpa seminggu selepas mereka menamatkan hubungan cinta mereka sewaktu Fasha tingkatan lima dan dia sudah dua tahun melanjutkan pelajarannya ke India kerana sedikit kesalahfahaman. Masing-masing membawa haluan sendiri. Setahunya, Fasha sudah berlepas ke New Zeland selepas dua bulan menerima keputusan SPM dan Tengku Iqram ke India menyambung pembelajarannya dalam bidang perubatan. 'Kenapa dia boleh bersama dengan Syifa Alya?' Setahunya, gadis itu bukan menetap di sini. Pertama kali dia berjumpa dengan Syifa ketika abang iparnya ditahan wad akibat serangan jantung. Khabarnya gadis itu baru pulang dari Syiria bersama 'lelaki' itu. Tak lama selepas abang iparnya meninggal, sekali lagi dia datang ke Malaysia untuk menjaga kakaknya yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Fasha pula, baru pulang dari New Zeland..bila pula mereka berkawan. Kepalanya serabut. Dia terus memejamkan matanya. Fasha memberikan jubah dan selendang yang dibelinya kepada pembantu rumahnya. "Careful ya..Ahad ni saya nak pakai.." kata Fasha. "Baik.." Fasha duduk di sofa biliknya. 'Dia masih dengan Laura..' Fasha tersenyum sinis. ["Fasha..ada bad news untuk kau.." kata Julia. Fasha menoleh ke arah sahabatnya. "Tengku bercinta dengan Laura.." kata Wardah. "Laura?Budak SN2 tu?"soal Fasha. Julia mengangguk. "Diorangkan duduk serumah..Laura dah lama simpan perasaan pada dia..tak sangka Tengku layan kot.." kata Julia. "Kau tahu dia balik cuti sekarang?" soal Wardah. Fasha mengeleng. "Dia tak bagi tahu aku..dia balik.." kata Fasha nadanya sedikit kecewa.] ["Iqram minta maaf..buat Fasha sakit hati..tapi..Laura dengan Iqram tak ada apa-apa..tu semua salah faham je..pasal hantar pergi sekolah tu..mama minta tolong.." jelas Tengku Iqram. Fasha memaling. "Mungkin kita tak boleh teruskan hubungan ni..dah banyak kali Fasha dengar semua gosip ni..dengan orang yang berlainan..sejak kita mula couple lagi..Fasha tak nak jadi girlfriend Iqram yang setia menunggu..tapi Iqram sendiri tak jujur..Thanks for everything.."]


Tengku Iqram memandu BMW Z4 milik Tengku Isyraf. "Abang dah ready ke ni?Macam nervous je.." tegur Tengku Iqram. Tengku Isyraf tersenyum. "Nanti time adik rasalah pula..nanti minta tolong abang pula.." kata Tengku Isyraf. Tengku Iqram ketawa kecil. Cermin sisi dilihatnya. Mercedes Benz SL600 milik abang iparnya dibelakang dan BMW 5Series bapanya mengekori kereta mereka. "Nampaknya papa memang happy dengan persetujuan kita..terutma abang.." kata Tengku Iqram. Tengku Isyraf ketawa. "Kakak dengan adik memang sama.." kata Tengku Isyraf. "Hah..abang Iman dengan Kak Linda tak join ke?" soal Tengku Iqram. "Join..tapi diorang pergi mana entah..kejap lagi jumpa dekat sana.." kata Tengku Isyraf. "Ou.." Tengku Iman mengerling ke cermin sisinya. Kelihatan kereta BMW yang amat dia kenali. "Tu..bakal pengantin dah sampai..jom." kata Tengku Iman. Linda tersenyum. "Hai..macamanalah rupa gadis bertuah tu..Punyalah Isyraf susah nak terima penjodohan yang lain..yang ni..dia terima tanpa sebarang 'no'.." kata Linda. Tengku Iman tersenyum. Linda membuka pintu Toyota Harrier Silver milik suaminya. Tengku Iqram keluar. "Ha..ingatkan akak dengan abang nak pergi dating.." usik Tengku Iqram. "Amboi..adik ni..siaplah depan calon adik..kitorang usik nanti.." kata Linda. Tengku Iqram tersenyum kambing. "Ni hah..abang Isyraf dah nervous..nak jumpa khem..khem.." kata Tengku Iqram. Tengku Isyraf menunjukkan buku limanya. "Ok..Iqram tak usik dah.." kata Tengku Iqram. Mereka tersenyum. "Jomlah masuk..nanti keluarga perempuan datang.." kata Tengku Hasrif. Tengku Iman memegang tangan isterinya. Maklumlah bimbang keadaan isterinya yang sudah sarat enam bulan. "Linda..ok ke?" soal Puan Melisa. Linda mengangguk. "Ma..jangan risau..Linda ok je..lagi-lagi nak tengok bakal Isyraf.." kata Linda. Tengku Isyraf tersenyum. "Thanks kak.."


Tengku Iqram terpaku pada kelibat yang amat dia kenali. 'Fasha..' Laura melihat wajah buah hatinya dan Fasha bersilih ganti. Kelihatannya mereka sama-sama pandai memainkan watak mereka tetapi, kelihatannya Tengku Iqram sedikit terkejut. Fasha bersalaman dengan keluarga bakal suaminya. "Ohh..patutlah Isyraf terima..orangnya cantik..lembut lagi.." usik Linda. Fasha tersenyum sipu. "Linda..jangan usik diorang..nanti merah muka bakal pengantin.." kata Tengku Iman. Tengku Isyraf mengeleng. Sudah masak dengan sikap pasangan suami isteri itu. "Fasha..jangan layan sangat pasangan suami isteri ni..diorang memang suka mengusik..adik-adik dia dah masak dengan diorang.." kata Tengku Ines. Fasha tersenyum. Tengku Iqram hanya membisu. "Kalau ditambahkan lagi dengan adik bongsu ni..lagilah teruk Isyraf kena.." sambung Tengku Ines lagi. Tengku Iqram tersentak apabila namanya disebut. Fasha menoleh ke arah Tengku Iqram. "Maafkan Iqram..nak keluar kejap.." kata Tengku Iqram. Semua menoleh ke arah Tengku Iqram yang melangkah keluar. "Laura keluar kejap ya.." kata Laura menyusul Tengku Iqram. Fasha melihat mereka berdua. Tengku Ines meghela nafas. "Laura dengan adik dah berbaik ke?" soal Azwan. Tengku Ines mengeleng. "Papa..Iqram minta maaf..Dia balik dulu..dia rasa badan dia tak berapa nak sihat.." kata Laura sebaik dia kembali duduk bersama dua keluarga itu. 'Papa...' Jantungnya rasa ingin terkeluar mendengar ucapan itu. Tengku Iqram masuk ke dalam rumah. Hatinya tidak tenang berada dalam perjumpaan itu. 'Kenapa mesti dia yang jadi kakak ipar aku..' keluh hatinya. 'Iqram..semuanya ketetapan Allah..ada hikmah disebalik semua yang terjadi..jangan melawan kehendak-Nya.' ada suara halus yang membisik dalam hatinya. Segera dia istighfar. 'Ya Allah..' keluhnya.


Tengku Iqram membaca laporan kesihatan yang baru diterima daripada makmal. Bukhari menghidap Leukemia Limfosit Akut. Tengku Iqram menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hatinya sedikit bimbang untuk memberikan laporan ini kepada wanita berpurdah itu. 'Ya Allah..tabahkan hati hamba-Mu yang setabah dia..' doanya di dalam hati. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu wanita itu mengalirkan air matanya lagi. 'Tok..tok..' Tengku Iqram memberi arahan masuk. "Puan Syifa dah sampai.." kata jururawat itu. Tengku Iqram mengangguk lalu laporang itu dimasukkan semula ke dalam failnya. Syifa masuk. "Silakan duduk puan.." Syifa mengambil tempat duduk kiri sedikit supaya tidak terlalu berhadapan dengan lelaki itu. Tengku Iqram menghulurkan fail kesihatan Bukhari. Syifa mengambilnya. "Ada berita yang tak menggembirakan?" soal Syifa tiba-tiba. Tengku Iqram membisu seketika. "Puan baca dulu." Syifa membuka fail itu. "Bukhari menghidap Leukemia yang menjadi kebiasaan pada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun. Tapi puan jangan bimbang. Kita dapat membantu Bukhari pulih..kerana dia masih dalam tahap yang tidak membimbangkan. Jadi Bukhari perlu mengikuti jadual rawatannya." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk. Tengku Iqram tahu dia menahan air matanya keluar. Sudah kelihatan retak-retak kaca dalam mata cantik itu. Tengku Iqram menghulurkan kotak tisu. "Kalau puan sedih..jangan tahankannya. Lagipun dekat sini..keluarga puan tak ada.." kata Tengku Iqram. Jatuh jua air mutiara jernih itu. "Semua ni dugaan untuk keluarga puan..berdoalah..agar semuanya kembali pulih.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk. "Terima kasih.." sambil mengelap air matanya. "Nanti saya sediakan jadual kemoterapi Bukhari.."


Fasha banyak termenung di dalam biliknya selepas perjumpaan itu. Ibunya sudah mula sibuk menguruskan segala hal perkahwinan anak tunggal keluarga itu. "Sayang..mama nak pergi tengok pelamin dengan hiasan bilik dan meja makan..Fasha nak ikut tak?" soal ibunya di muka pintu. "Mama pergilah..pilih je yang mana yang sesuai..Fasha ada kerja sikit ni.." kata Fasha berpura-pura menaip sesuatu pada komputer ribanya. "Ok..nanti mama call.." kata Datin Batrisya. Fasha mengangguk. "Umi..laporan kesihatan Bukhari.." kata Syifa. Puan Azira mengambil fail itu. "Ada yang tak baik ke?" soal Syed Syauki. "Abi..umi..abang..Bukhari kena buat rawatan setiap minggu. Dalam jangka sekarang..dia masih under control..Leukemia dia masih di tahap awal.." Syifa berterus terang. Puan Azira beristighfar. "Umi..jangan risau..Syifa akan jaga Bukhari..jadi..izinkan Syifa memberikan rawatan yang sepatutnya kepada dia ya." kata Syifa. Syazwan melihat laporan kesihatan itu. "Umi..semuanya dah disusun oleh Allah untuk mereka..jika Allah masih berikan peluang itu untuk Bukhari..kita kena usahakannya." kata Syazwan. Puan Azira mengangguk. "Syifa..buatlah apa yang semampu..Kalau Syifa perlukan wang untuk kos rawatan..bagi tahu abi..abi akan berikannya.." kata Syed Syauki. "Terima kasih.." Tengku Iqram duduk bersama keluarganya di ruang rehat. "Hai..esok..perjumpaan dengan bakal adik ipar sorang lagi..dengar cerita kacukan arab..kan?" usikan Linda bermula. Tengku Iqram mengeleng. "Emm..mesti cantikkan papa.." sambung Tengku Ines yang datang bersama suaminya setiap kali malam hujung minggu mereka akan berehat bersama. "Cantik..tanyalah Iqram..dia dah tengok orangnya." kata Tengku Hasrif. Laura terus masuk ke biliknya. "Tengok..Ni..Linda dengan Ines la ni..dah Laura kecil hati.." kata Puan Melinda. "Mama..Laura kena biasakan..nanti mama manja-manjakan dia..adik akan kawin..susahlah nanti.." kata Tengku Ines.


Syifa duduk di hadapan cermin. Hari in purdah akan ditanggalkan. Dalam keluarganya, dia seorang sahaja yang memakai purdah kerana dia sahaja yang duduk bersama datuknya di Syiria. Memang tak salah memakai purdah tapi, jika bakal suaminya tidak menyukai dia memakai purdah, dia kena turuti. "Syifa..dah siap ke?" soal Puan Azira. Syifa mencapai beg tangannya dan beg cenderahati untuk bakal ibu bapa mertuanya. Entah siapa Tengku Iqram Hanif itu. Syazwan memandu BMW X6 miliknya. Syifa duduk di bahagian belakang bersama ibunya dan si kecil. Tengku Iqram banyak mendiamkan diri di dalam kereta. "Adik kenal dengan Fasha?" soal Tengku Isyraf tiba-tiba. "Kenal..dia dulu junior sekolah kita. Em..dia timbalan pengerusi Kelab Tennis." kata Tengku Iqram. "Oh..PA adiklah..kenapa tak bagi tahu kitorang.." kata Tengku Isyraf. "Tak nak..nanti tahulah Kak Linda..kontroversinya.." Tengku Iqram sengaja ingin berdalih. Tengku Isyraf ketawa kecil. "Ha..abang lupa pula. Nama calon isteri adik..apa?" Tengku Isyraf sengaja ingin menanyakan soalan yang dia tahu pasti adiknya tidak mengetahuinya. "emm...." "Dah agak..adik mesti tak tengok pun calon tu.." kata Tengku Isyraf. Tengku Iqram menggaru kepala yang tidak gatal. "Ambil fail dekat belakang..abang cilok daripada papa.." kata Tengku Isyraf yang sedang memandu. Tengku Iqram menoleh ke belakang. "Tapi..abang tak ada gambar dia.." kata Tengku Isyraf. "Gambar dia ada dekat Iqram." kata Tengku Iqram lalu mengeluarkan gambar dari sampul putih. 'Syarifah Syifa Alya....' Dia termenggu sebentar. 'Mimpi apa aku ni??' detisnya. Dia merenung wajah gadis di dalam gambar itu. [Syifa tidur] 'Dia..'


Syifa menghulurkan beg cenderahati itu kepada Puan Melisa. Puan Melisa menerimanya dengan senyuman. Walaupun hatinya keberatan ingin menerima wanita lain untuk anak bongsunya tetapi takdir Illahi siapa mampu tandingi. "Syifa..ni..calon suami kamu.." kata Tengku Hasrif. Syifa menunduk. Tengku Iqram berbangga dengan pilihan bapanya. Tak sangka rupanya kata-kata si kecil itu..ini maksudnya..Syifa dengan lelaki itu bukan suami isteri. Syazwan menepuk belakang Tengku Iqram. "Kami..bukan suami isteri..dia adik saya..dan si kecil ni anak arwah Syura.." kata Syazwan. Hah..tebalnya muka aku menahan malu. Syifa hanya tersenyum. Yang lain sudah tersenyum apabila Syazwan mula mengusik Tengku Iqram. Laura menggerutu geram di dalam hati. Sakit hatinya apabila semua orang asyik menunpu perhatian pada minah arab itu. 'Tahulah cantik..tapi jangan nak bajet ayu boleh tak????!!!' marahnya di dalam hati. "Syifa..ni Laura..anak saudara mak cik..dia duduk dengan kami.." kata Puan Melisa. Syifa menghulurkan tangan. Laura menyambutnya dengan sedikit kasar. Syifa berbuat tidak tahu. Tengku Iqram tidak sekali pun melepaskan peluang apabila dapat melihat gadis itu. Maklumlah selalunya berpurdah, kali ini..dia membuka purdahnya. 'Hah..Ya Allah..aku berterima kasih pada-Mu..kerana mengurniakan dia sebagai jodoh diriku.' doanya di dalam hati. Tengku Iqram mengeluarkan sebuah bingkai khas untuk dia meletakkan gambar calon isterinya. Dia membeli bingkai itu ketika dia berada di India. Memang niatnya, gambar calon isterinya akan diletakkan di bingkai itu. Dia tersenyum melihat wajah kacukan Arab-Parsi itu.


Syifa mengemaskan beg pakaiannya. Dia akan bertolak ke Syiria esok pagi. Cincin pertunangannya direnung. 'Ya Allah..jika dia benar jodohku..Kau bukakan hatiku..Kau peliharalah kami..' doanya sendirian. 'Tok..tok..' Syifa membuka pintu biliknya. Si kecil di muka pintu. "Umi Syifa..malam ni Bukhari nak tidur dengan Umi.." kata Bukhari. Syifa mengangguk lalu mendukung si kecil itu. "Bukhari tidur ya..Umi Syifa nak kemas beg sekejap." kata Syifa. "Umi Syifa nak balik rumah Umi?" soal Bukhari. Syifa mengangguk. "Umi Syifa nak balik sekejap..nak uruskan hal Umi..nanti dah selesai..Umi akan balik ke sini semula..jumpa Bukhari.." kata Syifa. "Jumpa Abi Iqram?" soal Bukhari. Syifa hanya tersenyum. "Ya.." Fasha menghirup udara segar di laman rumahnya. Macam tidak percaya, sudah hampir sebulan sudah dia mengikat tali pertunagan dengan abang bekas kekasihnya. Dua minggu lagi perkahwinannya. Betulkah keputusannya ingin duduk serumah dengan lelaki yang dulunya pernah dia cintai sepenuh hati. Walaupun kini dia sudah tahu Tengku Iqram akan berkahwin dengan orang lain..tapi dia masih lagi tidak dapat melupakan lelaki itu. Berat sungguh hatinya. Tengku Iqram mengambil beg pakaian Syifa lalu dimasukkan ke dalam kereta. Syifa menyalam tangan ibu dan bapanya. "Hati-hati..telefon umi bila dah sampai.." kata Puan Azira. Syifa mengangguk. Syazwan mendukung Bukhari. "Hati-hati memandu.." pesan Syed Syauki. Tengku Iqram mengangguk. Syazwan masuk ke dalam Mercedes Benz CL63 milik bakal adik iparnya. Syifa masuk ke dalam kereta mewah itu. Laura melihat kad undangan perkahwinan berwarna krim tertulis nama lelaki yang dicintainya bersama calon isteri lelaki itu. Naik gila dibuatnya..
 'Tengku Iqram Hanif & Syarifah Syifa Alya' 011111..itu tarikh keramat pasangan itu.


Fasha masuk ke dalam BMW Z4 milik Tengku Isyraf. "Fasha dah sarapan ke?" soal Tengku Isyraf. Fasha mengeleng. "Tak sempat nak sarapan tadi..ada panggilan daripada orang katering..dengan urusan khemah." kata Fasha. "Kita pergi sarapan dululah..lagipun awal lagi nak pergi butik baju tu.." kata Tengku Isyraf. Fasha mengangguk. "Hati-hati.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk. "Saya akan cuba balik sebelum wedding abang awak.." kata Syifa. Tengku Iqram mengangguk. "Call saya bila awak nak balik..saya jemput awak.." kata Tengku Iqram "Terima kasih.." kata Syifa. Tengku Iqram mengangguk. Tangan Syazwan disalam oleh Syifa. "Umi Syifa balik cepat tau.." kata Bukhari. Syifa mengangguk. "Bukhari doakanlah untuk Umi Syifa.." kata Tengku Iqram. "Bukhari sentiasa doakan umi Syifa.." kata Bukhari. Syifa tersenyum. "Abang..jangan lupa rawatan Bukhari.." kata Syifa. Syazwan mengangguk. "Syifa jangan risau..bakal suami Syifa ada.." kata Syazwan. Tengku Iqram hanya tersenyum. Syifa juga. "Syifa pergi dulu." kata Syifa. "hati-hati.." pesan Tengku Iqram. Syifa mengangguk. Tengku Isyraf mengeluarkan kad kreditnya untuk membayar satu set baju kahwin dan satu set baju nikah yang ditempah mereka hujung bulan lepas. Gaun putih muslimah menjadi pilihan Fasha untuk persepsi mereka nanti manakala padanan untuk baju itu, Tengku Isyraf akan memakai Tuxedo. "So..Fasha ada nak beli lagi barangan hantaran?Mama Fasha kata ada lagi yang tak beli.." kata Tengku Isyraf. Fasha mengangguk. "Hari tu barang-barang yang abang Isyraf bagi..semuanya lengkap..cuma Fasha nak tambah sikit..tapi..tak ada idealah.." kata Fasha sedikit mengerutkan keningnya. "Em..saya rasa saya nak beli somethinglah..jom.." kata Tengku Isyraf.


Tengku Iqram mengantungkan kunci keretanya di tempat penyangkut khas. "Syifa dah bertolak?" soal Puan Melisa. Tengku Iqram mengangguk lalu dia duduk di sofa ruangtamu itu. "Mana abang Syraf..rasanya hari ni dia cuti.." kata Tengku Iqram. "Dia keluar dengan tunang dia..nak ambil baju tempahan tu..hah..Syifa dah buat ukuran baju untuk kenduri nanti?" soal Puan Melisa. "Alamak..Qram lupa nak tanya..tak apalah..nanti Qram ambil contoh baju dia dekat rumah umi dia.." kata Tengku Iqram. "Sebelum tu..dia balik tak nanti?" soal Puan Melisa lagi. "Dia kata insyaAllah..dia akan balik sebelum kenduri..Oklah ma..Qram nak tidur..penat ni..semalam kerja malam..tak rehat lagi.." kata Tengku Iqram. "Mana taknya..beriya-iya nak hantar Syifa.." kata Puan Melisa. "Mestilah..sayang punya pasal.." kata Tengku Iqram lalu mengucup pipi ibunya. Puan Melisa mengeleng melihat anak bongsunya. "Abang Syraf betul nak beli benda ni?" soal Fasha melihat Samsung Galaxy S2 berwarna hitam. Tengku Isyraf mengangguk. "Kita beli yang sama.." kata Tengku Isyraf lalu mengeluarkan kad kreditnya sekali lagi. "Bungkus dalam kotak terus.." kata Tengku Isyraf. "Baik.." "Nanti kata je..Fasha beli..tak payah bagi tahu..yang saya yang beli.." kata Tengku Isyraf. Fasha hanya menurut. Syifa menyandar. Kelas pertama lebih selesa berbanding kelas ekonomi. Ikatan pertunangan ini akan tamat sebulan selepas perkahwinan abang tunangnya. Entah kenapa dia rasa bimbang. Lelaki itu..dia memang baik. 'Ya Allah..aku mohon kepada-Mu..peliharalah ikatan perkahwinan yang bakal dibina.' doanya. Entah kenapa dia berasa sedikit gementar. Mungkin tidak lama lagi dia tidak lagi bersama umi dan abinya tetapi bersama mertuanya.


Laura mengetuk pintu bilik Tengku Iqram walaupun sudah terpampang papan comel 'Don't disturb me..' Tengku Iqram melipat sejadah lalu meletakkan sejadah tersebut di dalam almari. Dia membuka pintu. "Kenapa dengan you?" soal Tengku Iqram. "I nak sembang dengan you.." kata Laura. Tengku Iqram turun ke laman rumah itu. Laura kelihatan sedih. "You boleh cari orang yang lebih baik daripada I..janganlah nak buat sedih sangat.." kata Tengku Iqram. Laura menjeling. "You ingat senang nak cari orang yang betul-betul memahami I?" soal Laura. "Senang..if you pandai cari..tak fikir negatif..you pun kena kawin..tak boleh tunggu lama-lama..classmate you pun nak kawin dah.." kata Tengku Iqram. "You betul-betul terima perkahwinan ni?" soal Laura. "Habis tu..buat apa I ikat tali pertunangan dia?he will be your sis in law..try to like her.." kata Tengku Iqram. "You cintakan dia?" soal Laura. "Cinta tu boleh datang..dan boleh pergi..mungkin sejarah-sejarah cinta I yang dulu dah pergi..untuk yang isteri I.." kata Tengku Iqram ikhlas. "You dah tak cintakan I?" soal Laura tiba-tiba. Tengku Iqram memandang Laura. "You just like my sister..jangan tanya soalan macam ni dah..I tak suka kenangan lama..jangan buat I tak suka dengan you.." kata Tengku Iqram agak tegas. Dia memang tak suka mengingatkan perkara-perkara lalu. Baginya hubungan dia dan Fasha dulu berakhir selepas mereka berjumpa sebelum Fasha berangkat ke luar negara dulu dan hubungannya dengan Laura sewaktu Laura memutuskan dia tidak mahu lupuskan impiannya semata-mata untuk cinta. Itu kisah lalu yang dia tidak mahu dia ungkit sampai bila-bila. Dan kini...cintanya hanya untuk dia yang hadir dalam hidupnya..Syarifah Syifa Alya...Ya..dia yang bakal bertahta dihatinya buat selamanya.


"Fasha..." panggil Datin Batrisya. Fasha keluar dari bilik bacaan. Langkahnya terhenti melihat orang yang sangat dia rindui. Hafie Zulkarnain..sepupu rapat dan abang sesusunya. "hai..nak kawin dah budak ni.." kata Hafie. "Well..you know me.." kata Fasha menyalam tangan lelaki itu. "So..orangnya siapa?" soal Hafie. "Cuba teka.." kata Fasha. "Emm..kalau tengok muka ni..mesti orangnya perfect..tu yang dia terima.." kata Hafie. "Abang..teruk betul..mana ada Fasha tolak orang sebab dia tak perfect.." kata Fasha. "Ok..ok..I'm sorry.." kata Hafie. "Dia..Tengku Isyraf.." kata Fasha. "Abang Iqram..?" soal Hafie. Fasha mengangguk. Hafie sedikit gaget. Biar betul budak ni.. "Tak percaya ke?" soal Fasha. "Sikit.." kata Hafie. "Mesti tak tengok kad kan?" teka Fasha. Hafie menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fasha pergi ke meja yang tersusun kad jemputan yang belum dihantar lagi. "Nah.." 'Fasha&Isyraf' "Waw..Fasha..ambil risiko nampak.." kata Hafie. Fasha hanya tersenyum. "Kenalah terima seadanya. Jodoh..entahlah..Fasha pun tak tahu kenapa penjodohan ni Fasha boleh terima dengan hati yang terbuka.." kata Fasha. "Baguslah..jangan nanti ada yang terluka.." kata Hafie. "Abang..dia pun akan berkawin..emm..rasanya nanti tunang dia datang sekali wedding ni..cuma sekarang..dia tak ada..sebab..pergi Syiria.." kata Fasha. 'Syiria..emm..' "Hai anak-anak mama ni..kalau dah bersembang..memang tak ingat dah orang lain...dah-dah..mama dah siapkan makan malam jom..nanti boleh Hafie rehat..baru sampai ni..mesti penat.." kata Datin Batrisya. Mereka tersenyum kambing. "Mama nak panggil papa sekejap ya.." kata Datin Batrisya. Fasha dan Hafie beriringan ke dapur sambil menyambung perbualan mereka.    


Tengku Iqram menanti panggilan daripada tunangnya. Tetapi harapan tinggal harapan. Tiada panggilan masuk sepanjang malam dia berjaga. Dia sedikit kecewa. Dipujuk hatinya..Mungkin dia penat. Fail Bukhari yang direnung langsung tidak dapat dia menumpukan perhatian. Hafie mendail nombor antarabangsa. "Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam.." "yumkinani yuqilluqi? (adakah saya menganggu?)" soal Hafie. "La'..Limaza? (Tidak..kenapa?)" soal Syifa. "Khaifa Haluqi al'an? (Awak apa khabar sekarang?)" kata Hafie. "Alhamdulillah..ana bil khair.. (Saya khabar baik.)" jawab Syifa. "Kaifa Sohatuki Al-Syaqiqah? (Bagaimana dengan kesihatan kakak awak?)" soal Hafie lagi. "Tuafi Assyahra Al-Madhi..(Dia meninggal dunia bulan lalu..)" kata Syifa. "Inalillahiwainalillahirraji'un..Ana Asif..(Saya minta maaf..)" ucap Hafie. Syifa mematikan panggilan telefonnya. Dia teringat pada Tengku Iqram lalu didail nombor telefon lelaki itu. Tengku Iqram tersedar mendengar deringan telefon bimbitnya. 'No private..' "Assalamualaikum.." Terukir senyuman gembiranya mendengar suara lembut itu. "Waalaikumussalam." ucap Tengku Iqram. "Saya minta maaf telefon awak lambat.." kata Syifa. "Tak apa..saya ok.." kata Tengku Iqram. "Saya balik Malaysia 9.Oktober..saya nak selesaikan semua dulu.." kata Syifa. "Ok..saya tunggu. Oh..sebelum saya terlupa..nanti saya nak ambil contoh baju awak..untuk buat baju keluarga..wedding abang.." kata Tengku Iqram. "Baik..nanti saya cakap pada umi..terima kasih.." kata Syifa. "Jangan berterima kasih dengan saya..I'll be your hubby soon.." kata Tengku Iqram. Syifa tersenyum. "Jaga diri..kirim salam pada pak cik dengan mak cik.." kata Syifa. "You too..take care.." kata Tengku Iqram. "Assalamualaikum.." Tengku Iqram menjawab salamnya. Hatinya tiba-tiba terasa berbunga wangi mekar..Tak sabar untuk menanti dia balik. Tiga minggu lagi..terasa bagai tiga tahun..lama benar baginya.


Tengku Ines membantu mengangkat cenderahati yang bakal diterima oleh tetamu yang hadir. Sesak rumah banglo mewah itu dengan kehadiran saudara mara. Tengku Iqram turun. "Mama.." panggil Tengku Iqram. "Ya.." "Iqram nak pergi ambil Syifa..dalam sejam dia sampai.." kata Tengku Iqram. "Ok..nanti bawa dia pergi cuba baju.." kata Puan Melisa. "Ok.." Tengku Iqram terus keluar. Syifa berjalan keluar. "Syifa.." panggil Tengku Iqram setelah ternampak wanita berpurdah yang amat dia kenali. Syifa menghampirinya. "Jom..saya bawa awak makan dulu..lepas tu..mama suruh bawa awak pergi test baju.." kata Tengku Iqram. Syifa hanya menurut. Pasangan ini memilih gaun putih untuk majlis akad nikah dan bertemakan merah putih untuk persepsi mereka. Syifa mencuba baju yang ditempah mereka sebelum Syifa berangkat ke Syiria seminggu selepas pertunangan mereka. "Wah..cantik Cik Syifa pakai baju ni..pandai tunang Cik pilih warna.." kata pengurus kedai butik kahwin itu. "Terima kasih.." kata Syifa. "Tengku nak ambil terus baju ni?" soal pengurus itu. Tengku Iqram mengangguk. "Ok..dengan baju tu?" soal Tengku Iqram setelah pengurus itu beredar untuk menguruskan pembayaran. "Ok..tapi..urusan hantaran..saya tak beli lagi.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum. "Tak apa..hari ni..awak rehat dulu..lepas kenduri abang Syraf..kita uruskan hal tu.." kata Tengku Iqram. "Tapi..saya tak nak ambil masa awak..awak kerja.." kata Syifa rasa sedikit membebankan lelaki itu. "Tak apa..awak jangan risau..saya take care semuanya.." kata Tengku Iqram sambil menghadiahkan segaris senyuman yang menyenangkan hati gadis itu. "Saya nak bayar baju..jom.." kata Tengku Iqram. Syifa hanya menurut. 


"Syifa.." sapa Laura. Syifa menoleh. "Boleh kita sembang sekejap.." kata Laura. Syifa mengangguk. "Awak belajar dekat Syiria ya?" soal Laura. Syifa mengangguk. "Maknanya awak memang tak pernah kenal siapa Iqram.." kata Laura. "Saya kenal dia waktu dia rawat abang ipar saya dan kakak saya.." kata Syifa. "Oh..baru kenal sangatlah..kasihan awak.." kata Laura. "Apa maksud cik Laura?" soal Syifa sedikit hairan. "Iqram..kekasih saya.." Syifa terkejut. "Bukan awak sepupu dia?" soal Syifa. Laura tersenyum sinis. "Jadi dia tak pernah cerita mengenai diri dia?" soal Laura. Syifa menyepi. "Dia..terima penjodohan ni..sebab..saya menolak lamaran dia..saya lebih pentingkan kerjaya saya..jadi dia kecewa..dan dia terima penjodohan ni.." kata Laura. Syifa tetap membisu. "Dan..untuk pengetahuan awak..pernikahan abang Isyraf tadi..awak tahu siapa isteri dia?" soal Laura. Syifa menggeleng. "Dia..bekas kekasih Iqram.." kata Laura. "Terima kasih..sebab bagi tahu saya..saya tak pernah terfikir nak tanya pada dia tentang hal silam dia..Bila awak bagi tahu..tak perlulah saya bertanya dia..terima kasih.." kata Syifa sambil senyuman manis terukir. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Syifa.." panggil Tengku Iqram. Laura menoleh sedikit tersentak melihat Tengku Iqram menghampiri mereka. "Syifa buat apa dekat sini?" soal Tengku Iqram. Syifa bangun. Laura sedikit geram. "Saya berborak dengan Laura..seronok berbual dengan dia.." kata Syifa. "Jom..saya nak kenalkan awak dengan keluarga kakak ipar saya.." kata Tengku Iqram. "Baik..Laura..saya pergi dulu.." kata Syifa lalu melangkah pergi bersama tunangnya. Laura menghentakkan kaki geram. Hafie berborak bersama Tengku Isyraf. "Hah..dah sampai pun bakal menantu bongsu saya.." kata Tengku Hasrif. Hafie menoleh. Dia sedikit tersentak melihat sepasang mata yang amat dia kenali. 'Syifa Alya..' "Fasha..ni..kenalkan bakal isteri adik ipar kamu..Syifa.." kata Tengku Hasrif. Fasha menoleh ke arah Syifa. "Saya rasa macam kenal dengan sepasang mata yang cantik ni..awak..yang dekat butik tu kan?Syifa.." kata Fasha. Syifa mengangguk. Fasha memeluk sahabat fesyennya. "Dah lama tak jumpa..selamat bukan tu yang first dan terakhir saya jumpa awak.." kata Fasha. Syifa tersenyum. Tengku Iqram menghampiri Hafie, sahabatnya. "Wah..dapat isteri cantik..patutlah terima.." kata Hafie. Tengku Iqram tersenyum. "Kau kena kawin cepat.." kata Tengku Iqram sambil bahu sahabatnya ditepuk.


["Ana Asif..Lam Akinna Muta'amad..(Saya minta maaf..Saya tidak sengaja..)" Syifa mengemaskan buku-buku yang terjatuh lalu memberikan buku tersebut kepada Hafie. "La Yahmu..Syukran..Hal anti Fattah Jadidah? (Tidak mengapa..Terima kasih..adakah awak pelajar baru?)" soal Hafie. Syifa menunduk. "La'..ana Mudharibah Jadidah..(Tidak..saya pengajar baru..)..] Hafie menyandar pada bahu katil. Tak sangka Syifa gadis yang bakal dikahwini oleh sahabat baiknya sendiri. Sudah hampir setahun dia memendamkan perasaannya terhadap wanita itu. Esok sekali lagi dia akan menghadap wanita itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia pulang ke Syiria kembali. Tetapi mana mungkin..dia tidak menghadiri perkahwinan adik susunya yang paling dia sayangi. Laura menggetap bibir geram. Puan Melisa kelihatannya tidak akan membelanya jika dia ingin menghancurkan perkawinan Tengku Iqram dengan wanita kacukan itu. Bertambah-tambah geram dia pada si Arab itu. Dulu dengan mudahnya dia menghancurkan hubungan cinta Fasha dan Tengku Iqram. Tetapi kali ini..kata-katanya tidak berkesan pada Syifa. Syifa kelihatan tidak kisah dengan masa silam lelaki itu. Dalam perasaan marah dia terlelap keletihan. Syifa masuk ke biliknya. ["Dia..terima penjodohan ni..sebab..saya menolak lamaran dia......"] 'Ya Allah..moga-moga Kau kuatkanlah imanku..untuk menempuhi segala halangan yang ditentukan oleh-Mu.' doanya. Dia dapat rasakan Laura tidak menyukai dirinya.


Tengku Iqram menempah dua bentuk cincin pasangan untuk diberikan kepada Syifa selepas perkahwinan mereka. Dia berpuas hati melihat cincin silver yang ditempahnya. Terukir nama mereka pada kedua-dua cincin. Dalam kiraan kalender tinggal seminggu perkahwinan mereka. Semuanya sudah selesai. Hanya tinggal lafaz ijab qabul, mereka sah menjadi suami isteri. Fasha dan Tengku Isyraf sudah selamat menjadi suami isteri dan mereka telahpun pulang daripada berbulan madu. Laura semakin gelisah untuk menanti tarikh yang hampir tiba. Fasha menyalam tangan suaminya. "Hati-hati.." kata Fasha. Tengku Isyraf mengucup dahi isterinya. Tengku Iqram memarkir keretanya di bawah garaj. Kereta BMW X6 milik Tengku Isyraf meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo mewah itu. Tengku Iqram keluar dari Mercedesnya. "Lambatnya abang Syraf pergi kerja.." sapa Tengku Iqram. "Tadi abang Syraf buat kerja sikit..Iqram baru balik ke?Selalu kerja malam balik pukul 7.." kata Fasha. "Oh..tadi pergi ambil cincin tempahan hari tu.." kata Tengku Iqram. Fasha mengangguk. "Masuklah..sarapan.. Mama tak sarapan lagi..boleh sarapan sama." kata Fasha. Tengku Iqram mengangguk. Laura tersenyum melihat pasangan itu. Jika dia dapat menghancurkan hubungan Tengku Isyraf dan Fasha..pasti dia boleh menghancurkan pasangan Tengku Iqram dengan Syifa. "Iqram..semua dah selesai ke?Lagi seminggu ni.." kata Puan Melisa. "Dah ma..jangan risau." kata Tengku Iqram sambil menuang teh ke dalam cawannya. Fasha duduk di sebelah ibu mertuanya. "Laura tak turun makan ke?" soal Fasha. "Dia selalu tak ambil makan pagi..nanti kalau dia lapar..dia turun..kak jangan risau.." kata Tengku Iqram. 


Hafie menghirup air coklat panas. "Abang Hafie..kan?" sapa Laura. Hafie menoleh. "Laura..sepupu Iqram..abang tak balik lagi?" soal Laura. "Belum..emm memang nak balik hari tu..tapi Iqram tahan..suruh tunggu sampai wedding dia.." kata Hafie. "Oh..Abang bukan pensyarah dekat Syiria..kenal ke dengan bakal isteri Iqram..?" soal Laura. "Kenal..dia pensyarah muda dekat sana..tapi genius.." kata Hafie. "Oh..jadi abang dah kenal rapatlah dengan dia?" Hafie mengangguk. "Diakan baik..abang tak pernah simpan perasaan pada dia?" soal Laura. Hafie ketawa kecil. "Laura..mana ada orang lelaki tak sukakan perempuan baik..Ni semua ketentuan Allah..Jodoh dia dengan Iqram..Iqram pun baik..jadi syukurlah..dia dapat suami yang baik.." kata Hafie. "Kalau takdir Iqram tak bersama dengan dia..mesti abang ada peluangkan.." kata Laura. 'Aku kena cari peluang untuk mamat ni stay dekat sini..dia tak boleh balik ke sana..' detis Laura. Syifa mengemas sedikit barang-barang keperluannya untuk dibawa ke rumah Tengku Iqram. Bukhari mengetuk pintu biliknya. Syifa memulas tombol pinti itu. "Ada apa sayang?" soal Syifa. "Umi Syifa..akan tinggalkan Bukhari ke?" soal si kecil itu. "Bukhari dengar apa ni?Mana ada umi Syifa tinggalkan Bukhari.." kata Syifa. "Bukhari dengar nenek dengan atuk cakap..Umi tak duduk dekat sini dah.." kata Bukhari. "Sayang..Umi bukannya tinggalkan Bukhari..Umi cuma duduk dekat rumah abi Iqram..nanti umi datang jenguk Bukhari..nenek..atuk..Abi Syazwan..kita boleh main sama-sama.." kata Syifa memujuk si kecil itu. "Umi janji.." Syifa mengangguk. Lalu si kecil itu dipeluknya. "Jangan risau ya..Umi sentiasa dengan Bukhari..Bukhari kena sihat..tak boleh sakit..ok.." kata Syifa. "Ok.." kata Bukhari.


Laura menggeran kesakitan. Tengku Iqram keluar dari biliknya. Hari ini jadual Bukhari untuk diperiksa kesihatan. Syifa akan dijemput olehnya. Langkah Iqram terhenti mendengar suara Laura seperti sedang kesakitan. 'Tok..tok..' "Laura..Laura.." ketukan pintu bilik gadis itu bertubi-tubi. Fasha keluar dari biliknya. "Iqram kenapa ni?" soal Fasha. Tengku Isyraf menyusul Fasha. "Laura..macam something yang tak kena..Boleh mintakan kunci dekat mama.." kata Tengku Iqram. Fasha terus berlari ke tingkat bawah mendapatkan ibu mertuanya. Tengku Isyraf menenangkan adiknya. Suara Laura tidak lagi kedengaran. Puan Melisa dan Tengku Hasrif mengekori Fasha. Tengku Iqram mengambil kunci daripada tangan Fasha. "Laura!!!" Laura sudah terkulai di lantai bilik itu. Tengku Iqram terus menggendong Laura. "Abang..ambilkan kunci kereta Qram.." kata Tengku Iqram. Syifa mengerling jam tangannya. Dia cuba mendail telefon bimbit lelaki itu. Tidak ada jawapan. Tengku Iqram terlupa untuk membawa telefon bimbitnya bersama. Malah terlupa untuk menelefon Syifa setibanya dia di hospital. Syifa mencapai kunci Hyundai Sonatanya. "Umi Syifa..abi Bukhari tak datang ke?" soal Bukhari. "Mungkin dia sibuk..jom..Umi bawakan Bukhari.." kata Syifa lalu membuka pintu kereta itu. Laura dimasukkan ke bilik kecemasan. Tengku Iqram setia menanti Laura. "Abang..Qram tu macam caring betul pada Laura.." kata Fasha. Tengku Isyraf tersenyum. "Laura..dah macam adik dia..walaupun diorang pernahlah bercinta sekejap..tapi semuanya dah lama berlalu..Laura berdegil nakkan impian dia..dia tinggalkan adik.." kata Tengku Isyraf. "Diorang pernah bercinta..?Kenapa diorang tak berkahwin?" soal Fasha. "Emm..disebabkan sikap Laura..Qram tak nak.." kata Tengku Isyraf. "Patutlah dia terima tunang dia.." kata Fasha. Tengku Isyraf tersenyum. "Siapa tak nak kalau dah depan mata orangnya baik..beragama..macam Fasha juga lah.." kata Tengku Isyraf. Fasha tersenyum sipu. "Abang ni.."


"Macamana dengan Laura?" soal Tengku Iqram. "Qram..maafkan saya..boleh kita bincang privacy?" soal Dr.Zarif. "Kenapa?....Baiklah.." kata Tengku Iqram. Syifa masuk bersama Bukhari. Langkahnya terhenti melihat di beranda tingkat dua hospital itu Tengku Iqram berbincang sesuatu bersama seorang doktor lelaki. "Eh..bukan ke..Dr.Iqram dah bertunang??Siapa perempuan yang dia bawa tadi..?" kedengaran suara-suara jururawat yang bersembang di kaunter pendaftaran. "Tula..muka Dr.Iqram macam risau sangat..Tunang dia kot.." kata seorang jururawat. Syifa menghela nafas. 'Ya Allah..moga tiada apa yang berlaku..' doanya sendirian. Laura masih tidak menyedarkan diri. ["Qram..dia mengandung..tiga bulan..dan kandungan dia ada masalah..kami terpaksa membuang janinnya..sebab kami bimbang jangkitan kuman akan merebak pada si ibu..bahaya.."] Tengku Iqram menghela nafas keluh. Laura yang dia kenali bukan seperti ini..pasti dia mengandung sebelum dia balik ke Malaysia. Bagaimana jika ibunya tahu sikap anak saudaranya seperti ini, pasti ibunya diserang sakit jantung. Tetapi dia tidak mahu bersubahat dalam dosa yang diperbuat oleh Laura. Kini janinnya sudah dikeluarkan. Laura tersedar. "Qram..." lemah benar dia lihat sepupunya. "Rehatlah.." kata Tengku Iqram. "You dah tahu?" soal Laura. Tengku Iqram terus keluar. ["I memang sayangkan you..tapi..I tak boleh lepaskan impian I semata-mata untuk you.."] [Laura pucat. "Maaf..ma..Laura pening bau kari ni.."] Tengku Iqram menyandar. Syifa mengambil ubatan untuk Bukhari. Dia mendukung si kecil itu. Tengku Iqram keluar dari hospital itu. Dilihat Hyundai Sonata yang amat dia kenali. 'Syifa...' Sekali lagi dahinya ditepuk. Telefon bimbitnya dicari. Baru dia teringat telefonnya tertinggal kerana keadaan kelam kabut tadi. "Jangan risau..saya ok..Laura macamana?" sapa Syifa dari arah belakang. Tengku Iqram menoleh. Serba salah melihat si kecil itu lena di bahu Syifa. "Biar saya dukung dia.." kata Tengku Iqram. "Tak apalah..saya nak balik ni..Take care..Kasihan Laura sorang-sorang dekat hospital..Saya pergi dulu.." kata Syifa lalu beredar meninggalkan lelaki itu.


Kekunci 1 di skrin telefon bimbitnya beberapa kali sudah ditekannya tetapi cepat benar jari ibunya mematikan talian. Lagi lima hari perkahwinan mereka. Syifa langsung tidak membalas pesanan ringkas yang dihantarnya. Akhirnya dia menelefon tunangnya. Syifa menyelimutkan anak buahnya. Lampu dipadamkan. Syifa tidak perasan telefon bimbitnya berbunyi. "Syifa.." panggil Puan Azira. "Ya.." "Syifa ada tetamu..Hafie Zulkarnain.." kata Puan Azira lagi. Syifa turun ke laman rumahnya. "Kenapa jumpa saya dekat sini?" soal Syifa. "Saya tak sangka orang yang disangkakan prof arab..orang Malaysia juga..jika saya tahu..pasti saya tak bercakap dalam bahasa arab." kata Hafie. Syifa tersenyum. "Saya tak kenalkan diri saya sebagai orang Malaysia..Saya rasa..awak berkawan dengan Tengku Iqramkan?Abang kak Fasha..betulkan?" soal Syifa. Hafie mengangguk. "Peka juga mata awak.." kata Hafie. "Saya nak ucapkan tahniah..Saya beredar dulu." kata Hafie. Syifa mengangguk. "Syifa..tadi Iqram ada call..tapi..Syifa ada tetamu.." kata Puan Azira. "Tak apa..nanti Syifa call." kata Syifa. Tengku Iqram meletakkan telefon bimbitnya di meja lampu. 'Hafie Zulkarnain..?Apa hubungan diorang..?' soalnya sendirian. ["em..cerita terbaru aku?Entahlah..mana ada perempuan dalam hidup aku.." kata Hafie. "Ala kau ni nak kelentong aku.." kata Tengku Iqram. "Adalah..seorang arab ni..prof muda dekat u aku..tapi berpurdah..baik orangnya. Aku tak pernah dapat bertentang mata dengan dia.." kata Hafie.] Tengku Iqram mulai mengesyaki wanita yang diminati oleh Hafie, Syifa. Tapi..terlalu awal untuk dia mengesyaki semua itu. 'Ya Allah..jauhkan prasangka buruk yang akan membawa aku ke arah keburukan..' doanya di dalam hati. 


"Kak Syifa..cantik..bertuahnya abang ipar.." kata adik sepupu Syifa yang duduk melihat dia disolek oleh mak andam perempuan. Syifa hanya tersenyum. "Syifa..nak tengok gambar tu..Mesti tunang kau kan?" kata sepupunya, Alisa. Syifa menghulurkan bingkai gambar itu. "Wah..dia hansem..sepadan betul.." kata adik sepupu Syifa. Bukhari menghampiri Syifa. "Umi.." Syifa menoleh. "Sekejap kak.." kata Syifa. Mak Andam itu berhenti menyoleknya. "Umi..janji tak tinggalkan Bukhari kan.." kata Bukhari. Syifa tersenyum. "Ya sayang..sayang duduk dengan Umi Alisa. "Meh..sini..Umi Lisa bagi gula-gula dekat Bukhari." kata Alisa. Bukhari menuju ke arah sofa bilik itu. Syifa melihat mereka dari cermin solek. Dia tersenyum pahit. "Aku terima nikah saudari Syarifah Syifa Alya bt. Syed Syauki dengan mas kahwin RM 222.22 tunai........." Setitis mutiara jernih mengalir ke pipi Syifa. Dengan sekali lafaz, dia kini sudah sah menjadi isteri Tengku Iqram. Laura menggetap geram. Tengku Ines memeluk adik iparnya. "Tahniah.." katanya. Syifa mengangguk. Alisa mengelap air mata Syifa. Pengantin lelaki menghampiri bahagian perempuan. Rantai emas dipasangkan di leher Syifa. Syifa menyambut huluran tangan si suami dengan kucupan kasih. Dahi Syifa dikucup oleh Tengku Iqram. Hafie tersenyum dari jauh. 'Semoga bahagia...dan Semoga perkahwinanmu sentiasa berasa dalam rahmat Allah dan dilindungi selalu..' katanya di dalam hati. Tengku Iqram sujud syukur kerana tiada halangan yang muncul sebelum perkahwinan mereka. Dia bersyukur kerana si 'Bidadari' untuknya masih tersenyum ikhlas selepas apa yang berlaku sebelum perkahwinan mereka. Dia bersyukur untuk itu.


Tengku Isyraf masuk ke dalam rumahnya. "Abang Syraf..macamana feel?Mereka dah pergi bulan madu.." kata Laura. Tengku Isyraf hairan dengan soalan pelik itu. "Feel?" soal Tengku Isyraf. "Yela..abangkan suka pada Syifa..dan..sepatutnya abang yang kena kahwin dengan dia..tapi malangnya sampul korang tertukarkan?" kata Laura. Fasha tersentak mendengar perbualan tanpa disengajakan itu. "Apa Laura merepek ni?" soal Tengku Isyraf. Laura ketawa sinis. "Abang..Laura dengarlah perbualan papa dengan Abang Iman and Kak Ines..dan abang waktu tu cukup kecewa sebab..pasangan abang tertukar.." kata Laura. "Laura jangan cakap bukan-bukanlah.. Fasha is my wife now..not anyone..and I love her..Jangan cakan benda mengarut lagi.." kata Tengku Isyraf lalu beredar. Tengku Iman beredar. "Linda rasa..Laura tu waras tak?" soal Tengku Iman. Linda ketawa. "Abang cakap apa ni?" soal Linda. "Abang tengok ada yang tak kenalah dengan Laura. She's like want to crush the two marriage.." kata Tengku Iman. "Abang..apa yang abang cakap ni?Tak baik tau tuduh orang macam tu.." kata Linda. "No..abang bukan tuduh..but dari hari tu lagi..abang tengok dia tak sukakan perkahwinan adik dengan Syifa." kata Tengku Iman. Linda menyepi sebentar. "May be dia kecewa kot.." kata Linda. "That's why abang cakap macam tu.." kata Tengku Iman. Linda memandang suaminya. Syifa mengantungkan baju-baju yang sudah siap di saterika oleh pembantu mereka ke dalam almari. Tengku Iqram keluar dari bilik mandi. "Baju awak ada dekat katil.." kata Syifa. Tengku Iqram menoleh ke arah isterinya yang sibuk mengemas. Dia masih tidak membuka tudungnya. "Syifa tak nak mandi dulu?Lepas ni sambung balik kemas tu.." kata Tengku Iqram. "Tak apa..nak selesai dah.." kata Syifa.


"Masih terasa dengan hal hari tu?" soal Tengku Iqram setelah lama melihat Syifa senyap sejak mereka sampai di Hilton Sydney Hotel. Apatah lagi sewaktu makan malam tadi. Sepatah ditanya, hanya sepatah dijawab. Syifa memandang wajah suaminya. "Terasa?Kenapa?" soal Syifa. "Saya tengok awak banyak diam..dalam kapal terbang pun awak tak bercakap..sampai sini pun awak tak bercakap..awak ada masalah?" soal Tengku Iqram. Syifa mengeleng. "Maaf kalau saya buat awak rasa macam tu..tapi saya tak biasa.." terus terang Syifa. "Syifa.." jari jemari Syifa dipegang. Syifa melihat wajah suaminya. "Saya dah sah jadi suami awak..saya tak nak awak simpan perasaan apa-apa pun daripada saya..Kalau awak suka..awak tak suka..bagi tahu saya..saya nak berkongsi semuanya dengan awak..awak jangan sembunyikan apa pun daripada saya.." kata Tengku Iqram. Syifa sebak. Matanya mula berkaca. Perlahan Syifa menarik tangannya daripada genggaman lelaki itu. "Terima kasih..dan maafkan saya..saya cuma perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan awak..saya belum kenal awak sepenuhnya." kata Syifa sambil mengesat perlahan air matanya yang jatuh ke pipi. Tengku Iqram mendakapnya. "Saya takkan rahsiakan apa-apa pun daripada awak..Awak perlu percayakan saya.." kata Tengku Iqram. Syifa hanya mengangguk. "Ok..jangan nangis..saya nak bagi awak satu benda.." kata Tengku Iqram sambil mengesat air mata isterunya. Syifa hanya menyepi. Tengku Iqram membuka kotak kecil berbentuk hati yang dipegangnya. "Hadiah untuk perkahwinan kita.." kata Tengku Iqram. Syifa memandang wajah suaminya. Segaris senyuman dihadiahkan kepada isterinya. "Mulai sekarang..jangan bersaya..berawak..you should call me..Abang.." kata Tengku Iqram lalu memasang cincin yang ditempahnya. Syifa merenung cincin itu. "Dekat situ dah tertulis..Syifa milik Iqram..Hanya Allah yan mampu memisahkan kita..ok.." kata Tengku Iqram lalu menyarungkan sebentuk lagi ke jari manisnya. "Terima kasih.." kata Syifa. "Just for you..so..dah malam ni..kita tidur ya..esok nak pergi jalan-jalan kota Sydney.." kata Tengku Iqram. Syifa tersenyum. 


Tengku Isyraf baring di sebelah isterinya. "Betul ke apa yang Laura cakap pagi tadi?" soal Fasha tiba-tiba. Tengku Isyraf menoleh ke arah isterinya yang sengaja memejamkan matanya. "Apa yang Fasha dengar semuanya mengarut..Jangan percaya apa yang dia cakap.." kata Tengku Isyraf. "Kalau pasal penjodohan tu?" soal Fasha. Tengku Isyraf menyepi sebentar. "Semua tu jodoh yang Allah tetapkan..Kita tak boleh lawankan.." kata Tengku Isyraf. Fasha membisu. Tengku Isyraf melihat wajah isterinya. Lama ditenung. Perlahan dia menarik isterinya ke dakapannya. Fasha mendonggak melihat suaminya. "Jangan ambil berat tentang perkara yang tak penting macam tadi..Abang nak Fasha percayakan abang..bukan orang lain..janji pada abang.." kata Tengku Isyraf. Fasha mengangguk perlahan. "Abang janji jangan rahsiakan apa pun daripada Fasha..dan Fasha akan janji.." kata Fasha. Tengku Isyraf tersenyum lalu mengucup dahi isterinya. "Janji..abang akan bagitahu semuanya.." kata Tengku Isyraf. Fasha memeluk erat suami yang semakin lama telah bertahta di hatinya menggantikan bekas kekasihnya. Syifa tersedar daripada tidurnya. Dilihat suaminya lena dibuai mimpi. Sememang lelaki itu menghormatinya. Dia bangun bertahajud. 'Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku..Kau ampuni segala dosaku dan suamiku..Kau bukakanlah pintu hati hamba untuk menerimanya sepenuh hati hamba..Kau lapangkan segala urusan yang bakal aku tempuh tidak lama lagi..Ya Allah..aku mohon Ya Allah..' doanya sendirian. Matanya masih lagi tidak boleh tertutup rapat. Dia mengambil Al-Quran dan membacanya dengan sepenuh hati. Tengku Iqram melelapkan matanya kembali. Dia tersenyum melihat 'Bidadari' yang dihantar oleh-Nya kepada dirinya.


Laura semakin gelisah memikirkan pasangan itu. 'Aku kena buat Iqram kekal dengan aku....' detisnya. Fasha mengemas meja makan. "Fasha..tak nak cuba kerja dekat syarikat kak Linda..diorang perlukan interior designer.." kata Linda. "Fasha ingat nak kerja..tapi tunggu dululah kot..Fasha tak bincang lagi dengan abang Syraf.." kata Fasha. Linda mengangguk. "Tak apalah..kalau dah bincang nanti boleh bagtahu akak..akak dah sediakan tempat untuk Fasha. Fasha mengangguk. Laura turun. "Kak Linda..esok akak masuk hospital kan?" soal Laura. Linda mengangguk. "Wah..tak sabar nak tengok baby kak Linda.." kata Laura. "Laura macamana?Hari tu sampai masuk hospital..ada apa-apa yang membimbangkan ke?" soal Linda. Laura mengeleng. "Tak ada.." kata Laura. 'Qram pasti tahu hal ni..' desisnya. Syifa menutup pintu almari. "Jom.." Tengku Iqram menghulurkan tangannya. Syifa menyambutnya dengan senyuman. Mereka berjalan di sekitar Kota Sydney. Sememangnya kota ini cantik. Sydney Harbour Bridge besar dan nampak benar-benar mewah. Bentuk Sydney Opera House juga unik dipandang. Memang cantik. "Boleh saya tanya sesuatu?" kata Syifa sebaik mereka berehat di sebuah kafe di taman tema Sydney. Tengku Iqram mengangguk sambil memberikan air botol kepada isterinya. "Duduklah dulu.." kata Syifa. Tengku Iqram duduk di sebelahnya. "Kenapa?" soal Tengku Iqram. "Siapa Laura pada awak..?" soal Syifa. "Laura?" soal Tengku Iqram. Syifa mengangguk. "Dia sepupu abang yang kehilangan parents dia dari kecil lagi..Dia duduk dengan kami sebab mama satu-satunya mak cik yang dia ada..dan abang sayang dia sebagai seorang adik..memandangkan dia muda daripada abang..Abang pernah bercinta dengan dia..sebab abang tak nak dia terjebak dalam dunia permodelan tapi..dia lebih sayangkan dunia dia.." jelas Tengku Iqram. Syifa menyepi. "Kenapa sayang tanya?" soal Tengku Iqram. Syifa mengeleng. "Saja nak tahu.." kata Syifa lalu membuka penutup botol itu. Tengku Iqram membiarkan.


Tengku Isyraf melihat Fasha lena dibuai mimpi. 'Maafkan abang..abang memang sayangkan dia..abang tak mampu nak tipu Fasha..tapi biarlah semuanya disimpan rapi macam ni..supaya rumahtangga kita kekal bahagia.' bisik Tengku Isyraf. Hafie termenung di laman rumah keluarga susunya. Esok flightnya pulang ke Syiria. Hatinya meredhakan apa ketentuan yang telah Allah tetapkan untuknya. Datin Batrisya melihat anak saudaranya. ["Mama Risya ni..Hafie tak ada calon lagi.." kata Hafie. "Takkanlah sorang arab dekat sana pun Fie tak berkenan.." kata Datin Batrisya. "emm..tengoklah..kalau ada jodoh..Fie bawa dia balik ya..mama jangan risau..rahsiakan dari Fasha bila dia balik nanti.." kata Hafie. "Siapa nama dia?" soal Datin Batrisya. "Dia professor muda dekat sini..Syifa.." kata Hafie.] Datin Batrisya teringat sewaktu mereka barsembang dalam telefon dahulu. 'Syifa..' Puan Melisa melipat sejadahnya. Tengku Hasrif seperti biasa selepas solat subuh berjemaah, dia akan duduk di balkoni biliknya sambil membawa buku agama. "Abang..Lisa rasa..kena carikan Laura pasangan untuk dialah.." kata Puan Melisa mengambil tempat duduk di sebelah suaminya."Kenapa?" soal Tengku Hasrif. "Ya lah..umur dia pun dah 26..Takkan nak biarkan dia membujang.." kata Puan Melisa. "Awak tak tanya dia ke..entah-entah dia dah ada calon sendiri.." kata Tengku Hasrif. "Abang ni..dia tu kan sayang sangat dekat Iqram..takkan tu pun awak tak tahu lagi..Dia mesti tak ada punya.." kata Puan Melisa. "Lisa tak nak terjadi apa-apa rumahtangga Iqram dengan Syifa..baik abang carikan untuk Laura.." sambung Puan Melisa. 


Syifa menyalam tangan kedua mertuanya. "Macamana holiday?" soal Tengku Hasrif. "Bukan holiday papa ni..Honeymoon.." kata Tengku Ines. Syifa hanya tersenyum sipu. "Kakak..jangan kacau orang baru balik honeymoon ni..bahaya.." kata Tengku Isyraf. Tengku Iqram memeluk bahu abangnya. "Hah..mana satu lagi pengusik?" soal Tengku Iqram. "Hai..takkan lupa kot..dekat rumah mak sanalah..Baby pun dah umur lima hari pun.." kata Tengku Ines. "Ya ke??Abang pun dekat sana?" soal Tengku Iqram. "Ya..diorang dekat sana.." kata Puan Melisa. "InsyaAllah..habis pantang nanti..diorang balik sini.." kata Tengku Hasrif. "Wah..tak sabar nak tunggu yang kedua tu.." kata Tengku Iqram sambil tangannya menunjukkan ke arah perut kakaknya. "Yang ni tahun depan.." kata Azwan. "Dah..Iqram..bawa Syifa rehat.." kata Tengku Hasrif. Tengku Iqram mengangguk. Laura turun. Dia terhenti di anak tangga. "Iqram..bila sampai..?" soal Laura. Tengku Iqram dan Syifa menoleh melihat Laura. "Baru je..Nak rehat kejap.." kata Tengku Iqram lalu memeluk bahu isterinya. Pembantu rumah itu meletakkan beg pakaian milik pengantin baru itu ke dalam bilik. Tengku Iqram melalui Laura tanpa sedikit tolehan pun. Laura geram. Syifa mengemas beg pakaian mereka. "Syifa tak nak kerja balik?" soal Tengku Iqram. "Abang izinkan?" soal Syifa sedikit gembira. "If you want.." kata Tengku Iqram. Syifa tersenyum. "Saya ingatkan abang tak bagi..jadi saya tak nak minta.." kata Syifa. "But..promise you call yourself with your name or my 'sayang'..kalau tak..Tak boleh.." kata Tengku Iqram tersenyum nakal menghampiri isterinya. Syifa menjeling. "Only Syifa.." kata Syifa. "I love your eyes.." kata Tengku Iqram mengucup kening isterinya. Syifa tersenyum. "Esok abang kerja malam..so..bolehlah abang temankan sayang uruskan hal permohonan sayang.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk.


Fasha keluar dari bilik tidurnya. Tengku Iqram juga. Mereka saling perpandangan. Masing-masing terasa janggal. Tengku Isyraf keluar. "Hah..Qram..tak kerja?" soal Tengku Isyraf. "Malam..pagi nak keluar sekejap..nak uruskan hal Syifa.." kata Tengku Iqram. "Oh..jomlah..sarapan sekali.." kata Tengku Isyraf. Tengku Iqram mengangguk. Fasha terus beredar bersama suaminya. Syifa keluar dari biliknya. "Jom..kita sarapan dulu.." kata Tengku Iqram. Syifa menurut. "Lau..ra tak ada sekali ke?" soal Syifa melihat semua isi rumah kelihatan tetapi kelibat Laura tidak pula menyertai mereka. "Laura tak sarapan pagi.." kata Tengku Iqram. "Syifa jangan risaulah pasal dia..Dia dah besar nak jaga makan dia.." kata Tengku Hasrif. Syifa hanya mengangguk. Tengku Iqram menutup pintu kereta kesayangannya setelah isterinya masuk ke dalam perut kereta itu. "Kami lunch kat luar ma.." kata Tengku Iqram. "Ok..take care.." kata Puan Melisa. Kereta Jaguar XF milik suaminya meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo itu. Fasha menyalam tangan suaminya. "Hati-hati.." kata Fasha. Tengku Isyraf mengucup dahi isterinya lalu masuk ke dalam kereta BMWnya. "Kak Fasha tak kerja ke?" soal Syifa. Tengku Iqram mengeleng. "Entahlah.." kata Tengku Iqram sambil matanya menumpu pada pemanduanya. "Kalau kak Fasha tak kerja..tak salahkan kalau Syifa duduk rumah dengan dia..mama..Laura.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum. "Abang tak paksa sayang..Kalau sayang rasa nak kerja..abang izinkan..Kalau tak nak..hemm..sayang kena datang setiap hari dekat hospital..bila abang kerja..macam dulu..tiap hari abang dapat tengok mata sayang.." kata Tengku Iqram. "Syifa serius ni.." kata Syifa. Tengku Iqram ketawa kecil. "Abang pun serius.." kata Tengku Iqram sambil tangannya menggenggam jari jemari isterinya. "Gatal betul.." kata Syifa mencubit manja tangan suaminya. Tengku Iqram tersenyum.


"Mama..Laura nak keluar kejap ya.." kata Laura. "Laura nak ke mana?" soal Puan Melisa. "Em..nak pergi shopping sikit..nak pinjam kereta..boleh?" kata Laura. "Ambil kunci Honda.." kata Puan Melisa. "Ok..thanks ma.." Pintu Honda Civic dikunci automatik setelah Laura mula memandu kereta itu. "Mama..tak pergi mana-mana hari ni?" soal Fasha. "Emm..mama nak pergi sauna dengan aerobik..Fasha join mama nak?Mesti Fasha boring duduk rumah orang-sorang.." kata Puan Melisa. "Em..mama..mungkin hari ni..Fasha tak dapat nak ikut mama..Abang Hafie nak balik dah..Fasha nak minta izin mama keluar.." kata Fasha. "Oh..ya ke?Tak apa..pergilah..Isyraf tahu?" soal Puan Melisa. Fasha mengangguk. "Ingatkan mama tak pergi mana-mana..Fasha nak temankan mama.." kata Fasha.Puan Melisa tersenyum. "Tak apalah..pergilah siap..Flight Hafie pukul berapa?" soalnya. "Dalam pukul 11.30.." kata Fasha. Puan Melisa mengangguk. "Siaplah..nanti lambat pula." kata Puan Melisa. Laura tersenyum sendirian. 'Nampaknya..tak lama lagi..dia akan jadi milik aku..' detis Laura. Tengku Iqram memarkir keretanya. "Abang pergilah merayap dulu..Biar Syifa uruskan..Kesian pula kalau lambat.." kata Syifa. "Tak apalah..hantar register je.." kata Tengku Iqram. Syifa tidak membantah. "Jom.." kata Tengku Iqram mencapai jemari isterinya. "Tiga hari abang kerja malam..Syifa nak duduk rumah umi ke duduk rumah mama?" soal Tengku Iqram. "Syifa tak kisah.." kata Syifa. "Kalau abang risau Syifa sorang-sorang dekat rumah..lagipun kak Ines tak ada..Kak linda pun tak ada..Sayang duduk rumah umilah..kita duduk dekat sana..Boleh sayang jumpa Bukhari.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk sambil tersenyum. "Terima kasih.." kata Syifa. 


Laura geram mendengar khabar pengantin baru itu akan duduk di rumah mertua sehingga Tengku Iqram habis bertugas malam. "Laura jangan susahkan Fasha.." kata Tengku Hasrif. "Tak adalah papa.." kata Laura. Syifa mendukung si kecil yang berlari mendapatkannya. "Bukhari rindukan umi.." kata Bukhari. "Aip..Bukhari..Umi Syifa abi yang punya.." kata Tengku Iqram mencubit geram pipi montel si kecil itu. "Abi..dengan umi tidur sini?" soal Bukhari. "Ya sayang..Bukhari kena dengar cakap umi Syifa.." kata Puan Azira. "Baik nenek.." kata Bukhari. "Hah..Iqram nak makan dulu ke?" soal Syed Syauki. "Tak apalah..dah nak pukul 6.30 ni..Iqram kena masuk dah..Tapi..esok pagi Iqram nak makan masakan Umi.." kata Tengku Iqram. Syazwan tersenyum. "Kenapa?Dah boring masakan Syifa ke?" soal Syazwan. "Tiap hari makan masakan Syifa..boleh gemuk..dia masak sedap.." usik Tengku Iqram. Syifa mengeleng. "Emm..nanti umi masakkan untuk Iqram.." kata Puan Azira. Tengku Iqram mengangguk. "Oklah..Qram nak kena pergi.." kata Tengku Iqram menyalam tangan kedua mertuanya dan abang iparnya. Syifa memberikan Bukhari kepada abangnya lalu dia mengiringi suaminya keluar. "Hati-hati.." kata Syifa lalu menyalam tangan suaminya. Tengku Iqram mengangguk. "Salam je ke??" Syifa menjeling tahu maksud suaminya. Tengku Iqram memeluk kejap isterinya. "Abang rasa nak bawa je sorang ni pergi sekali.." kata Tengku Iqram. Syifa mengusap lembut belakang suaminya. "Esok kita jumpa ya..malam nanti abang call..sebelum sayang tidur.." kata Tengku Iqram sambil wajah isterinya ditatap dalam. Syifa mengangguk sambil tersenyum. Dahi Syifa dikucup kasih. "Assalamualaikum.." kata Syifa. Tengku Iqram menyahut ucapan salam itu.


'Tak apa..mungkin belum masanya melihat pasangan bodoh tu hancur..Bersamalah dulu..Happy-happylah sementara masa yang tinggal ni..' detis Laura sambil tersenyum. "Mama tengok..Syifa lembut orangnya.." kata Puan Melisa. "Hah..tulah sebab Iqram terima dia..cantik..baik..beragama.." kata Tengku Hasrif. "Tengok si Iqram tu tak nak jauh langsung dengan Syifa..Tak macam Laura dengan dia dulu.." kata Puan Melisa. "Laura tu macam adik dia je..Dia tak nak Laura masuk dalam dunia macam tu..Tulah dia sengaja dekatkan diri dia dengan Laura." kata Tengku Hasrif. "Tapi..Lisa risaulah tengok si Laura tu..riak wajah dia..bila tengok Iqram dengan Syifa..dia macam marah..Lisa risaulah kalau dia dendam dengan Syifa.." kata Puan Melisa menyedari sikap anak buahnya sejak dari pertemuan keluarga lagi. "Awak janganlah fikir bukan-bukan..Kita doakan je yang terbaik untuk semua..Laura pun..saya dah cuba carikan pasangan untuk dia.." kata Tengku Hasrif. "Baguslah.." kata Puan Melisa. Syifa menyelimutkan Bukhari yang nyenyak di sebelahnya. Maklumlah, suami tida si sisi. Si kecil itu menjadi penemannya. "Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam..sayang dah tidur ke??Maaf abang call lambat.." kata Tengku Iqram. "Tak..Syifa belum tidur lagi.." kata Syifa. "Sayang tidur dengan Bukhari ke?" soal Tengku Iqram. "Hem..dia dah lena sangat tidur dekat sebelah ni.." kata Syifa. "Abang rindu nak tengok jelingan sayang tu.." kata Tengku Iqram. Kedengaran tawa manja Syifa. "Ha..yang tu pun abang rindu.." kata Tengku Iqram. "Doktor..ada pesakit ICU ada panggilan kecemasan.." kata jururawat yang bertugas. "Baik...Saya pergi..Sayang..I have to go.." kata Tengku Iqram. "Ok..take care.." "You too..good night..Assalamualaikum." kata Tengku Iqram. "Waalaikumussalam.." Syifa meletakkan telefon bimbitnya di meja lampu. 'Ya Allah..lindungi suamiku..' doa Syifa.


Hafie masuk ke rumahnya. Dia merebahkan badannya di atas sofa rumahnya. ["Abang pindahlah sini..Tak adalah nak jumpa abang pun susah..Lagipun..boleh temankan mama dekat sini.." kata Fasha.] Dia terus menutup matanya. Tengku Iqram membersihkan tubuhnya sebelum dia berehat. Syifa mengeluarkan t-shirt dan seluar track suaminya lalu diletakkan di atas katil. "Sedaplah masakan arab umi..Kalau macam ni..abang nak datang sini tiap-tiap hari.." kata Tengku Iqram menghampiri isterinya. "Memandangkan ada abang dekat sini..Umi masaklah sedap-sedap..selalunya, umi tak masak pun masakan arab.." kata Syifa sambil menghulurkan pakaian suaminya. "Terima kasih.." "Ha..bestnya kalau tiap-tiap hari macam ni..pagi-pagi dah dapat makan makanan macam ni..tapi..gemuklah nanti.." kata Tengku Iqram. Syifa tersenyum. "Tak tahu pula lelaki jaga badan..kalau orang arab sana..mana ada jaga badan." kata Syifa. "Nakal ya..Nak mengata orang.." kata Tengku Iqram mencuit hidung isterinya. Syifa tersenyum lagi. Semakin hari dia semakin selesa dengan lelaki itu. Hampir sebulan perkahwinan mereka. Dia inginkan saat indah ini sentiasa kekal hingga hujung nyawanya. "Abang rehatlah..Syifa nak turun bawah.." Belum sempat Syifa mengangkat kaki untuk beredar, tangannya disambar Tengku Iqram. "Sayang teman abang dekat bilik ni.." kata Tengku Iqram. Syifa memandang wajah suaminya yang kelihatan keletihan tetapi masih boleh tersenyum manis. Syifa merenung wajah suaminya yang kelihatan lena dibuai mimpi. 'Ya Allah..aku bersyukur atas kurniaan-Mu..Dia seorang lelaki yang penyayang..Sedikit pun dia tidak pernah membuatkan aku rasa tidak selesa..Dia amat memahami diriku..Kau lindunginya daripada segala apa musibah yang bakal menimpanya. Kau lindungi rumahtangga kami Ya Allah..' doanya di dalam hati. "Syifa tenung muka abang ya?" usik Tengku Iqram walaupun matanya sudah tertutup rapat. Syifa mengerut. Tengku Iqram menarik isterinya. "Biar abang peluk sekejap ya.." kata Tengku Iqram. Syifa memandang wajah suaminya. Kelihatan senyuman yang paling digemari Syifa. Syifa membiarkan suaminya mendakapnya. 


Fasha melihat Laura termenung bersendirian di beranda rumah banglo milik keluarga Tengku. Tengku Ines masuk ke dalam rumah itu. "Assalamualaikum.." kata Tengku Ines. Fasha memakai tudung lalu pergi ke ruangtamu. "Kak Ines..baru sampai ke?Sorang je?" soal Fasha sambil menyalam tangan iparnya. "Emm..akak baru sampai..abang Azwan dekat kereta ambil barang...Sunyi je..Syifa mana?" kata Tengku Ines. "Iqram kerja malam..Syifa duduk rumah mak dia.." kata Fasha. "Oh..patutlah.." kata Tengku Ines. "Assalamualaikum.." ucap Azwan. "Waalaikumussalam.." sahut mereka. "So hari ni..Fasha tak payahlah masak malam..abang Wan dah belikan makanan untuk kita.." kata Tengku Ines. "Senanglah kerja Fasha.." kata Azwan. Fasha tersenyum. "Terima kasih.." kata Fasha. "Laura mana?" soal Tengku Ines. "Emm..dia termenung dekat laman.." kata Fasha. Tengku Ines tersenyum. "Termenung dekat adiklah tu.." usik Tengku Ines. "Isyraf dengan adik mana?Dah pukul enam..tak nampak pun.." kata Azwan yang baru muncul dari arah ruang makan. "Oh..Iqram kerja malam...dia duduk rumah mak mertua dia..Isyraf mungkin on the way.." kata Fasha. "Model antarabangsa tu mana?" soal Azwan. "Termenungkan adik.." kata Tengku Ines. "Sayang.." tegur Azwan. "Guraulah.." kata Tengku Ines tersenyum kambing. Fasha ketawa kecil melihat pasangan itu. "Fasha nak siapkan makanan dulu..nanti papa balik..tak siap lagi..tak elok pula.." kata Fasha. "Ok..akak tukar baju sekejap..nanti akak tolong Fasha.." kata Tengku Ines. "Tak apa kak..Makcik Aishah ada..akak rehatlah..akak tak boleh penat..nanti kesian baby tu.." kata Fasha. Tengku Ines ketawa. "Pandai je Fasha ya..tak apa..akak salin baju kejap ya.." kata Tengku Ines.


Tengku Iqram masuk ke bilik isterinya. Syifa sibuk mengemas beg pakaian. "Sayang nak tinggal sini ke?" soal Tengku Iqram sambil duduk di birai katil. "Abang..hujung minggukan keluarga abang berkumpul..kesian diorang kalau abang tak ada..lagipun tak manis kalau abang lama-lama dekat sini..nanti orang kata 'Queen control' pula dekat Syifa.." kata Syifa. Tengku Iqram ketawa kecil. "Tak apa kena queen control sayang..Bukhari macam sedih je bila Syifa bagi tahu pasal balik tadi.." kata Tengku Iqram. Pekerjaan Syifa terhenti. Tengku Iqram melihat isterinya. "Sayang kenapa?" soalnya. Syifa mengeleng sambil tersenyum. "Nanti abang cuti..abang nak bawa dia pergi jalan-jalanlah.." kata Tengku Iqram. Syifa memandang wajah suaminya. "Nak tak?" soal Tengku Iqram. Syifa mengangguk sambil tersenyum gembira. "Terima kasih.." kata Syifa. "Just for you my dear.." kata Tengku Iqram. Syifa tersenyum. "Bukhari..jangan nakal.." kata Tengku Iqram. Bukhari mengangguk. "Abi..nanti bawa umi Syifa datang lagi.." kata si kecil itu. "Ya..nanti abi bawa Bukhari jalan-jalan dengan umi..tapi syarat..Bukhari kena makan ubat..tak boleh ponteng..ok?" kata Tengku Iqram sambil mencuit hidung manjung Bukhari. Bukhari mengangguk. Syifa tersenyum. "Umi..apa-apa call Syifa ya.." kata Syifa sambil tangan ibunya dikucup. "Syifa jaga diri ya.." kata Puan Azira. "InsyaAllah..nanti kirim salam pada abang dengan abi ya.." kata Syifa. Puan Azira mengangguk. "Umi..terima kasih..nanti bila Iqram cuti-cuti..Iqram bawa Syifa datang..makan makanan Arab umi.." kata Tengku Iqram. Puan Azira mengangguk. "Datang je bila-bila masa..Umi akan masak bila Iqram dengan Syifa datang.." kata Puan Azira. "Ok umi..Jaga diri..kirim salam Iqram dekat abi dengan abang Syazwan." kata Tengku Iqram. "InsyaAllah..hati-hati ya.." kata Puan Azira. Syifa masuk ke dalam kereta suaminya.


Laura tersenyum mendengar pengantin baru itu dalam perjalanan pulang. Saat yang ditunggunya bakal tiba. Dia tersenyum puas. Tengku Ines menghampiri Laura. "Laura.." sapa Tengku Ines. Laura terkejut. "Kenapa dengan Laura?Akak buat terkejut ke?" soal Tengku Ines. Laura mengeleng. "Tak adalah.." Laura tersenyum pada Tengku Ines. "Tunggu Iqram ke?" soal Tengku Ines. Laura mengeleng. "Tak saja nak udara segar.." kata Laura. "Lau..ra masih taruh harapan pada Iqram?" soal Tengku Ines. Laura menoleh ke arah kakak saudaranya. "Akak harap Laura boleh cari lelaki yang sesuai dengan Laura..dan lupakan Iqram sebagai cinta Laura.." kata Tengku Ines. "Kakak cakap apa ni?" soal Laura. "Akak tak nak Laura muram setiap hari..Kakak dah tak nampak seri muka Laura lagi..Kakak tak nak Laura buat sesuatu benda yang bakal merosakkan hidup Laura.." kata Tengku Ines. Sejujurnya, dia risau dengan sikap Laura selepas adik bongsunya bertunang dengan Syifa. Laura seakan-akan memendamkan sesuatu. "Kakak jangan risau..Laura takkan buat benda-benda tak eloklah..Iqram dah macam abang Laura..lagipun Laura tahu..Iqram tak pernah sayangkan Laura macam girlfriend..just like her sister.." kata Laura. Tengku Ines ingin menyambung perbualan tetapi kedengaran suara suaminya memanggil. "Akak masuk dulu..mungkin Iqram dah sampai.." kata Tengku Ines. Laura mengangguk. Tengku Ines beredar. 'Kakak..kakak..takkanlah aku nakk buat sesuatu..kena bagi tahu orang..minta maaflah..' detis Laura sendirian. Tengku Iqram memeluk kakaknya. "Hai..apasal pula budak sorang ni?Manja tiba-tiba ni..Syifa buli adik ke?" usik Tengku Ines. Tengku Iqram meleraikan pelukan lalu dijeling kakaknya. "Pandai-pandai je akak ni..Tak baik tau..tuduh Syifa macam tu.." kata Tengku Iqram. Tengku Ines tersenyum. "Syifa..Iqram kuat tidurkan..?" kata Tengku Ines. Syifa hanya tersenyum. "Mama..rasa macam tiga tahun tak jumpa..rindu dekat mama.." kata Tengku Iqram. "Hish..Iqram ni..dah jadi suami orang pun perangai mengada-ngada lagi.." kata Puan Melisa. "Bukan selalu..kan papa.." kata Tengku Iqram. Tengku Hasrif mengusap rambut anak bongsunya. "Hai..kesian dekat Syifa..dapat suami manja macam adik..teruklah Syifa kena treat dia.." usik Tengku Isyraf. Mereka ketawa. 


Tengku Isyraf masuk ke biliknya. "Iqram manja dengan kakak ya?" soal Fasha. "Aah..diorang rapat..Kakak suka manjakan Iqram..lagipun..jarak adik dengan kakak jauh juga..berbanding abang dengan adik.." kata Tengku Isyraf. "Patutlah..nampak muka macam serius juga..manja rupanya." kata Fasha. "Selamatlah Syifa jenis serius sikit..kalau dua-dua anak manja teruklah.." kata Tengku Isyraf. "Mungkin faktor dia duduk bersendirian..jauh daripada keluarga.." kata Fasha. "Tulah.." kata Tengku Isyraf. Syifa turun ke dapur rumah banglo itu. "Hai..seronok kau jauhkan anak manja tu dengan keluarga dia kan?" tegur seseorang dari arah belakangnya. Syifa menoleh. "Laura..??Terkejut saya.." kata Syifa. "Kenapa terkejut?Ada buat salah ke?" soal Laura. "Tak adalah..Saya ingat semua dah tidur..Nak ambilkan air minum untuk Iqram.." kata Syifa. "Biar I yang buat..dia suka minuman yang I buat.." kata Laura. Syifa sedikit terasa tidak sedap hati. "Terima kasih..tapi..saya tak nak menyusahkan Laura.." kata Syifa. "Menyusahkan??Tak adalah..memang dah tahu dah..pukul 12 macam ni..Iqram akan turun minum air..dan I yang selalu buatkan untuk dia..You jangan risaulah.." kata Laura masuk ke dapur membuatkan minuman untuk Tengku Iqram. Syifa duduk di kerusi di sudut ruang makan. 'Habislah pasangan kau hari ni...Syifa..selamat tinggal..' kata Laura sambil memasukkan serbuk sihir ke dalam cawan itu. "Syifa.." Laura menghulurkan cawan itu. "Terima kasih.." kata Syifa. Laura mengangguk. Syifa membawa cawan itu ke atas. Mulutnya terkumat kamit membaca 'Selawat Syifa' dan Doa lindung Mudharat yang di ajar oleh datuknya. Sebaik pintu biliknya dibuka dan bacaan ayat itu selesai, cawan itu jatuh. Air kopi campuran serbuk penyihir itu tumpah, cawan itu pecah. Syifa benar-benar tidak sedap hati dia mengurut dada dambil beristighfar. "Sayang..kenapa ni?" soal Tengku Iqram menghampiri isterinya. 


Tengku Iqram merenung wajah isterinya sedikit pucat. "Sayang ok tak ni?" soal Tengku Iqram. Syifa mengangguk. "Syifa ok..maaf buat abang risau..Syifa buatkan air baru untuk abang.." kata Syifa bangun dari katil itu. Tengku Iqram menahan isterinya. "It's ok..abang tak nak minum pun..kita tidur ya.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk perlahan. Laura mencampakkan buku-bukunya. Geram yang teramat-amat. Jika Syifa tidak menjatuhkan cawan itu, pasti rancangannya berjaya. Tengku Iqram pasti kembali kepadanya. 'Siap kau Syifa..Kau memang sengaja cari nahas dengan aku..' katanya dengan perasaan marah. Tengku Iqram mengusap rambut isterinya. Syifa kelihatannya sudah sedikit tenang berbanding tadi. Tengku Iqram merebahkan kepalanya dia atas bantal empuk. "Abang.." Tengku Iqram menoleh. "Kita bangun tahujjud nanti ya..Syifa betul-betul tak sedap hati tentang tadi..Terasa macam ada orang tengah nak cuba rosakkan perkahwinan kita.." ucap Syifa. Matanya ada kaca jernih yang menantikan saat untuk berderai. "Apa Syifa cakap ni..jangan fikir bukan-bukan..InsyaAllah..tak ada apa-apa..Itu mainan Syaitan je.." kata Tengku Iqram sambil memeluk isterinya. Syifa tersa sebak. "Abang..Syifa betul-betul rasa tak sedap hati tentang hal ni.." kata Syifa mula tersedu-sedu. "Shu..kenapa sayang menangis ni..(kesat air mata Syifa lalu mengucup dahinya)..Jangan risau..insyaAllah..Allah takkan izinkan hal yang berdosa tu..terjadi..jangan risau ya.." kata Tengku Iqram. Malam itu, pasangan itu bangun menghadap Allah yang Maha Berkuasa. Syifa berimamkan suaminya dan mengaminkan setiap doa yang diucap suaminya. Hati-hatinya sedikit tenang berbanding tadi. Entah kenapa, dia benar-benar yakin ada sesuatu dalam minuman tadi. Tapi dia segera menepis perkara yang membawa kepada bersangka buruk itu. 


"Syifa mana?" soal Tengku Hasrif. "Iqram tak kejutkan dia..Dia demam.." kata Tengku Iqram. "Demam??Semalam papa tengok Syifa ok.." kata Tengku Hasrif. "Malam tadi ada berlaku sesuatu..Mungkin perkara tu menganggu dia..Sampai dia demam.." kata Tengku Iqram. "Syifa dah makan ubat ke?" soal Puan Melisa. "Belum lagi..subuh tadi dia ok lagi..tapi Iqram pelik tengok dia tidur lepas subuh..tu Iqram rasa badan dia..panas..Iqram nak bagi dia makan dulu.." kata Tengku Iqram. "Hah..biar kakak masak bubur kejap..selalu first demam ni..dia mesti tak selera nak makan.." kata Tengku Ines. "Terima kasih kak.." "Apa yang berlaku sebenarnya?" soal Tengku Isyraf. "Entahlah..malam tadi Syifa turun buatkan air untuk Iqram..elok dia buka pintu cawan tu pecah..Muka dia memang pucat...tapi dia tak cerita apa-apa.." kata Tengku Iqram. Laura sedikit gelisah. 'Macamana boleh jadi hal ni...' keluhnya sendirian. "Sayang.." kejut Tengku Iqram. Syifa memegang kepalanya. Kepala sedikit pening. "Sayang..makan sikit..nak makan ubat ni.." kata Tengku Iqram. Syifa bangun. "Dah pukul berapa ni?" soal Syifa. "Pukul 8.30..Syifa makan ni..lepas tu rehat.." kata Tengku Iqram. Syifa ingin turun dari katil, "Syifa..nak pergi mana?Syifa tak sihat.." tahan Tengku Iqram. "Syifa nak turun..tak baik..kalau Syifa tak tolong kak Fasha..Kesian dia.." kata Syifa. "Syifa..rehatlah..suhu sayang tinggi..makan bubur ni.." kata Tengku Iqram. Syifa merenung wajah suaminya. "Abang tak nak sayang sakit..Rehat dulu..rasa dah ok nanti..Sayang boleh turun..ok.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk. Fasha menghampiri suaminya di laman rumah itu. "Abang.." Fasha menghulurkan secawan coklat panas kepada suaminya. "Terima kasih..duduklah sini.." kata Tengku Isyraf.  


"Tak apa..nanti mama tolong uruskan hal tu..Hafie dah bagi tahu Fasha ke?" soal Datin Batrisya. "Belum lagi..Ingat nak suprise dekat dia.." kata Hafie. "Ok..mama simpan.." kata Datin Batrisya. "Thanks..emm oklah..nanti kirim salam pada papa.." kata Hafie. "InsyaAllah..take care.." "You too..Assalamualaikum.." Syifa menyandar setelah ubat demam ditelannya. Tengku Iqram menghadap isterinya. "Apa yang berlaku semalam?" soal Tengku Iqram. Syifa memandang wajah suaminya. "Tak ada apa..Cawan tu terlepas daripada tangan Syifa je.." kata Syifa. "Sampai buat Syifa menangis..?" kata Tengku Iqram. Syifa membisu. "Bagi tahu hal yang sebenar.." "Air semalam..bukan Syifa buat.." kata Syifa. "Habis tu?" "Laura..Dia kata dia nak tolong buatkan..sebab dia dah biasa tolong buatkan air untuk abang..Hati Syifa rasa tak sedap hati..dan Syifa baca selawat syifa dan doa mudharat...Entah macamana..cawan tu terlepas daripada tangan Syifa.." Syifa berterus terang. Tengku Iqram merenung isterinya. "Tapi..kita lupakanlah ya..Mungkin kebetulan je..Abang jangan pula rasa lain dalam hal ni..Kesian Laura kalau sebenarnya tak ada apa-apa berlaku.." kata Syifa. Tengku Iqram mengangguk. "Abang..tak rasa pelik ke?" soal Fasha. Tengku Isyraf memandang wajah Fasha. "Pelik?" "Semalam..waktu cawan Syifa pecah..Fasha nampak Laura dekat tangga..Dia nampak marah.." kata Fasha. Tengku Isyraf membisu. "Syifakan dari bawah..Mungkin ada sesuatu yang menganggu Syifa sampai..Syifa demam.." kata Fasha. "Adik pun ada cakap tadi..Something yang buat Syifa demam..tapi takkanlah ada kaitan dengan Laura.." kata Tengku Isyraf. Giliran Fasha pula membisu. Tengku Iqram duduk di balkoni biliknya. Syifa terlena selepas menelan dua biji ubat demam yang diberikan olehnya. ["Air semalam..bukan Syifa buat.."] ["Laura.."] Dia menghela nafas.


Laura menghampiri Tengku Iqram. "Kenapa you nak jumpa I kat luar ni?" soal Laura. Tengku Iqram menoleh ke belakang. "I nak minta tolong you sikit.." kata Tengku Iqram. Laura mengangguk. "You tolong jangan cakap apa-apa dengan Syifa..jangan ganggu dia..I tak suka kalau dia rasa tak selesa dengan you..I semuanya selesa macam keluarga..boleh tak?" kata Tengku Iqram. "Apa maksud you ni?" soal Laura. "I tak tahu apa yang buat pada dia sampai dia tak selesa..tapi..I minta tolong sangat-sangat..kalau boleh jangan kacau dia..or cakap something yang tak perlu pada dia..benda tu senangkan.." kata Tengku Iqram. "You ni kenapa?Oh..disebabkan dia..You nak marah I sampai macam ni..Apa salah I..?I tak pernah kacau dia..Apalah agaknya dia cakap dengan you sampai you boleh jadi macam ni.." kata Laura. "Dia tak pernah cakap apa-apa dengan I..tapi I tahu..dia tak selesa dengan you sejak makan malam sebelum pernikahan abang Isyraf..I tahu you ada cakap something pada dia.." kata Tengku Iqram. Laura merenung lelaki di hadapannya. "I tak suka orang rasa sangsi pada you..You dah macam adik I..Kalau boleh..biar kita boleh rasa selesa dengan semua..I tak nak ada perbalahan dalam keluarga..ok..You tahu I macamana.." kata Tengku Iqram. 'Tapi aku tak nak di anggap sebagai adik you..!' desisnya. Fasha masuk ke biliknya. ["Yela..abangkan suka pada Syifa..dan..sepatutnya abang yang kena kahwin dengan dia..tapi malangnya sampul korang tertukarkan?] 'Apa motif Laura..?' soalnya sendirian.


"Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam..saya minta maaf..kalau menganggu awak.." kata Fasha. "Tak..tak apa..kenapa call pagi-pagi ni?" soal Tengku Iqram. "Saya nak jumpa awak sekejap boleh?Ada hal nak cakap sikit.." kata Fasha. "em..Ok..saya jumpa awak sebelum pergi hospital nanti.." kata Tengku Iqram. "Ok..terima kasih..jumpa dekat tempat biasalah.." kata Fasha. "em.." Syifa memberikan kemeja kepada suaminya. "Terima kasih.." Segaris senyuman terukir di bibir Syifa. "Nanti jangan lupa makan ubat..walaupun badan tu dah kurang panas.." pesan Tengku Iqram. "Baik bos.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum. "Syifa tak nak keluar ke?" soal Tengku Iqram. Syifa mengeleng. "Duduk rumah je kot..nak tolong Makcik.." kata Syifa. Tengku Iqram memeluk Syifa. "Nanti bawakan lunch untuk abang boleh??" bisik Tengku Iqram. Syifa ketawa. "Pandai bodek.." kata Syifa. Tengku Iqram mengucup dahi isterinya. "Hati-hati memandu.." kata Tengku Isyraf. Fasha mengangguk. "Ah..lupa pula..Abang tak ada meeting nanti..kita makan dekat luar.." kata Tengku Isyraf. "Nanti Fasha datang office abang.." kata Fasha lalu menyalam tangan suaminya. Dahi Fasha dikucup. "Assalamualaikum.." ucap Tengku Isyraf. "Ada apa?" soal Tengku Iqram. "Saya tak nak awak salah faham dengan saya..cuma..saya dah tak sedap hati dengan Laura.." kata Fasha. Tengku Iqram sedikit hairan. "Laura?" "Malam sebelum Syifa demam..dia ada dengan Syifa dekat bawah.." kata Fasha. Tengku Iqram mengangguk. "Syifa ada cerita..dia tolong buatkan air untuk Syifa.." kata Tengku Iqram. "Dan waktu cawan tu pecah..Saya nampak Laura marah.." kata Fasha.


["Kita bangun tahujjud nanti ya..Syifa betul-betul tak sedap hati tentang tadi..Terasa macam ada orang tengah nak cuba rosakkan perkahwinan kita.."] Tengku Iqram menyandar. 'Apa yang Laura nak buat ni??' ["Dan waktu cawan tu pecah..Saya nampak Laura marah..] 'Tok..tok..' Tengku Iqram menoleh. Seorang jururawat masuk ke biliknya. "Ada tetamu.." kata jururawat itu. "Pesakit ada?" soal Tengku Iqram. "Tak ada..doktor lunchlah dulu.." kata jururawat itu. Tengku Iqram mengangguk. Syifa masuk setelah jururawat itu memanggilnya. Tengku Iqram tersenyum melihat isterinya. "Wah..tepat pada masanya.." kata Tengku Iqram. Syifa tersenyum. "Mana boleh doktor makan lambat.." kata Syifa menghulurkan bekas yang mengandungi nasi serta lauk pauk yang dimasaknya. "Hah..sedapnya bau..Syifa masak ke?" soal Tengku Iqram. Syifa mengangguk. "Syifa tak makan?" soal Tengku Iqram. Syifa mengeleng. "Syifa dah makan..sebelum keluar tadi.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum nakal melihat wajah isterinya. "Kenapa?" soal Syifa. "Sayang ni nakal ya..nak tengok abang makan.." usik Tengku Iqram. Syifa ketawa kecil. "Perasan sungguh doktor ni.." kata Syifa. "Siapa perempuan yang masuk bilik Dr.Iqram?" soal jururawat yang bertugas. "Eh..kau tak tahu ke..Dr hansem tu dah kawin..?Tak salah aku..tu lah isteri dia..cantik.." kata jururawat itu. "Kawin??Ya ke??Aku tak tahu pun..." kata peminat setia Tengku Iqram. "Dah sebulan kot doktor kawin Ila..Kau ni memang ketinggalan..Tak salah aku..dengar ceritalah..isteri dia..Adik Arwah puan Syura.." kata Diana. "Puan Syura yang arab tu?" soal Ila. Diana mengangguk. "Puan Syurakan cantik..mesti isteri dia cantik..kejap lagi nak ngintailah.." kata Ila. "Tak payah ngintai..tu hah..dah keluar sama pun.." kata Diana berpura-pura menulis. Ila menoleh. "Cantiklah isteri dia..patutlah..dia tak pandang jururawat kat sini.." kata Ila. 


"Hati-hati memandu." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk lalu menyalam tangan suaminya. Pintu Hyundai Sonata milik Syifa dibuka oleh suaminya. Syifa masuk. "Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam..tunggu abang dekat rumah..jangan nakal.." usik Tengku Iqram. Syifa tersenyum manis. "Masuklah.." Tengku Iqram mengangguk. "Doktor.." Tengku Iqram menoleh. "Isteri doktor ke?" soal Ila. Tengku Iqram tersenyum lalu mengangguk. "Doktor tak kenalkan dengan kitorng pun.." kata Ila. "Hari tukan you all ada kursus..Tak sempat nak ajak." kata Tengku Iqram. "Bila doktor nak kenalkan dengan kitorang?" soal Diana. "Emm..nanti saya bagi tahu..InsyaAllah..kalau saya lapang hujung minggu ni..saya jemput you all datang rumah.." kata Tengku Iqram. "Wah..baiknya doktor..Terima kasih..opps lupa pula..tahniah doktor..dapat isteri cantik dan solehah.." kata Diana dan Ila. Tengku Iqram mengangguk lalu tersenyum. Syifa masuk ke dalam rumah. "Hai..tak kerja pun nak keluar.." kata Laura. Syifa menoleh ke arah ruangtamu. "Rumah ni bukannya tempat rehat kau..as a wife..kau kena duduk rumah jaga rumah ni.." kata Laura. Syifa hanya membisu. Daripada bercakap perkara tak penting, lebih baik mendiamkan diri. "Hai..dah tak ada mulut ke?" soal Laura. "Maaflah..saya nak naik atas dulu..nak tukar baju.." kata Syifa lalu beredar meninggalkan Laura. 'Eh..macam hebat sangat je kat rumah ni..' Fasha memberi salam. Laura menoleh. "Baru balik?Macamana lunch?" soal Laura. Fasha hanya tersenyum. "Boringla makan sorang-sorang..Mama pun keluar.." kata Laura. "Mama keluar?" Laura mengangguk. "Mama ada makan tengahari dengan kawan-kawan dia..sedaplah masakan you." kata Laura. Fasha tersenyum sinis. "Bukan masakan I lah..Syifa..Nanti I minta tolong Syifa masakkan untuk you lagi.." kata Fasha lalu beredar meninggalkan Laura. 'Syifa masak....?' Laura terasa mual.


Tengku Isyraf ketawa. "Kalau abang tengok dia tadi..mesti abang rasa nak tergelak..dia puji masakan orang yang dia tak suka.." kata Fasha. "Laura tu..ego je..Sebenarnya dia marahkan Syifa sebab adik..Cuba dia redho je..Tak adalah menyeksakan diri dia.." kata Tengku Isyraf. Fasha mengangguk. "emm..abang rehatlah dulu..Fasha nak tolong kat bawah..Kesian Syifa nanti.." kata Fasha masih berbaki tawanya. Tengku Isyraf mengangguk. Kereta Mercedes Benz milik Tengku Iqram memasuki perkarangan rumah banglo milik Tengku Hasrif. Dia tersenyum melihat isterinya di muka pintu. Pasti pengawal rumah itu memberitahu kepulangannya. "Macamana hari ni?" soal Syifa mengambil beg bimbit suaminya. Tengku Iqram tersenyum lalu memeluk bahu isterinya. "Rasa seronok.." kata Tengku Iqram. "Seronok?" "Yela..Bila abang balik kerja..dengan tambah penatnya..abang tengok ada si cantik dekat depan rumah..tunggu abang..mana tak seronok.." kata Tengku Iqram mencuit pipi isterinya. Syifa ketawa kecil. "Sayang masak apa untuk makan malam?" soal Tengku Iqram. "Mama masak..Syifa tolong je.." kata Syifa. "Ha..Iqram..pergi mandi..nanti turun makan.." tegur Puan Melisa. "Ok bos.." kata Tengku Iqram. Puan Melisa meneruskan pembacaannya. "Madam Lisa.." panggil Tengku Iqram. Puan Melisa menoleh. "Nak culik pembantu mama ni boleh?" usik Tengku Iqram. "Nak culik selamanya pun boleh..mama tak nak bayar tebusan.." balas usikkan anaknya. Mereka ketawa. "Abang Syraf dah balik ke?Kereta ada..orangnya tak nampak pun.." soal Tengku Iqram. Syifa mengangguk. "Dalam bilik kot..tengah berehat..Abang Syraf balik aawal sikit tadi.." kata Syifa. Fasha keluar dari arah dapur. "Iqram..baru balik?" tegur Fasha. Tengku Iqram mengangguk lalu menaiki anak tangga bersama isterinya.


Laura tersenyum puas..Selepas ini Tengku Iqram pasti menjadi miliknya. "Hujung bulan ni..em..bagus juga. Iman dengan Linda pun dah balik..boleh buat kenduri naik buai sekali.." kata Tengku Hasrif. Tengku Iqram mengangguk. "Nanti mama call Iman..tanyakan dia dulu.." kata Puan Melisa. "Thanks.." kata Tengku Iqram. Syifa melipat sejadah lalu digantung di tempat penyidai. Tengku Iqram mengurut-urut kepalanya. "Abang pening ke?Nak Syifa urut?" soal Syifa. "Tak apa..saya kena rehat je..Saya tidur dulu.." kata Tengku Iqram lalu memejamkan matanya. Syifa membiarkan suaminya. Laura duduk di balkoni biliknya. 'Syifa..kau tunggu penderitaan yang aku alami..Kau akan rasa..' katanya sendirian. Fasha duduk di sebelah suaminya. "Iqram dengan Syifakan jodoh keluarga..tapi..Fasha tengok..Diorang macam dah kenal lama.." kata Fasha. Tengku Isyraf tersenyum. "Diorang memang jodoh keluarga macam kita..tapi..Syifa salah seorang keluarga pesakit dia." kata Tengku Isyraf. "Oh..diorang dah kenal?" soal Fasha. "Kes diorang ni lain sikit..Macam kita..dah kenal sebab Hafie kawan adik..cuma abang tak cam Fasha..sebab Fasha still sekolah rendah waktu abang dengan adik datang rumah Fasha dulu..kan?Tapi adik lain..Syifa dulu pakai purdah..Dia langsung tak pernah tengok Syifa..dan bila papa bagi sampul jodoh tu..Abang tahu..adik tak tengok pun..waktu hari perjumpaan tu baru dia tengok gambar..dan tahu nama dia..Rupanya..perempuan yang sama dengan perempuan dekat hospital tu..seronoklah dia..sebab..dia dah ada perasaan sikit dekat Syifa yang pakai purdah tu dulu.." kata Tengku Isyraf. Fasha ketawa kecil. "Macamana abang tahu dia pakai purdah dulu?" "Syifa adik kawan abang..waktu wedding kita..Syazwan..pengapit abang." kata Tengku Isyraf. "Oh..patutlah..Fasha tengok Syifa balik dengan dia.." kata Fasha. "Tu sebab Fasha tengok adik sayang sangat dengan Syifa.." "habis tu Laura?" soal Fasha. "Laura macam adik dia je..Dia tak ada perasaan macam sekarang dia dengan Syifa.." kata Tengku Isyraf.


Syifa menyalam tangan suaminya. "Tengahari nanti saya ada mesyuarat..Saya makan dekat luar.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk. Tengku Iqram masuk ke dalam kereta tanpa mengucup dahi Syifa seperti kebiasaan. Syifa tidak mahu mengambil hati hanya kerana hal sekecil kuman itu. Mungkin suaminya perlu segera sampai di hospital. Laura sudah tersenyum lebar di balkoni biliknya melihat kedinginan pasangan itu. "Assalamualaikum.." "Iqram..you free tak tengahari ni?" soal Laura. "emm..I ada mesyuarat..kenapa?" soal Tengku Iqram. "I baru nak belanja you makan.." kata Laura dengan nada merajuk. "I makan tengahari lewat sikit..Tak apa?" soal Tengku Iqram. "Tak apa..Ok.nanti I datang sana..You call I bila you dah selesai meeting.." kata Laura. "Ok.." "Bye..Thanks..oh..before I'm forgot..I still love you like before.." kata Laura seakan-akan berbisik. Tengku Iqram tersenyum. "You ni..oklah..I ada pesakit ni.." kata Tengku Iqram. "Ok..darling..I love you..bye.." kata Laura. "Biar saya tolong mak cik.." kata Syifa. "Tak apa..mak cik pergi pasar esok.." kata Mak cik Aishah. "Tak apa mak cik..nanti saya dengan Syifa pergi beli barang-barang dapur..Mak cik tulis je semua yang perlu dibeli..Nanti bagi dekat kami.." kata Fasha. "Baiklah.." kata Mak cik Aishah tidak dapat membantah kedua menantu rumah itu. "Dah lama kita tak keluar macam hari tu.." kata Fasha. Syifa mengangguk. "Nanti Syifa tanyakan pada mama.." "Ok..nanti kita pergi minum sama-sama.." kata Fasha. Laura memeluk Puan Melisa. "Mamalah yang terbaik.." kata Laura. "Dah..hati-hati memandu.." kata Puan Melisa. "Ok.." "Aishah.." panggil Puan Melisa. "Ya puan.." "Saya nak keluar ni..Tak payah masak tengahari..Semua makan dekat luar..Awak pun siap..ikut saya.." kata Puan Melisa. "Baik puan.."


"Nak singgah hospital ke?" soal Fasha. Syifa mengangguk. "Nak hantar makanan ni sekejap..risau pula kalau dia tak sempat lunch.." kata Syifa. "Ok.." Laura memarkir keretanya. Nombor Tengku Iqram didail. "Hello..I dah sampai ni..emm..ada dekat parking luar.." kata Laura. Tengku Iqram keluar. Fasha ternampak kelibat adik iparnya mendapatkan BMW X1 milik ibu mertuanya. "Maaf buat akak susah.." kata Syifa. "Ha..tak apa.." Fasha masih menumpukan pandangannya terhadap kereta yang dilihatnya. Syifa keluar. 'Kalau mama..kenapa tak pakai tudung..?' soalnya sendirian. Nombor ibu mertuanya didail. "Assalamualaikum..mama.." "ya.." "Mama..makan dekat luar ke?" soal Fasha. "Aah..mama pergi dengan Mak cik..kenapa?" soal Puan Melisa. "Oh..Laura?" soal Fasha. "Laura keluar makan dengan kawan katanya..mama pinjamkan kereta mama.." kata Puan Melisa. "Oh..tak apalah..Fasha risau pula kalau tak ada orang yang tolong masakkan lunch.." kata Fasha. Syifa masuk ke dalam kereta. "emm..Ok..hati-hati..Assalamualaikum.." kata Fasha lalu mematikan panggilan. "Dah jumpa Iqram?" soal Fasha. "Tak..dia dah keluar..Syifa tinggalkan makanan dekat dalam bilik dia je.." kata Syifa sedikit kecewa. "Mungkin dia keluar ambil angin kot..Jomlah.." kata Fasha sudah merasai sesuatu. "Tak apa ke you keluar ni?" soal Laura. "Tak apa..I baru habis meeting.." kata Tengku Iqram. "Syifa?" "Dia tahu I makan dekat luar sebab I ada meeting.." kata Tengku Iqram. Syifa hanya membisu di dalam kereta. Begitu juga Fasha. Dia hairan melihat Tengku Iqram keluar bersama Laura. "Kita pergi makan dululah.." kata Fasha. Syifa hanya menurut. 


Syifa melangkah masuk ke restoran itu. Fasha terhenti. Syifa menoleh memandang ke tempat kosong tetapi...terasa ingin tercabut jantungnya melihat dua orang yang kelihatan mesra itu amat dia kenali. Laura dan Tengku Iqram. Laura menyuap makanan ke mulut Tengku Iqram. Fasha semakin hairan apabila Tengku Iqram juga melayan Laura. Syifa terus keluar dari restoran itu. Belum sempat Fasha memaling, Tengku Iqram sudah menoleh memandang ke arah Fasha dan Syifa yang sudah melangkah keluar. Fasha terus memaling daripada memandang ke arah mereka. Laura menoleh. "Kenapa dengan you?" soal Laura. "Tak ada apa-apa.." "Maafkan akak.." kata Fasha melihat Syifa sudah kelihatan sedih. "Doktor.." Tengku Iqram menoleh ke arah jururawat itu. "Tadi isteri doktor singgah.." Tengku Iqram meraut wajahnya. "Terima kasih.." lalu dia beredar. "Kenapa dengan doktor?Macam something happen je.." kata Diana. "Ish..tak ada apa-apa kot.." kata Ila. Tengku Iqram masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia sedikit tersentak melihat bekalan isterinya. Dia menghela keluhan. Isterinya pasti terluka. Dia menyandar lalu memejamkan matanya. Dia teringat pagi tadi dia kelihatan dingin sedikit kepada isterinya. Segera dia istighfar. Syifa membantu Mak cik Aishah mengemas barang-barang dapur. "Syifa pergilah rehat..Biar akak buat.." kata Fasha menahan tangan Syifa. "Terima kasih.." Syifa ingin beredar. "Syifa..(Syifa berhenti) Syifa..jangan fikirkan sangat benda tu ya.." kata Fasha. Syifa mengangguk. Tengku Iqram masuk ke dalam rumah. Dia ternampak Syifa melangkah ke tangga untuk ke tingkat atas. "Iqram..baru balik ke?" sapa Laura yang berada di ruangtamu. Langkah Syifa mati di pertengahan tangga. Tengku Iqram masih melihat isterinya. Fasha keluar dari dapur. Syifa terus naik tanpa mengendahkan mereka berdua. "emm..I naik dulu.." kata Tengku Iqram. 


Syifa masuk ke dalam bilik air. Tengku Iqram memulas tombol pintu bilik tidur mereka. Kelibat Syifa tidak kelihatan. Dia meletakkan beg bimbitnya di sofa. Sebaik Syifa keluar dari bilik air, Tengku Iqram menarik lembut lengan isterinya. "Terima kasih..bawakan makanan.." kata Tengku Iqram. Syifa hanya mengangguk lalu menepis lembut tangan suaminya. Tengku Iqram melihat isterinya berbuat sibuk mengemaskan almari yang sudah teratur. Tengku Iqram memahami Syifa masih lagi marah. Tengku Iqram terus masuk ke dalam bilik air. Syifa menghela nafas keluh. Sedih di hatinya belum terubat. Selepas solat Isya', Syifa terus keluar dari bilik itu. Tengku Iqram tidak mahu memaksa isterinya memaafkannya. Fasha melihat Syifa duduk di balkoni ruang rehat atas. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Minuman yang dibawanya diberikan kepada suaminya. "Fasha kesian dekat Syifa.." kata Fasha. Tengku Isyraf melihat isterinya. "Kenapa?" soalnya. "Lunch tadi..Fasha dengan Syifa keluar..dan Syifa hantarkan makanan untuk Iqram..sebab dia risau Iqram tak makan lagi..tapi..Fasha nampak dia keluar dengan Laura. Kami bertembung dekat restoran yang sama..Syifa mesti terkejut sangat.." kata Fasha. Tengku Isyraf membisu. Syifa masuk ke dalam biliknya. Dilihat suaminya sudah tidur. Fail pesakit milik suaminya dialihkan ke meja lampu lalu lampu tidur sebelah suaminya dipadam. Syifa menyandar di sofa. Dia ingin tidur sebentar untuk bangun tahujjud seperti kebiasaannya. 


Tengku Iqram menarik lembut lengan isterinya. Sejak semalam isterinya tidak bercakap dengannya. "Sayang..marahkan pasal makan tengahari tu ke?" soal Tengku Iqram. Syifa menoleh melihat suaminya. "Abang jangan risau..saya tak ada apa-apa..Saya cuma rasa tak sedap badan..Saya nak kena turun..Nak siapkan sarapan.." kata Syifa terus keluar dari bilik itu. Tengku Iqram memicit kepalanya. Hari ini seperti dijanjikan dia akan bawa Syifa dan si kecil Bukhari berjalan. "Iqram..you nak pergi mana?" soal Laura melihat Tengku Iqram membawa beg kecil yang terisi pakaian salinan untuknya dan Syifa. "Saya tunggu dekat bawah..Kak Fasha dengan Abang Isyraf dah ada dekat bawah." kata Syifa malas mendengar perbualan mereka. Tengku Iqram tidak sempat menahan, Syifa laju menuruni tangga. "I nak keluar..bawa anak saudara Syifa pergi jalan-jalan.." kata Tengku Iqram. "I nak ikut..Boringlah duduk rumah.." renget Laura seperti keanakan. Tengku Iqram seakan-akan cair dengan rengetan Laura. "emm..Cepatlah..Diorang dah tunggu." kata Tengku Iqram. "Ok.." "Mana Iqram?" soal Fasha. "Ada..dekat atas..ambil barang kot." kata Syifa. Tengku Isyraf melihat wajah Syifa yang kelihatan sedih. Tengku Iqram turun beriringan bersama Laura. Mereka bertiga menoleh melihat mereka. "Lau..ra ikut sekali ke?" soal Tengku Isyraf. "Emm..dia boring duduk rumah..Tak salahkan?" kata Tengku Iqram. Fasha memandang wajah Syifa. "Apa salahnya..Jomlah..Bukhari dah tunggu." kata Syifa terus melangkah keluar. Laura tersenyum puas. "Abang tak pelik ke tengok Iqram?" soal Fasha. Tengku Isyraf hanya menyepi. Syifa banyak memejamkan matanya. "Syifa tak sihat ke?" soal Tengku Iqram. "Tak adalah..Saya cuma mengantuk sikit.." kata Syifa lalu memalingkan kepalanya berlawanan arah dengan suaminya. Laura puas.


Bukhari berlari mendapatkan Syifa. "Umi.." jelas kelihatan Bukhari sangat gembira. Tengku Isyraf menyalam sahabatnya. "Laura duduk depanlah..Saya nak jaga Bukhari dekat belakang.." kata Syifa. Laura melonjak gembira di dalam hatinya. Tengku Iqram melihat isterinya masuk ke tempat duduk belakang. "Umi..kenapa duduk belakang..?Siapa dekat depan?" soal Bukhari. "Bukhari..saya Auntie Laura..teman wanita Uncle Iqram.." kata Laura tanpa serba salah. "Laura..apa you ni.." tegur Tengku Iqram sambil matanya melihat wajah isterinya melalui cermin sisinya. Wajah Syifa kelihatan biasa. "Teman wanita?Tapi..Umi Syifa dah kawin dengan Abi Iqram.." kata Bukhari. "Emm..tak lama lagi..Auntie Laura pula jadi Umi Bukhari satu lagi.." slumber Syifa mengeluar kata-kata yang sedikit pedih itu. "Betul ke Syifa..?" kata Laura. "Laura stop the nonsense.." tegur Tengku Iqram nadanya sedikit tegas. Syifa tahu lelaki itu tersinggung tetapi apa yang diperkatakan tadi semuanya benar. Tengku Iqram memberhentikan keretanya. "Syifa duduk depan..Laura jaga Bukhari dekat belakang." kata Tengku Iqram. Laura terpaksa akur. Syifa duduk di hadapan. Tengku Iqram terus memandu sebaik Syifa memakai tali pinggang keledar. "Maafkan Syifa.." kata Syifa. Tengku Iqram menarik lembut tangan isterinya. "Syifa jangan cakap benda yang mengarut lagi..Abang tak suka.." kata Tengku Iqram mengenggam jari jemari halus isterinya. Laura sedikit geram. "Abang minta maaf hal tengahari tu ya." "kan Syifa cakap..Tak ada apa-apa.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum. "Terima kasih.." kata Tengku Iqram lalu mengucup jari jemari isterinya.

"Bukhari..dah sampai.." kata Syifa. Bukhari masih mamai. "Tak apa..biar abang dukung dia..Syifa bawa beg ni.." kata Tengku Iqram lalu mendukung anak buahnya. "Wah..sejuknya..Dah lama tak datang Genting.." kata Fasha. "Kalau adik cuti lama sikit..boleh lepak lama sikit dekat sini.." kata Tengku Isyraf. "Qram cuti hari ni dengan esok..tu pun selamatlah..Dr.Azri boleh gantikan Qram.." kata Tengku Iqram. Laura terasa dipinggirkan apabila Tengku Iqram sengaja mengenggam tangan Syifa. "Qram..I laparlah..kita pergi makan dulu.." kata Laura. Tengku Iqram mengangguk. "Abang pakaikan baju sejuk Bukhari." kata Syifa sambil memberikan baju sejuk. Tengku Iqram memakaikan si kecil itu baju sejuk. "Wah..Dah boleh jadi umi abi ni.." usik Fasha. Syifa hanya tersenyum. Laura berdengus geram. "Bukhari nak main tu.." kata Bukhari sambil tangannya menunjuk ke arah permainan-permainan yang menarik minatnya. "Sabar kejap ya..Bukhari kena makan dulu..baru kuat..so boleh main banyak-banyak." kata Tengku Iqram. "Ok.." mata si kecil itu tidak lekang melihat permainan-permainan di situ. "Pergi order makanan dulu..Abang nak check in hotel.." kata Tengku Isyraf. Fasha mengangguk. Syifa melambai tangan ke arah Bukhari yang duduk bersama Fasha dan Tengku Isyraf menaiki sampan. Tengku Iqram memeluk isterinya dari belakang. Laura sudah 'panas' melihat Tengku Iqram dan Syifa. "Laura nak naik bilik.." kata Laura. Tengku Iqram mengangguk. Syifa melihat Laura beredar. "Kesian Laura..Mesti dia boring.." kata Syifa. "Tak apa..dia pandai bawa diri..kalau dia nak main..dia boleh pergi main.." kata Tengku Iqram. Syifa terus menyepi.

"Banyak Bukhari main hari ni..Seronok ke?" soal Tengku Iqram. Bukhari mengangguk. "Bukhari nak main banyak-banyak.." kata Bukhari. Mereka tersenyum melihat si kecil itu. Syifa memberikan minuman kepada Bukhari. "Bukhari penat..ngantuk.." Bukhari kelihatan pucat. Syifa memandang wajah suaminya. "Kita rehat dulu ya.." kata Tengku Iqram. Syifa menyelimutkan Bukhari. Si kecil itu kelihatan lena setelah penat bermain. "Abang..Bukhari cuma letih je ke?Muka dia pucat.." kata Syifa. Tengku Iqram membawa ubat si kecil itu menghampiri isterinya. Nadi si kecil itu diperiksa. "Kita bagi dia makan ubat..Lepas tu kita biarkan dia berehat." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk. Laura mengeluarkan 'senjata' rahsianya. Dia sudah tidak tahan melihat pasangan itu kembali bahagia. Hafie memarkir keretanya. Tersenyum melihat tanah tinggi itu. Nombor Fasha didail. "Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam..abang..ada dekat Malaysia ke?" soal Fasha. "Emm..cuba teka abang dekat mana?" soal Hafie. "Dekat rumah..kenapa mama tak bagi Fasha abang balik?" soal Fasha. "Nak suprisekan Fashalah..abang dah dapat kerja dekat sini..so..abang dah pindah dekat sini.." kata Hafie. Fasha sangat gembira. "Tak apa..nanti bila Fasha dah balik rumah..Fasha ajak abang Isyraf pergi rumah.." kata Fasha. "Aik..Fasha pergi mana?" soal Hafie. "Fasha dekat Genting..Iqram bawa anak buah dia bercuti..so Abang Isyraf join sekali.." kata Fasha. "Ya ke?Abang dekat Genting ni..." kata Hafie. "Ya ke??Abang dekat mana tu??Kita jumpa..Fasha dengan Abang Isyraf ada dekat indoor theme park.." kata Fasha.


Tengku Iqram mengurut kepalanya. Syifa menghampiri Tengku Iqram. "Abang sakit kepala lagi ke?" soal Syifa. Tengku Iqram mengangguk. "Abang tak check ke?Sekarang ni Syifa tengok..abang kerap sakit kepala.." kata Syifa sambil memicit kepala suaminya. "Tak apa..sakit ni bukannya lama..sekejap je..saya pergi ambil angin dekat luar sekejap ya.." kata Tengku Iqram menepis lembut tangan Syifa lalu beredar dari bilik itu. Syifa membiarkan suaminya. "Tak sangka boleh kebetulan..bila sampai Malaysia..?" kata Tengku Isyraf. "Semalam..mama Fasha kata ada buat tempahan hotel dekat Genting..tapi diorang tak jadi pergi..so diorang suruhlah aku pergi.." kata Hafie. "Wah..alang-alang macam ni..bolehlah kita jalan sama-sama.." kata Fasha kelihatan sungguh gembira. "Hah..kata tadi sekali dengan Iqram..mana dia?Korang dating berdua je ke?" soal Hafie. "Anak buah dia dah letih..terpaksa bawa rehat dulu.." kata Tengku Isyraf. "oh..aku nak check in hotel sekejap..nanti jumpa balik.." kata Hafie. "Ok.." kata pasangan itu. "Iqram.." tegur Laura. Tengku Iqram menoleh lalu dia tersenyum. "Nak pergi mana?" soal Laura. "Nak jalan-jalan sekejap." kata Tengku Iqram. "Mana Syifa?" soal Laura. "Dalam bilik..jaga Buhari.." "Oh..biar I temankan you jalan-jalan.." kata Laura memaut lengan Tengku Iqram. Langkah Hafie terhenti melihat mereka. 'Iqram dengan Laura..?Mana Syifa..' soalnya sendirian. Syifa melihat tubuh kecil Bukhari. Dadanya yang tidak bergerak turun naik membuatkan dirinya bimbang. Syifa merapatkan telapak tangannya di atas dada si kecil itu. "Bukhari..Bukhari..." Syifa cemas. Si kecil itu tidak menyedarkan dirinya. Panggilan Syifa, langsung tidak diendahkan oleh Tengku Iqram. Syifa terus mengangkat si kecil itu keluar dari bilik itu. "Syifa.." tegur Hafie yang baru melangkah keluar. 


Tengku Iqram sibuk melayan Laura yang seakan-akan kanak-kanak yang merenget-renget ingin bermain. Tengku Isyraf menelefon adiknya berkali-kali. "Mana adik ni??" soalnya sedikit geram. Fasha sudah menelefon ibu mertuanya memaklumkan hal itu. Syifa sudah menangis terlalu bimbangkan si kecil itu. BMW 5 series milik Hafie meluncur laju mengejarkan Bukhari ke hospital. "Bukhari..bangun sayang..jangan risaukan umi.." kata Syifa mengejutkan si kecil itu. "Hah..I rasa seronok sangat sekarang.." kata Laura memeluk tubuh Tengku Iqram. Tengku Iqram hanya tersenyum. "Nanti boleh kita jalan-jalan lagi..jomlah I dah penat..kita pergi bilik.." kata Laura. "Ok..I pun mengantuk ni.." kata Tengku Iqram. Lengan Tengku Iqram dipaut Laura dibiarkan. Hafie mendukung si kecil itu berlari mendapatkan kaunter hospital itu. Bukhari dikejar ke bilik kecemasan. "Syifa..sabar..ya..kita berdoa untuk Bukhari.." kata Hafie. Syifa hanya mengangguk. "La..you nak pergi mana..?Temankanlah I dekat bilik..takut sorang-sorang.." kata Laura. "I nak pergi dekat bilik I la.." kata Tengku Iqram. "Ala..you ni..temankanla I.." nada Laura semakin menggoda. Jari jemarinya mengelus-elus pipi Tengku Iqram. "Yela..You ni makin besar..makin mengada.." kata Tengku Iqram mengikut kemahuan Laura. "Adik.." panggil Tengku Isyraf sebaik satu langkah Tengku Iqram ingin memasuki bilik Laura. Tengku Iqram menoleh. Laura berdengus geram. "Apa adik buat ni?Laura bukan Mahram adik..!" Tengku Isyraf menegur adiknya. Fasha merenung wajah Laura. Tengku Iqram memicit kepalanya. "Jom..kita nak pergi hospital..Bukhari tak sedarkan diri.." kata Tengku Isyraf. "Ya Allah..Syifa.." Tengku Iqram seakan-akan baru teredarkan sesuatu. Dia terus berlari ke bilik hotelnya. "Syifa dah pergi hospital.." nada Fasha menyindir lelaki itu.


Syazwan menghampiri adiknya. "Abang..maafkan Syifa.." kata Syifa. Syazwan memeluk adiknya. "Tak apa..Bukhari tak ada apa-apa..Syifa jangan risau.." kata Syazwan menepuk lembut bahu adiknya. Puan Melisa dan Tengku Hasrif menghampiri mereka. "Bukhari macamana?" soal Tengku Hasrif. Syifa menyalam tangan mertuanya. "Dia masih dekat dalam.." kata Hafie. "Iqram mana?" soal Puan Melisa. Mereka hanya membisu. Puan Melisa mendail nombor anak bongsunya. "Mama.." Syifa menahan. Puan Melisa melihat menantunya. "Tak apa..diorang on the way.." kata Syifa. "Kenapa Iqram tak jaga Bukhari?" Puan Melisa marah dengan sikap anaknya. "Tak apalah mama..Bukan tanggungjawab abang Iqram untuk jaga Bukhari.." kata Syifa. "Kalau apa-apa berlaku pada Bukhari..tetap juga Iqram bersalah..Dia dah pandai bawa..dia pula yang tak ada dekat sini." kata Tengku Hasrif. "Papa.." Syifa melarang Tengku Hasrif. Doktor yang bertugas muncul dimuka pintu. "Siapa pewaris pesakit?" soal doktor itu. "Saya.." Syazwan menghampiri doktor itu. Syifa menyusul abangnya. "Saya nak berbincang sedikit.." kata doktor itu. "Tak apa..Syifa tunggu sini..abang pergi.." kata Syazwan. "Tapi.." "Syifa.." Syifa menurut. Tengku Iqram berlari memasuki ruangan hospital itu. "Pesakit kanak-kanak yang baru sampai..Bukhari.." "Pesakit berada di bilik kecemasan.." kata jururawat yang bertugas. Tengku Iqram terus berlari ke arah ruang kecemasan. "Syifa.." panggil Tengku Iqram. Syifa menoleh. Tengku Iqram memeluk isterinya. "Maafkan abang.." kata Tengku Iqram. Syifa tidak langsung memberikan sebarang reaksi. "Hafie.." Tengku Isyraf menghampiri Hafie. "Thanks.." katanya. Hafie mengangguk. "Mama..macamana Bukhari?" soal Laura berlagak 'caring'. "Tanya sendiri dekat Syifa.." kata Fasha.


"Ubat tidur?" soal Syazwan. Doktor itu mengangguk. "Hari ni..Bukhari tak makan ubat dia?" soal doktor itu. "Adik saya bagi dia makan ikut masa.." kata Syazwan. "Saya rasa..ubat tu mungkin tertukar dengan ubat tidur..dan kesan daripada tu..badan pesakit tak dapat melawan sel-sel kanser yang ada dalam tubuhnya. Pesakit diberi makan ubat tidur melebihi dos..kalau boleh..saya nak tengok ubat tidur yang diberikan kepadanya." kata doktor itu. Syazwan mengangguk. Bergetar lutut Syazwan mendengar kata-kata doktor itu. Dia terus duduk di kerusi yang tersedia. Tengku Isyraf menghampiri sahabatnya. "Syazwan..kenapa?" soal Tengku Isyraf. "Ubat dalam botol tu ada orang tukar.." kata Syazwan. "Tukar?" Syazwan mengangguk. "Bukhari tak makan ubat dia..Dia makan ubat tidur yang sukatan racunnya tinggi bagi pesakit macam Bukhari.." kata Syazwan. "Ubat tidur.." "Jangan bagi tahu Syifa..nanti dia akan salahkan diri dia.." kata Syazwan. Syifa mengusap lembut rambut anak saudaranya. Pernafasan si kecil itu dibantu oleh alat pernafasan. Entah berapa jarum menusuk kulit-kulit halus itu. "Syifa..rehat dulu.." kata Tengku Iqram. Syifa tetap dengan pendiriannya tidak mahu bercakap dengan suaminya. "Syifa.." "Saya nak jaga Bukhari..kalau awak nak balik..baliklah..jangan paksa saya.." kata Syifa. "Syifa..abang minta maaf.." kata Tengku Iqram. "Saya dah letih dengan maaf abang..Baliklah.." kata Syifa yang sebenarnya dia terluka dengan sikap suaminya. Entah apa yang meracuni fikiran suaminya sehingga Syifa isterinya sendiri dibiarkan bersendirian membawa si kecil itu. Syazwan masuk ke wad Bukhari. "Syifa..baliklah dulu..biar abang jagakan Bukhari..kita gilir-gilir ya.." kata Syazwan. Syifa sebenarnya malas untuk pulang bersama lelaki itu tetapi dia terpaksa akur kerana tidak mahu abangnya syak hal yang lain.


Tengku Iqram cuba mencapai tangan isterinya. Sengaja Syifa mengelak. "Sayang..abang tahu..abang salah..biarkan Syifa dengan Bukhari..abang minta maaf.." kata Tengku Iqram. Syifa hanya membisu. "Abang main dengan Laura sampai tak perasan telefon abang berbunyi." kata Tengku Iqram. "Kenapa tak teruskan je main?" sindir Syifa yang bertambah terluka apabila suaminya memberitahu hal itu. Tengku Iqram membisu. Lebih baik jangan diteruskan perbalahan itu. Dia tahu isterinya terlalu bimbangkan Bukhari. Buat kali pertama dia melihat isteriny marah seperti ini berbanding hal tempoh hari. "Syifa macamana dengan Bukhari?" soal Laura sebaik Syifa masuk ke dalam rumah itu. Syifa langsung tidak melayan soalan itu. "Syifa..orang tanya..awak tak baik buat macam tu.." kata Tengku Iqram. Syifa menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah suaminya. "Awak sendirilah yang bagi tahu dia.." kata Syifa. 'Waw..kuatnya kuasa bomoh tu..' detis Laura sendirian. "Sorrylah Syifa risaukan Bukhari.." kata Tengku Iqram. "Tak apa..I faham.." kata Laura. Laura berpuas hati melihat pasangan itu mula membenci sebaik mereka masuk ke dalam rumah itu. "You rehatlah dulu..You mesti penat..I buatkan you air.." kata Laura. "Thanks.." kata Tengku Iqram. Laura tersenyum gembira. Akhirnya..saat yang dia selama ini nantikan akan tiba. Tengku Iqram meneguk air yang dibuat oleh Laura. "I nak rehat dulu.." kata Tengku Iqram. Laura mengangguk. "Iqram.." Tengku Iqram menoleh. "I sayangkan you.." Laura berbisik pada Tengku Iqram. Tengku Iqram mengeleng sambil mengusap rambut Laura. 


"Saya pergi hospital dulu.." kata Syifa setelah selesai menunaikan solat maghrib. Tengku Iqram membiarkan isterinya pergi. "Laura..jaga rumah..mama dengan papa ada majlis.." kata Puan Melisa. Laura mengangguk. 'Tok..tok..' Tengku Iqram menoleh ke arah pintu. 'Syifa ke?' Dia memulas tombol pintu itu. Laura dihadapannya memakai baju tidur paras lutut. Betis gebunya kelihatan. "Laura..kenapa?" soal Tengku Iqram. "Temankan I minum..boringlah sorang-sorang.." kata Laura. Tengku Iqram mengangguk. Laura memberikan air minuman kepada Tengku Iqram. "Thanks.." Laura mengangguk. "You dengan Syifa ada masalah ke?" soal Laura. Tengku Iqram mengeleng. "Kenapa I tengok Syifa macam marahkan you.." kata Laura lagi. Tengku Iqram meneguk sedikit air itu. "I pun tak tahu..Syifa banyak berubah I tengok.." kata Tengku Iqram. "Mungkin pasal I kot.." kata Laura. "Ish..you ni..pandai-pandai je.." kata Tengku Iqram lalu meneguk air itu lagi. Laura membiarkan lelaki itu. "Laura..I mengantuklah..I naik dulu.." kata Tengku Iqram. Segaris senyuman diberikan kepada Tengku Iqram. Sujud terakhir Syifa dipanjangkan memohom hajatnya. 'Ya Allah..aku memohon kepada-Mu..Kau selamatkanlah Bukhari Ya Allah..Kau jangan tarik nyawanya ketika ini..Aku mohon Ya Allah..Aku mohon kepada-Mu..moga Kau peliharalah rumahtangga ku..Jangan Kau izinkan sesuatu perkara buruk berlaku di antara kami..aku mohon Ya Allah..' Tengku Iqram tersentak. Dia segera mengucap istighfar. 'Ya Allah..' Laura memasuki bilik tidur Tengku Iqram. Kelibat Tengku Iqram tidak kelihatan. Laura mengusap-usap cadar katil itu. "You buat apa dekat bilik I?" sergah Tengku Iqram yang baru keluar dari bilk air. Laura menghampiri Tengku Iqram. "Sayang..I tahu you frust dengan isteri you..Biar I pulihkan hati you.." leher Tengku Iqram diusap-usap lembut oleh perempuan itu. Tengku Iqram menolak kasar tubuh itu. "You nak buat kerja tak senonoh lagi??!!Tak cukup dengan you gugur hari tu??" marah Tengku Iqram. Laura sekali lagi mendekatkan diri kepadanya. "Iqram..you tahu tak macamana I boleh jadi macam tu..I rindukan you..Wajah dia sama dengan you..I ingatkan dia you..Maafkan I..I terlalu sayangkan you.." kata Laura. "Laura before tangan I naik dekat pipi you baik you keluar dari bilik I.." jerit Tengku Iqram.


Syifa terasa mual. Segera dia berlari ke bilik air. Tengku Iqram masuk ke wad VIP yang menempatkan Bukhari. Kedengaran bunyi orang sedang memuntahkan sesuatu. "Sayang.." Tengku Iqram mengetuk pintu bilik air. "emm.." Syifa menyahut. Tak lama selepas itu, dia keluar. Tengku Iqram mengurut-urut belakang isterinya. "Sayang ok ke??Tak makan ya?" soal Tengku Iqram kelihatan bimbang melihat isterinya. Syifa mengeleng. "Saya ok..awak buat apa dekat sini??" soal Syifa sengaja mengelak daripada terus diurut suaminya. Syifa duduk di sofa bilik itu sambil kepalanya diurut sendiri. Tengku Iqram duduk di sebelah isterinya. "Abang minta maaf.." kata Tengku Iqram. "Ada apa lagi?" soal Syifa. "Abang nak temankan sayang dekat sini..Abang tak sedap hati duduk dekat rumah dengan Laura.." Syifa menoleh memandang suaminya. "Tadi..Laura masuk bilik kita..Abang pun tak tahu apa yang dia nak.." kata Tengku Iqram. Pandangan Syifa kabur. "Tapi..abang nak Syifa percayakan abang..Abang dengan dia..tak ada.....(Syifa pengsan..)..Sayang...." Jari jemari Syifa digenggam erat suaminya. "Tengku..sebentar.." panggil jururawat yang bertugas. Tengku Iqram mengangguk lalu dahi isterinya dikucup. "Abang balik kejap lagi.." katanya. Tengku Ines terkejut. "Syifa pengsan?" soalnya. "Em..tapi adik kata Syifa ok..Mungkin dia penat kot..sepanjang masa dia dekat hospital.." kata Tengku Isyraf. Fasha menghidangkan minuman. "Nanti kakak nak pergi hospital..sekali boleh jenguk Bukhari.." kata Tengku Ines. Syifa memicit kepalanya. Sekali lagi dia terasa mual lalu dia terus ke bilik air. Tengku Iqram masuk ke bilik isterinya. Dia tersenyum gembira. Syifa keluar. "Boleh dapatkan asam tak untuk saya??" kata Syifa entah bila munculnya. Tengku Iqram tersentak. "Sayang..muncul dari mana?" soal Tengku Iqram terpinga-pinga melihat katil dan isterinya. "Saya dari bilik air..kenapa saya ada dekat sini?" soal Syifa. "Duduklah dulu..tadi sayang nak apa?" soal Tengku Iqram teringatkan keinginan isterinya. "Asam..saya loya.." kata Syifa sambil duduk di katil itu. Tengku Iqram memeluk isterinya. Syifa hairan. "Sayang..terima kasih.." "Terima kasih..?" "Sayang pregnant...enam minggu.." kata Tengku Iqram. Syifa terasa sebak di dadanya. Terkejut entah apa lagi dirasanya.


Tengku Ines memeluk adik iparnya. "Tahniah.." katanya. Syifa tersenyum. "Terima kasih.." Fasha mengusap belakang Syifa. "Tahniah Syifa.." kata Fasha. Syifa menoleh ke arah Fasha lalu dia mengangguk. Azwan memeluk bahu Tengku Iqram. "Matang ya..nak jadi ayah ni.." kata Azwan. Tengku Iqram tersenyum. "Ni..kena buat suprise untuk mama dengan papa ni.." kata Tengku Isyraf. Syifa mengucup dahi anak saudaranya. Hari ini dia mendapat dua berita gembira sekaligus. Berita kehamilannya dan anak saudaranya sudah sedar dari tidurnya yang panjang. "Umi..maafkan Bukhari buat Umi risau.." kata Bukhari. Syifa tersenyum. "Tak apa sayang..Umi maafkan Bukhari untuk kali ni..lainkali..jangan jatuh sakit dah ok.." kata Syifa. Bukhari mangangguk. Tengku Iqram memasuki wad itu dengan membawa bubur yang dimasak oleh ibu mertuanya. "Sayang..umi dengan abi datang.." kata Tengku Iqram. Syifa menoleh. Puan Azira memeluk anak gadisnya. "Tahniah..terima kasih.." kata Puan Azira. Syifa memeluk erat ibunya. "Umi doakan Syifa ya.." kata Syifa. Puan Azira mengangguk. Syed Syauki mengusap kepala anaknya. "Jaga diri baik-baik..jangan selalu melayan perasaan marah ya.." kata Syed Syauki. "Terima kasih.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum melihat Syifa kembali tersenyum manis. Laura ke hulu ke hilir. Jantungnya bagai ingin berkecai mendengar khabar gembira buat seluruh keluarga itu. Apa nasibnya. Rancangannya tidak berhasil..tetapi..ikatan pasangan itu bertambah kukuh. Hatinya semakin marah. 'Baby tu tak boleh hidup!!!' jeritnya di dalam hati. 


Syifa termenung di balkoni biliknya sambil kandungannya yang baru berusia empat bulan diusap kasih. Tengku Iqram meghampiri isterinya. Tubuh kecil itu didakap dari belakang. Syifa tersenyum. "Jauhnya termenung..abang balik dari surau pun sayang tak sedar.." bisik lelaki itu. "Comelkan Husna..emm..dia dah cecah tiga bulan..wajah dia iras kak Linda..Asyraf sebiji macam abang Azwan.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum. "Abang nak wajah anak kita macam sayang..mata dia..hidung mancung sayang..dan paling penting..nak lemah lembut macam sayang.." kata Tengku Iqram. "Dan tak pemarah macam abang.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum. "Sayang tahu tak..abang Isyraf dah ada berita gembira.." Syifa mengalihkan badannya. Wajah suaminya dilihat. "Kak Sha dah buat pemeriksaan kesihatan..dan doktor sahkan kandungan dia dah dua bulan.." kata Tengku Iqram. Syifa gembira. "Wah..durian runtuh mama tahun ni.." kata Syifa. Tengku Iqram memeluk isterinya. Ubun-ubun isterinya dikucup kasih. "Terima kasih sayang.." kata Tengku Iqram. Hafie memeluk bahu Tengku Isyraf. "Jaga adik aku baik-baik.." kata Hafie. Tengku Isyraf mengangguk. "Mestilah..dia dah bagi hadiah yang terbaik untuk aku.." kata Tengku Isyraf. Fasha tersenyum mendengar kata suaminya. Datin Batrisya mengucup dahi anak tunggalnya. "Mama nak buat kenduri besar-besaran untuk cucu mama nanti.." kata Datin Batrisya. "Mama..kita buat biasa je..tunggu anak abang Fie dulu..baru kita buat besar-besar.." kata Fasha. "Abang tak akan kawin..abang nak jaga mama dengan papa.." kata Hafie. "Aip..mana boleh.." kata Fasha. 


"Umi..abi..doakan Syifa ya.." kata Syifa memeluk ibunya. Puan Azira mengusap lembut belakang anaknya. "Syifa jaga diri ya..Umi selalu doakan Syifa sekeluarga.." kata Puan Azira. "Abang jaga umi dengan abi ya.." kata Syifa. Syazwan mengangguk. "Bukhari jangan nakal dekat rumah umi Syifa.." pesan Syed Syauki. "Baik tuk.." kata Bukhari. Tengku Iqram tersenyum. Syazwan mengucup pipi Bukhari dalam dukungan Tengku Iqram. "Dengar cakap umi Syifa dengan Abi Iqram..jangan degil.." kata Syazwan. Bukhari mengangguk. "Syifa teringin nak buat umrah dengan abang.." kata Syifa sebaik dia masuk ke dalam kereta. "Tak apalah..nanti kita pergi sama-sama..tunggu anak kita dah besar sikit..Syifa pernah buat umrah?" soal Tengku Iqram. Syifa mengangguk. "Syifa pernah buat sekali dengan atuk..dan sepupu Syifa. Hajat Syifa..nak buat haji dengan suami Syifa..jadi Syifa tak buat dulu." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum bahagia. "Syifa tunggu abang??Tak apa..nanti kita buat sama-sama..Bukhari dah besar..kita bawa dia sekali.." kata Tengku Iqram sambil memegang jari jemari isterinya. Syifa mengangguk lalu rambut ikal Bukhari diusap. Nyenyak Bukhari dibuai mimpi. Telefon bimbit Tengku Iqram berdering. "Sayang angkatkan.." Tengku Iqram menghulurkan telefonnya kepada isterinya. "Mama....Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam..Syifa dekat mana?" soal Puan Melisa. "Syifa on the way nak balik..kenapa ma?" soal Syifa. "Syifa boleh bawa Iqram ke hospital?" soal Puan Melisa. Syifa memandang wajah suaminya. Tengku Hasrif mengurut-urut dahinya. Khabar yang baru didengarnya benar-benar membuatkan jantungnya rasa ingin tercabut. "Pa..jangan marahkan adik dulu..kita tanya dia ya.." kata Tengku Ines.


"Tak!!Laura penipu.." kata Tengku Iqram. "Adik..tenang dik.." Laura mengesat air matanya. "Eh perempuan..!!Kau cerita apa yan berlaku sebenarnya..macam pula kau boleh mengandungkan anak aku?!!Entah anak siapa pula yang kau kandung sekarang.." marah Tengku Iqram. "Pa..mama..Maafkan Laura rahsiakan hal ni..tapi..Laura tak nak Iqram marah dekat Laura..dia paksa..Laura rahsiakan hal ni.." kata Laura. Syifa terjelepuk jatuh di depan pintu. "Umi.." Tengku Iqram menoleh ke arah pintu. Begitu juga yang lain. Tengku Iqram memegang jari jemari isterinya. Entah kali ke berapa dia melepaskan keluhannya. Syifa tersedar. "Sayang.." Syifa menoleh melihat suaminya. Dia menarik tangannya daripada genggaman lelaki itu. "Sayang..jangan percayakan kata Laura.." kata Tengku Iqram. "Bila awak buat kerja kotor tu??Waktu saya dekat hospital??Waktu dekat Genting??" kata Syifa. "Syifa..awak tak patut percayakan Laura..abang ada cerita dekat sayangkan malam tu.." kata Tengku Iqram. "Malam bila??Malam selepas awak dah terlanjur dengan dia?" Syifa sebak. Dia sendiri keliru. Sememangnya dia ingin percayakan suaminya, tetapi bagaimana pula Laura..bagaimana dia boleh mengandung empat bulan..dan..hampir sama dengan usia kandungannya. "Tak Syifa..tak..Awak jangan percayakan kata Laura..Dia tipu semua orang.." kata Tengku Iqram menarik lembut tangan Syifa. Syifa menepis. "Awak baliklah.." kata Syifa. Fasha masuk ke bilik tidurnya. "Abang..air.." "Terima kasih.." Fasha duduk di sebelah suaminya. "Abang..percayakan Laura?" soal Fasha. Tengku Isyraf menghirup air minumannya. "Fasha tak percayalah..sebab..Iqram terlalu sayangkan Syifa..takkan dia sanggup buat macam tu.." kata Fasha.


Tengku Iqram menyandar di kerusi ruangan menunggu. Dia tak tahu perasaannya sekarang. Marah..geram..sedih semua bercampur baur. Syifa menangis sendirian menghadap-Nya. Hatinya sakit apabila memikirkan jika benar kandungan Laura yang gugur itu anak suaminya. "Ya Allah....tabahkan hati hamba-Mu ini..Ya Allah.." Syifa menangis bersendirian. Tengku Iqram pilu melihat isterinya lalu dia menutup pintu bilik itu. "Sayang..bangun..solat subuh.." kejut Tengku Iqram. Mata isterinya bengkak disebabkan malam tadi. Syifa melihat sekelilingnya. Dia terlena di atas katil. Pasti suaminya yang mengangkatnya. "Kita solat jemaah.." kata Tengku Iqram. Syifa tidak membantah. Sebaik tangan suaminya di salam. "Abang kawin dengan Laura.." kata Syifa. Tengku Iqram merenung isterinya. "Syifa tak tahu apa kebenarannya..tapi daripada khabar tu tersebar dengan cara yang tak baik..kita boleh elakkan.." kata Syifa. "Sayang..semua tu fitnah..jangan percayakan kata Laura. Abang takkan sesekali menduakan sayang..abang nak sayang percayakan abang.." kata Tengku Iqram. Syifa menggenggam jari jemari suaminya. "Abang..Syifa percayakan abang..Syifa percayakan abang..Syifa tak nak nama baik abang tercemar dengan berita macam tu..biarlah perkahwinan abang dengan Laura menutup berita tu..itu yang Laura nak bang.." kata Syifa. "Tak..abang takkan buat benda tu.." Tengku Iqram terus bangun. "Abang..Syifa mohon bang..Syifa tak nak Laura fitnah abang lagi..berdosa besar bang..maruah abang akan tercemar bang..tolong Syifa.." kata Syifa. Tengku Iqram terus keluar dari bilik itu. 


Puan Melisa memimpin menantunya. "Kenapa Syifa buat keputusan macam tu?" soal Puan Melisa. "Ma..satu je yang Laura nak pada kami..abang Iqram..Dia sanggup buat apa sahaja untuk abang Iqram..mama tolong yakinkan abang Iqram.." kata Syifa. "Syifa..bukan mudah untuk seorang suami macam Iqram nak buat keputusan macam tu." kata Tengku Hasrif. "Syifa tak nak Laura terus menerus memburukkan abang Iqram..Syifa tak nak Laura membuat dosa terus menerus ma..pa..Kasihan dia.." kata Syifa. Tengku Hasrif menghela nafas. Kasihan melihat menantunya. Laura tersenyum puas. Ha..sekejap lagi impiannya menjadi isteri lelaki itu akan menjadi kenyataan. Memang berguna janin dalam perutnya yang sudahpun meninggalkan dunia. 'Syifa..Syifa..pandai juga kau berfikir..jaga nama baik suami konon..dosa??Hey..tak payah jaga dosa akulah..' detisnya. "Keputusan awak dah muktamad??" soal Fasha. Tengku Iqram menoleh lalu dia menunduk melihat ikan-ikan berenang bebas. "Saya harap keputusan awak masih boleh diubah.." kata Fasha. "Saya tak mampu nak mengubahnya. Saya tak nak Syifa menangis setiap kali memikirkan Laura." kata Tengku Iqram. "Awak pasti dia takkan menangis selepas ni?" soal Fasha. Tengku Iqram memejamkan matanya. Syifa turun daripada Mercedes milik suaminya. "Syifa.." Syifa menoleh lalu dia menghadiahkan senyuman yang paling digemari suaminya walaupun hatinya sebak mengingatkan keesokkan harinya. "Abang jangan risau..Syifa ok.." kata Syifa menahan sebak di dadanya. "Bila semua dah selesai..abang datang.." kata Tengku Iqram berat melepaskan isterinya. Syifa tersenyum lalu menghampiri suaminya. Tubuh suaminya didakap kasih."Ambillah masa dulu..Laura perlukan abang..Hujung minggu abang datanglah jemput Syifa." kata Syifa. Air matanya menitik jatuh segera dikesat. "Abang jemput Syifa petang esok.." kata Tengku Iqram lalu mengucup dahi isterinya. "Abang.." Tengku Iqram terus masuk ke dalam keretanya.


Linda menghampiri adik iparnya yang jauh termenung di laman rumah banglo itu. "Adik.." Tengku Iqram menoleh. "Kak Linda..tak tidur lagi?" soal Tengku Iqram. Linda mengeleng. "Tak terlelap pula..adik..buat apa dekat sini?" soal Linda. "Saja ambil angin..(ketawa kecil)..selalu kakak yang datang kalau Qram tak boleh tidur..hari ni..kak Linda pula.." kata Tengku Iqram. "Kak Linda pun kakak adik juga...so..bagilah tahu apa yang menganggu adik ni?Pasal esok?" kata Linda. Tengku Iqram ketawa lagi. Sunyi suasana rumah banglo itu. Hanya kedengaran air yang jatuh dari gunung mini di sekeliling kolam ikan itu. "Hidup berumahtangga ni susahkan.." kata Tengku Iqram. Linda melihat wajah adik iparnya. "Qram tak tahu nak buat keputusan apa untuk membahagiakan Syifa..Qram yakin..Syifa sedih bila Qram hantar dia tadi..tapi..langsung tak ubah fikiran dia..malah..suruh Qram ambil masa untuk bersama perempuan hantu tu.." luah Tengku Iqram. Linda tersenyum. "Qram..dengar akak cakap..Sebagai isteri..dia memang sedih kalau dengar suaminya nak kawin lain..tambah-tambah si isteri tengah mengandung..tapi..sebagai suami..Adik..kena tegas buat keputusan..Talak dan ijab qabul semuanya terletak pada tangan adik..Adiklah yang kena buat keputusan.." kata Linda. Tengku Iqram menghela nafas. Sepanjang malam dia memikirkan jalan yang palind terbaik untuk 'masjid'nya bersama Syifa. Jika diteruskan acara perkahwinan ini..pasti isterinya terluka. Hafie membaca maklumat mengenai kehamilan Laura. "Maknanya..keguguran tu..bukan janin yang berusia empat bulan yang macam doktor tu cakap.." kata Fasha. Hafie mengangguk. "Dan..Laura pernah mengalami keguguran dua kali.." kata Hafie. Tengku Iqram melihat baju melayu yang tersangkut di pintu almari. ["Abang pakai baju melayu ni ya..Syifa dah siapkan.."] [""Awak pasti dia takkan menangis selepas ni?"] ["....sebagai suami..Adik..kena tegas buat keputusan..Talak dan ijab qabul semuanya terletak pada tangan adik..Adiklah yang kena buat keputusan.."].


Tengku Hasrif menggenggam helaian kertas yang diberikan oleh Fasha. "Abang..bertenang..mengucap.." kata Puan Melisa. Dia juga terasa terkejut dengan perkhabaran tentang anak saudaranya. Hafie menanti Fasha di ruangtamu yang sudah dihiasi dengan hantaran perkahwinan. Walaupun hanya mengambil masa hanya sebulan untuk menyiapkan semua ini, tetapi tetap diuruskan dengan baik. Laura tersenyum membelai baju pengantinnya. 'Tok..tok..' Laura tersenyum. Hah..jurumekap dah sampai..desisnya. "Fasha..kenapa?" Laura sedikit hampa. "Papa..nak jumpa Laura dekat bawah." kata Fasha. "Kenapa?" "Tak tahu.." Terpaku kaki Laura melihat seluruh keluarga Tengku itu berkumpul di ruangtamu itu. Tengku Iqram muncul bersama Tengku Isyraf. "Duduk semua.." kata Tengku Hasrif. "Kenapa ni papa??" soal Laura. Tengku Iqram duduk di sebelah Hafie. "em..Uncle..saya duduk dekat luarlah..Tak sesuai hal keluarga saya masuk ikut sekali.." kata Hafie. "Tak apa..Fie pun anak uncle..dan Hafie yang buka kebenaran ni.." kata Tengku Hasrif. Berdebar jantung Laura. Tengku Iqram sepertinya malas ingin mencampuri urusan itu. "Laura..I want you answer me..don't try to lie.." kata Puan Melisa. "Apa dia?" Tengku Hasrif mencampakkan helaian kertas ke arah Laura. Kesemua adik beradik Tengku terkejut termasuk pasangan mereka. Fasha menyepi. Laura mengambil ketas itu. "Apa maksud pemeriksaan ni..?Gugur dua kali?" soal Tengku Hasrif. Laura mulai bimbang. "Apa maksud dengan janin berusia tiga bulan??!!" kata Tengku Hasrif. Tengku Iqram melihat bapanya. "Pa...." "Laura..!!Mama bela kamu dari kecil Laura..Mama tak pernah asingkan kamu dari anak-anak mama..Iman..Ines..Syraf..Qram..semuanya sayangkan kamu..apa kamu buat dekat kami??Apa Laura..?" kata Puan Melisa hampa. "Ma..Biar Laura jelaskan semua ni..Mama dengan papa salah faham..Iqram..tolong I.." kata Laura. 


Syifa menyapu wajahnya. "Alhamdulillah.." Dia mengangkat kedua-dua tangannya untuk berdoa. Sangkaannya, sekarang suamiya akan selamat diijab qabul. Selesai solat, dia seperti biasa akan menghirup udara segar di balkoni biliknya. Telefon bimbitnya sengaja dimatikan supaya suaminya tidak dapat menghubunginya. 'Tok...tok..' Syifa menoleh mendengar ketukan pintu biliknya. Tombol pintunya dipulas. Tergamam melihat wajah yang amat dikasihinya di hadapan muka pintu. "Abang.." Tengku Iqram memeluk isterinya. "Abang buat apa dekat sini?Laura mana?" soal Syifa masih lagi kebingungan. Tengku Iqram mengucup dahi isterinya. "Semuanya dah terbongkar tanpa dirancang. Hafie..selamatkan perkahwinan kita.." kata Tengku Iqram. Syifa terkejut. "Papa dah tahu perbuatan sebenar Laura..dan papa batalkan perkahwinan tu.." kata Tengku Iqram. "Ya Allah..syukur Ya Allah.." Syifa terlalu gembira mendengar khabar suaminya. Allah maha adil..Benarlah keputusannya untuk membenarkan suaminya berkahwin lain kerana ada berita gembira yang Allah sediakan untuk mereka. Tengku Iqram memeluk isterinya. 'Terima kasih ya Allah..' detisnya. Tengku Iqram memeluk Bukhari yang nyenyak tidur di katil mereka. "Hai..abang tak sabar nak tunggu baby tu lahir..Mesti Bukhari sukakan.." kata Tengku Iqram. Syifa tersenyum. Tengku Iqram memang gemarkan budak-budak. Dia terlalu manjakan Bukhari melebihi Syifa. "Esok kita duduk sinilah..abang cuti..so tak payah rushing nak balik.." kata Tengku Iqram. Syifa mengangguk. "Syifa ikutkan je cakap abang.." kata Syifa. "Meh sini..abang peluk sekali." kata Tengku Iqram. Syifa mengeleng. "Like a kid.." kata Syifa. Fasha baring di sebelah suaminya. "Hah..baby mama ni dah minum susu??" soal Tengku Isyraf. "Dah.." kata Fasha. "hah..Abang tak sangka Laura sanggup gadaikan maruah dia semata-mata kecewa. Abang kesian sangat dekat dia.." kata Tengku Isyraf. "Betullah kata Syifa..Syifa tak nak Laura buat dosa lagi..Harap-haraplah lepas ni Laura dah betul-betul insaf dengan perbuatan dia.." kata Fasha. 


"Syifa tak payah ikut..duduk je rumah..nanti abang bawa umi dengan abi datang sini.." kata Tengku Iqram. Bimbang dengan kandungan isterinya yang sudah mencecah tujuh bulan. "Hati-hati..Bukhari ikut abi ya..kita jemput nenek atuk dengan abi Syazwan.." kata Tengku Iqram. "ok..Umi?" kata Bukhari. "Umi tak sihat..kena duduk rumah.." kata Syifa. "Nanti Bukhari jumpa umi lagi.." kata Bukhari. Syifa mengangguk. Tengku Iqram mengucup dahi Syifa. Hafie membaca surat yang penting baginya. "Apa keputusannya?" soal Datin Batrisya. Hafie tersenyum. "Fie akan pergi lajutkan pelajaran.." kata Hafie. "Alhamdulillah..syukurnya.." kata Datin Batrisya. Hafie mengangguk. "Call Fasha..mesti dia seronok.." kata Datin Batrisya. Hafie mengangguk. Fasha mengambil telefon bimbitnya. "Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam..Sha buat apa?Menganggu ke?" soal Hafie. "Tak..Duk kat rumah je ni..ada apa?" soal Fasha. "Ada suprise untuk Sha.." kata Hafie. Syifa perlahan menuruni tangga. "Abang kejap....Syifa..ada apa turun ni..kenapa tak panggil.." kata Fasha. Hafie terdengar. "Tak ada apa-apa..Syifa cuma nak berehat dekat bawah..akak cakaplah.." kata Syifa. "hello..hah..Apa dia beritanya?" soal Fasha. "Abang dah dapat sambung belajar..nampaknya..abang dapat Dr dulu..before you.." kata Hafie. "Ala..abang bolehlah..tak kawin lagi..hah..congrates..Ada apa-apa nak belanja Sha ke??" soal Fasha. "em..hari ni nampaknya tak bolehlah..sebab Fasha macam kena jaga Syifa je.." kata Hafie. "oh..Iqram keluar pergi jemput keluarga Syifa baru balik dari Mekkah." kata Fasha. "Oh..buat umrah ke?" "Aah..sekali pergi berjalan..ni..dah dua bulan diorang baru balik.." kata Fasha. "Patutlah Bukhari ada dekat rumah sana.." kata Hafie. 


Fasha menaiki tangga untuk ke biliknya. "Syifa jangan pergi mana-mana..Tunggu kejap tau.." pesan Fasha. "Baik.." Syifa terasa dahaga. Dia berjalan menaiki tangga mini untuk ke dapur. "Puan Syifa nak apa?Kenapa tak panggil mak cik?" soal Mak cik Aishah kelihatan terkejut melihat Syifa sendirian ke dapur. "Tak apa mak cik..Bukannya Syifa tak boleh berjalan.." kata Syifa sambil tersenyum. "Tak boleh..nanti Tuan Iqram marah kalau tahu puan banyak bergerak..Puan nak minum apa?Biar mak cik buatkan.." kata Mak cik Aishah. "Buatkan jus tomato..terima kasih mak cik.." kata Syifa. "Puan berehat dulu..nanti saya hantarkan.." kata Mak cik Aishah. "Saya duduk dekat ruangtamu je.." kata Syifa. "baik.." Syifa perlahan berjalan ke ruangtamu. Kakinya terasa diselit sesuatu sebaik dia melangkah ke anak tangga mini itu. "Ya Allah...!!" Syifa jatuh dari tangga mini itu. Dia mengeran kesakitan. "Laura..tolong.." Syifa melihat kelibat Laura meninggalkan tempat itu. "Mak cik.." Syifa menahan kesakitannya. Fasha turun. "Kak.." lemah Syifa memanggil Fasha. "Ya Allah..Syifa.." jerit Fasha. Mak cik Aishah keluar dari dapur. "Puan..!!!" Tengku Iqram berlari memasuki hospital. "Syifa..Syifa Alya.." "Puan Syifa ada di wad bersalin.." kata jururawat itu. Tengku Iqram terus berlari mendapatkan Fasha dan mak cik Aishah. "Syifa..Syifa mana??" soal Tengku Iqram. Bagai orang tidak siuman. "Iqram..sabar Iqram..mengucap.." Syazwan menenangkan adik iparnya. "Syifa dekat dalam lagi.." "Doktor Iqram.." soal doktor sakit puan yang baru sahaja keluar dari wad bersalin itu. "Isteri saya macamana?" soal Tengku Iqram. "Saya terpaksa keluarkan bayi-bayi doktor kerana nyawa isteri doktor mungkin dalam bahaya jika terus menyelamatkan kedua bayinya.." "buat apa yang terbaik..asalkan isteri saya selamat.." kata Tengku Iqram. 


["Isteri doktor banyak kehilangan darah..keadaannya sangat lemah..dan doktor perlu tenangkan dia..sebaik dia sedar..Saya bimbang emosi dia terganggu..kerana kehilangan anak pertama dan keduanya.."] Berkaca mata Tengku Iqram melihat wajah lesu isterinya. Tak sangka di dalam perutnya ada anak kembar yang selama ini mereka sendiri tidak melihatnya walaupun pemeriksaan kandungan setiap bulan dijalankan. Isterinya teramat lemah untuk tersedar sewaktu ini. "Sayang.." lemah suara Tengku Iqram menahan pilu hatinya. Ada air mata yang mengalir daripada sepasang mata cantik itu. Tengku Iqram mengesat air mata isterinya. "Menangislah..Syifa jangan tahannya..Abang tak nak tengok Syifa tahan kesedihan Syifa..." kata Tengku Iqram memeluk isterinya. Syifa menangis dalam pelukan suaminya. "Syifa minta..maaf..sebab tak..jaga zuriat abang..Maafkan Syifa..." kata Syifa. "Shu..tak..tak..Sayang jangan minta maaf..Sayang tak salah.." kata Tengku Iqram. Laura ketawa sendirian. Seronok melihat wajah kesakitan yang dialami Syifa sewaktu jatuh tadi. Puas hatinya melihat penderitaan itu. "Lepas ni..Iqram dengan kau takkan bahagia.." kata Laura. Tengku Iqram menyandar di dinding wad isterinya. Hanya cahaya bulan yang menerangi bilik itu. Syifa terlalu lena dibuai mimpi. Tengku Iqram merenung wajah isterinya dicelah-celah cahaya bulan. Tenang dan suci wajah itu. 'Ya Allah..Kau tunjukkanlah kepada hamba-Mu kebenaran yang berlaku kepda isteriku Ya Allah.' doanya sendirian. "Kenapa kau rasa ada orang buat Syifa?" soal Hafie. "Entah..hati aku terasa ada orang yang buat semua ni.." kata Tengku Iqram. "Minta petunjuklah..kau jangan buat kesimpulan sendiri..takut-takut Syaitan mengusik.." kata Hafie. Tengku Iqram mengangguk. "Kau cubalah tanya-tanya dulu Syifa..mana tahu dia perlahan-lahan buka cerita." kata Hafie. "Syifa terjatuh dari tangga..licin tangga tu. Mungkin pasal tu..Syifa jatuh." kata Syifa. Entah kenapa dia tidak menerima jawapan isterinya.


Bulan Ramadan tahun ini, Syifa gembira berpuasa bersama keluarga suaminya. Hal kegugurannya disimpan rapi. Biarlah dia sendiri yang mengetahuinya. Fasha menuruni tangga. "Akak..bahaya turun naik tangga.." kata Syifa memapah Fasha. "Terima kasih.." kata Fasha. Bayi dalam kandungan Fasha dijangka akan keluar selepas raya. Tak sabar mereka menanti bayi itu. "Mana Laura ni..tak turun-turun lagi..nak berbuka dah ni.." kata Puan Melisa. "Tak apa ma..biar Syifa panggilkan Laura." kata  Syifa lalu beredar ke tingkat atas. "Laura..Laura.." ketukan bertubi-tubi di pintu bilik itu. Syifa hairan tiada sahutan lalu tombol bilik itu dipulas. "Ya Allah..Laura..kenapa ni???" soal Syifa cuba membantu Laura untuk bangun. Laura menepis. "Tak payah..Kau keluar!!" kata Laura. "Laura..jangan berdegil..Saya tolong ya.." kata Syifa memapah Laura naik ke atas katil. "Laura tunggu sekejap..Saya panggilkan mama.." Laura menahan kesakitan. Puan Melisa berlari menaiki tangga. "Laura..Laura.." tubuh Laura sudah terjelopok jatuh semula ke lantai. Tengku Iqram memeriksa nadi Laura. "Dia pengsan..kita bawa pergi hospital.." kata Tengku Iqram. "Abang izinkan Syifa..hanya Syifa yang sama darah dengan Laura.." kata Syifa. "Syifa..baru je habis pantang..jangan ya." kata Tengku Iqram. "Abang..nyawa Laura penting bang..Syifa dah sihat.." kata Syifa. Pembedahan dijalankan. Syifa dicucuk bius supaya tidak merasai kesakitan pemindahan ginjalnya. Tidak pernah Syifa melihat wajah Laura yang begitu bersih dan tenang. 'Ya Allah..Kau ampuni dosanya..Aku memaafkan segala kesalahannya kepadaku Ya Allah..Kau ampuni dia Ya Allah..' doa Syifa. Lama kelamaan matanya kabur.


'Syifa..Syifa..' Kelopak mata Syifa bergerak-gerak mendengar namanya dipanggil. Jari jemarinya bergerak. "Sayang.." Syifa melihat suaminya tersenyum di sebelahnya. "Alhamdulillah.." kata seisi bilik itu. "Laura...macamana bang?" soal Syifa lemah. "Syifa..." Syifa memandang ke arah suara itu. "Lau..ra.." Jari jemari Syifa digenggam Laura. "Syifa..maafkan saya..Saya banyak buat dosa pada awak.." kata Laura. Syifa tersenyum lesu. "Iqram..I ada benda nak bagi tahu you..Mama..papa.." Syifa menahan Laura. "Tak Syifa..Saya kena tebus dosa saya balik.." Syifa mengeleng. "Hal dah lepas Laura..kita buka buku baru..Lupakan yang dulu.." "Tapi sebelum tu saya kena ceritakan pada semua..Saya banyak buat dosa pada semua..Mama..Papa..Iqram..Laura minta maaf..Laura yang buat semua ni..Laura pernah cuba sihir Iqram dengan Syifa supaya benci antara mereka..Laura menghampakan mama dan papa..dengan berita keguguran Laura..dan..Laura yang selit kaki Syifa sampai Syifa mengalami keguguran..maafkan Laura..Laura berdosa.." Laura tertunduk kesal dengan perbuatannya. Syifa memegang tangan suaminya. Tengku Iqram menoleh memandang isterinya. Syifa gembira hajatnya membuat haji bersama suaminya dan melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD tercapai. Dia gembira melihat Laura sudah mulai berjinak-jinak dengan agama. Syifa termenung di balkoni biliknya. Tengku Iqram memasuki bilik itu. Syifa menoleh. "Baru balik ke?" soal Syifa. Tengku Iqram mengangguk. "Tadi ada kuliah sikit..tu lambat.." kata Tengku Iqram menghampiri isterinya. "Syifa termenung apa?" soal Tengku Iqram. Syifa mengeleng. "Tak ada apa-apa yang nak dimenungkan.." kata Syifa. Tengku Iqram tersenyum memeluk isterinya. Syifa terasa mual lalu dia berlari mendapatkan bilik air. Tengku Iqram hairan lalu menyusul isterinya. "Sayang..kenapa?Demam ke?" soal Tengku Iqram sambil mengurut belakang isterinya. Syifa mengeleng. "Syifa..nak bagi tahu abang..(Muntah..).." "Bagi tahu apa....kejap..kejap.." tubuh isterinya ditolehkan ke arahnya. Syifa mengelap mulutnya dengan tuala kecil. "Syifa mengandung ke??" soal Tengku Iqram. Syifa mengangguk lemah. Tengku Iqram terkejut. Gembira yang teramat. 'Alhamdulillah....' ucapnya di dalam hati. Isterinya didakap erat. 'Ya Allah..Terima kasih kerana Kau mengurniakan Bidadari ini untukku..Hanya dia  bidadari untukku.. Terima kasih Ya Allah..Terima kasih..' ucapnya di dalam hati.


-Selesai siri pertama..^_^-