Khamis, 25 Ogos 2011

You Are Everything For Me




Cinta ini miliknya dan akan bersemadi bersamanya hingga hujung hayatku..Semuanya bukan milikku setelah dia memperolehinya..

HUDA / NATRISYA
FIRDAUS
NATASYA
SYAUKI

"Huda.." panggil seseorang dari arah belakangnya. Huda mengeluh. Dia tahu suara itu milik siapa. Dia menoleh ke belakang. Tepat jangkaannya. Senior yang menjengkelkan. "Dah habis kelaskan?" soal Firdaus. Huda mengerut kening. "Cop..saya ada banyak lagi kelas lepas ni.." kata Huda. "Tak payah tipulah..Saya tahu..awak nak lari dari saya.." kata Firdaus. "Menurut jadual Cik Huda pada hari ini..Dia free selepas jam 11 pagi.." kata Hazim, sahabat baik Firdaus. "hah..Memang saya free..tapi..saya kena pergi kelas lain.." kata Huda. "Kelas apa pula dah?" soal Firdaus. "Kelas sakit mental..Saya ada masalah mental setelah berjumpa dengan orang mereng.." kata Huda. Syauki tersenyum. Begitu juga Hazim. "Huda..not funny.." kata Firdaus. "Saya tak buat lawak..Ok lah..saya kena pergi..takut nanti penyakit mental saya semakin parah.." kata Huda lalu terus meninggalkan lelaki-lelaki kacak kolej itu. "Fir..Fir..kesian kau..Dia panggil kau mereng." kata Hazim. Syauki ketawa kecil mendengar usikan Hazim. "Zim.." Firdaus sedikit geram. "Jomlah..aku belanja kau orang makan..biar sejuk sikit hati tu." kata Syauki. "Hah..ni memang satu kegembiraan.." kata Hazim. Syauki terus memeluk bahu sahabatnya. "Macam tak tahu perangai Huda pula yang kau nak berkecil hati.." kata Syauki sambil tersenyum. Firdaus menghela nafas.

"Ma.." panggil Huda. "Hari ni tak ada kelas petang?" soal Puan Jasmin dari arah dapur kedai. "Em..hari ni..Huda boleh tolong mama..Syriq kan ada kelas petang ni..kesian mama pula sorang-sorang kerja." kata Huda mengambil apron khas. "Syriq tak ada kelas hari ni..Kelas dia ditunda..Mama suruh dia pergi beli barang sikit tadi.." kata Puan Jasmin. "Selamat datang.." kedengaran suara Hasyriq di hadapan. "Huda ambil order sekejap.." kata Huda. "Pemain basketball dari Kolej Micheal kan?" tegur Hasyriq. Huda keluar dari arah dapur. Langkahnya terhenti. 'Apa pula diorang buat dekat sini...???' Huda mengeluh. "Wah..saya memang peminat gila dengan pasukan tuan muda..lagi-lagi..tuan muda Firdaus.." kata Hasyriq. "Syriq.." panggil Huda. "Sekejap ya..Saya hidangkan makanan special untuk tuan muda semua.." kata Hasyriq. Syauki mengangguk. "Dik..panggilkan kakak.." kata Hazim. "Baik.." Firdaus menggeleng melihat adik Huda. Perangai mereka berbeza tapi ada satu kesamaan. Peminat pasukan bola keranjang kolej..tetapi jauh sekali pemainnya. "Ya tuan muda..nak ambil order?" soal Huda. "Apa yang adik Huda kata special kat sini?" soal Hazim. "Oh.Tuan muda dah minta..oklah saya pergi dapur dulu ya.." kata Huda. "Eh..lepaklah kat sini dengan kitorang.." kata Hazim. "Ish..mana boleh..nanti perut tuan muda terpasang radio pula..tak boleh..saya masuk dapur dulu..nak tolong mak masak.." kata Huda terus ke dapur. "Budak tu banyak alasan.." kata Firdaus. "Pilihan kau juga." kata Syauki. Firdaus menghela nafas.


Firna ke hulu ke hilir cuba mendail nombor telefon abangnya. "Hish..apa kena pula dia ni tak angkat..ada masalah apa pula ni..?" Firna semakin geram. Firhan turun dari tingkat atas. "Dapat tak call abang?" soal Firhan. Firna menggeleng. "Abang tak jawab.." "Call abang Ki..selalunya time macam ni pasti punyalah diorang bertiga." kata Firhan. Firna mendail nombor Syauki. "Hello..Firna..ada apa?" soal Syauki. "Abang ada dekat situ?" soal Firna. "Ada..kejap." Huda menghidangkan makanan. "Firna nak cakap dengan kau.." kata Syauki. "Hello..ada apa?...(Firdaus mengeluh)..Ok.." kata Firdaus. Syauki dan Hazim mengerti bunyi keluhan sahabat mereka. Huda membiarkan. "Aku balik dulu.." kata Firdaus. Huda melihat lelaki itu beredar. "Mana Firdaus?" soal Presiden Danny. "Kenapa?" soal Firdaus keluar dari bilik rehat tiga beradik itu. "Lets talk.." kata Presiden. "About what?" soal Firdaus. "Your future.." kata Presiden. "Oh..I hate that..I'm sorry..just talk with your vice..Madam Junita." kata Firdaus terus berlalu masuk ke dalam bilik semula. "Firna..I want to meet him after one hour.." kata Presiden. "Yes..Daddy.." kata Firna. "Better daddy jangan memaksa abang.." kata Firhan. Presiden Danny terus melangkah naik. Firhan melihat bapanya. Huda membersihkan pinggan mangkuk yang digunakan oleh pelanggan. ["Firna nak cakap dengan kau.."] [Firdaus bangun. "Aku balik dulu.."] Firna..? desisnya. Natasha menanggalkan cermin matanya. Lama dia tidak menghirup udara segar negaranya. Gembira dia sudah menjejakkan kaki ke tanah airnya semula. Nawal menghampiri Natasya. "Tasha..welcome back.." kata Nawal. Natasha memeluk abangnya. Gembira dia melihat abangnya datang menjemputnya. "Macamana mama?" soal Natasha. Nawal hanya tersenyum. "Jom..daddy and your grandpapa dah tunggu.." kata Nawal. "I'm sure mama..masih lagi terkenangkan gambar kak Trisya.." kata Natasya. Nawal memeluk bahu adiknya. "Jom..mama pun rindukan Tasya." kata Nawal. Natasya hanya mengangguk.

Firhan menghela nafas. "Selamat abang sampai pada masanya. Kalau tak. Runsing kepala Firna nak jawab." kata Firna. "Abangkan always the best. So jangan risaulah." kata Firdaus. "The best..the best juga. Tu dia nak jumpa abang." kata Firhan. Firdaus mengeluh. "Bosan betullah kalau dia tu balik." kata Firdaus. "Untung dia balik sorang. Kalau dia balik berdua dengan si ketam tu. Tak lagi bosan?" kata Firhan. "Abang..dah nak sejam ni. Cepatlah." kata Firna. Firdaus mengeluh. "Tahu dah dia nak cakap pasal apa..syarikat syarikat syarikat. Bosan betul." kata Firdaus. Syauki keluar dari keretanya. Huda menoleh. "Tuan muda.." Syauki tersenyum manis. Huda mengikut rentak langkah tuan muda itu. Syauki berhenti. "Kita duduk dekat batu tu." kata Syauki. Huda hanya mengangguk. "Kenapa tuan muda nak jumpa saya?" soal Huda. Syauki tersenyum. "Huda tahu kenapa Firdaus suka usik Huda?" soal Syauki. Huda memandang wajah kacak itu. "Dia kagum dengan Huda. Huda seorang gadis yang berbeza daripada perempuan lain." kata Syauki. Huda mengerut. "Tuan muda mengarut apa ni?" tegur Huda. "Dia nak berkawan dengan Huda. Tapi malangnya, dia tak tahu macamana nak berkawan dengan Huda." sambung Syauki. Huda senyap sebentar. "Dia tak pernah mendekati perempuan mana-mana pun, walaupun ranking peminat dia paling tinggi. Dia memendamkan segala kepahitan hidup dia untuk membahagiakan orang di sekelilingnya. Puan besar Gita mati selepas melahirkan Firna. Firdaus marahkan Pengerusi Danny sebab papa dia langsung tak datang hari Puan besar Gita dikebumikan. Firdaus, Firhan dan Firna dijaga oleh Nenek Rim dekat kampung. Sejak hari mereka pindah dekat kampung, saya kenal dengan tiga beradik ni. Nenek Rim ceritakan segalanya pada kami sekeluarga..." "Kenapa tuan muda ceritakan semua ni pada saya?" soal Huda. "Saya teringin nak tengok Firdaus bahagia. Dia sukakan Huda." kata Syauki. Huda kaku. Debar dadanya. Tak sangka tuan muda kaya dan kacak itu boleh menaruh perasaan pada dia. Tak mungkin..pasti mereka sedang menguji aku..desisnya. "Tuan muda..jangan merepeklah. Tak mungkin lelaki sekacak dia nak menaruh perasaan pada saya yang miskin, tak cantik..kasar.." Huda menggelengkan kepalanya. "Merepek.." "Saya tak pernah membuat seseorang yang baik hati perasan." kata Syauki. Langkah Huda terhenti. "Dia ikhlas nak mendekati Huda. Cuma dia tak tahu." kata Syauki. Huda menyepi.

Firdaus menghentak meja bapanya. "Apa ni? Don't you try to control me or Firna or Firhan. Selama hari ni kau pedulikan kami ke?! Mana kau selama 10 tahun kami duduk bawah penjagaan orang lain? Berseronok dengan perempuan simpanan kau..Listen here..Jangan ingat kuasa kau tu kuat, aku akan ikut rentak kau. Jangan cabar aku!" kata Firdaus lalu mengangkat kaki untuk beredar. "Meet her at Hilton Hotel, 8 p.m. Or Firna will get marry with Datuk Hasrul." Langkah Firdaus terhenti. Pengerusi Danny terus bangun menghampiri anak sulungnya. "You love your sister right? Come to that meeting. I'll be there too." kata Pengerusi Danny lalu dia keluar. Firdaus geram. Pasu di meja ruangan rehat bilik bapanya di campak ke lantai. Firna dan Firhan tersentak berlari ke tingkat atas. "Abang.." Firdaus sudah menongkat badannya dengan tangan emas bola keranjangnya. Firna menghampiri abangnya. "Let it go. Calm down. Too bad if you continue feel hot." kata Firna. Firhan menghela nafas. Kasihan melihat abangnya. Natasha menghela nafas. "Grandpa, let me be free first. I don't want to marry anyone. Please." kata Natasha. "If you dont, our company will down. And you will never meet your sister Natrisya. And your mom will sad." kata Pengerusi Soffi. Natasha mengeluh. "You always talking about Natrisya. Mommy will be sad if she heard that." kata Natasha. "If you don't want your mommy feel sad, accept that marriage." kata Pengerusi Soffi. Natasha menoleh ke arah bapanya. "Daddy.." "Papa..can she make a choice..? She too young to get marry." kata Naib pengerusi Syarikat pelancongan dunia. "If Natrisya here..she can save Natasha.." kata Pengerusi Soffi. "Grandpa.." Natasha sedikit geram. Nawal menghela nafas. Kasihan adiknya. Baik juga Natrisya tiada. Jika tidak, pasti adik kandungnya juga menjadi mangsa datuknya.

Huda tersedar daripada tidurnya. Rambut ikalnya ditarik ke belakang. Air minuman di dapur diteguk sedikit. Kasihan ibunya. Terlalu penat. ["Tak apalah mama..kita tidur dekat bilik belakang hari ni. Kalau nak balik, kesian mak letih pula." kata Hasyriq.] Huda menarik kerusi di ruang kedai makan ibunya. ["Dia ikhlas nak mendekati Huda. Cuma dia tak tahu." kata Syauki.] Huda menghela nafas lalu dia bangun untuk kembali ke bilik. Langkahnya terhenti. Hatinya tergerak untuk ke luar. Lamborghini putih milik tuan mudanya tersadai di luar kedai. 'Tok..tok..' Firdaus tersedar lalu dia menoleh. Huda menggeleng. "Apa awak buat dekat sini?" soal Firdaus sebaik dia keluar. Huda menunjuk ke arah papan tanda kedainya. Firdaus menahan malu. "Sekarang ni saya tanya tuan muda..kenapa tidur dekat sini? Tak ada rumah?" sinis Huda. Belum sempat Firdaus menjawab, perutnya sudah memberikan isyarat. Huda melihat ke arah perut lelaki itu. Sekali lagi Firdaus menahan malu. Huda mnghela nafas. "Masuklah..saya masakkan apa yang ada untuk tuan muda.." kata Huda lalu memalingkan badannya. Firdaus masih terpaku di hadapan keretanya. Huda menoleh. "Perut tu dah lapar. Tinggalkan sekejap ego tuan muda.." kata Huda. Firdaus menurut. Syauki mematikan panggilan Firhan. 'Firdaus tak balik lagi?' ["I hate this meeting.." kata Firdaus. "Just keep quiet. They will be here." kata Pengerusi Danny. "Apa yang susah sangat. Kau jelah yang kawin dengan perempuan tu.." kata Firdaus. Firna menepuk peha abangnya. Firhan menghela keluhan. "Pengerusi..tetamu dah sampai.." kata pembantu Pengerusi Danny. "Hello..Danny..long time no see.." mereka berjabat tangan. Natasha hanya mengekori datuk dan bapanya. "Soffi..this is my sons and only daughter..Firdaus..Firhan and Firna." "Hello.." Firna beramah mesra wakil abang-abangnya. "Danny this is my grand-daughter..Natasha meet your future father in-law.." "Hello uncle.." "Natasha..meet Firdaus..your future husband.." sambung Pengerusi Danny. Firdaus tidak mengendahkan huluran salam Natasha.] Huda mengejutkan Firdaus. "Tuan muda..tuan muda.." ermm.. "Bangunlah. Dah cerah ni." "Biarlah saya tidur.." Huda memulas telinga lelaki itu. Geram dibuatnya. Hampir setengah jam dia melayan kerenah lelaki itu. "Nak bangun atau hilang telinga ni..?" marah Huda. Firdaus terus bangun. "Kan senang macam ni.." Firdaus mengusap telinganya.

"Terima kasih.." Huda hanya tersenyum kering. "Saya hantar awak pergi kolej.." "Takk..tak payah..Terima kasih banyak-banyak. Saya tak nak menyusahkan tuan muda..dan tuan muda boleh pergi.." kata Huda sambil membuka pintu kereta Firdaus. Firdaus tersenyum. "Ok..Terima kasih." Huda menunduk. "Bye.." Syauki tersenyum dari jauh. Pandai Firdaus mencari teman..desisnya. "Pergi mana kau malam tadi? Kesian Firhan dengan Firna cari kau." kata Hazim. Firdaus tersenyum lebar. Syauki menggeleng. "Seronok sangat ke buat adik-adik kau risau..?" soal Hazim hairan melihat sahabatnya. "Tak adalah. Aku dah call diorang. Diorang dah ok." kata Firdaus. Hazim memandang sahabatnya. Soalannya masih belum dijawab. "Kenapa?" soal Firdaus. "Soalan aku, kau tak jawab lagi." kata Hazim. Firdaus tersenyum lagi. "Kau...(Hazim memandang Syauki) Kau pergi rumah Huda ke??" teruja pula si Hazim. Firdaus ketawa. Natasha menghampiri lelaki-lelaki itu. "Abang Firdauskan?" sapa Natasha. Hazim dan Syauki serentak menoleh. Firdaus menyandar. "Siapa perempuan ni?" soal Hazim. "Kau buat datang sini?" soal Firdaus. Pengawal Natasha memberikan fail yang terkandung surat perpindahan Natasha ke kolej itu. Firdaus menghela nafas. "Habis tu?" "Natasha akan sentiasa berada disamping Firdaus.." kata seseorang dari arah belakang Firdaus. "Presiden.." Syauki dan Hazim serta merta bangun. Firdaus geram lalu dia bangun dari tempatnya. "Apa masalah kau hah? Mak aku ke nak paksa-paksa aku?!" Firdaus mulai meninggikan suaranya. "Arahan papa Firdaus. Mama tak boleh nak bantah." kata Puan besar Lina. "Ulang sekali lagi? Mama..?..(Firdaus ketawa) Jangan berani mengaku kau mama aku!" tengking Firdaus. Natasha terkejut. "Kau..! Jangan terikut perangkap perempuan busuk ni?" kata Firdaus lalu dia beredar meninggalkan tempat itu.

Huda keluar dari perpustakaan. 'Dushh..' Terjelepok Huda jatuh ke lantai. "Maafkan saya.." Natasha membantu Huda mengutip buku yang terjatuh. "Cik muda.." "Tak apa.." arah Natasha. Natasha membantu Huda untuk bangun. "Maafkan saya.." kata Natasha lalu menyerahkan buku milik Huda. "Tak apa. Terima kasih." kata Huda. "Awak pelajar tahun 3 dekat sini?" soal Natasha. Huda mengangguk. "Saya junior awak. Saya Natasha." kata Natsha. Huda menyambut huluran tangan Natasha. "Huda." kata Huda. "Saya baru dipindahkan dekat sini atas sebab-sebab tertentu." kata Natasha. Huda mengangguk. "Oh. Ermm..saya ada kelas ni. Jumpa nanti ya." kata Huda. Natasha mengangguk. "Jumpa lagi." kata Natasha. Huda terus beredar. 'Wajah dia macam papa Nasrin..' desis Natasha. Langkah Huda terhenti. Wajah lelaki itu teramat muram. 'Kenapa dengan dia..?' soal Huda sendirian. "Nak masuk kelas ke??" soal Julia. Huda tersentak. "Ju..terkejutlah." Julia ketawa. "Kau tu yang termenung jauh sangat. Apa yang kau fikirkan ni?" soal Julia. "Tak ada apalah. Jom..dah lewat ni." kata Huda. Julia mengangguk. "Hai manis.." sapa Hazim sebaik Julia dan Huda duduk. "Manis..? Pernah rasa ke?" sindir Huda. Julia ketawa. "Tak adalah..muka Huda dengan Juliakan manis..cantik.." usik Hazim. "Diamlah playboy. Masuk kelas je nak menggatal.." kata Huda. "Menggatal dengan Julia je kan..?" usik Hazim. Julia menunjuk buku limanya. "Shut..Madam dah masuk." kata Julia. Hazim tersenyum.

Syauki menghampiri Firdaus. "Kau ok ke?" soal Syauki sambil secawan coklat panas dihulurkan kepada sahabatnya. Firdaus mengangguk. "Thanks." Firdaus menghirup air itu. "Zim mana?" soal Firdaus. "Dia masuk kelas Madam Ling." kata Syauki. "Mengorat Julialah tu." teka Firdaus. "Siapa lagi?" kata Syauki. Mereka ketawa. "Dia ugut aku..kalau aku tak terima perempuan tadi..dia akan paksa Firna kahwin. Firna tak tahu hal ni." kata Firdaus. Syauki menyepi. "Aku tak nak Firna jadi mangsa kalau ikutkan kedegilan aku. Tapi..aku nak lelaki tu sedar kesilapan dia." kata Firdaus. "Semua ni terletak pada kau. Aku tahu kau sukakan Huda dan sebabkan itu kau tak boleh terima mana-mana perempuan yang datang pada kau. Tapi sekarang kau fikir. Kalau Huda terima kau..apa akan jadi dengan Huda dengan keluarga dia? Firna? Firhan?" kata Syauki. Firdaus mengangguk. "Semua tu yang buat fikiran aku runsing sekarang ni. Aku tak nak diorang terseksa disebabkan aku. Cuma aku nakkan lelaki tu sedar dan perempuan ketam tu..jauh dari hidup  keluarga kitorang." kata Firdaus. Syauki memahami sahabatnya. Dia tahu sahabatnya sudah lama memendamkan masalahnya tanpa adik-adiknya mengetahui segalanya. "Cik muda.." Natasha menoleh. "Kereta dah sedia." kata pengawal Natasha. Natasha mengangguk. Nawal mengetuk pintu bilik ibunya. "Mama.." Puan besar Zura menoleh. "Wal..masuklah." kata Puan besar Zura lalu bingkai gambar anaknya diletakkan di tepi meja. "Mama dah makan ke?" soal Nawal. Puan besar Zura mendiamkan dirinya. "Ma..Wal tak nak tengok mama macam ni. Misal Natrisya ada, mesti dia sedih tengok mama macam ni.." kata Nawal. "Wal..dah carikan Trisya untuk mama?" soal Puan besar Zura. Nawal melutut di hadapan ibunya. "Mama..Wal akan cuba cari Trisya..tapi mama jangan sakit..jaga makan..tak boleh macam ni dah. Janji dengan Wal.." kata Nawal. Puan besar Zura sekadar mengangguk.

Huda berjalan keluar dari pintu masuk fakulti perubatan. Lamborghini putih berhenti di hadapannya. Langkahnya terhenti. Dia tahu pasti tuan muda itu. Syauki dan Hazim masing-masing keluar dari kereta mewah mereka. Huda kembali menoleh ke arah Lamborghini di hadapannya. "Saya hantar awak balik.." kata Firdaus. Huda menoleh sekeliling. Ada gadis-gadis kolej itu berbisik-bisik sesama mereka. "Tak apalah..saya nak jalan kaki.." kata Huda. Dia tak suka dikaitkan dengan kesemua tuan muda. Firdaus keluar dari keretanya. Pintu dibahagian penumpang dibuka untuk Huda. "Masuklah.." kata Firdaus. Huda melihat Syauki. Syauki hanya tersenyum. Huda masuk tanpa membantah. Firdaus menutup pintu kereta lalu dia kembali ke tempatnya. Syauki dan Hazim masuk semula ke dalam kereta mereka. "Saya nak minta tolong awak sesuatu.." kata Firdaus. Huda menoleh. "Jadi kekasih saya.." kata Firdaus. Huda terkejut. "Awak dah gila ke?" "Saya tak gila..tapi saya tengah minta pertolongan awak.." kata Firdaus. "Awak ingat..level awak dengan saya..sama ke?" marah Huda. "Sekarang bukan masalah level atau tak. Saya nak selamatkan adik saya. Jadi saya kena minta pertolongan awak.." kata Firdaus. Huda menyepi. ["...Dia memendamkan segala kepahitan hidup dia untuk membahagiakan orang di sekelilingnya...."] "Saya bayar awak untuk mainkan watak tu.." kata Firdaus tiba-tiba. "Tak perlu..Saya akan tolong awak. Tanpa bayaran." kata Huda. Firdaus tersenyum. "Terima kasih.." Huda menghela nafas. "Syauki dengan Hazim akan tolong awak..awak ikut je kata mereka." kata Firdaus. Huda sekadar mengangguk.

Huda mengekori Syauki dan Hazim. "Kita nak pergi mana ni?" soal Huda. Hazim membuka pintu sebuah butik mewah. "Silakan masuk tuan puteri." kata Hazim. Huda menoleh ke arah Syauki. Syauki tersenyum. Huda melangkah masuk. "Please change her." kata Hazim. Syauki memilih baju yang sesuai untuk dipakai oleh Huda. Pengurus butik itu membawa Huda ke bilik persiapan. "How about this..?" soal Hazim lalu menunjukkan gaun pink kepada Syauki. Syauki menggeleng. "And this?" Hazim menunjukkan gaun hitam. Syauki mengangguk. "Miss..take this." kata Hazim. Pekerja butik itu mengambil gaun labuh itu. Syauki duduk. Huda keluar selepas sejam disiapkan oleh pekerja butik itu. Hazim tercenggang manakala Syauki tersenyum. Huda mengerut keningnya. "Jom princess. Your prince is waiting." usik Hazim. Syauki membayar keseluruhan perkhidmatan itu. "Cantiklah Huda. Macam tak percaya pula Firdaus pandai pilih." kata Hazim. Huda malu. "Zim. Jangan usik dia. Dia segan." kata Syauki. Hazim memandang wajah Huda. "Wah. Huda gangster ni pun pemalu rupanya." kata Hazim. Huda sedikit geram melihat tuan muda itu ketawa. "Kau dekat mana?" soal Syauki. Huda menoleh ke arah Syauki. "Erm..nanti aku bawa Huda." sambung Syauki. "Silakan masuk.." Hazim membuka pintu Lamborghini putih milik Syauki. Huda masuk tanpa membantah. "See you there." kata Hazim lalu menutup pintu kereta itu.

Firna melihat abangnya tidak senang duduk. "Abang ni kenapa?" soal Firna. Frdaus menggeleng. Firhan melihat abangnya. "Tuan muda..cik muda..tetamu dah sampai." kata pembantu rumah mereka. Firdaus mengeluh. "Jom bang." kata Firna lalu memaut lengan abangnya. Firhan menyusul mereka. "Welcome.." ucap Pengerusi Danny. Pengerusi Soffi tersenyum. "Meet my daughter..Narisa..and my son in law..Johan." Pengerusi Danny dan isterinya bersalaman dengan mereka. "And..my grand-son..Nawal." sambung Pengerusi Soffi. "Hello uncle.." ucap Nawal. Tiga beradik itu berdiri terpacak di belakang mereka. "Come..darling." ucap Puan besar Lina. Loya tekak mereka mendengar panggilan itu. 'Darling??' Firdaus menjeling geram. "Pengerusi..ada tetamu baru sampai.." "Siapa?" Pengerusi Danny hairan. "Tetamu saya.." kata Firdaus. "Tuan muda Syauki dan Tuan muda Hazim.." kata pembantu rumah. Syauki dan Hazim masuk. "And meet my future wife..Huda.." kata Firdaus menghampiri Huda. Pengerusi Danny menoleh. Huda menunduk hormat. Pengerusi Soffi memandang ke arah Pengerusi Danny. Natasha menghela nafas lega. Bagus juga kehadiran gadis itu. "How dare you..?" marah Pengerusi Danny. "Aku dah cakap awal-awal. Aku tak nak perkahwinan tu." kata Firdaus. "Perkahwinan ni tetap diteruskan. You have to break up with her..!" kata Pengerusi Danny. "I'm sorry..but I can't. She's mine..and I'll never let her go..!" kata Firdaus. "Choose..between her or Firna." "Both..!" kata Firdaus lalu dia beredar.

"Thanks..sebab sudi tolong mereka." kata Syauki. Huda sekadar tersenyum. "Kalau ada apa-apa masalah..terus call kami. Selepas ni pasti papa dan mama Firdaus buat kacau." kata Syauki. Huda mengangguk. "Jangan risau." Huda menyerahkan beg yang terisi baju gaun dan barangan yang dia pakai. Hazim memandang Huda. "It yours..Keep it." kata Hazim. "Barang ni mahal." kata Huda. "Keep them. Hadiah daripada kami." kata Hazim lalu dia tersenyum. Huda memandang wajah mereka. Syauki tersenyum. "Terima kasih.." ucap Huda. "Tunggu panggilan Firdaus." kata Syauki. Huda mengangguk. "Kami pergi dulu. Ada apa-apa terus call kami." kata Hazim. Huda mengangguk sekali lagi. "Hati-hati." Syauki dan Hazim masuk ke dalam kereta masing-masing. Huda masuk ke dalam rumahnya. Firdaus memulas tombol biliknya. "Abang.." Firdaus menoleh lalu dia masuk ke dalam biliknya. "Siapa perempuan yang abang bawa tu?" soal Firna. Firhan menutup pintu bilik abangnya. "Huda..kawan kolej abang." kata Firdaus. "Abang dah gila ke? Tak takut perempuan tu kena apa-apa dengan papa dengan ketam tu?" soal Firna. Firdaus membisu. "Dia ok ke?" soal Firhan. Firdaus menoleh ke arah adiknya. "Kalau dia ok. Kami akan bantu abang." kata Firhan. Firna menoleh ke arah Firhan. "Abang jaga dia elok-elok. Dan kami akan lindungi dia untuk abang." kata Firhan. Firdaus terus memejamkan matanya.

"Han dah gila ke? Han tak kesian ke dekat perempuan tu nanti..?" soal Firna. Firhan menghela keluhan. "Abang Daus sukakan perempuan tu." kata Firhan. Firna tergamam. "Sukakan perempuan tu? Mana Han tahu?" soal Firna. "Abang tak pernah bawa perempuan balik rumah..apatahlagi kenalkan sebagai kekasih." kata Firhan. Firna membisu. "Jadi kita kena tolong abang. Sebab abang dah banyak berkorban untuk kita.." kata Firhan. Firna mengangguk lalu dia tersenyum. Firdaus menyandar pada keretanya. Huda melangkah keluar dari perkarangan rumahnya. "Awak..buat apa datang sini?" tegur Huda. Firdaus menoleh lalu dia tersenyum kelat. "Awak ok ke?" soal Firdaus. Huda mengangguk. "Maafkan saya..sebab menyusahkan awak." kata Firdaus. Huda mendiamkan dirinya. "Awak..kena beritahu saya..kalau awak ada masalah apa-apapun. Termasuk..perniagaan ibu awak." kata Firdaus. Huda tersenyum. "Tak sangka..tuan muda gangster ni baik hati juga. Ambil berat tentang perempuan yang panggil dia orang gila.." kata Huda sambil ketawa kecil. Firdaus melihat Huda. Pertama kali..perempuan itu ketawa bersamanya. Tawa Huda terhenti apabila sepasang mata itu melihatnya. Firdaus terus menoleh ke arah lain. "Maafkan saya.." kata Firdaus. "Awak jangan risaulah pasal saya dan keluarga." kata Huda. Firdaus mengangguk. "Masuklah. Saya nak ambil angin sekejap." kata Firdaus. Huda mengangguk. "Hati-hati." kata Huda. Firdaus mengangguk.

Natasha menghela keluhan. "Grandpa..he has a lover. Could you stop to match him with me..?" kata Natasha. Dia runsing dengan rancangan datuknya. "See you said a lover not his wife right? Then..you have a chance to make he in love with you." kata Pengerusi Soffi. Natasha meraut wajahnya. Rambut yang terjuntai di dahinya ditarik ke belakang. "I need a rest. Don't disturb me." kata Natasha lalu dia bangun untuk beredar meninggalkan ruang rehat datuknya. "You have to get him..for your mother and your sister." kata Pengerusi Soffi sebelum cucunya melangkah keluar. Natasha sedikit geram. Datuknya suka mengambil kesempatan atas keadaan mamanya dan kakaknya yang entah hilang ke mana. "Tasha.." Natasha menoleh. "Maafkan abang.." kata Nawal. Natasha hanya tersenyum. Bukan salah abangnya juga jika dia ingin melepaskan kemarahannya. Abangnya bersusah payah untuk mencari kakaknya. 'Where are you..Natrisya?" desis Natasha. Huda mengemas biliknya. "Huda.." Huda menoleh. "Mama..tak pergi kedai lagi?" soal Huda. "Syriq pergi bukakan kedai. Mama ada benda sikit nak cakap dengan Huda." kata Puan Jasmin. Huda mengangguk. "Kenapa ni?" soal Huda. "Semalam..orang-orang Ki Mo datang.." kata Puan Jasmin. Huda menghela nafas. "Bukan hutang papa kena bayar minggu depan ke? Kenapa dia datang pula?" soal Huda sedikit geram. "Mereka datang sebab..Huda. Mereka kata..Huda ada kekasih anak jutawan. Jadi..." "Biar Huda jumpa orang-orang tu." kata Huda. "Jangan Huda. Mama tak nak Huda nanti ditimpa masalah..hanya disebabkan orang lain." kata Puan Jasmin. Huda memandang Puan Jasmin. "Mama..siapa orang lain tu? Papa Huda juga ma.." kata Huda. "Ya..memang papa Huda..tapi..bukan darah daging Huda. Mama tak nak disebabkan papa..Huda dapat masalah." kata Puan Jasmin. Huda menghela nafas. "Ma..Huda..anak mama dengan papa..tak kira bukan darah daging sekalipun..mama dengan papa..jaga Huda dari kecil sampai Huda besar. Jadi..masalah keluarga ni..masalah Huda juga. Ok. Huda pergi dulu. Nanti Huda ikhtiar nak kumpul duit tu." kata Huda lalu dia mengucup pipi ibunya.

Syauki menghampiri Huda. "Jauhnya termenung." tegur Syauki. Huda tersentak lalu dia menoleh. "Senior.." Syauki tersenyum lalu dia duduk di sebelah gadis itu. "Huda..ada masalah ke?" soal Syauki. Huda menggeleng. Syauki menghela nafas lalu dia mengeluarkan sampul putih. Huda memandang wajah lelaki itu. "Simpan duit ni..untuk mama Huda." kata Syauki. Huda menggeleng. "Saya tahu..awak pasti menolak. Tapi..Huda kena fikir satu perkara..Huda kena tolong mama..Dia perlukan duit ni. Dan yang paling penting. Keselamatan mama dan adik Huda." kata Syauki. Huda menyepi. "Ambillah..Huda tak payah fikirkan cara untuk pulangkan balik. Anggap saya sebagai abang Huda." kata Syauki lalu meletakkan sampul itu di telapak tangan Huda. "Terima kasih." kata Huda. Syauki tersenyum. Firna keluar dari keretanya. Tak sangka abangnya boleh jatuh hati dengan gadis biasa. Dia tersenyum sendiri. Matanya terpandang ke arah seorang gadis yang amat dia kenali berjalan menghampiri bangunan restoran kecil milik keluarga itu. Huda berhenti. Wajah gadis tinggi lampai ini direnung. Firna tersenyum kepadanya. "Saya Firna." Firna memperkenalkan dirinya. Huda mengerut. "Adik abang Firdaus." kata Firna lagi. Huda menunduk. "Cik muda.." "Tak payah bercik muda..panggil je Firna." kata Firna. Huda mengangguk. "Ermm..tak..nak jemput..saya..makan ke?" soal Firna lalu dia tersenyum. Huda mengangguk. "Maaf..silakan.." kata Huda. Mereka beriringan masuk ke dalam restoran itu.

Hazim menghirup air minumannya. "So..macamana sekarang?" soal Hazim. Firdaus mencelik matanya lalu dia meraut wajahnya. "Aku risaukan Huda." kata Firdaus. Syauki memandang Firdaus. "Aku rasa bersalah pula libatkan dia dalam hal ni." kata Firdaus. "Kita kena jaga dia mulai sekarang." kata Hazim. "Huda..setuju untuk tolong kau. Jadi kau kena teruskan sebab jangan kecewakan pengorbanan dia. Keselamatan dia..Kau jangan risau. Adik-adik kau..aku..Hazim ada untuk jaga dia. Sekarang ni..yang penting kau uruskan calon kau tu." kata Syauki. Dia tahu sahabatnya terlalu bimbangkan keselamatan Huda dan keluarga. "Huda.." "Ermm.." Huda menoleh ke arah sahabatnya. Lisa menunjukkan ke arah iklan percutian kolej mereka. Huda menoleh. [Summer Holiday..] Huda menggeleng lalu dia ingin beredar. Lisa menarik tangan Huda. "3 hari je Huda..jomlah." kata Lisa. "Aku nak tolong mama aku." kata Huda. "Huda..." Lisa mencuba sekali lagi. "Aahh..Huda jomlah." sampuk Hazim dari arah belakang. Huda dan Lisa menoleh. "Tuan muda.." kata Lisa. Syauki menghampiri Huda. "Jomlah Huda..kesian Lisa." kata Hazim. Huda menggeleng. "Tuan muda jelah yang pergi dengan Lisa." kata Huda lalu dia melangkah untuk beredar. "Huda....saya pergi dulu." kata Lisa. Hazim memandang wajah Syauki. Syauki tersenyum.

Huda mengerling jam tangannya. Lisa masih tidak muncul. Nombor sahabatnya di dail. "Hello..Lisa kau dekat mana ni?" soal Huda. "Erm..aku minta minta maaf. Aku tak dapat nak jumpa kau. Kau baliklah rumah." kata Lisa. "Erm. Ok." kata Huda. "Minta maaf." kata Lisa sekali lagi. "Tak apalah." kata Huda. Firna duduk di sebelah abangnya. "Em. Dah habis kelas ke?" soal Firhan. Firna mengangguk. "Abang mana?" soal Firna. Firhan tersenyum. "Orang tanyalah..ada orang buat lawak ke?" soal Firna. "Abang tengah berehat." kata Firhan. "Dalam bilik?" soal Firna. Firhan mengeleng. Firna bertambah hairan. Firhan ketawa kecil melihat adiknya masih tidak memahami maksudnya. Langkah Huda terhenti. Kereta mewah berderet beratur di hadapan rumahnya. "Mama..Huda dah balik." Huda tergamam melihat model terkenal berada di hadapannya. Sara tersenyum manis ke arah Huda. "Jom..Jom..Puteri kita dah balik." kata Lisa. Hazim mengangkat beg Huda. "Apa ni?" soal Huda masih terpingga-pingga. "Huda pergi bercuti dengan kawan-kawan Huda. Mama dengan Syriq akan jaga kedai dengan baik. Lagipun, tuan muda Syauki dah sediakan pembantu untuk mama." kata Puan Jasmin. Huda menoleh ke arah Syauki. Syauki tersenyum. "Pergilah berjalan-jalan. Rehat waktu cuti sem ni." kata Hasyriq. Huda memandang Lisa. Lisa tersenyum kambing. "Jom princess. Kereta dah menunggu." kata Hazim lalu menarik tangan Huda. "Bye auntie." kata Lisa. Syauki menunduk ke arah Puan Jasmin. "Hati-hati." pesan Puan Jasmin.

Huda langsung tidak menoleh ke arah Firdaus yang menumpukan pemanduannya. "Kenapa awak senyap je?" soal Firdaus tiba-tiba. Huda tersentak lalu menoleh ke arah Firdaus. "Saya perlu bercakap ke?" soal Huda. Firdaus terdiam seketika. "Saya suka dengar suara awak." kata Firdaus tiba-tiba. Huda memaling dari arah Firdaus. Malas ingin melayan kerenah Firdaus. "Saya gembira awak ikut percutian ni." kata Firdaus. Huda tetap membisu. Sara memegang tangan adiknya. Syauki menoleh ke arah kakaknya. Sara hanya tersenyum manis. Syauki menumpukan pemanduannya. "Akak kenapa?" soal Syauki. "Huda..orangnyakan?" soal Sara. Syauki tersenyum. "Huda..orang yang Firdaus cintai buat pertama kalinya." kata Syauki. Sara memandang wajah adiknya. "How about you?" soal Sara. "Just happy for them." kata Syauki. Sara tersenyum. Syauki juga. Natasha menghela nafas. Malas dia ingin melayan kerenah datuknya. Buat apalah dia ingin terkejar-kejarkan lelaki yang langsung dia tidak kenali. "Cik muda dah siap ke?" soal pembantu peribadi Pengerusi Soffi. Natasha menghela nafas lalu dia bangun meninggalkan bilik tidurnya. Beg pakaiannya dibawa turun bersama. "Natasha." Natasha menoleh. Puan besar Narisa menghampiri Natasha. "Maafkan mama..tak dapat nak tolong Tasha." kata Puan besar Narisa mengucup jari jemari anak bongsunya. Natasha mengusap rambut ibunya. "Tak ada apa yang perlu minta maaf. Mama jangan sedih-sedih ya. Tasha pergi dulu." kata Natasha. Puan besar Narisa sedikit serba salah kerana mengabaikan anak bongsunya. 'Maafkan mama.' desis Puan besar Narisa.

Firdaus mencapai beg pakaian Huda. "Tak apa. Saya boleh bawa sendiri." kata Huda lalu menarik beg itu. "Let me bring your bag." kata Firdaus kelihatan serius. Huda terus berundur. Syauki dan Sara menghampiri mereka. "Apa gaduh-gaduh ni?" usik Sara. Huda menoleh ke arah Sara. "Erm. Biasalah kalau dua orang ni bergaduh. Akak jangan pelik." kata Syauki. "Jom." kata Hazim. Lisa memeluk bahu sahabatnya. "Jom..Jom.." Firdaus menyusul Huda. Syauki tersenyum memandang wajah Firdaus. "Welcome.." Syauki menghadiahkan senyuman manis kepada penyambut tetamu itu. Kedengaran suara-suara pelajar-pelajar lain yang sudah berada di kapal itu gembira dengan kehadiran pemain-pemain bola keranjang itu. Huda sedikit menyampah dengan sikap pelajar-pelajar itu. Kedengaran juga suara sumbang yang berbisik-bisik kerana cemburukan Huda dan Lisa yang bersama tuan-tuan muda itu. 'Apalah yang menarik sangat dengan diaorang ni. Hansem sangat ke?' desis Huda sendiri. Firdaus tersenyum sendirian. Huda menoleh ke arah Firdaus. "Kenapa?" soal Huda. Firdaus mengeleng. Huda menjeling. Dia cukup tidak suka apabila lelaki itu seperti mengejeknya. "Nak tengok bilik dulu ke?" soal Hazim. Lisa mengangguk. "Huda..?" Huda juga mengangguk. "Ok. Lepas rehat-rehat, kita jumpa balik jam 8. Makan malam sama-sama." kata Hazim. "Ok." jawab Lisa. Huda sekadar tersenyum malas. Dia sendiri tidak tahu tujuannya datang ke sini. Rehat? Sudah tentu terganggu dengan kehadiran mereka bertiga. Bercuti? Kasihan ibunya.

"Huda.." langkah Huda mati. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam bilik lalu dia menoleh. Syauki menoleh lalu dia tersenyum dan terus masuk ke dalam biliknya. Firdaus menghampiri Huda. Huda terasa berdebar apabila lelaki idaman pelajar-pelajar kolejnya menghampirinya. "Apa yang saya cakapkan dalam kereta tu semuanya tak main-main." kata Firdaus. Huda hanya membisu. "Awak dengar tak ni?" soal Firdaus. "Erm..Saya sakit perut. Saya masuk dulu." kata Huda lalu dia terus masuk ke biliknya. Firdaus mengeluh. Huda menyandar di sebalik pintu. Berdebar rasa jantungnya. Firdaus terus beredar. "Abang Firdaus.." Firdaus menoleh. Natasha menghampiri lelaki itu. "Kau buat apa dekat sini?!" soal Firdaus kelihatan tegang. Natasha menoleh ke arah belakang mereka. Seorang pelayan lelaki kelihatan mengekorinya. "Saya..datang untuk bercuti dengan abang Firdauslah." kata Natasha lalu memegang lengan lelaki itu. Firdaus menepis. "Aku tak pernah teringin nak bercuti dengan kau! Jauhkan diri kau daripada aku!" kata Firdaus lalu dia beredar. Natasha mengeluh. Dia tidak tahu dan tidak mahu mendekatkan diri dengan lelaki itu. Tetapi, dia terpaksa. "Pandangan kau pada Firdaus macamana?" soal Lisa tiba-tiba. Huda menoleh ke arah sahabatnya. "Kenapa tiba-tiba tanya ni?" soal Huda kembali. "Yelah. Tak pernah ke kau rasa happy, bila lelaki idaman wanita, pilih kau." kata Lisa. Huda ketawa. "Lisa. Aku tak pernah terfikir tentang semua tu. Tuan-tuan muda kolej tu pun, aku tak pernah nak berangan nak berkawan. Nasib tak menyebelahi aku, aku terpaksa berhadapan dengan diorang." kata Huda. "Cat biru.." Lisa ketawa terbahak-bahak mengingatkan peristiwa cat biru tertumpah pada Firdaus. Huda turut ketawa. Firdaus marah Huda dengan teruk. Syauki dan Hazim langsung tidak mahu masuk campur dalam hal itu. Akhirnya, Huda sendiri yang berusaha untuk meminta maaf tetapi, Firdaus berterusan memaki hamunnya. Nasib langsung tidak menyebelahi Firdaus kali terakhir. Huda pula memberanikan diri untuk menegur sikap sombong Firdaus di khalayak ramai. Saat itu, Firdaus jatuh cinta padanya tanpa masing-masing menyedarinya.

'DingDong..' Huda keluar dari bilik persalinan. Lisa membuka pintu bilik. Hazim tersenyum menghulurkan sejambak bunga ros. "For me?" soal Lisa. Hazim mengangguk. Huda mengeleng lalu dia mencapai tas tangannya. "Tak payah terharu sangatlah. Aku dah lapar ni." kata Huda. Hazim ketawa. Lisa mencebik lalu dia memandang wajah Hazim semula lalu dia tersenyum. "Thanks dear.." kata Lisa. Huda terus keluar dari bilik itu. Syauki menahan Huda. Huda menoleh. "Senior..saya tak perasan." kata Huda. Syauki hanya tersenyum sambil jarinya ditunjuk ke arah belakang Huda. Huda menoleh kehairanan. "So sweet.." kata Lisa. Huda kaku. Jambangan bunga yang dibawa oleh beberapa orang pelayan kapal itu beratur menghadapnya. "Dinner with me, would you?" nota besar dipegang oleh salah seorang pelayan. "Tak payah terharu sangatlah. Saya dah lapar ni." usik Hazim sambil ketawa kecil. Firdaus mengerling jam tangannya. Huda masih tidak muncul-muncul. "Fir.." panggil seseorang. Firdaus menoleh. Dilihat wajah Huda segan silu untuk menghampiri meja makan yang tersedia. Hazim melambai tangan pada Firdaus. "Good luck!" jeritnya. Firdaus tersenyum. Huda menghampiri Firdaus. "Thanks." ucap Firdaus. "Kalau saya tak datang. Membazir pula duit awak untuk prepare semua ni." dalih Huda. Firdaus tersenyum lalu dia membuka sedikit ruang kerusi itu untuk mempelawa Huda duduk. "Silakan tuan puteri." ucap Firdaus. Huda tersenyum. Malu mendengar panggilan itu. "Terima kasih." kata Huda. Firdaus menunduk. "Don't say thanks because tonight, you're my queen." kata Firdaus. Huda ketawa kecil. Firdaus tersenyum.

Syauki mengambil angin malam lautan itu. Tenang damai. Dia bahagia melihat sahabatnya bahagia. "Syauki.." Syauki menoleh lalu dia tersenyum. Dia menanggalkan sweater miliknya lalu disarungkan kepada kakaknya. "Thanks." Syauki kembali menikmati suasana malam. "Akak tengok tadi, Syauki jauh sangat termenung. Sampai peminat-peminat Syauki menjerit-jerit panggil Syauki pun, Syauki ignore." kata Sara. Syauki ketawa. "Pandailah akak ni. Syauki tak dengar pun orang jerit-jerit." kata Syauki. "Cuba Syauki tengok belakang Syauki." Syauki menoleh. Ramai pelajar perempuan kolej itu melambai-lambai ke arah Syauki. Syauki melihat kakaknya. Sara tersenyum. "Did I lie?" kata Sara. Syauki tersenyum. "Huda..dengan Firdaus..memang selalu macam tu ya?" soal Sara. Syauki membisu sebentar. "Maksud akak?" soal Syauki. "Bergaduh. Lepas tu berbaik." kata Sara. Syauki tersenyum. "Diorang boleh berbaik..selepas, Firdaus terus terang pada Huda. Dalam kereta, on the way ke sini." kata Syauki. "Baru terus terang? Habis sebelum ni?" soal Sara. "Diorang bergaduh teruk sangat. Sampai Firdaus pernah upah orang pukul Huda. Tapi, Huda seorang gadis yang benar-benar hebat. Dia melepaskan diri daripada orang-orang tu, dan dia tegur sikap Firdaus di hadapan khalayak ramai. Dan ketika tu, Firdaus mula kagum dengan Huda dan akhirnya, dia jatuh cinta." kata Syauki. "How can be like a sweet story like that?" kata Sara sambil tersenyum. Syauki tersenyum. "How about you?" soal Sara. Syauki memandang wajah kakaknya. "I can smell your feel." kata Sara. "Don't think that too much. She likes my sister. And the truth, I'm really impressed her. She never feel scared when she face Firdaus. And, Firdaus, for the first time, I saw the happiness in his face." kata Syauki. Sara memeluk lengan adiknya. "I'm very proud of you." kata Sara. Syauki hanya membisu memendam perasaannya.

Natasha termenung menghadap lautan. Mengenangkan nasib ibunya. Dia teramat kasihan. 'Where are you sis..? I'm still hope you still alive. Your mom still waiting for you.' desis Natasha. Huda merenung jauh lautan di hadapannya. Firdaus menghulurkan segelas air jus. "Thanks." ucap Natasha. Firdaus menemani Huda mengambil angin laut. "Huda..fikirkan apa?" soal Firdaus. Huda mengeleng. "Hirup udara segar. Dah lama tak nikmati udara laut." kata Huda. Firdaus tersenyum. "Mesti Huda suka laut, kan?" teka Firdaus. Huda mengangguk. "Nanti, saat akhir saya, saya nak duduk dekat tempat kesukaan Huda." kata Firdaus. Huda menoleh ke arah Firdaus. "Apa dia?" soal Huda semula. Bunyi ombak menganggu percakapan Firdaus. Firdaus mengeleng lalu dia tersenyum. "Esok majlis Prom. Awak kena datang. Jadi partner saya." kata Firdaus. Huda mengeluh. "Maaf. Saya tak ada pakaian untuk majlis formal macam tu." kata Huda. Firdaus menghela nafas. "Awak selalu cari alasan untuk elak daripada keluar dengan saya." kata Firdaus. Saya tak pernah cari alasan. Itu hakikatnya. Saya tak pernah beli baju gaun ke..skirt ke..saya tak suka." kata Huda terus beredar. "Huda.." "Saya penat. Nak rehat sekejap." kata Huda. Firdaus meraut wajahnya. Dia kesal membuat gadis itu berkecil hati. Syauki dan Hazim menghampiri Firdaus. Bahu sahabatnya dipeluk. "Jangan kusutkan kepala kau. Pergilah pujuk dia." kata Syauki. Firdaus menoleh ke arah kedua sahabatnya. Hazim mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Jom.." kata seseorang dari arah belakang mereka. Firdaus menoleh. Sara tersenyum. Lisa juga.

"Cik muda.." Natasha menoleh. "Sudah masanya untuk bersiap." kata pembantu Natasha yang diupah oleh datuknya. Natasha menghela nafas. 'Tok tok..' Huda menoleh melihat pintu bilik. Malas sungguh dia ingin membuka pintu bilik itu. Tombol pintu bilik itu dibukanya. "Kak..Sara.." Huda agak terkejut. "Tak nak ajak masuk ke?" soal Sara. Huda tersengih. "Masuklah.." "Lisa mana?" soal Sara. "Lisa keluar dengan Hazim kot. Akak duduklah dulu." Huda. "Sebenarnya. Akak nak ajak Huda keluar ni. Syauki sibuk dengan  kumpulan muzik dia. Akak bosan duduk bilik je." kata Sara. Huda mengerling jam tangannya. "Jomlah. Saya pun tak ada buat apa-apa sekarang." kata Huda. Sara tersenyum. "Terima kasih." Huda hanya tersenyum. Dalam hatinya bimbang. Jika dia keluar, pasti lakonan untuk dia sakit akan diketahui mereka. "Akak..tak pergi majlis prom malam ni?" soal Huda. Sara mengeleng. "Akak malas nak join, sebab akak paling tak suka jadi perhatian. Bukan macam tuan muda tiga orang tu. Sibuk dengan kelab diaorang." kata Sara. Huda tersenyum. Tak sangka, cik muda terkenal seperti Sara Ayuni juga tidak suka keadaan seperti itu. Firdaus kelihatan tidak senang duduk. Syauki tersenyum. "Rileks Fir. Huda pasti temankan Sara." kata Hazim. Lisa ketawa kecil. Firdaus duduk menyandar. "Kenapa Lisa?" soal Hazim. "Macam tak percaya, senior macho dan tenang ni, ada rupa macam ni. Mesti Huda akan usik senior kalau dia tahu keadaan senior macam ni." usik Lisa. Syauki dan Hazim ketawa. Firdaus terasa malu. "Tapi, jangan risau. Saya simpan rahsia ni." usik Lisa lagi. "Tuan muda.." Mereka menoleh.

Firdaus masuk ke dalam bilik tetamu itu. Langkahnya mati. Terkejut melihat kehadiran seseorang di hadapannya. "Puan besar Lina dapat jemputan VVIP untuk majlis malam ni. Pengerusi Danny tak dapat nak hadir jadi Puan besar Lina seorang sahaja yang bakal merasmikan majlis ni." kata pembantu Firdaus. "What are you try to do?!" soal Firdaus dingin. "I have nothing to do. Just be your VVIP." kata Puan besar Lina. Natasha masuk ke dalam bilik itu. "Here you're, my future daughter in law.." kata Puan besar Lina. Natasha menoleh. Dia juga agak terperanjat. Firdaus menoleh ke arah Natasha terpacak di hadapan pintu. "Auntie..how..?" "By my private boat." kata Puan besar Lina. "Can we go now?" Firdaus terus beredar. " Firdaus..bring your fiancee together.." kata Puan besar Lina. "Why should I?!" kata Firdaus terus keluar dari bilik itu. Natasha menghela nafas. "Kita buat apa datang sini?" soal Huda. "Please change her." arah Sara. "Kak Sara.." "Please follow us." kata tukang solek itu. Sara menolak lembut tubuh Huda. Langkah Firdaus terhenti. "Maafkan kami tuan muda." kata pengawal-pengawal peribadi Puan besar Lina. "Jom kita pergi sayang-sayang mama.." kata Puan besar Lina menghampiri Firdaus. Natasha serba salah untuk memaut lengan Firdaus. "Kau buat apa ni?" marah Firdaus. "Jadi partner awaklah. Sayakan tunang awak." kata Natasha. Puan besar Lina tersenyum. Firdaus cuba menepis. "Please..Don't make me in trouble." kata Natasha. Firdaus memandang wajah Natasha. "Nanti kita lambat.." kata Puan besar Lina. Natasha tersenyum ke arah ibu tiri Firdaus.

Tepukan gemuruh untuk tetamu VIP yang masuk ke dalam dewan itu. "Siapa yang sama-sama dengan tuan muda..?" berserakan suara-suara berbisik menyoalkan tentang Natasha. Mata Firdaus meliar mencari kelibat Huda. Hazim dan Syauki agak terperanjat dengan kehadiran wanita kejam itu. "Siapa dengan Firdaus tu?" soal Lisa. Hazim serba salah. Sara tersenyum melihat perubahan Huda. "Perfect my dear. Jom." kata Sara. Huda benar-benar tidak selesa. Syauki menanti Huda di luar dewan. "Syauki.." Syauki menoleh. Terpaku. Huda benar-benar cantik. Huda bertambah malu. "Perfect.." kata Syauki. Sara tersenyum. "Di sini..saya ingin mengumumkan sesuatu untuk pengetahuan pelajar-pelajar sekalian. Firdaus langsung tidak tertarik dengan mengumuman itu. Natasha juga. Huda masuk ke dalam dewan itu bersama-sama Sara dan Syauki. "Let me introducing my future daughter in law..Natasha Im..And..they will get marry 02.05.2011. I hope you all will support them." Natasha dan Firdaus serentak terkejut. Langkah Huda terhenti. Sara memandang wajah Syauki. Firdaus ingin bangun tetapi ditahan dua orang pengawal di belakangnya. Lisa menoleh ke arah Huda. Hazim juga. Huda duduk di kerusi santai di tepi kolam renang. Firdaus mencari kelibat gadis kesayangannya. Langkahnya terhenti melihat Huda jauh termenung di tepi kolam itu. "Huda.." Huda menoleh. "Tuan muda.." Huda terus berdiri. "Awak buat apa dekat sini?" soal Firdaus. "Saya tak suka..bising-bising." kata Huda. Firdaus sedikit kekok. Serba salah. "Awak pergilah masuk. Nanti orang tercari-cari pula kelibat awak.." Firdaus terus memeluk Huda. "Saya minta maaf..Saya..janji saya akan selesaikan masalah ni." kata Firdaus. Huda sedikit terkejut. "Apa awak cakap ni..?" soal Huda. "Apa-apa yang awak dengar..nampak..jangan percaya. Awak kena percayakan saya." kata Firdaus. Huda memahami. Dia membiarkan lelaki itu. "Saya..percayakan awak." kata Huda. Firdaus tersenyum lalu dia meleraikan pelukan. "Mesti awak tak makan lagi kan?Saya pergi ambilkan makanan untuk awak sekejap. Tunggu dekat sini ya." kata Firdaus. Huda hanya tersenyum. "Siasat siapa perempuan tu." arah Puan besar Lina. "Baik."